You are on page 1of 13

Kimpalan mig

MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan logam Gas
Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan
logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, eletrod mestilah
dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk
bekalan elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang
boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan
yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melaui muncung kimpal seperti yang
dilakukan dalam kimpalan TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau
separauh automatik. walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit
kerana prosesnya memerlukan huluran slektrod yang berterusan dan seragam.
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar
pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.

KOMPONEN MIG

Bekalan kuasa
Pada kebiasaannya, mesin untuk kimpalan MIG ialah penjana motor atau penerus
jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga 25
ampere. Secara automatiknya voltan akan berubah-ubah mengikut jarak celahan
diantara hujung dawai elektrod dengan kerja, manakala arus pula berubah secara
songsang ketika kerja dilakukan.

Penembak kimpalan
Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan
gas pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah
secara tarik atau tolak.

Gas pelindung
Untuk MIG, gas karbon dioksida digunakan. Gas karbon digunakan untuk
mengimpal MIG keluli karbon.

Dawai elektrod
Sangat penting dan mestilah dari logam yang mempunyai kerencaman yang sama
dengan bahan kerja yang dikimpal.

Kelebihan kimpalan MIG :

Proses boleh di automasikan (digabungkan dengan robot)

Proses lebih cepat

Hasil kimpalan bermutu tinggi

Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan

Kimpalan bolah dibuat pada semua kedudukan

Boleh mengimpal semua jenis logam utama

Merupakan proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam melalui


pemanasan arka antara elektrod guna habis dengan benda kerja. Proses ini
menggunakan gas sebagai perisai. Elektrod guna habis diulurkan dengan
berterusan secara automatik melalui muncung pemegang. Arka dilindungi
dengan gas Ar, He, campuran Ar + He dan CO2.

Sistem kimpalan MIG


Mesin Kimpalan (Sumber kuasa)
Bekalan gas perisai.
Unit uluran dawai.
Kepala kimpalan (pemegang)
Benda kerja

Penggunaan
Diguna dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran
tinggi.
Diguna dalam kilang pembuatan.
Kelebihan
Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
Proses lebih cepat.
Hasil kimpalan bermutu tinggi.
Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
Boleh mengimpal kesemua logam utama.
Kekurangan
Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
Sistem tidak mudah alih.
Pemegang elektrod perlu dekat dengan benda kerja untuk memastikan perisaian
arka cukup.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

PENGENALAN
Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga
sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan
MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta
boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan
MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk
industri aeronautik. selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan
untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod
kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod
kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod.

Gambar foto: Mesin Kimpalan MIG

PRINSIP ASAS KIMPALAN MIG


Dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod
bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan
logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod san logam asas bercampur
membentk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai
kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk
gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan
kolam leburan daripada udara atmosfera.

MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI


Antara bahagian dan fungsi bahagian mesin kimpalan:-

PANEL KAWALAN
Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai

elektrod dan gas pelindung. Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel
kawalan.

Gambar foto: Panel kawalan mesin kimpalan MIG

PEMEGANG SUMPITAN (GUN)


Pemegang sumpitan atau "gun" berfungsi menghantar dawai elektrod, gas
pelindung dan arus ke kawasan kimpalan. Terdapat suis untuk memula dan
memutuskan arka, memutuskan bekalan gas pelindung dan elektrod kimpalan

Gambar foto : Pemegang sumpitan Kimpalan MIG (gun)

MUNCUNG KIMPALAN

Muncung sumpitan menetapkan dawai elektrod dan gas lengai ke kawasan


kimpalan. Ia diperbuat dari keluli kalis karat dan boleh ditanggalkan dari
sumpitan.

Gambar foto : Muncung kimpalan MIG


Terdapat dua jenis muncung sumpitan iaitu muncung sumpitan penyejukkan
udara dan muncung sumpitan penyejukkan air.Muncung sumpitan penyejukkan
udara digunakan untuk melakukan kerja ringan dengan arus kurang daripada
200 ampere, manakala muncung sumpitan penyejukkan air digunakan untuk
kerja-kerja berat dengan arus yang digunakan melebihi 300 ampere.
Terdapat dua jenis mekanisma suapan dawai digunakan dalam muncung
sumpitan iaitu jenis tolak dan jenis tarik. Semasa mengimpal, penelitian
hendaklah dibuat pada bahagian muncung sumpitan terutama bahagian orifis,
nozel dan cip yang mungkin terdapat percikan yang melekat sehingga
memenuhi nozel yang akan menganggu kelancaran proses mengimpal.

Gambar foto: Spray dan gel anti lekatan percikan lampau


Semburan gel anti lekatan kepada bahagian muncung sumpitan akan
menyebabkan lekatan percikan mudah ditanggalkan.
UNIT SUAPAN DAWAI ELEKTROD
Motor dalam unit suapan dawai secara automatik menghulur dawai elektrod dari

gulungan dawai kepada muncung sumpitan arka. Pelbagai kelajuan keluaran


dawai boleh dibuat dengan melaras suis pada panel kawalan.Terdapat dua
suapan dawai yang dibina dalam punca kuasa atau sebagai satu unit yang
berasingan dari mesin kimpalan. Unit berasingan sesuai digunakan untuk
mengimpal di kawasan yang luas.
SILINDER DAN GAS LENGAI
Gas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas
campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida.

Gambar foto : Unit suapan dawai berasingan

PELARASAN PANEL KAWALAN, PENGATUR dan METER ALIR SERTA KENDALIANYA


Pengaliran gas lengai dari silinder ke kawasan kimpalan dilaras oleh panel
kawalan, pengatur dan meter alir.Gas lengai terus mengalir keluar untuk
Melindungi kawasan kawah leburan Kimpalan walaupun suis pemetik pada
muncung sumpitan telah di "OFF" apabila proses kimpalan berhenti. Jangka masa
keluaran gas ini dilaras pada panel kawalan mesin kimpalan MIG. Pengatur
silinder gas lengai mengandungi tolok tekanan yang menunjukkan tekanan gas.

Gambar foto: Pengatur dan meter alir

Pelarasan tombol pada pengatur ini akan menentukan tekanan gas yang keluar
dari silinder. Kadar pengaliran gas ke kawasan kimpalan diukur dalam unit liter
per minit. Kadar keluaran ini dilaras dengan memutarkan tombol pelaras pada
meter alir. Bebola akan terapung dalam tiub kaca bermeter untuk menunjukkan
kadar aliran gas yang keluar.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses
tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk
untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus yang
berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod
yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan
keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang
ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperi yang
dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau
seperuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan MIG lebih rumit
kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang berterusan yang seragam.
PERALATAN MIG
1.Bekalan Kuasa
Dalam kebiasaannya, mesin untuk kegunaan kimpala MIG ialah penjana motor
atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus
sehingga 250 Ampere. Secara automatiknya, voltan berubah-ubah mengikut
jarak celahan di antara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala
arus pula berubah secara songsang apabila kerja dijalankan.
2.Penembak Kimpalan
Penembak bekalan biasanya untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas
pelindung. Keadah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak
secara tarik atau tolak.

3.Gas Pelindung
Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan
untuk mengimpal MIG keluli karbon.
4.Dawai Elektrod
Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang
mempunyai kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER MIG


>Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.
>Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A
>laraskan gas pelindung, pastikan dawai elektrod penembak ada.
>Silinder 1 diletakkn dgn silinder 2, dan kimpal paku dibuat pd sambungan
tersebut.
>Mulakan kimpal sambungan silinder sehingga tegak sehingga siap.
>Kemudian lihat hasil kerja kimpal tersebut.
>Sejukkan benda kerja dan bersihkan.
Kelebihan
Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
Proses lebih cepat.
Hasil kimpalan bermutu tinggi.
Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
Boleh mengimpal kesemua logam utama.
Kekurangan
Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
Sistem tidak mudah alih.
Pemegang elektrod prlu dekat dgn benda kerja utk memastikn perisaian arka
cukup.

MIG
Kimpalan arka logam berperisai gas ialah proses kimpalan arka yang
menghasilkan tautan logam melalui pemanasan arka antara elktrod guna habis
dengan benda kerja. Tidak seperti proses kimpalan arka logam manual yang
menggunakan salutan elektrod sebagai perisai arka, proses ini menggunakan
gas sebagai perisai. Proses ini juga dikenali sebagai kimpalan gas lengai logam,
kimpalan gas aktif logam,arka litar pintas,pemindahan celup atau pemindahan
dawai. Arka dilindungi dengan mengginakan beberapa jenis gas seperti argon,
helium, campuran argon helium.

Gambarajah Skema Bagi Proses Kimpalan MIG

You might also like