You are on page 1of 1

Modul Transisi Sesi 2 (2 Jam)

1. Aktiviti Salam Perkenalan : Bentuk kumpulan kecil

- Guru Membimbing murid mengira dan mengenal nombor 1 5 menggunakan jari


- Guru menunjukkan bilangan jari dan meminta murid menyebut nombor berkenaan
- Apabila murid sudah mahir mengira, guru menunjukkan cara membentuk kumpulan kecil
- Guru menyebut bilangan 1,2,3,4,5
- Murid bergerak membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli yang disebut guru
- Kumpulan yang kurang atau terlebih ahli diminta tampil kedepan dan memperkenalkan diri

Falsafah : Murid mengenal nombor, berani berkawan, bergerak mengikut arahan.

2. LDK 1 : Bina Istana (Cawan Kertas)

- Guru mengedarkan cawan kertas mengikut bilangan yang sama untuk setiap kumpulan kecil
- Setiap kumpulan diminta membina istana yang cantik dan tinggi
- Ahli-ahli kumpulan perlu melibatkan diri

Falsafah : Murid menjadi kreatif dan kritis serta mampu melakukan tugasan secara bersama-
sama

3. LDK 2 : Jambatan Panjang (Straw)

- Guru mengedarkan straw kepada setiap kumpulan


- Guru menunjukkan magic dengan mencantumkan straw yang pendek menjadi straw yang
panjang
- Murid-murid diminta menyambungkan straw dan membentuk straw yang panjang
- Kumpulan yang berjaya diberi penghargaan

Falsafah : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan seronok semasa belajar

4. LDK 3 : Menara Tertinggi (Belon, Soletip)

- Guru mengenalpasti murid yang mempunyai masalah kesihatan (asma,jantung dll)


- Murid terbabit dikecualikan kerana bimbang boleh menyebabkan kemudaratan
- Setiap kumpulan kecil diminta meniup belon dan membentuk Menara yang tinggi
menggunakan belon tersebut
- Setiap kumpulan dibekalkan dengan belon dan soletip

Falsafah : Semangat kerjasama, konflik pendapat dan belajar menerima idea orang lain

5. Mewarna Sayangi Sekolah Kita

You might also like