You are on page 1of 110

BAB 2

PENUBUHAN DAN
PENGENDALIAN
PERNIAGAAN

Jenis-jenis Bantuan Perniagaan

Bank
1.

2.

Bank adalah institusi kewangan


yang menyediakan perkhidmatan
seperti simpanan bayaran, dan
pelbagai pembiayaan yang
memudahkan peniaga.
Antara beberapa kepentingan
perbankan adalah :

Menyediakan kemudahan
penyimpanan wang.
Bank menyediakan kemudahan
menyimpan wang kepada peniaga
melalui akaun simpanan, akaun
simpanan tetap dan akaun
semasa.
a)

b)

i)

Menyediakan kemudahan membuat dan


menerima bayaran
Bank membuat pembayaran bagi pihak
peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan
arahan pemegang akaun semasa kepada
bank untuk membuat bayaran kepada pihak
lain.

ii)

Pihak bank juga menerima


bayaran untuk peniaga. Apabila
seseorang peniaga memasukkan cek
yang diterimanya ke dalam bank,
pihak bank akan memungut bayaran
baginya.

Menyediakan kemudahan pembiayaan


i)
Bank memberi pinjaman kepada
peniaga melalui kemudahan overdraf
dan pinjaman.
ii) Kemudahan overdraf adalah diberi
kepada pemegang akaun semasa.
Kemudahan ini membenarkan pelanggan
mengeluarkan wang melebihi jumlah
deposit dalam akaun semasanya.
c)

iii)

Bank juga memberi pinjaman kepada


peniaga melalui pinjaman bercagaran dan
kad kredit.

Menyediakan perkhidmatan lain


Bank juga menyediakan perkhidmatan lain
kepada peniaga seperti pertukaran wang
asing, cek kembara, peti simpanan selamat,
perkhidmatan nasihat dan perundingan
serta sebagai pemegang amanah.
d)

BANK PUSAT
Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai
Bank Negara Malaysia(BNM).
2. Bank Negara adalah ditubuh dan
dimiliki oleh kerajaan.
3. Bank pusat mengawasi dan mengawal
pelaksanaan dasar dan peraturan
kewangan yang ditetapkan.
1.

Fungsi Bank Pusat


a.
b.
c.
d.

Mengeluar dan mengawal mata wang


negara.
Menjadi jurubank dan penasihat
kewangan kepada kerajaan.
Menjadi jurubank dan peminjam
terakhir kepada bank perdagangan.
Mengawal penghantaran wang ke luar
negara.

e.
f.

Menyediakan tempat penjelasan cek


Melaksanakan dasar-dasar kewangan
kerajaan.

Bank Perdagangan
1.

2.

3.

Merupakan institusi kewangan yang


diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh
swasta.
Bank perdagangan memberi
perkhidmatan kepada orang ramai
dengan tujuan mendapat keuntungan.
Contoh bank perdagangan di Malaysia
adalah:
a. Malayan Banking Berhad

b.
c.
d.

Public Bank
CIMB Bank
Hong Leong Bank Berhad

Fungsi bank perdagangan


a.

b.
c.
d.
e.

Menerima dan menyimpan wang


melalui akaun simpanan, akaun
simpanan tetap, dan akaun semasa.
Menyediakan perkhidmatan pertukaran
mata wang asing.
Kad kredit dan kad ATM
Peti simpanan selamat
Menjual cek kembara

f) Perkhidmatan wasiat dan pemegang


amanah
g) Perbankan elektronik
h) Memberi khidmat nasihat dan
pelaburan
i) Menjadi perujuk atau mengeluar surat
rujukan

Bank Saudagar
1.

2.
3.
a)
b)

Bank yang hanya menawarkan


perkhidmatan kepada badan perniagaan
yang besar seperti syarikat berhad.
Bank saudagar tidak menyediakan
perkhidmatan kepada orang awam.
Contoh-contoh bank saudagar seperti
AmMerchant Bank Berhad
RHB Sakura Merchant Bank Berhad

4.
a)
b)
c)
d)

Fungsi bank saudagar:


Memberi pinjaman kepada syarikat besar
Menerima simpanan daripada syarikat
besar.
Membantu mengurus pelaburan bagi pihak
syarikat berhad agar dapat keuntungan.
Membantu syarikat berhad dalam
pengambilalihan dan pencantuman
syarikat berhad

e) Membantu syarikat berhad


menerbitkan syer dan debentur dan juga
menyenaraikan syer di Bursa Saham.

Bank badan berkanun


1.

2.

Bank badan berkanun adalah dimiliki


oleh kerajaan kerana modalnya
disumbang oleh kerajaan.
Bank badan berkanun adalah
ditubuhkan oleh kerajaan bagi
menyedia perkhidmatan dalam sektorsektor tertentu.

Tiga jenis contoh bank badan berkanun:


a) Bank simpanan Nasional.
Untuk menggalakkan orang ramai
menyimpan wang secara kecil-kecilan.
b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera
dalam sektor perniagaan dan perindustrian.
3.

Bank Pertanian Malaysia/Agro


Bank
Untuk menggalakkan pembangunan dan
perkembangan sektor pertanian.
c)

Bank Koperasi
1.

2.

3.

Bank koperasi adalah bank yang ditubuh


untuk menjaga dan melindungi kebajikan
dan kepentingan anggotanya.
Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta
Koperasi 1948 untuk mempergiatkan
pergerakan koperasi dan semangat
bekerjasama di antara ahlinya.
Bank koperasi mendapat modal melalui
jualan saham dan simpanan daripada
anggotanya.

4. Contoh bank koperasi:


a.
b.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia


Berhad atau Bank Rakyat.
Bank Persatuan Malaysia Berhad.

Fungsi bank koperasi :


a.
b.
c.

Memberi pinjaman kepada


anggotanya.
Menyediakan kemudahan akaun
simpanan dan simpanan tetap.
Membuat pelaburan dalam projek
pembangunan dan sebagainya.

Bank Islam
1.

2.
a)
b)

Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta


Bank Islam 1983 yang menjalankan
aktivitinya mengikut syariah Islam.
Contoh bank Islam ialah :
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Ciri-ciri bank Islam


1.
a)
b)
c)

Tidak membenarkan riba.


Ini bermakna bank Islam tidak menerima dan
membayar faedah atas pelaburannya.
Bank Islam tidak boleh membeli bon dan sekuriti
kerajaan yang berasaskan faedah.
Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus bagi
kerajaan menerbit sijil atau bon pelaburan
kerajaan berdasarkan syariah Islam. Hal ini
membolehkan Bank Islam melabur sijil tersebut
bagi mengikuti keperluan rizab yang ditetapkan.

2.
a)
b)

Konsep perkongsian untung rugi


Konsep ini diamal bagi mengganti
konsep faedah.
Ini bermakna semua pelaburan dan
simpanan yang dibuat di bank Islam
akan dibayar bahagian keuntungan
yang diperoleh oleh bank.

Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)


dan gharar(ketidakpastian).
a) Bank Islam tidak akan membiayai projek yang
berunsur perjudian seperti kasino dan loteri.
b) Bank Islam juga tidak akan membuat
pelaburan yang mempunyai unsur gharar
seperti ketidakpastian, penindasan, penipuan,
dan ketidakadilan kepada mana-mana pihak.
Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang
sama sekali.
3.

Prinsip-prinsip Bank Islam


Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh
bank Islam ialah :
a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung)
i) Merupakan perjanjian antara pihak bank
dengan pelanggan dalam mengusahakan
sesuatu projek.
ii) Keuntungan daripada projek akan
dibahagi antara kedua-dua pihak mengikut
kadar yang dipersetujui.
1.

Jika berlaku kerugian, pelanggan akan


menanggungnya kecuali kerugian itu
disebabkan oleh kecuaian bank.
b) Al-Musyarakah(Usaha sama)
i) Merupakan perjanjian perkongsian
antara bank dengan dua atau lebih
pelanggan yang bersama-sama
mengendalikan sesuatu projek untuk
mencari keuntungan.
iii)

ii)

iii)

Keuntungan yang diperoleh akan


dikongsi bersama mengikut nisbah
yang telah dipersetujui.
Jika mengalami kerugian, kerugian
tersebut akan dikongsi bersama
mengikut kadar sumbangan modal
mereka.

c)
i)
ii)

Al-Wadiah(Simpanan)
Merupakan perjanjian untuk
menyimpan harta.
Pihak bank bertanggungjawab ke atas
keselamatan harta dan wang tunai
yang diamanahkan oleh para
pelanggan.

Perkhidmatan-perkhidmatan
lain bank Islam.
a)

b)

Menerima simpanan daripada orang


ramai melalui akaun semasa, akaun
simpanan, dan akaun pelaburan.
Memberi pinjaman dan membiayai
projek melalui prinsip Al-Mudharabah,
Al-Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-QardAl-Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.

c)
d)

Membiayai perniagaan berdasarkan AlMusyarakah dan Al-Wakalah.


Lain-lain perkhidmatan seperti
pertukaran wang asing, menjual cek
kembara, menjadi pemegang amanah,
dan mengurus pelaburan bagi pihak
pelanggan.

Perbezaan antara bank Islam dengan


bank konvensional
Aspek

Bank Islam

Bank konvensional

Urus niaga

Berpandukan kepada
prinsip-prinsip dan
hukum syarak.

Berdasarkan undangundang dan


peraturan Akta
Syarikat.

Faedah atau riba

Tidak dibenarkan
faedah dan riba.

Faedah menjadi
amalan biasa dan
merupakan sumber
pendapatan.

Pulangan kepada
pemegang akaun

Pemegang akan
dibayar pembahagian
keuntungan.

Pemegang akan
dibayar ganjaran
faedah.

Peranan bank

Bank dan pelabur


merupakan rakan
kongsi.

Bank bebas
melakukan pelaburan
yang
menguntungkan.

Pelaburan

Pelaburan bebas
daripada unsur

Bank bebas
melakukan pelaburan

INSURANS
Semua peniaga terdedah kepada risiko yang
boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah
kemungkinan berlakunya kemalangan yang
menyebabkan kerugian. Peniaga boleh
mendapatkan perlindungan insurans bagi
melindungi perniagaan mereka daripada risiko.
Risiko yang boleh diinsuranskan ialah boleh
dikira. Risiko dikira berdasarkan rekod
kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi
menentukan kadar premium yang akan
dikenakan.

1.

2.

Untuk mendapatkan perlindungan,


peniaga perlu membeli polisi insurans
yang ditawarkan oleh syarikat insurans
dan membayar sejumlah wang yang
disebut premium.
Apabila risiko yang diinsuranskan berlaku,
syarikat insurans akan membayar ganti
rugi atau pampasan bagi meminimumkan
kerugian yang dialami.

3. Istilah-istilah insurans :
a) Si diinsurans/insured
Pihak yang menyertai rancangan
insurans atau pemegang polisi.
b) Penginsurans/Insurer
Syarikat yang memberi perlindungan
atau pihak yang menawarkan skim
insurans.

c) Polisi insurans
Surat perjanjian atau kontrak antara
insured dan insurer.
d) Premium
i) Bayaran yang dikenakan oleh syarikat
insurans untuk memberi perlindungan
kepada insured.
ii) Premium yang dibayar bergantung kepada
jenis perlindungan, kadar risiko, jumlah yang
diinsuranskan, dan tempoh kuat kuasa polisi.

e) Pampasan/ganti rugi
Ganti rugi yang dibayar kepada insured
untuk memulihkannya kepada asal
sebelum mengalami kerugian.
f) Risiko
Kemungkinan berlaku sesuatu perkara
yang tidak diingini.

4. Risiko perniagaan dapat dibahagikan


kepada :
Jenis Risiko
Boleh diinsuranskan
Kemalangan
- Kecurian
Kebakaran
- Pecah Amanah
Rompakan
- Kematian

Tidak boleh diinsuranskan


Hutang lapuk - Ketidakstabilan harga
Pengurusan tidak cekap Rusuhan/peperangan
Perubahan cita rasa/fesyen - Bencana
alam
Keadaan politik
Kemelesetan ekonomi

Risiko yang boleh diinsuranskan


i) Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat
diramal dan dikira secara perangkaan dan
statik.
ii) Terdapat rekod kekerapan kejadian masa lalu
mengenai risiko dan kadar premium yang
munasabah dapat ditetapkan.
iii) Contoh : Kemalangan, kebakaran, rompakan,
kecurian, pecah amanah, dan kematian.
a)

b) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan.


i) Risiko yang kekerapan kejadian tidak
dapat dikira.
ii) Kadar premium tidak dapat ditetapkan
kerana tiada maklumat dan data yang
lengkap mengenai risiko.
iii) Contoh : Hutang lapuk, pengurusan tidak
cekap, perubahan cita rasa atau fesyen,
bencana alam, dan kemelesetan ekonomi.

7.

Jenis insurans :
Jenis insurans

Perlindungan

a) Kenderaan bermotor

Melindungi peniaga
daripada risiko kerugian
apabila kenderaan
perniagaan terlibat
dalam kemalangan atau
kecurian.

b) Kebakaran

Memberi perlindungan
terhadap kerugian
akibat daripada
kebakaran premis, stok,
peralatan, dan
kelengkapan

c) Jaminan Setia

Melindungi peniaga
daripada risiko pecah
amanah, penipuan, dan
ketidakjujuran pekerja
yang diamanhkan
dengan wang.

d) Kecurian/rompakan

Memberi perlindungan
terhadap
kecurian/rompakan wang
tunai, stok, peralatan, dan
kelengkapan pejabat.

e) Pampasan pekerja

Melindungi peniaga
daripada tuntutan ganti
rugi pekerja yang ditimpa
kemalangan semasa
bekerja.

f) Liabiliti Awam

Melindungi peniaga
daripada tuntutan
ganti rugi oleh orang
awam yang cedera
atau mati semasa
berada di premis
niaganya.

g) Nyawa

Memberi perlindungan
terhadap risiko kematian
atau kelumpuhan
anggota badan atau
hilang upaya untuk
bekerja.

h) Perkapalan

Melindungi kapal dan


muatannya daripada
risiko kerugian apabila
kapal terlibat dalam

Kepentingan insurans
Melindungi nyawa dan harta benda
peniaga.
b) Peniaga lebih yakin walaupun
menghadapi pelbagai risiko.
c) Aktiviti perniagaan lebih terjamin dan
dapat dilakukan secara besar-besaran.
d) Melindungi peniaga daripada
tuntutan yang dibuat oleh pekerja atau
pihak ketiga.
a)

e) Mengurangkan kerugian peniaga


kerana adanya pampasan.
f) Peniaga boleh mendapatkan pinjaman
dengan membuat cagaran polisi.

Jenis syarikat insruans


1)

Syarikat insurans konvensional


Syarikat insurans yang berdasarkan
empat prinsip utama iaitu ganti rugi,
penuh percaya, doktrin punca terdekat,
dan kepentingan boleh diinsuranskan.
Contoh MAA Assurance, Great Eastern
Life , Assurance, Malaysia National
Insurance(MNI).

2) Syarikat Takaful
Syarikat insurans Islam yang
berlandaskan hukum syariah Islam.
Contoh Syarikat Takaful Malaysia Berhad
dan Takaful Nasional Sendirian Berhad.

a)
b)

c)

3. Insurans secara Islam


Si diinsurans dikenal sebagai peserta.
Peserta yang ditimpa kemalangan akan
dapat manfaat kewangan untuk
meringankan bebannya.
Syarikat Takaful bertindak sebagai AlMudharib dan peserta-peserta perlu
bertindak sebagai Sahib Ul-Mal.

d) Perjanjian dalam prinsip takaful


adalah berasaskan prinsip Mudharabah.
Antara perkara yang terkandung dalam
perjanjian ialah:
i) Cara pembahagian untung
ii) Cara penggunaan wang caruman
iii) Hak-hak dan syarat syarat
perlindungan
iv) Manfaat yang akan diperoleh peserta.

Perbezaan antar insurans takaful dengan insurans konvensional


Insurans Takaful

Insurans Konvensional

Tertakluk kepada Akta


Takaful 1984

Tertakluk kepada Akta


Insurans 1963(Pindaan
1996)

Tiada unsur riba (faedah)

Mempunyai unsur riba


(faedah)

Unsur ghara atau


ketiadaan penjelasan tidak
wujud. Menyata dengan
jelas terhadap pengurusan
premium dan pelaburan.

Bebas membuat pelaburan


tanpa perlu memaklumkan
kepada pemegang polisi.

Insurans Takaful

Insurans Konvensional

Tiada unsur maisir


(perjudian). Ganti rugi
dibayar berdasarkan
jumlah wang caruman
terkumpul.

Mempunyai unsur maisir


kerana insured dibayar
ganti rugi berdasarkan
premium yang dibayar.

PERGUDANGAN
1.

2.
3.

Pergudangan bererti kegiatan


penyimpanan atau penstoran
barang di tempat yang sesuai dan
selamat sehingga barang itu
diperlukan di pasaran.
Tempat penyimpanan barang dikenal
sebagai gudang.
Tempat peyimpanan barang dikenal
sebagai gudang.

Peranan Pergudangan
Membolehkan proses pengeluaran
dijalankan secara berterusan.
Proses pengeluaran adalah dilakukan
sepanjang masa walaupun kurang permintaan
barang-barang. Barang-barang yang dikeluar
dapat disimpan dalam gudang sementara
menunggu permintaan untuk dijual. Bahan
mentah boleh disimpan di gudang bagi
membolehkan proses pengeluaran tidak
terjejas disebabkan kekurangan bahan mentah.
a)

b) Menjamin bekalan barang berterusan


Pergudangan menjamin bekalan barang di pasaran
tidak terputus. Barang yang berlebihan akan disimpan di
gudang supaya dapat dibekal dan diedar sepanjang tahun.
c) Menstabilkan harga barang di pasaran
Pergudangan membantu menstabilkan harga barang
dengan megimbangkan penawaran dan permintaan di
pasaran. Pergudangan akan menyimpan barang yang
berlebihan dalam gudang dan mengeluarkannya ke
pasaran apabila terdapat kekurangan. Jika harga barang
naik, maka barang di gudang akan dikeluarkan bagi
menurunkan harga barang yang naik.

d) Mengelakkan kerosakan dan


pembaziran
Barang-barang yang mudah rosak seperti daging, ikan
dan ayam yang mudah rosak disimpan dalam gudang
dingin beku untuk mengelakkan pembaziran dan
kerosakan.
e) Menjamin keselamatan barang
Barang-barang yang disimpan di gudang adalah
terlindung daripada cuaca seperti matahari dan hujan
yang boleh menyebabkan barang rosak. Di samping itu,
gudang yang dilengkapi dengan alat penggera
keselamatan dan sistem pencegah kebakaran dapat
menjamin keselamatan barang daripada kehilangan dan
kecurian..

f) Memecah pukal
Gudang juga dapat berfungsi sebagai
tempat pemecahan pukal. Barang yang
dibeli secara pukal dapat dipecah kepada
kuantiti lebih kecil. Kerja akhir seperti
menggred, menimbang, menyukat,
,membungkus dan melabel dapat
dijalankan supaya barang lebih mudah
dijual.

g) Membantu perniagaan
antarabangsa
Gudang telah memudahkan perniagaan
import dan eksport. Barang-barang
disimpan di dalam gudang sebelum ia
diimport dan dieksport. Gudang dalam bon
menyedia tempat kepada pengimport untuk
menyimpan barang sehingga duti import
dibayar. Pergudangan juga membantu
perniagaan entrepot dengan menyimpan
barang import yang diproses sementara
menunggu masa untuk dieksport semula.

Ciri-ciri gudang yang baik


a)

b)

Berdekatan dengan pelabuhan,


lapangan terbang, dan stesen kereta
api bagi memudahkan pengangkutan.
Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
baik seperti sistem penggera yang baik
yang dapat mencegah kecurian atau
rompakan.

c) Kesesuaian gudang dengan barang


yang disimpan seperti barang yang
mudah rosak dan tidak tahan lama
disimpan di gudang dingin beku.
d) Ruan gudang yang luas dan mencukupi
supaya barang dapat disusun dengan
kemas mengikut jenis dan kuantiti.

e) Pengurusan yang cekap dan sistem


perekodan yang teratur supaya gudang
dapat berfungsi dengan berkesan.
f) Peralatan yang lengkap bagi
membolehkan kerja punggah-memunggah
dilakukan dengan cepat dan selamat.

Terdapat beberapa jenis


gudang.
Gudang peruncit
Dimiliki oleh peruncit besar-besaran untuk
menyimpan barang yang dibeli secara
pukal daripada pengilang atau
pemborong..
b) Gudang pemborong
Dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan
barang yang dibeli secara pukal daripada
pengilang.
a)

c) Gudang pengilang
Dimiliki oleh pengilang untuk menyimpan
bahan mentah atau barang siap yang
menunggu untuk dijual.

d) Gudang simpanan sejuk


Digunakan untuk menyimpan barangbarang tidak tahan lama seperti sayursayuran, daging, ikan dan buah-buahan.

e) Gudang bayar dan bawa


Dimiliki oleh pengilang dan pemborong
untuk menjual barang-barang terus
kepada pengguna akhir.

f) Gudang kerajaan
Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan
barang keluaran agensi kerajaan seperti
BERNAS, FAMA dan LKIM.

g) Gudang Awam
Dimiliki oleh kerajaan untuk disewakan
kepada peniaga.

h) Gudang dalam bon


Dimiliki oleh kerajaan untuk menyimpan
barang yang dikenakan cukai tetapi
cukainya belum dibayar.

Soalan kuiz
1.

Berikan tiga peranan pergudangan


kepada peniaga.

2.

Nyatakan tiga ciri gudang yang baik.

Pengangkutan
1.

2.
a)

b)

Pengangkutan penting kepada perniagaan kerana


pengangkutan memindahkan barang atau tenaga
pekerja dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Jenis pengangkutan:
Pengangkutan darat- terdiri daripada
pengankutan jalan raya dan rel. Pengangkutan ini
paling popular dan paling banyak digunakan.
Pengangkutan udara-pengangkutan yang paling
pantas dan mahal. Menggunakan kapal terbang dan
helikopter dan sesuai untuk mengangkut barang-barang
kecil, ringan, mahal, segar dan diperlukan segera.

c) Pengangkutan air Cara yang paling murah


tetapi lambat. Amat penting bagi
perdagangan antarabangsa. Sesuai untuk
mengangkut barang-barang yang besar, berat,
tahan lama dan bernilai rendah.
d) Pengangkutan dengan saluran paip.
Cara yang sesuai untuk menghantar bahan
cecair seperti minyak, air serta gas. Saluran
paip boleh dibina di atas tanah, dalam tanah atau
dalam laut. Kos pembinaannya adalah tinggi.

Peranan pengangkutan
Meluaskan pasaran
Pengangkutan dapat meluaskan pasaran kerana
pengangkutan membolehkan barang diagih ke
merata tempat.
b) Mengurangkan kos penyimpanan stok.
Sistem pengangkutan yang cekap telah
membolehkan bekalan stok dapat diagihkan ke
pasaran dengan segera. Dengan itu, modal peniaga
tidak terikat kepada stok yang banyak. Peniaga juga
dapat menjimatkan kos pergudangan, kos insurans,
dan sebagainya..
a)

c) Meningkatkan pengeluaran
secara besar-besaran
Pasaran yang luas membolehkan
pengeluaran secara besar-besaran
dijalankan untuk memenuhi permintaan.
Pengeluaran secara besar-besaran dapat
menjimatkan kos pengeluaran dan
menurunkan harga barang.

d) Mengurangkan pembaziran
Pengangkutan dapat mengangkut barangbarang yang mudah rosak seperti buahbuahan dan hasil laut ke pasaran sebelum
barang itu hilang kesegaran. Ini daapt
mengurangkan risiko yang akan
merugikan peniaga.

e) Mengalakkan pertumbuhan
ekonomi negara
Sistem pengangkutan yang cekap akan
menggalakkan pelbagai aktivitii ekonomi
dalam sektor pembuatan, petaniaan dan
perlombongan. Kegiatan ini dapat
mewujudkan peluang pekerjaan dan
meningkatkan taraf hidup penduduk.

f) Membolehkan pergerakan
tenaga buruh
Masalah sumber tenaga buruh
dipermudahkan dengan adanya
pengangkutan. Pengankutan dapat
membawa tenaga buruh ke tempat yang
memerlukan khidmat mereka dengan
segera.

g) Mempelbagaikan pilihan
pengguna
Kemudahan penganktuan telah membawa
pelbagi barang dan perkhidmatan yagn
tidak dapat dikeluar tempatan dibawa
masuk dari negara lain. Kesannya
pengguna dapat menikamti pilihan
barang atau perkhidmatan yang lebih
luas.

h) Menggalakkan perniagaan
antarabangsa
Perdagangan antarabangsa dapat
dijalankan dengan lebih pesat dengan
bantuan kemudahan pengngkutan.
Aktiviti eksport dan import barang dapat
dijalankan dengan lebih mudah dan
sistematik dengan pengangkutan laut dan
udara.

Faktor-faktor yang mempengaruhi


jenis pengangkutan
a)

b)

Kos pengangkutan-peniaga biasanya


akan memilih pengangkutan yang
murah dan ekonomi.
Jenis dan sifat barang- Barang yang
segar dan dan tidak tahan lama perlu
dihantar dengan pengangkutan yang
cepat.

c) Risiko kerosakan
Barang yang mempunyai risiko kerosakan
yang tinggi memerlukan pengangkutan
dan pengendalian yang rapi.

d) Nilai barang
Barang yang bernilai tinggi perlu diangkut
dengan cara pengangkutan yang
mempunyai kawalan keselamatan yang
rapi.

e) Jarak
Peniaga akan memilih jenis pengangkutan
yang sesuai berdasarkan jarak perjalanan.
Bagi jarak perjalanan dekat,
pengangkutan jalan raya lebih sesuai
sebab lebih murah dan cepat.
Pengangkutan rel lebih sesuia bagi
perjalanan jarak jauh dalam negara sebab
kadar tambang untuk kereta api tidak
bertambah mengikut kadar jarak
perjalanan.

f) Kesegeraan/keperluan
Barang yang diperlu dengan segera
sesuai diangkut dengan pengangkutan
udara, contohnya ubat, alat ganti mesin
dan sebagainya.

g)Mudah diperoleh
Peniaga perlu mempertimbangkan sama
ada destinasi muatan yang akan dihantar
mempunyai kemudahan pengangkutan
yang dipilih.

h) Kuantiti, saiz dan berat


Saiz, berat, dan kuantiti barang perlu
dipertimbangkan agar jenis pengangkutan
yang dipilih mempunyai ruangan muatan
yang mencukupi.

Soalan kuiz
1.
2.

Nyatakan tiga kepentingan


pengangkutan kepada peniaga.
Apakah faktor-faktor pemilihan jenis
pengangkutan?

PROMOSI
1.

2.

Promosi adalah usaha yang dilakukan


oleh peniaga untuk memberitahu,
menyedar, memujuk dan seterusnya
mempengaruhi pengguna untuk
membeli suatu barang atau
perkhidmatan.
Promosi dapat dibahagikan kepada
pengiklanan, jualan langsung, promosi
jualan, dan publisiti.

Jenis Promosi
Jenis promosi

Pengiklanan

Jualan
langsung

Promosi
jualan

Publisiti

1. Pengiklanan
1.

2.

Pengiklanan diguna untuk memberi


penerangan dan maklumat tentang
sesuatu barang atau perkhidmatan serta
mempengaruhi orang ramai untuk
membeli.
Ia juga digunakan untuk memperkenalkan
sesuatu keluaran baru dan mengingat
orang ramai tentang barang dan
perkhidmatan yang sedia wujud di
pasaran.

c) Pengiklanan boleh dijalankan melalui


pelbagai media sama ada media cetak
atau media elektronik.
d) Media pengiklanan yang biasa
digunakan adalah seperti berikut :
i)
Surat khabar dan majalah
ii) Radio dan televisyen
iii) Poster dan papan tanda

iv) Risalah, katalog, dan surat edaran


v) Peragaan, pameran, dan pertunjukan
vi) Lampu neon
vii) Sampel
viii) Halaman kuning

e) Pemilihan media pengiklanan


bergantung kepada :
i.
kos- pengiklanan melalui televisyen
adalah lebih mahal daripada majalah
atau surat khabar.
ii. Jenis barangan Alat-alat solek dan
pakaian wanita adalah lebih baik dan
berkesan jika diiklankan dalam majalah
wanita.

iii) Liputan pengiklanan- Jika untuk


sesuatu golongan atau kawasan, maka
media seperti poster, pameran,
pertunjukan, peragaan, katalog atau
sampel adalah lebih baik.
iv) Jenis pengguna- media digunakan
mengikut sasara untuk pasaran seperti
untuk kanak-kanak, remaja dan wanita.

2. Jualan langsung
1.

2.

Jualan langsung atau jualan terus


adalah cara promosi yang melibatkan
interaksi secara bersemuka antara
jurujual dengan bakal pembeli.
Jurujual yang terlatih akan
mengadakan demonstrasi untuk
memperkenalkan produk dan
seterusnya memujuk pelanggan untuk
membeli barang.

3. Contoh barang-barang yang dijual


secara jualan langsung adalah barang
kosmetik, ubat-ubatan, barang kegunaan
dapur, bekas plastik dan sebagainya.

3. Promosi jualan
a)

b)

Promosi jualan dijalankan untuk


meningkatkan jualan seta mengeklakan
memperluaskan pasaran. Promosi jualan
biasanya digunakan dalam tempoh yang
singkat sahaja.
Promosi jualan diadakan untuk
menggalakkan orang ramai datang ke
tempat promosi dengan tujuan menarik
perhatian mereka membeli produk yang
dipromosi.

c) Cara promosi yang biasa digunakan


adalah jualan murah, demonstrasi,
pameran, pemberian sampel, kupon,
diskaun, cabutan bertuah dan tawaran
istimewa.

4. Publisiti
a)

b)

Publisiti merupakan penyampaian


meklumat mengenai sesuatu produk
melalui media massa oleh pihak yang
tidak mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu produk.
Maklumat yang disimpan oleh media
massa adalah bebas dan berkecuali
tanpa arahan daripada peniaga.

c) Publisiti boleh dilakukan melalui cara


seperti menaja acara sesuatu pertunjukan
atau pertnadingan untuk menarik
perhatian orang ramai tentang kewujudan
produk.

Soalan kuiz
Maklumat berikut adalah berkaitan
dengan sejenis promosi:
Syarikat minuman berkoko menaja
pertandingan bola sepak antara sekolah
menengah

Apakah jenis promosi di atas?


A Promosi jualan
C Publisiti
B Jualan langsungD Pengiklanan

Jawapan : C
Syarikat mendapat publisiti kerana nama
syarikat dan produk disiar dalam media
massa.

Peranan promosi
a)
b)
c)
d)
e)

Memperkenalkan barang dan


perkhidmatan
Memujuk dan mempengaruhi
pengguna
Mewujudkan pasaran baru.
Mengekalkan pasaran sedia ada
Meningkatkan jualan dan keuntungan
perniagaan.

f) Memantapkan imej barand dan syarikat


g)Menyaingi pesaing.

KOMUNIKASI
1.

2.

3.

Komunikasi adalah proses penyampaian


mesej, maklumat dan pesanan sam ada
secara lisan atau bukan lisan.
Komunikasi boleh disampaikan dalam
bentuk lisan seperti telefon, telefon
bimbit, radio, televisyen dan sidang video.
Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi
secara bertulis, seperti surat, telegram,
teleks, telefaks dan surat khabar.

Peranan Komunikasi
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Meluaskan pasaran
Memudahkan peniaga mengetahui keadaan pasaran.
Mempercepatkan urusan perniagaan.
Menyampai dan menyebar maklumat.
Memudahkan promosi.
Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaanSegala dasar dan keputusan syarikat dapat disalurkan
kepada ahli organisasi dengan segera melalui sistem
komunikasi yang cekap. Kawalan juga dapat dijalankan
dengan lebih cekap dengan bantuan alat komunikasi. Ini
adalah penting untuk perniagaan yang mempunyai
banyak cawangan.

Jenis-jenis Komunikasi
a)

b)
c)

Televisyen dan radio-dikendalikan oleh


pihak kerajaan seperti RTM 1 dan pihka
swasta seperti ASRO
Perkhidmatan pos-dikendalikan
sepenuhnya oleh Pos Malaysia Berhad.
Perkhidmatan Telekomunikasidikendalikan oleh TELEKOM, MAXIS,
dan DIGI. Disediakan dalam bentuk
lisan, bercetak dan audio visual.

d) Perkhidmatan kurier-memberi
perkhidmatan membawa mel, bungkusan
atau dokumen dengan segera. Contoh
DHL Worldwide.

Faktor-faktor pemilihan jenis


komunikasi
a)
b)
c)
d)
e)

Kos-dipengaruhi kemampuan kewangan


syarikat.
Jarak-peniaga akan memilih jenis komunikasi
yang murah pada jarak jauh.
Kesegeraan-komunikasi yang cepat seperti kurier
dan telefaks.
Jenis maklumat-Bagi maklumat yang sulit,
jenis komunikasi yang dipilih hendaklah selamat.
Mudah didapati-jenis komunikasi yang dipilih
hendaklah mudah didapati.

You might also like