You are on page 1of 17

TUGASAN GERKO

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA

1.0 KONSEP, MATLAMAT DAN STRATEGI PELAKSANAAN

SURAT
2-4

KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT


SEKOLAH
2.0

TAKWIM/

PERANCANGAN

KELAB

DAN

PERSATUAN

SEKOLAH
3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI KOKURIKULUM PERINGKAT

5-9
10-11

SEKOLAH
4.0 FUNGSI MAJLIS KOKURIKULUM DAN PENYELARAS KELAB

12-16

DAN PERSATUAN
5.0 SENARAI NAMA GURU PENASIHAT DAN PELAJAR

17-18

6.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

19-22

7.0 KEGIATAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH


8.0 REFLEKSI

23
24-25

1.0 KONSEP, MATLAMAT DAN STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM


KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH
2

KONSEP
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."
Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri. Gerak
kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian
sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh menyediakan pengalamanpengalaman tertentu bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial serta
rohani mereka.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli
masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa:
a.Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
b.Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan.
c.Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan
mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

MATLAMAT
Di antara matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah:
3

1)

Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial,

jasmani dan rohani murid.


2)
3)

Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah.


Peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang

diceburi serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu.


4)

Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik

darjah serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu.


5)

Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta

pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.


6)

Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap

positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.


7)
8)

Peningkatan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid.


Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah

dan ibubapa serta masyarakat setempat.

STRATEGI

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, berikut adalah beberapa


strategi perlaksanaannya :
1)

Memperseimbangkan gerak kerja ko-kurikulum dengan pelajaran akademik

yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya adalah proses pendidikan yang
saling lengkap-melengkapi.
2)

Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab / persatuan

serta mempelbagai gerak kerja ini termasuklah gerak kerja sukan bagi tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu,
kumpulan dan beramai-ramai.
3)

Melibatkan murid atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.

4)

Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan

Ibubapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan
pelaksanaan gerak kerja.
5)

Merancang gerak kerja kokurikulum yang teliti dengan menetapkan matlamat -

matlamat yang hendak dicapai.


6)

Merekod dan menilai segala gerak kerja dan kemajuan yang dijalankan dan

dicapai.
7)

Mengadakan penilaian secara berterusan dan memberi penghargaan kepada

murid dan pihak-pihak lain dari semasa ke semasa

3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH

4.0 FUNGSI MAJLIS KOKURIKULUM DAN PENYELARAS KELAB DAN


PERSATUAN
Bidang tugas Pentadbiran;
Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum
dan kegiatan lain.
Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.

Bidang Tugas Penyelaras Kelab dan Persatuan;


7

1.Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja kokurikulum


masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal.
2.Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing.
3.Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
4.Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa
kokurikulum untuk penyelarasan.
5.Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit
dilaksanakan dengan sempurna.
6.Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada
SetiausahaKokurikulum untuk rekod sekolah.
7.Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikanprogram
yang telah diatur.
8.Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai.
9.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa
kesemasa.

Bidang tugas guru penasihat Kelab dan Persatuan;


8

i. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan


bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.
ii. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.
iii. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan
perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan
bergerak.
iv. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti
pembangunan

dan

menyerahkan

satu

salinan

takwim,

aktiviti

rutin

dan

pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.


v. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan
itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
vi. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
vii. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai
nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan
menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak
pada akhir setiap bulan.
viii. Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan
wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum
untuk disemak pada akhir setiap bulan.
ix. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan
gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.
x. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
xi. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh
sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
xii. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan
dikemaskinikan.

xiii. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah
dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
xiv. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.
xv. Menjadi jurulatih Kelab setakat mana yang boleh. Guru Penasihat hendaklah
mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih luar atau jurulatih
luar yang memerlukan bayaran.
xvi. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
xvii. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

10

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan


1. Pengerusi
a. Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
c. Membincangkan

semua

program

dan

aktiviti

mingguan,

semester dan

tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.


d. Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa

2. Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
b. Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

3. Setiausaha
a. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
b. Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

4. Penolong Setiausaha
11

a. Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.


b. Berkerjasama dengan setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.

5. Bendahari
a. Mengutip wang derma daripada ahli.
b. Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
c. Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
d. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
e. Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin..
b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7. Pemeriksa Kira-Kira
a. Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir
tahun.
b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

12

5.0 SENARAI NAMA GURU PENASIHAT DAN PELAJAR UNIT BERUNIFORM


PENGAKAP

13

14

6.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan
berketrampilan selaras dengan hasrat

Wawasan Pendidikan dan Falsafah

Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.


OBJEKTIF
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam kehidupan.
Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi
menjayakan Wawasan 2020.
Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah,
melepak dan juvana.
Mempelbagaikan kegiatan kelab di sekolah bagi menyediakan para pelajar
memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan
memimpin.
Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan negara.
Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai
isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

15

8.0 REFLEKSI
Saya telah memperuntukkan masa selama 5 hari sepanjang saya menjalankan
Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

untuk

menyiapkan

tugasan

ini.

Dalam

menyiapkan tugasan ini saya telah berkolaborasi dengan guru-guru penasihat bagi
pengakap. Aktiviti kokurikulum di sekolah ini diadakan pada setiap hari rabu khamis
iaitu pada pukul 7.15 pagi sehingga pukul 8.30 pagi.
Menurut guru besar SK Rancangan Kliasa, aktiviti kokurikulum diadakan pada
waktu pagi kerana cuaca yang lebih sesuai dan kondusif bagi menjalankan aktiviti di
luar kelas. Saya dapati bahawa aktiviti kokurikulum ini kurang sesuai diadakan pada
waktu pagi kerana murid kelihatan letih dan lesu selepas menjalani aktiviti fizikal. Ini
menyebabkan mereka kurang bersemangat untuk belajar.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum sepatutnya dijalankan
selepas waktu PdP. Seterusnya, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum terdapat
murid-murid yang tidak memakai pakaian sukan. Mereka didenda dengan tidak
dibenarkan mengikuti aktiviti tersebut. Guru sepatutnya memberi peringatan kepada
murid sehari sebelum aktiviti kokurikulum.
Selain itu, terdapat juga kekurangan pada pasukan kelab catur iaitu ketiadaan
pakaian yang seragam. Murid terpaksa memakai baju sukan biasa dan terdapat juga
murid yang tidak mematuhi peraturan dengan memakai pakaian seragam sekolah.
Oleh itu saya berpendapat bahawa guru penasihat sepatutnya memainkan
peranannya dengan tegas dengan memenuhi segala kelengkapan yang diperlukan
oleh kelab tersebut dan juga keperluan para pelajar.
Seterusnya saya juga mendapati bahawa semua guru yang memegang
jawatan sebagai guru penasihat juga kurang komited terhadap tugas mereka
sebagai guru penasihat. Terdapat guru sendiri yang lambat dating ke perjumpaan
bersama dengan ahli-ahli mereka. Guru sepatutnya menjadi contoh dan role model
kepada pelajar sebagai seorang yang berdisiplin. Saya berpendapat bahawa guru
besar seharusnya menegaskan kepada semua guru penasihat agar menjalankan
tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.
Akhir sekali, pihak pentadbir sekolah seharusnya mencari inisiatif untuk
menyediakan perbelanjaan kepada kelab. Dengan adanya dana yang mencukupi
16

sudah pasti segala kelengkapan yang diperlukan dapat dipenuhi dan usaha dan
keseragaman lebih ketara di sekolah tersebut.
Begitu banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang saya berada di
sekolah tersebut. Saya juga telah dapat menyesuaikan diri saya dengan budaya dan
keadaan sekolah. Saya dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti kokurikulum
dijalankan di sekolah rendah yang saya sendiri akan hadapi semasa menjadi guru
kelak. Semua pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang saya berada di
sekolah tersebut akan saya aplikasikan dalam diri saya untuk menjadi seorang bakal
guru yang disegani.

17

You might also like