You are on page 1of 6

ZAMAN PRASEJARAH

Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman
Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu
zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya
masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat
manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang.
Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat
Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat
batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga
300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

Zaman Prasejarah Di Malaysia


Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu:
1. Zaman Paleolitik
2. Zaman Neolitik
3. Zaman Logam

1. Zaman Paleolitik
Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Menggunakan alat batu
repihan untuk menetak.
Ciri-ciri :a) Penempatan
Hidup berpindah randah, biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di
dalam gua, dan sekitar tasik .
b) Kegiatan dan Peralatan
Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan
pucuk-pucuk daun.
Mengamalkan cara hidup sara diri dan menggunakan alat batu sebagai alat
Utama dalam kehidupan seharian.
C) Kepercayaan Animisme
Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah
percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati.
Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.
D) Lokasi di Malaysia
i) Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.
ii) Gua Niah, Sarawak.
iii)Tingkayu, Sabah.

Tapak Zaman Paleolitik Di Malaysia


Tapak ekskavasi di Kota Tampan, Lenggong,Perak. 1998

Penemuan Zaman Paleolitik Di Malaysia

Manusia Perak atau Perak Man


Rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikebumikan dengan

kaki terlipat ditemui di Gua Runtuh pada 1990.

Zaman Neolitik
Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula
bercucuk tanam dan memelihara binatang. Zaman ini bermula kira-kira 7000 tahun
dahulu. Masyarakat zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan
perdagangan tukar barang.
Ciri-ciri :a) Penempatan
-Wujud sistem masyarakat yang mempunyai ketua dan pembahagian tugasan,
tinggal berhampiran sungai dan gua .
b) Kegiatan dan Peralatan
-Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan
pucuk-pucuk daun.
-Menangkap ikan dan menternak binatang serta bercucuk tanam.
-Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, belanga dan periuk.
-Berdagang secara tukar barang.
-Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.
-Mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting, dan gelang.
C) Kepercayaan Animisme
Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah
percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati.
Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.

D) Lokasi di Malaysia
i) Gua Cha, Kelantan.
ii) Bukit Tengkorak, Sabah.

Penemuan Zaman Neolitik Di Malaysia


Zaman Logam
Merukan zaman perkembangan teknologi berasaskan tanah dan batu kepada teknologi
logam. Bermula di Malaysia kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman di mana manusia
telah mencipta alat gangsa dan besi.
Ciri-ciri :a) Penempatan
-Hidup menetap, namun ada yang masih tinggal dalam gua dan berhampiran
sungai. Masyarakat ini mula mempunyai adat resam masing-masing.
b) Kegiatan dan Peralatan
-Menghasilkan alat logam yang diperbuat daripada besi dan gangsa.
-Menangkap ikan, berburu dan menternak binatang serta bercucuk tanam.
-Berdagang secara tukar barang.
C) Kepercayaan Animisme
-Mempunyai pegangan dan pegangan hidup yang tertentu.
-Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.
D) Lokasi di Malaysia
i) Sungai Tembeling, Pahang.
ii) Gua Harimau, Perak.
iii)Changkat Menteri, Perak.

Penemuan Zaman Logam Di Malaysia

You might also like