You are on page 1of 113

PENGGUNAAN 'TONES CARD' DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN

KEMAHIRAN OPERASI TOLAK NOMBOR HINGGA 50 DENGAN


PENGUMPULAN SEMULA

NOR IDZMA BINTI MOHAMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

APRIL 2015

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini


dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Matematik Pendidikan Rendah)

Tandatangan

......................................................

Nama Penyelia

......................................................

Tarikh

......................................................

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

................

Nama penulis

......................................

Tarikh

................

DEDIKASI

Dedikasi buat abah dan ibu tersayang

Allahyarham Mohamad bin Abd Rashid dan Norsiah binti Ilias

Iringan doa dan restu kalian memberi dorongan kepada anakanda

untuk meneruskan perjuangan ini.

Teristimewa buat

Suami tersayang, Sahriel bin Idris

dan putera-putera kesayanganku

Muhammad Adib Athari bin Sahriel dan Muhammad Ammar Rizqi bin Sahriel

Sokongan dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya.

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya


saya berjaya menyiapkan laporan penyelidikan tindakan ini dalam tempoh yang
ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penyelia iaitu Puan Kharshiah


binti Khalid

yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan idea-idea baru

sepanjang merancang dan menyiapkan penyelidikan tindakan ini. Tanpa tunjuk ajar
daripada beliau tentunya penyelidikan tindakan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
baik dan lancar.

Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak sekolah, guru-guru dan murid-murid yang terlibat di atas kerjasama
dan komitmen yang diberikan sepanjang proses penyelidikan tindakan ini dijalankan.

Jutaan terima kasih

juga kepada keluarga saya yang selama ini banyak

memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dalam usaha
melaksanakan penyelidikan tindakan ini. Segala sokongan, bantuan dan perkongsian
idea dari kalian amatlah di hargai. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang murid Tahun 1
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan
semula menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan sasaran yang menjadi subjek kajian
ini terdiri daripada 3 orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah
Segamat Johor. Subjek kajian dipilih berdasarkan pemerhatian awal dan ujian
diagnostik yang dijalankan. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti yang dijalankan dalam
4 sesi rawatan disusun secara berperingkat dengan menggunakan bahan manipulatif
'TOnes Card'. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui ujian pra dan ujian
pasca, pemerhatian, rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Data dari ujian pra
dan ujian pasca dianalisis secara kuantitatif deskriptif manakala pemerhatian dan
temubual dianalisis secara kualitatif berdasarkan kandungan temubual, rakaman foto
dan rakaman video untuk tujuan triangulasi data serta maklumat sokongan. Terdapat
peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek kajian dalam ujian pasca berbanding ujian
pra. Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 100% manakala
subjek kajian 3 menunjukkan peningkatan sebanyak 90%. Ini membuktikan bahawa
Penggunaan 'TOnes Card' sangat membantu subjek kajian dalam menyelesaikan
soalan operasi tolak dengan pengumpulan semula dan seterusnya meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut. Subjek kajian juga menunjukkan
peningkatan yang positif dalam pencapaian dan keyakinan dalam menjawab soalan
operasi tolak dengan pengumpulan semula semasa dan selepas rawatan. Cadangan
lanjutan juga dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula, bahan manipulatif.

ABSTRACT

This action research was undertaken to assist the three pupils in Year 1 in improving
the proficiency minus operating with regrouping using 'Tones Card'. The target
group is the subject of this study comprises 3 Year 1 pupils in a primary school in
Segamat, Johor. The subjects were selected based on preliminary observations and
diagnostic tests performed. In this study, the activities carried out in the four
treatment sessions are arranged in stages using manipulative materials 'Tones Card'.
Data were collected and analyzed through a pre-test and post-test, observation,
student progress records and interviews. Data from pre-test and post-test were
analyzed by quantitative descriptive and observation and interviews were analyzed
qualitatively by the content of interviews, photographs and video footage for the
purpose of triangulation data and supporting information. There is an increase in
scores for the three subjects in the study compared to pre-test and post-test. Subjects
1 and 2 showed an increase of 100%, while the three study subjects showed an
increase of 90%. This proves that the use of 'Tones Card' very helpful subjects
completed the study in question of subtraction and repackaging operation and thus
increase their mastery of skills. The subjects also showed positive improvement in
performance and confidence in answering questions subtractions with regrouping
minus operating during and after treatment. Proposals were also discussed in this
study.

KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA.........................................................................ii
PENGAKUAN..............................................................................................iii
DEDIKASI....................................................................................................iii
PENGHARGAAN..........................................................................................v
ABSTRAK.....................................................................................................vi
ABSTRACT...................................................................................................vii
KANDUNGAN...........................................................................................viii
SENARAI RAJAH........................................................................................xi
SENARAI JADUAL....................................................................................xii
SENARAI LAMPIRAN..............................................................................xiii

1.0 PENDAHULUAN...................................................................................1
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran.................................................3
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan.....................................................................5

2.0 FOKUS KAJIAN......................................................................................9


2.1 Isu Kajian..............................................................................................9
2.2 Definisi Operasi..................................................................................12
2.3 Tinjauan Literatur...............................................................................13

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN............................................27


3.1 Objektif Kajian...................................................................................27
3.2 Persoalan Kajian.................................................................................27

4.0 KUMPULAN SASARAN......................................................................28

5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN..............................................29


5.1 Merancang..........................................................................................30
5.2 Bertindak.............................................................................................30
5.3 Memerhati...........................................................................................35
5.4 Mereflek..............................................................................................36

6.0 CARA MENGUMPUL DATA...............................................................37


6.1 Ujian pra dan Ujian pasca................................................................37
6.2 Pemerhatian.......................................................................................38
6.3 Temu bual murid................................................................................39
6.4 Rekod Kemajuan Murid....................................................................40

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI....................41


7.1 Soalan Kajian 1...................................................................................41
7.1.1 Analisis Ujian pradan Ujian pasca...............................................41
7.2 Soalan Kajian 2...................................................................................44
7.2.1 Analisis Rekod Kemajuan Murid.................................................44
7.2.2 Analisis Pemerhatian...................................................................48
7.2.3 Analisis Temubual........................................................................57
9

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN....................................65


8.1 Rumusan.............................................................................................65
8.2 Implikasi kajian..................................................................................69
8.3 Refleksi Kajian...................................................................................70

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA...............................................76

RUJUKAN....................................................................................................78
LAMPIRAN:................................................................................................82

10

SENARAI RAJAH
RAJAH

MUKA SURAT

Rajah 1:

Contoh kesilapan murid

Rajah 2:

Contoh kesilapan murid

10

Rajah 3:

Contoh hasil kerja murid

10

Rajah 4:

Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

29

Rajah 5 :

Graf Perbandingan markah ujian pra

43

dan ujian pasca


Rajah 6 :

Graf Rekod Kemajuan Murid

45

Rajah 7 :

Contoh Ujian pra subjek kajian

47

Rajah 8 :

Contoh Ujian pasca subjek kajian

47

Rajah 9:

Sesi rawatan pertama

48

Rajah 10:

Tingkah laku subjek kajian sepanjang


sesi rawatan

Rajah 11:

49

Tingkah laku subjek kajian semasa


sesi rawatan kedua dan ketiga

54

11

SENARAI JADUAL
JADUAL

MUKA SURAT

Jadual 1:

Langkah Penggunaan 'TOnes Cards'

32

Jadual 2 :

Markah Ujian pra dan Ujian pasca

42

Jadual 3:

Markah Subjek kajian dalam ujian pra, Lembaran


sesi rawatan dan ujian pasca

Jadual 4 :

Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.

Jadual 5 :

50

Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 2.

Jadual 6 :

45

51

Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 3.

52

Jadual 7 :

Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 2

53

Jadual 8 :

Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 4

56

12

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

LAMPIRAN
Lampiran A

Soalan Ujian Pra

81

Lampiran B

Soalan Ujian Pasca

83

Lampiran C

Borang Pemerhatian

85

Lampiran D

Transkrip Temubual

90

13

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Matematik adalah matapelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,


peraturan-peraturan langkah kerja, algorithma dan teorem-teorem yang kerap
digunakan (Short & Spanos1989). Matapelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri
yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia
mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa
matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum
dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan
peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru
kepada murid (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru
tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya.
Seterusnya murid akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul
tentang matematik.
Sikap dan minat murid terhadap matematik juga memainkan peranan yang
penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang guru ajar. Setiap
murid secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar
belakang keluarga dan persekitaran. Guru berdepan dengan murid yang membawa
ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah
dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang
bercanggah ini

tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin
disampaikan.
Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal akan
dapat membantu murid mereka belajar dengan tenang dan mudah. Guru-guru yang
reflektif sering mendalami segala isu dalam kelas, mereka juga cuba menyelesaikan
masalah dalam kelas, sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian kendiri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd Kidin dan Jamil 2007).
Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu
diselidiki. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri merupakan satu mata
pelajaran yang susah diterima oleh murid.
Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi murid yang dapat
dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah antaranya adalah, membuat penilaian
secara lisan, kerja kumpulan, menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku
latihan murid. Penyemakan buku latihan murid dapat memberi gambaran yang jelas
tentang berlaku miskonsepsi murid. Tujuan menganalisis soalan-soalan ini adalah
sebagai satu tindakan refleksi untuk membekalkan maklumat kepada guru tentang
pembelajaran yang murid terima daripada guru. Setiap pembelajaran akan mengubah
tingkah laku dan sikap murid. Justeru itu antara langkah inovatif yang perlu di ambil
oleh guru adalah dengan mengadakan penyelidikan atau kajian tindakan bagi
mengesan kelemahan murid serta puncanya dan seterusnya mencari solusi kepada
permasalahan atau miskonsepsi tersebut.
Peranan utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru matematik adalah
memastikan setiap murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar dan berusaha
sedaya upaya untuk membantu murid yang tidak menguasai kemahiran tertentu
untuk membetulkan setiap miskonsepsi yang berlaku.
2

1.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Bagi tahun 2014, buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun berkhidmat
sebagai guru matematik di sekolah rendah, saya ditugaskan untuk mengajar murid
Tahun 1. Selama ini saya hanya mengajar murid tahap 2 yang terdiri daripada murid
tahun 4, 5 dan 6. Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun 1 ini saya mendapati
subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk
difahami oleh murid Tahun 1 di sekolah ini. Tidak seperti pengalaman mengajar
tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai kemahiran fakta asas dan
penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang menggunakan rumus.
Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya masalah
dalam tajuk operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa.
Hal ini dapat dikesan melalui pemerhatian, semakan hasil kerja murid dan sesi soal
jawab di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid menghadapi masalah ini
namun timbul tanda tanya di hati saya mengapa hal ini boleh berlaku terhadap
beberapa orang murid. Oleh kerana sudah agak lama mengajar murid tahap 2, pada
mulanya saya beranggapan kesilapan yang berlaku akibat kecuaian semata-mata
seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2, namun setelah diteliti kesilapan itu
berpunca dari salah tanggapan konsep atau miskonsepsi.
Antara miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid tidak faham unsur
pinjam atau ambil untuk dikumpulkan semula di dalam nilai tempat yang betul.
Selain itu ada juga murid yang faham unsur pinjam atau ambil tetapi nombor yang
dipinjam menjadi nilai baru untuk mengganti nombor yang diguna untuk tolak,
murid tidak memahami bahawa nilai sa perlu dikumpul dengan 10 yang diambil dari
rumah puluh terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tolak.
3

Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh


murid. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula, murid perlu menguasai beberapa kemahiran lain seperti
kemahiran mengenal nilai tempat dan nilai digit, perubahan nilai yang berlaku
apabila berlakunya pertukaran nilai tempat, kemahiran menambah dan kemahiran
asas tolak dalam lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan mengumpul semula
dimana nilai 10 yang dipinjam dan ditambah dengan nilai asal telah diajar di dalam
kelas, namun masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
tersebut ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula.
Setelah diamati melalui pemerhatian di dalam bilik darjah didapati kesilapan
yang telah dilakukan oleh beberapa orang murid ini ialah:
1. Menolak menggunakan bentuk lazim secara sembarangan. Hal ini kerana terdapat
murid yang menolak secara terbalik berdasarkan konsep yang besar tolak yang kecil
dengan mengabaikan konsep mengumpul semula. (Rujuk Rajah 1)

Murid menolak
terbalik dimana 7
tolak 2 bersamaan 5
kerana beranggapan
nombor besar mesti
tolak nombor yang
lebih kecil.

Rajah 1: Contoh kesilapan murid


4

Melalui hasil kerja murid ini, saya mendapati murid ini tidak memahami
proses menolak dengan betul apabila melibatkan proses mengumpul semula.
Kesilapan ini juga mungkin berlaku akibat amalan pengajaran saya yang mengajar
murid tahun 1 dengan lebih banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi
dan mengabaikan keperluan murid-murid untuk memahami konsep dengan lebih
mendalam. Tindakan yang terlalu mengejar sukatan pelajaran juga mengakibatkan
saya terlalu terburu-buru dalam mengajar dan hasilnya terdapat murid-murid yang
tidak memahami apa yang telah diajar. Sekiranya hal ini di biarkan berlanjutan maka
ia akan menjadi masalah kepada murid-murid ini untuk menguasai kemahiran
menolak dengan pengumpulan semula yang melibatkan nombor yang lebih besar.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini saya telah mengaplikasikan
kaedah 'TOnes Card' (TOC) , iaitu yang bermaksud kad jalur nilai tempat puluh dan
kad nilai sa. Kad-kad ini digunakan untuk membantu murid yang bermasalah untuk
melakukan proses menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh
ke rumah sa dengan betul.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,(2009), matlamat pendidikan


Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem
dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu
pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian
dengan berkesan. Manakala dalam Dokumen Standard KSSR (2011) pula
mengatakan bahawa Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda

supaya berfikir secara mantik dan bersistematik dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Walaupun kedua-dua matlamat ini hampir sama namun
pelaksanaan KSSR adalah lebih menjurus kearah persediaan mengharungi cabaran
pendidikan abad ke 21 dan seterusnya menyediakan murid yang boleh bersaing di
peringkat dunia.
Pembelajaran matematik merupakan satu bidang pembelajaran yang penting
kepada murid-murid kerana Matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Matematik digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang dari sekecil-kecil
kemahiran seperti mengira masa, jual beli, geometri hinggalah dalam bidang yang
lebih meluas seperti kejuruteraan, ketenteraan dan kedoktoran. Justeru itu amat
penting bagi setiap murid untuk menguasai kemahiran matematik dari peringkat
rendah lagi. Kefahaman konsep didalam Matematik adalah amat penting dalam
proses pembelajaran. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan
gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. (Azizi dan Elangovan, 2010).
Antara kemahiran asas dalam matematik adalah operasi tolak. Sebagai
seorang guru, kita mengharapkan semua murid-murid menguasai kemahiran asas ini,
namun ia bukanlah satu kerja yang mudah disebabkan oleh tahap penguasaan muridmurid yang berbeza-beza. Bagi merealisasikan hasrat ini, maka guru haruslah
kreatif

dalam merancang seterusnya melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dapat membimbing murid untuk menguasai kemahiran asas


matematik seperti operasi tolak.
Seseorang guru

memainkan peranan penting dalam menyampaikan

maklumat secara berkesan kepada murid agar murid dapat memahami konsep dan
seterusnya dapat mengaplikasikan maklumat tersebut dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Pemahaman tentang konsep tolak perlulah diterap dari
6

peringkat rendah lagi iaitu seawal usia 6 tahun sebelum murid-murid ini bersedia
untuk memahami kemahiran yang lebih abstrak dan kompleks seperti yang
dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), bahawa guru
perlu menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian murid
dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matematik.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid-murid
memahami konsep matematik seperti operasi tolak ini adalah penggunaan bahan
bantu manipulatif adalah amat berkesan lebih lebih lagi dikalangan murid berusia 7
hingga 11 tahun berdasarkan Toeri pembelajaran kognitif Jean Piaget (1971). Bahan
bantu manipulatif ini memberi peluang kepada murid untuk melihat, merasa dan
mengerakkan bahan tersebut mengikut kemahiran yang dimuridi. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan keseronokkan belajar di kalangan
murid.
Selain penggunaan bahan konkrit, pemilihan strategi dan pendekatan kaedah
pengajaran juga amat penting bagi memastikan murid menguasai sesuatu kemahiran
dalam Matematik. Kaedah pengajaran yang baik ialah kaedah yang membolehkan
guru memenuhi keperluan sukatan dan tingkah laku murid (Noraini Idris,2001).
Menurut Robert Gagner, pembelajaran adalah berperingkat-peringkat kesukarannya,
iaitu daripada yang mudah kepada yang susah dan pembelajaran bermula daripada
apa yang diketahui oleh murid.
Justeru itu menjadi tugas guru dalam menentukan sejauh mana pengetahuan
sedia ada murid supaya pengajaran dapat didasarkan kepadanya. Selepas itu,
rancangan pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran, iaitu peringkat
mudah dan asas didahulukan sebelum menempuh pembelajaran seterusnya.

Sehubungan itu

saya menjalankan kajian ini

sebagai langkah untuk

mengesan dan mengatasi kelemahan dan ketidakupayaan murid dalam menguasai


operasi asas tolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan
bahan manipulatif.

Menurut Wong

Khoon Yoong (1987) dalam Azizi dan

Elangovan (2008) Kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada
kebolehan pada aras yang rendah mengikut hiraki.
Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah kerana berlakunya
kesalahfahaman sesuatu konsep. Sesungguhnya kegagalan murid untuk menguasai
operasi asas akan menyebabkan kesukaran untuk menguasai matematik secara
keseluruhannya disamping turut melemahkan minat, motivasi dan keyakinan diri
mereka. Hal ini akan menyebabkan murid-murid melabelkan Matematik sebagai satu
mata pelajaran yang sukar.
2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Isu Kajian

Operasi asas matematik terdiri daripada empat jenis operasi, iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi. Operasi asas yang paling di sukai dan mudah difahami serta
dimuridi oleh murid-murid adalah operasi tambah. Masalah mula timbul apabila
murid mula mempelajari operasi tolak. Murid sering kali keliru dalam melaksanakan
operasi tolak dan mencampuradukkannya dengan operasi tambah. Hal ini sering
berlaku di peringkat awal pembelajaran kemahiran tolak. Fokus kajian ini adalah
untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan 'TOnes Card' dalam membantu murid
yang bermasalah untuk menguasai kemahiran menolak dua nombor yang melibatkan
proses mengumpul semula. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada hasil
pemerhatian dan soaljawab di dalam kelas didapati bahawa murid-murid sering
8

menganggap bahawa Matematik merupakan matapelajaran yang susah. Oleh sebab


itu murid-murid menjadi kurang berminat terhadap mata pelajaran Matematik.
Melalui semakan terhadap hasil kerja murid didapati bahawa terdapat
segelintir murid yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tolak
terutama

yang melibatkan proses pengumpulan semula. Untuk mengenalpasti

dengan lebih jelas masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran tolak ini,
saya turut mengadakan ujian diagnostik. Kesalahan ketara yang dibuat oleh murid

ketika menolak menggunakan bentuk lazim ini ialah menggunakan nombor yang
besar untuk menolak nombor yang kecil tanpa mengambil kira proses pengumpulan
semula.

Murid dilihat mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan soalan

walaupun cara tersebut salah. Hal ini berlaku adalah kerana murid-murid ini terikat
dengan konsep asas tolak iaitu nombor yang besar tolak nombor yang kecil dengan
mengabaikan soalan. Rajah 2 menunjukkan kesilapan murid dalam lembaran kerja.

Rajah 2: Contoh kesilapan murid

Kesalahan dan ketidakupayaan menguasai kemahiran ini sedikit sebanyak juga


berpunca daripada sikap murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Hal ini
turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh murid. Perkara ini dapat
dikesan hasil penyemakan buku latihan murid. Rujuk Rajah 3.

Rajah 3: Contoh hasil kerja murid


10

Kemahiran menolak adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
setiap murid. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini dari peringkat asas,
maka mereka akan menghadapi masalah apabila kemahiran operasi asas seperti tolak
ini semakin berkembang dengan menggunakan nombor yang lebih besar. Selain itu
sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini, murid ini akan menghadapi masalah
untuk menguasai kemahiran seterusnya seperti operasi bahagi dan operasi bergabung.
Hal ini akan menjadikan murid hilang keyakinan diri dan memberi impak kepada
keputusan keseluruhan penguasaan matematik di sekolah.
Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, saya mendapati bahawa terdapat
banyak kaedah yang sesuai yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam
menyelesaikan soalan berkaitan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula
ini. Sehubungan itu saya telah memilih untuk menggunakan bahan 'TOnes Card'
atau TOC untuk merawat miskonsepsi subjek kajian.
Saya menumpukan perhatian pada penggunaan TOnes Card' iaitu kaedah
yang menggunakan kad-kad jalur rumah puluh dan rumah sa. Idea ini diambil
daripada penggunaan blok asas sepuluh dan 'Dienes Block' yang di ubahsuai
mengikut kreativiti saya. Kaedah ini juga di inspirasikan daripada kaedah
penggunaan Set PANT yang dijalankan oleh Susie anak John yang dijalankan pada
tahun 2012. Walaupun perlu meyediakan bahan bantu manipulatif ini, saya
merasakan ianya perlu untuk membantu subjek kajian menyelesaikan operasi tolak
yang melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan bahan manipulatif ini dapat
memberi peluang kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri konsep asas
menolak dengan mengumpul semula. Dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan bermakna.

11

2.2

Definisi Operasi

2.2.1

'TOnes Card'

''TOnes Card' adalah merupakan bahan atau alat yang dibina berinspirasikan
daripada Kaedah PANT yang dilaksanakan dalam kajian Suzie Anak John. 'TOnes
Card' terdiri daripada kad lajur puluh dan kad nilai sa. Penggunaan 'TOnes Card' ini
saya gabungkan bersama bentuk lazim. Oleh sebab itu, 'TOnes Card' ini didatangkan
bersama set tapak bentuk lazim yang diperbuat daripada kad manila dan plastik
jernih. Bahan ini digunakan bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas
tentang proses pengumpulan semula. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk operasi
tolak malah boleh juga digunakan untuk kemahiran nilai tempat dan operasi tambah.

2.2.2

Penguasaan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2005) penguasaan membawa maksud


perihal menguasai atau menguasakan yang mana

menguasai menjurus kepada

maksud mengetahui secara mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan


tentang sesuatu.

Justeru itu penguasaan mengikut konteks kajian ini adalah

menjadikan diri subjek kajian mahir atau berpengetahuan dalam operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula.

12

2.2.4

Operasi Tolak

Operasi tolak dalam matematik bermaksud anda mengambil sesuatu atau


sebilangan daripada sekumpulan benda atau nilai dan sekumpulan benda itu
berkuang apabila anda telah mengambil sebilangan daripadanya (Bundly 2014).
Manakala tolak dengan mengumpul semula yang juga digelar sebagai peminjaman
bermaksud apabila satu 'puluh'

bertukar nilai tempat dari satu 'puluh'

kepada

sepuluh 'sa' . (Miller,2014)

2.3

Tinjauan Literatur

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang


umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua murid yang memberi fokus
kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan
kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan
masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1997). Tetapi
matematik sering di anggap salah satu mata pelajaran yang sukar bagi murid-murid.
Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lain kerana ia
berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami sebelum
dapat di gunakan oleh murid. Bagi menarik minat murid dan membentuk cara
mereka berfikir secara Matematik penguasaan kemahiran fakta asas adalah penting
untuk mereka kuasai sebelum menguasai kemahiran yang lebih kompleks. Oleh
kerana Matematik adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya mempunyai
hierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi sangatlah penting
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. (Sukri

dan Victor 2006) .


13

Ketidakfahaman sesuatu konsep melibatkan operasi asas menyebabkan timbul


perasaan negatif murid terhadap subjek Matematik.
Post (1992) dalam Susie anak John (2012) mengatakan bahawa penambahan
dan penolakan merupakan dua operasi yang pertama sekali dikemukan kepada murid
dalam pembelajaran Matematik mereka secara formal. Operasi tolak merupakan
salah satu kemahiran asas yang menimbulkan masalah terhadap murid sekolah
rendah terutamanya kemahiran yang melibatkan penolakan dengan mengumpul
semula. Adalah penting untuk memperbetulkan miskonsepsi murid dalam operasi
tolak ini. Ketidakupayaan menguasai kemahiran menolak merupakan satu gangguan
bagi murid untuk menguasai kemahiran atau topik seterusnya yang perlu dipelajari
dan dikuasai oleh mereka sebelum dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3.1

Isu Dan Miskonsepsi dalam operasi tolak.

Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk


apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer &
Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi
apabila guru mengajar sesuatu perkara secara tidak betul tanpa disedari oleh guru.
Contohnya, guru mengajar murid jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor
dengan angka 10, maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor
itu. Seterusnya murid akan mengingati dan mengikuti ajaran guru tersebut, tetapi
bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor
perpuluhan, adakah caranya sama?
Menurut Hiebert & Carpenter (1992) Elif Yetkin (2003) dalam Sukri dan
Victor (2006) murid sering membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan
14

persembahan yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasa ibunda.
Sebagai contohnya + hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu
cerita mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan
murid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan konsep-konsep
matematik yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang
memuaskan, murid-murid mestilah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu
sebelum dibawa kepada konsep matematik yang abstrak dan peringkat aplikasi.
Sering berlaku kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana
guru selalu beranggapan bahawa muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan
mudah melalui penerangan semata-mata. Hal ini menyebabkan berlakunya salah
faham atau miskonsep di kalangan murid-murid.

Salah satu kelemahan dalam

operasi asas ini yang dikenalpasti ialah operasi tolak dengan mengumpul semula. Ia
bersifat abstrak dan sukar difahami oleh murid terutama murid tahun satu. Operasi
tolak yang melibatkan mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang
melibatkan beberapa konsep matematik termasuk pertukaran nilai tempat,
mengumpul semula dan operasi tolak. Seseorang murid perlu menguasai ketiga-tiga
konsep tersebut sebelum menguasai operasi tolak yang melibatkan mengumpul
semula. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang
berlainan terhadap makna sebenar (Azizi Yahaya & Elanggovan, tiada tarikh).
Antara punca kepada kesilapan tafsiran konsep tersebut disebabkan murid
jarang didedahkan dengan konsep asas matematik kerana latih tubi lebih ditekankan
di sekolah. Justeru, minat murid terhadap pembelajaran matematik kurang kerana
murid tidak memahami konsep matematik dan kegunaannya dalam kehidupan
seharian. Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian yang

15

serius serta memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di


peringkat awal lagi.
Kesukaran murid dalam menyelesaikan operasi tolak mungkin disebabkan
oleh ketidakupayaan murid-murid dalam

menguasai pemahaman terhadap nilai

tempat. Fuson (1992) dalam Helen L. Chick , Thuy Pham dan Monica K. Baker
(Tiada Tarikh). Murid sering melakukan kesilapan semasa proses meminjam dari
rumah puluh ke sa atau rumah ratus ke puluh. Murid yang dipilih sebagai subjek
kajian ini melakukan kesilapan pada proses menolak dalam bentuk lazim yang
melibatkan mengumpul semula. Murid ini melakukan kesilapan menolak secara
sembarangan (terbalik) iaitu nombor besar tolak nombor kecil tanpa mengikut soalan
walaupun cara tersebut salah. Ini menunjukkan bahawa murid tidak menguasai
konsep mengumpul semula dengan betul.
Penguasaan konsep nilai tempat sebenarnya memainkan peranan yang
penting terutamanya dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ini
disebabkan oleh proses mengumpul semula melibatkan proses pertukaran antara
nilai tempat. Walaupun murid telah menguasai operasi tolak yang melibatkan dua
digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula, mereka

masih menghadapi

masalah tidak memahami nilai pertukaran antara nilai tempat semasa proses
mengumpul semula (Cauley,1987). Ia merupakan cabaran yang paling besar untuk
diatasi iaitu membantu murid memahami konsep pertukaran antara nilai tempat dan
kemahiran mengumpul semula semasa menyelesaikan operasi tolak. Apabila murid
tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat, murid tidak dapat menguasai
kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan baik.

2.3.2

Penggunaan Bahan Manipulatif dalam meningkatkan penguasaan


16

operasi tolak dengan pengumpulan semula.

Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan


alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak
membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan
penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd.
Hamid,1981) Konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat
pertama ialah peringkat konkrit diikuti oleh peringkat semi konkrit atau gambar
kemudian peringkat separa konkrit dan barulah peringkat abstrak (Mok Soon Sang,
2005)
Dalam kajian ini saya memilih untuk menggunakan bahan manipulatif iaitu
penggunaan kad mengikut nilai tempat

(TOnes Cards) bagi membantu murid

menguasai kemahiran penukaran nilai tempat sebelum menguasai

kemahiran

menolak dengan mengumpul semula ini. Bahan manipulatif ini dipilih oleh saya
kerana ia merupakan bahan yang boleh diaplikasikan kepada deria manusia terutama
kepada kenak-kanak. Kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai
bahan rangsangan dalam pembelajaran.
Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan
oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing murid supaya dapat mencapai
sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan
kognitif murid kerana murid dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang
dipelajari. Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat seperti mana
teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget (1970) iaitu dalam proses pemeringkatan
pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan
dan kefahaman murid. Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut
17

dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi murid
yang berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Hal ini kerana di dalam peringkat
ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran yang berkesan masih bergantung kepada
objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung bagi mengukuhkan kefahaman
mereka. (Noriati,Boon dan Sharifah 2009).
Sebelum mengaplikasikan kaedah ini kepada murid yang dipilih sebagai
subjek kajian, saya perlulah memastikan subjek kajian telah menguasai kemahiran
sebelumnya iaitu kemahiran menambah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat teori
Jerome Bruner iaitu, murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep
yang di murid. Menurut Bruner lagi perkembangan kognitif seseorang individu juga
perlu melalui peringkat-peringkat tertentu. Terdapat tiga peringkat kognitif yang
dilalui iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun),

peringkat ikonik (2-4 tahun ) dan

peringkat simbolik (5-7 tahun) (Ismail bin Saiman, dan rakan-rakan 2014).
Bruner juga menyatakan bahawa pembelajaran Matematik lebih berkesan
dan mudah dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak
seperti tambah dan lain-lain. Berdasarkan teori ini, jelas membuktikan bahawa
penggunaan bahan bantu manipulatif amat sesuai dengan peringkat usia muridmurid Tahun 1. Menurut beliau lagi pembelajaran matematik dapat dimudahkan
dengan mengaitkan antara satu sama lain contohnya pengajaran tambah di ajar
sebelum tolak dan pengajaran bahagi di ajar selepas darab (Mok Soon Sang, Siew
Fong Cheong,1986)
Bahan manipulatif juga membolehkan murid-murid menyentuh, merasa,
melihat dan menggerakkan bahan-bahan tersebut (Heddens, 2008; Rust, 1999). Hal
ini dapat menarik perhatian murid terutama murid yang pasif di dalam bilik darjah
untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. Penggunaan bahan manipulatif ini
18

juga dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid. Sesungguhnya motivasi


penting untuk meningkatkan minat murid terhadap sesuatu pembelajaran. Ahli-ahli
psikologi mazhab Behavioris seperti Ivan Pavlov (1849-1936) berpendapat
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka,
perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai
(Mok Song Sang, 2005). Berdasarkan pendapat ini, penggunaan bahan bantu yang
jelas dan menarik akan menjadi satu bentuk ransangan kepada murid-murid ini untuk
menguasai kemahiran yang dipelajari.
Penggunaan

bahan

manipulatif

juga

dapat

mengaplikasikan

teori

konstruktivisme dalam sesi pengajaran di mana beberapa ahli konstruktivisme


berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid. Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) menerangkan bahawa
Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan
bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan
yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima
secara pasif

dari luar.

Penggunaan bahan bantu manipulatif ini secara tidak

langsung dapat membimbing murid membina pengetahuan yang bermakna.


Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan
bahawa:
a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.
b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan
dan menyelesaikan masalah.

c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan


19

peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.


d)pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
Selain itu, penggunaan bahan bantu ini juga dapat menyediakan salah satu keperluan
yang diperlukan oleh murid untuk menguasai sesuatu konsep.
Menurut

Teori Keperluan Maslow (1970) dalam Azlina (2002) beliau

mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hiraki iaitu
keperluan

fisiologi,

keselamatan,

kasih

sayang,

penghargaan

kendiri

dan

kesempurnaan sendiri. Berdasarkan teori tersebut, kebiasaannya individu cenderung


untuk membuat penilaian terhadap dirinya berdasarkan kepada tanggapan dan
layanan orang-orang disekeliling terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan
pada dirinya sekiranya tanggapan dan layanan yang positif diberikan (Azizi
Yahya,2005).

Oleh itu

pembelajaran yang

penggunaan bahan bantu manipulatif dan proses

dijalankan dalam kumpulan kecil

ini

dapat

memenuhi

keperluan serta menggalakkan hubungan dan interaksi yang lebih positif dan
bertumpu

diantara guru dan murid.

Perkara ini dapat

meningkatkan tahap

keyakinan murid dalam proses mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya


mencapai matlamat yang dikehendaki.
Menurut teori pembelajaran Gagne (1970), pembelajaran merupakan proses
yang bergerak daripada peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang paling
rumit.

Pembelajaran aras tinggi bergantung kepada pembelajaran aras rendah.

Gagne mengenalpasti lapan jenis pembelajaran antaranya ialah Pembelajaran


ransangan gerak balas dan pembelajaran konsep (Ismail dan rakan-rakan 2014).
Pembelajaran jenis ini turut diaplikasikan dalam kajian yang akan dilaksanakan
untuk memastikan murid memahami konsep petukaran nilai tempat terlebih dahulu
20

sebelum memahami proses pengumpulan semula. Melalui kajian ini saya


menyediakan bahan bantu sebagai ransangan kepada murid dalam membantu murid
untuk menguasai kemahiran yang diuji. Hal ini disokong oleh pendapat Robert
Gagne (1970) yang mengatakan bahawa murid dicelikkan akalnya dengan maklumat
dan ransangan berkaitan sebelum dapat menyempurnakan penguasaan secara
kognitif.

2.3.3

Dapatan Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban (2008) yang bertajuk
Penggunaan Garis Nombor Dalam Membantu Murid Pemulihan Memahami
Penolakan Dalam Lingkungan 10 dijalankan untuk melihat keberkesanan
penggunaan garis nombor dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam
lingkungan sepuluh bagi murid pemulihan Tahun 2. Kajian ini juga mendapati
murid sukar untuk memahami konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan
Tahun 2 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah perbualan, senarai
semak, pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan pengumpulan
data.
Hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kefahaman murid
terhadap operasi penolakan dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini
dijalankan. Sesungguhnya penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid
menguasai operasi tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain daripada itu juga,
kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada guru dalam pemilihan kaedah dan
strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya terhadap murid pemulihan
bagi meningkatkan kefahaman mereka. Dalam kajian ini juga telah membuktikan
21

bahawa disamping kemahiran asas menambah dan menolak yang telah dikuasai,
penggunaan bahan manipulatif sangat membantu dalam menangani masalah yang
dihadapi oleh subjek kajian.
Dalam kajian Norhanaa Hatta (2007) juga mendapati bahawa murid
mempunyai miskonsepsi ketika menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan
mengumpul semula. Berdasarkan perbandingan antara kajian ini, saya membuat
rumusan bahawa murid menganggap setiap nilai tempat dalam suatu nombor adalah
operasi tolak yang berasingan.
Dalam kajiannya, didapati

murid tidak memahami konsep mengumpul

semula kerana mereka tidak menganggap 453 sebagai satu nombor yang membawa
nilai empat ratus lima puluh tiga, sebaliknya ia hanya dianggap sebagai empat, lima
dan tiga.

Maka, murid tidak dapat mengaplikasikan konsep 1 puluh dipinjam

menjadi 10 sa. Menurut Alice Hansen (2005) kesilapan ini berlaku akibat murid
tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat, seperti 1 puluh sama dengan 10 sa
atau 1 ratus sama dengan 10 puluh.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang murid yang
dikaji tidak akan dapat menguasai operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula
tanpa bantuan bahan manipulatif iaitu blok asas sepuluh yang digunakan dalam
kajian ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan manipulatif

memberi kesan yang baik dalam membantu murid menguasai operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula ini.
Kajian Tindakan yang dijalankan oleh Susie anak John yang bertajuk
penggunaan PANT dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam
kalangan murid pemulihan kelas tahun 3 (2012) juga mengetengahkan penggunan
bahan manipulatif dalam kajian yang dijalankan. Dalam penyelidikan tindakan ini,
22

pengkaji memberi fokus kepada keprihatinan kepada penggunaan petak asas nilai
tempat (PANT) dalam pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula
bagi murid pemulihan Tahun Tiga yang bermasalah dalam kemahiran tersebut.
Melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan dua jenis PANT
iaitu PANT puluh dan PANT sa. Faktor pemilihan PANT puluh dan PANT sa adalah
berdasarkan tahap murid dan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pendidikan
pemulihan iaitu tolak dibawah seratus.
Menurut pengkaji masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari
operasi tolak. Menurut pengkaji murid seringkali mencampur adukan atau keliru
dengan operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum yang sering dilakukan
oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan penolakan ataupun murid hanya
tahu menolak nilai kecil daripada nilai besar sahaja. Murid akan menggunakan
nombor bahagian bawah yang nilainya lebih besar untuk menolak nombor di
bahagian atas semasa menyelesaikan operasi tolak dalam bentuk lazim.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih alat bantu mengajar iaitu petak asas
nilai tempat puluh dan sa untuk membantu murid mengatasi kemahiran penolakan
yang melibatkan mengumpul semula. Hasil kajian menunjukkan bahawa petak asas
nilai tempat ini berjaya membantu dua daripada tiga subjek kajiannya dalam
menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Penggunaan bahan
bantu mengajar dapat mendalamkan ingatan murid dan menarik minat murid.
Berdasarkan hasil kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan bahan bantu
mengajar seperti Kaedah PANT ini dalam kajian yang dilaksanakan.

Selain itu, melalui kajian yang dijalankan oleh Halimah Wahah (2012) ke atas
seorang murid tahun tiga yang menghadapi masalah menguasai operasi tolak dalam
23

linkungan 50 dengan mengumpul semula menunjukkan bahawa konsep operasi tolak


yang melibatkan mengumpul semula amat sukar difahami oleh murid. Kesukaran
memahami konsep mengumpul semula akan mengakibatkan murid tidak dapat
menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula dengan betul.
Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasi kaedah yang melibatkan illustrasi nilai
nombor dengan lukisan visual yang boleh dinampak dan dikira satu demi satu.
Pengkaji berpendapat bahawa apabila nilai nombor diwakilkan dengan simbol
atau gambar, ia memudahkan murid untuk memahami dan menguasai kemahiran
mengumpul semula. Illustrasi nilai dengan simbol dapat membantu pengkaji
menunjukkan pengiraan dengan jelas. Pengkaji turut menyatakan bahawa melalui
perwakilan nombor dengan simbol dapat menarik minat murid untuk belajar kerana
pembelajaran yang melibatkan visual adalah lebih menarik.
Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh Tan Wui Gee (2008) yang
bertajuk Penggunaan Kit Manipulatif Dalam Pemahaman Konsep Darab Murid
Tahun 2 pula menyatakan bahawa kaedah penggunaan bahan manipulatif dalam
pengajaran pemahaman konsep pendaraban dapat meningkatkan pemahaman
matematik murid. Beliau memilih untuk menggunakan bahan manipulatif kerana
bahan manipulatif ini

akan meningkatkan pemahaman murid dan bermula bila

digunakan untuk mengajar murid (Durmus & Karakirik, 2006). Beliau menyatakan
terdapat juga peningkatan yang ketara dari segi masa murid menyiapkan tugasan
matematik

menggunakan

manipulatif

berstruktur.

Dalam

Kajiannya

juga

menyatakan bahawa penggunaan bahan manipulatif berupaya meningkatkan


pemahaman murid yang menjadi subjek kajiannya.
Selain kajian diatas, dalam kajian yang dijalankan oleh Shukri Berawi dan
Victor Jibson (2006) yang bertajuk Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah konvensional
24

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Murid-Murid Tahap 1


juga

mengkaji tentang keberkesanan Penggunaan Bahan Maujud atau bahan

manipulatif berbanding Kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Di dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian tentang keberkesanan
penggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar berbanding dengan kaedah
konvesional (iaitu menggunakan papan hitam dan kapur).
Kajian ini melibatkan dua kumpulan respondan yang terdiri daripada muridmurid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang dipilih atas sebab mereka telah mempunyai
pengalaman sedia ada tentang kemahiran menambah. Tahap kebolehan murid dalam
setiap kumpulan mempunyai perbezaan yang signifikan. Walaupun kaedah
konvensional memberikan kesan yang hampir sama dengan penggunaan bahan
maujud namun pengkaji ini berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud
merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menambah murid tahap I.

Bagi murid

tahap 1, mereka

boleh

berinteraksi dan berasa lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan.
Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan daripada kajian-kajian lepas
melaporkan bahawa penggunaan

kaedah yang sesuai dengan tahap kematangan

murid dapat mempertingkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam sesuatu


kemahiran. Konsep dan maklumat yang disampaikan oleh guru secara tersusun,
jelas dan menggunakan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi murid dalam
menerima maklumat dan menterjemah kefahaman mereka dalam kemahiran yang
dipelajari. Selain itu minat dan keyakinan murid untuk menyelesaikan masalah juga
dapat dipertingkatkan.
Disamping penggunaan bahan maujud, cara dan teknik penyampaian yang
betul juga dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu
25

guru juga perlu mengambil kira tahap kesediaan dan juga motivasi diri murid
sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
memberi impak yang positif kepada murid.
Justeru itu dalam kajian ini, saya memilih untuk menggunakan bahan maujud
yang saya namai 'TOnes Card' bagi membantu murid yang menjadi subjek kajian
saya untuk menguasai kemahiran menolak nombor hingga 50 dengan mengumpul
semula.
3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk :


Mengkaji kesan penggunaan 'TOnes Card' dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran operasi tolak

nombor hingga 50

dengan pengumpulan semula

di

kalangan 3 orang murid tahun 1.

3.2

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek


kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan
semula.

26

ii. Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian


dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.
4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Segamat.


Subjek kajian yang dipilih ialah tiga orang murid daripada 24 orang murid tahun 1.
Subjek kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran, buku latihan, lembaran kerja dan ujian diagnostik yang dijalankan.
Daripada semakan buku latihan dan ujian diagnostik didapati subjek kajian telah
melakukan kesalahan ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim.
Walaupun subjek kajian ini membuat kesilapan dalam menyelesaikan operasi
tolak namun ketiga-tiga subjek kajian telah mengenal nombor dan boleh
melaksanakan operasi tambah dan tolak tanpa mengumpul semula. Subjek kajian ini
terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Ketiga-tiga
subjek kajian ini berbangsa melayu.
5.0

TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN

Dalam kajian ini saya menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart sebagai
asas kepada pelaksanaan kajian. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian
tindakan merupakan satu proses kitaran dan berterusan. Empat kitaran yang
diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc Taggart adalah seperti dalam rajah 4 dibawah.

27

Rajah 4: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

28

5.1

Merancang

Berpandukan rajah 4, kajian tindakan perlu dimulakan dengan fasa


merancang. Dalam fasa ini, saya telah merancang dan membina instrumen dan
bahan yang berkaitan untuk kajian dan juga bahan 'TOnes Card' yang digunakan
dalam sesi rawatan. 'TOnes Card dipilh kerana ia merupakan bahan maujud yang
dibina berinspirasikan daripada set PANT dalam kajian Suzie anak John.
Saya merancang untuk mengadakan 4 kali sesi rawatan untuk membantu
murid memahami konsep dan menguasai operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Saya juga telah

merancang dan membina instrumen-

instrumen yang akan digunakan dalam kajian saya. Instrumen-instrumen yang saya
pilih adalah ujian pra, ujian pasca, lembaran latihan, borang pemerhatian dan soalan
sesi temubual. Soalan ujian pra dan ujian pasca dibina berdasarkan kepada Dokumen
Standard Matematik Tahun Satu.

5.2

Bertindak

5.2.1

Mengenalpasti Masalah

Operasi tolak merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid
dalam matapelajaran Matematik. Namun begitu terdapat juga murid yang lemah dan
tidak menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan proses pengumpulan
semula.

Hal ini lah yang menarik perhatian saya untuk menggunakan Kaedah

'TOnes Card' dalam usaha membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran
operasi tolak dengan pengumpulan semula.
29

Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya memulakan


langkah dengan menyemak hasil kerja murid dalam buku latihan dan lembaran kerja
yang diberi. Didapati terdapat sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran
operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Setelah itu saya menjalankan
ujian diagnostik bagi memilih murid untuk dijadikan subjek kajian. Berdasarkan
ujian diagnostik yang dijalankan, saya memilih 3 orang murid yang melakukan
kesilapan yang sama sebagai subjek kajian. Seterusnya Ujian pra dilaksanakan
kepada subjek kajian yang dipilih untuk mengesan daerah kelemahan mereka dan
kesilapan yang dilakukan agar proses tindakan dan rawatan dapat dijalankan.

5.2.2

Pelaksanaan Sesi Rawatan

Bagi sesi rawatan pertama, saya terlebih dahulu memperkenalkan penggunaan


'TOnes Card' kepada subjek Kajian. Penerangan dan demonstrasi dilaksanakan oleh
saya.

Subjek

kajian akan diberikan peluang untuk memanipulasikan bahan

manipulatif tersebut agar mereka mengukuhkan pemahaman terhadap nilai tempat


dan memahami proses pertukaran antara nilai tempat terlebih dahulu. Apabila subjek
kajian telah mengenal nilai tempat dengan baik, 'TOnes Card' mula digunakan dalam
proses menolak yang melibatkan proses mengumpul semula dalam bentuk lazim
(menggunakan tapak bentuk lazim yang disediakan).
Subjek kajian dibimbing menggunakan

'TOnes Card' untuk melakukan

proses pengumpulan semula dari rumah puluh kepada rumah sa. Kemudian dalam
lajur bentuk lazim, subjek kajian akan dibimbing mengumpul semula nilai nombor
diatas sebelum menolak nombor dibawah. Murid dibimbing membuat beberapa
latihan supaya mereka menguasai dan menjadikan penggunaan 'TOnes Card' ini
30

sebagai asas dalam memahami konsep mengumpul semula. Jadual 1 menunjukkan


langkah-langkah untuk menggunakan 'TOnes Card'.

Jadual 1: Langkah Penggunaan 'TOnes Card'


1. Tuliskan ayat matematik yang diberi
ke dalam bentuk lazim pada 'TOnes
Card Board' kemudian, Susun
'TOnes Card' berdasarkan soalan
yang ditulis.

2. Melakukan proses pengumpulan


semula dengan mengambil 1 'Tens
Card' atau Kad Puluh dan
meletakkan pada rumah sa.

3. Kira dan tuliskan nilai baru pada


rumah sa.

4. Tolakkan bermula dari rumah sa


dengan cara mengeluarkan kad nilai
sa berdasarkan bilangan yang
hendak ditolak. Tulis bilangan kad
sa yang tinggal dalam ruangan nilai
31

tempat sa.

5. Kemudian keluarkan pula kad lajur


puluh yang ada mengikut bilangan
yang ditolak. Tuliskan bilangan kad
lajur puluh yang tinggal dalam
ruangan nilai tempat puluh.

Melalui pendedahan dan pengulangan menggunakan 'TOnes Card' dalam


melaksanakan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula, subjek kajian
juga didedahkan dengan algorithma proses menolak yang melibatkan pengumpulan
semula dalam bentuk lazim.
Selepas memberi penerangan dan melaksanakan demonstrasi, subjek kajian
akan diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan' TOnes Card'. Bagi
sesi rawatan pertama , saya hanya memberikan latihan atau soalan aras rendah untuk
memotivasikan subjek kajian dan membiasakan mereka dengan penggunaan "TOnes
Card'. Hal ini dilakukan agar sesi rawatan selama 30 minit ini dapat menarik minat
subjek kajian untuk menjalani sesi rawatan seterusnya. Setelah murid menguasai
kemahiran tolak dengan mengumpul semula menggunakan 'TOnes Cards', murid
juga dibimbing untuk menolak dalam bentuk lazim dengan menggunakan perkataan
ambil 1 rumah puluh dan masukkan nilai sepuluh ke rumah sa pada minggu ketiga.
Saya juga memberi tunjuk ajar dan membimbing subjek kajian untuk
menghubungkaitkan kaedah 'TOnes Cards' dengan proses mengumpul semula serta
menitikberatkan kepentingan pertukaran antara nilai tempat.
Selepas sesi rawatan pertama, rawatan sesi kedua pula dilaksanakan. Pada
sesi ini soalan latihan yang diberikan mula melibatkan proses pengumpulan semula
32

secara total.

Pada sesi ini juga subjek kajian menyelesaikan soalan secara

berkumpulan. Pembelajaran koperatif ini bertujuan untuk menggalakkan mereka


berkomunikasi dan berkongsi pendapat di samping membantu mereka meningkatkan
daya ingatan dalam proses menyelesaikan latihan yang diberi yang melibatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Proses rawatan ini diulang pada sesi
rawatan ketiga untuk mengukuhkan tahap penguasaan subjek kajian dalam
menyelesaikan soalan latihan yang diberi menggunakan 'TOnes Card'.
Selesai sesi rawatan kedua dan ketiga, pada sesi rawatan keempat, saya
meneruskan

rawatan dengan mengadakan sesi rawatan secara individu. Subjek

kajian akan melalui sesi rawatan secara individu. Hal ini bagi menguji setiap subjek
kajian sama ada betul-betul telah menguasai penggunaan 'TOnes Card' dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula atau tidak.
Selain itu sesi ini juga untuk meningkatkan tahap keyakinan subjek kajian terhadap
kemampuan diri sendiri. Pada hujung setiap sesi rawatan, subjek kajian akan
diberikan satu latihan penilaian ringkas untuk mengesan tahap kemajuan mereka.
Rekod kemajuan digunakan untuk mencatat tahap penguasaan subjek kajian. Semasa
sesi rawatan, rakaman video dibuat untuk merakam interaksi subjek kajian bersama
rakan serta saya dan segala tindak balas yang berlaku sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran rawatan dijalankan.
Sepanjang sesi rawatan ini, peneguhan dan ganjaran diberikan kepada subjek
kajian untuk menarik minat subjek kajian. Hal ini bertepatan dengan pendapat
pengasas Teori Behaviorisme, Thorndike, yang menyatakan bahawa guru perlu
memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti pujian dan hadiah apabila mereka
memberi respon yang betul (Noriati,Boon dan Sharifah 2009). Dalam Kajian ini saya
telah menggukan kata-kata pujian dan coklat sebagai ganjaran kepada subjek kajian.
33

5.3

Memerhati

Fasa pemerhatian merupakan merupakan fasa menganalisis data-data yang


diperoleh daripada fasa tindakan. Data daripada ujian pra dan pasca dianalisis secara
kuantitatif dengan bantuan jadual dan graf statistik untuk melihat adakah penggunaan
'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran operasi tolak
nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Ujian pasca diberikan kepada
subjek kajian untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menolak
yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh ke rumah sa. Secara tidak
langsung ujian ini akan memberikan gambaran tentang keberkesanan kaedah yang
digunakan dan sesi rawatan yang dijalankan.
Data daripada pemerhatian dan temubual pula dianalisis secara kualitatif
untuk melihat tingkah laku , kebolehan dan tahap keyakinan subjek kajian sepanjang
sesi rawatan dijalankan.

Hasil analisis inilah yang akan menunjukkan tahap

keberkesanan penggunaan 'TOnes Card' dalam membantu subjek kajian menguasai


kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula seterusnya membantu
saya menjawab persoalan kajian.

5.4

Mereflek

Fasa terakhir dalam model ini, iaitu fasa mereflek memerlukan saya membuat
penilaian sejauh mana kajian tindakan yang saya jalankan mencapai objektif yang
telah ditetapkan dan

menjawab kedua-dua persoalan

kajian.

Fasa ini akan

dibincangkan pada sub topik yang seterusnya.


34

6.0

CARA MENGUMPUL DATA

Menurut Othman Talib (2011), Triangulasi adalah keperluan dalam kajian


kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi method yang berbeza bagi mendapatkan
lebih daripada satu bentuk data. Chua (2009) menyatakan kaedah triangulasi ini
dapat membina kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kepada hasil kajian
kualitatif. Saya menggunakan kertas ujian pra dan ujian pasca, rekod kemajuan
murid, pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebagai instrumen di dalam
kajian ini. Penggunaan pelbagai teknik ini, adalah diharap dapat memberikan
perspektif yang tepat dalam kajian ini.

6.1

Ujian pra dan Ujian pasca

Ujian pra diberi kepada subjek kajian sebelum tindakan pembelajaran


menggunakan kaedah 'TOnes Cards' ini dilaksanakan. Dalam kajian ini saya telah
memastikan kertas ujian bagi kedua-dua ujian (Ujian pradan Ujian pasca) adalah
setara arasnya dari segi soalan, peruntukan masa dan situasi ujian. Ujian pra diberi
kepada subjek kajian sebelum sesi rawatan dilaksanakan menakala ujian pasca
dilaksanakan selepas sesi rawatan menggunakan kaedah 'TOnes Cards' selesai di
jalankan. Rujuk lampiran A (Item ujian Pra) dan lampiran B (Item Ujian pasca)
Pelaksanaan ujian pra bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap

35

penguasaan subjek kajian didalam kemahiran yang diuji. Kertas soalan bagi ujian ini
mengandungi 10 item soalan yang melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 50

36

yang melibatkan pengumpulan semula. Data yang diperolehi dalam ujian ini
kemudiannya dianalisis sebelum sesi rawatan dilaksanakan.

Setelah tamat sesi

rawatan, ujian pasca pula diberikan untuk melihat keberkesanan kaedah rawatan
untuk mengatasi ketidakupayaan subjek kajian dalam kemahiran menolak yang
melibatkan pengumpulan semula.

Data daripada ujian ini juga di kumpul dan

dianalisis untuk melihat adakah penggunaan bahan dan kaedah rawatan ini dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak dengan
pengumpulan semula.

6.2

Pemerhatian.

Kaedah pemerhatian tertumpu kepada pemerhatian sepanjang proses rawatan


berlangsung. Pemerhatian dilakukan melalui senarai semak dan rakaman foto serta
video yang diambil. Pemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai semak
pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan catatan
nota lapangan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih
mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat
pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain.

Kaedah pemerhatian juga boleh

digunakan dalam kajian untuk tujuan pengumpulan data sebagaimana yang


dinyatakan oleh Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul
data asal first hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji.
Dalam kajian ini saya telah memilih untuk melakukan pemerhatian
menggunakan senarai semak. Penggunaan senarai semak adalah untuk mengenalpasti
perkembangan subjek kajian dari segi pengetahuan, sikap, dan kebolehan subjek

37

kajian. Sepanjang aktiviti proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di


dalam lokasi yang dipilih, respon subjek kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan.
Gambar diambil semasa mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dengan
mengumpul semula untuk di teliti. Senarai semak ditanda semasa dan selepas sesi
rawatan berdasarkan rakaman foto dan video. Sepanjang sesi rawatan pemerhatian
dilakukan oleh saya sendiri dan dengan bantuan rakan guru. Butiran pemerhatian
dicatat di dalam borang catatan pemerhatian yang disediakan.

6.3

Temu bual murid

Menurut Chow dan Jaizah (2011), temubual adalah satu teknik yang
amatberkesan untuk meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai,
dan pendapatnya. Menurut Mohamad Najib (1999) , temu bual penting bagi
mendapatkan maklum balas secara bersemuka dengan subjek. Merriam (2002) pula
menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu
bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual merupakan satu
kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
analisis sebab atau punca yang mengakibatkan miskonsepsi berlaku. Ia adalah
penting untuk mengetahui punca murid melakukan kesilapan tersebut supaya dapat
merawat dengan kaedah yang paling sesuai.
Untuk kajian ini, saya menggunakan temu bual berstuktur kerana saya ingin
mendapatkan pendapat dan tahap penguasaan subjek kajian dalam masalah yang
dihadapi. Soalan-soalan dalam sesi temu bual telah disediakan terlebih dahulu
dengan merujuk kepada dua kajian yang lepas iaitu kajian Ra Fiona Anak Raban
(2008) dan Susie anak John (2012). Temubual dijalankan sebelum dan selepas sesi
38

rawatan dilaksanakan. Hasil daripada temu bual ini turut dijadikan sokongan untuk
menunjukkan sama ada subjek kajian ini berminat terhadap bahan yang digunakan
dan bagaimana penggunaan 'TOnes Card' membantu mereka menguasai kemahiran.
Selain itu, saya juga menemubual seorang subjek kajian pada satu masa supaya
subjek kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian yang
lain.
Objektif temubual adalah untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab
soalan kedua

kajian iaitu

bagaimanakah

'TOnes Cards'

dapat meningkatkan

penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan
pengumpulan semula. Saya menggunakan rakaman foto, dan catatan nota tangan
untuk merekod maklum balas daripada subjek kajian. Kandungan temubual
ditranskripkan dan seterusnya dianalisis secara manual. Jawapan subjek kajian
dijadikan data berhubung dengan persoalan kajian yang kedua tanpa menilai sama
ada respon atau jawapan yang diberikan betul atau salah.

6.4

Rekod Kemajuan Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) menyatakan dokumen dapat


memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Penekanan
analisis

kandungan

dokumen

adalah

untuk

menjawab

persoalan

kajian

(Krippendorff,2004). Saya menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap


ujian pra, lembaran kerja, dan ujian pasca daripada subjek kajian. Selain itu saya
juga menilai kemajuan subjek kajian dan mengesan kesilapan mereka dalam
menjawab soalan latihan yang diberi. Rekod ini adalah sebagai penanda aras sama
ada subjek kajian telah mencapai objektif kajian dan sesi rawatan boleh ditamatkan.
39

7.0

KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

7.1

Persoalan Kajian 1
Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan
penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor
hingga 50 dengan pengumpulan semula.

Saya menjalankan kajian ini untuk melihat keberkesanan 'TOnes Card' dalam
meningkatkan penguasaan

kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula

dari puluh ke sa dikalangan subjek kajian. Ujian pra ditadbir sebelum subjek kajian
didedahkan dengan penggunaan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan operasi tolak
melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Selesai sesi rawatan, ujian
pasca pula ditadbirkan untuk menguji tahap penguasaan subjek kajian dan
keberkesanan penggunaan 'TOnes Card'.

7.1.1

Analisis Ujian pra dan Ujian pasca

Sebelum mengadakan sesi rawatan untuk subjek kajian, saya terlebih dahulu
mengadakan ujian pra pada 27 Januari 2015. Dalam ujian pra dan ujian pasca,
sebanyak sepuluh soalan disediakan untuk subjek kajian. Soalan-soalan dalam
kedua-dua ujian ini mempunyai aras soalan yang sama. Hal ini bertujuan agar saya
dapat melihat perkembangan penguasaan subjek kajian terhadap kemahiran yang

40

diuji. Selepas tamat sesi rawatan, subjek kajian diberi ujian pasca untuk saya
membuat perbandingan pencapaian mereka. Jadual 2 menunjukkan markah subjek
kajian dalam ujian pra dan ujian pasca.

Subjek Kajian

Ujian Pra

Ujian pasca

Perbezaan Markah

(+ atau -)
Subjek 1
0%
100 %
+100%
Subjek 2
0%
100%
+100%
Subjek 3
0%
90%
+90%
Jadual 2 : Markah Ujian pra dan Ujian pasca serta Perbezaan Markah

Jadual 2 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pasca daripada tiga orang
subjek kajian. Subjek kajian merupakan dikalangan murid sederhana. Subjek kajian
ini dipilh berdasarkan hasil semakan latihan, dan ujian diagnostik yang dijalankan.
Ketiga-tiga subjek kajian ini telah menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul
semula tetapi berhadapan dengan kesukaran menolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Dalam ujian pra Subjek 1, Subjek 2 dan subjek 3 mendapat 0 markah
daripada 10 markah. Ketiga-tiga subjek kajian ini melakukan kesalahan yang sama.
Selesai menduduki ujian pra, sesi rawatan telah dilaksanakan sebanyak empat
kali, dimana setiap sesi mengambil masa selama 30 minit. Bedasarkan jadual 2,
saya mendapati semua subjek kajian mempunyai kemajuan yang sangat ketara dalam
menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Subjek 1 dan
subjek 2 mendapat markah penuh 100% setelah berjaya menjawab semua soalan
dengan betul manakala subjek 3 dapat menjawab dengan betul 9 daripada 10 soalan
yang diberi dan mendapat markah 90%. Perbandingan markah dapat dilihat dengan
lebih jelas melalui Rajah 5.
41

Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca


100%

100%

100%

90%

90%
80%
70%
60%
Markah Ujian

Ujian Pra

50%

Ujian Pasca

40%
30%
20%
10%
0%

Subjek
0% 1 Subjek
0% 2 Subjek
0% 3
Subjek Kajian

Rajah 5 : Graf Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan Rajah 5 diatas menunjukkan perbandingan pencapaian subjek


kajian dalam ujian pra (sebelum sesi rawatan) dan ujian pasca (selepas sesi rawatan).
42

Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan peningkatan 100% dalam ujian pasca manakala
Subjek 3 menunjukkan peningkatan sebanyak 90%. Hal ini membuktikan bahawa
penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula dalam
bentuk lazim.

7.2

Persoalan Kajian 2
Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat membantu tiga orang murid
Tahun 1 menguasai kemahiran operasi tolak nombor hingga 50
dengan pengumpulan semula.

Saya menjawab persoalan kedua ini dengan menggunakan analisis kandungan


berdasarkan rekod kemajuan murid, borang pemerhatian dan transkrip temubual.
Pemerhatian

dijalankan

sepanjang

sesi

rawatan,

manakala

sesi

temubual

dilaksanakan sebelum dan selepas sesi rawatan untuk mengenalpasti bagaimana


penggunaan 'TOnes Card' ini dapat membantu subjek kajian meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan
pengumpulan semula.

7.2.1

Analisis Rekod Kemajuan Murid

Rekod kemajuan murid digunakan untuk merekodkan markah subjek kajian


dalam ujian pra, lembaran latihan, dan ujian pasca. Ujian Pra, ujian pasca dan
lembaran latihan yang diberi adalah untuk melihat perkembangan subjek kajian
43

sebelum, semasa dan selepas sesi rawatan dilaksanakan. Selain itu melalui rekod
kemajuan murid ini dapat membantu saya untuk melihat perkembangan prestasi
subjek kajian dalam setiap sesi rawatan yang dijalankan. Jadual 3 dan Rajah 6
menunjukkan data yang direkod dalam rekod kemajuan murid.

Jadual 3: Markah Subjek kajian dalam ujian pra, Lembaran sesi rawatan dan
ujian pasca
Subjek Kajian

Perkara

Bilangan Betul

Markah (%)

Subjek Kajian 1

Ujian Pra
Lembaran 1
Lembaran 2
Lembaran 3
Ujian pasca

0/10
4/10
8/10
10/10
10/10

0
40
80
100
100

Subjek Kajian 2

Ujian Pra
Lembaran 1
Lembaran 2
Lembaran 3
Ujian pasca

0/10
5/10
9/10
10/10
10/10

0
50
90
100
100

Subjek Kajian 3

Ujian Pra
Lembaran 1
Lembaran 2
Lembaran 3
Ujian pasca

0/10
2/10
5/10
8/10
9/10

0
20
50
80
90

44

Data Rekod Kemajuan Murid


10
9
8
7
6
5
Markah
4
3
2
1
0

Ujian Pra
Lem. 1
Lem. 2
Lem. 3
Ujian Pasca

Subjek 1

Subjek 2

Subjek 3

Subjek Kajian

Rajah 6 : Graf Rekod Kemajuan Murid


Data rekod kemajuan murid daripada Jadual 3 dan Rajah 6 menunjukkan
prestasi ketiga-tiga subjek kajian sepanjang sesi rawatan. Daripada data yang
diperolehi, jelas menunjukkan bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card' dapat
membantu murid menyelesaikan operasi

tolak

yang melibatkan pengumpulan

semula dari puluh ke sa dengan betul. Hal ini berlaku berdasarkan rekod kemajuan
murid ini yang mana didapati ketiga-tiga subjek kajian mendapat markah 0 dalam
45

ujian pra, telah menunjukkan peningkatan semasa dan selepas sesi rawatan
dijalankan. Ini membuktikan bahawa ketiga-tiga subjek kajian yang langsung tidak
menguasai kemahiran operasi tolak yang

melibatkan pengumpulan semula telah

menunjukkan peningkatan prestasi sepanjang sesi rawatan dan selepas sesi rawatan
dilaksanakan. Subjek Kajian 1 dan 2 didapati dapat menjawab soalan lembaran
dengan menggunakan 'TOnes Card' dengan lebih cepat berbanding subjek kajian 3.
Walau bagaimanapun masih berlakunya kecuaian semasa menjawab soalan.
Selepas sesi rawatan selesai, ujian pasca diberikan dan hasilnya subjek kajian
1 dan 2 dapat menjawab semua soalan dengan betul manakala subjek kajian 3 salah
satu soalan akibat kecuaian pengiraan. Justeru itu hal ini menjelaskan bahawa sesi
rawatan dan lembaran latihan yang diberikan dan penggunaan 'TOnes Card' dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor
hingga 50 dengan pengumpulan semula. Rajah 7 dan rajah 8 menunjukkan contoh
hasil ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan.

S1

S2

S3

46

Rajah 7 : Contoh ujian pra subjek kajian

S1

S2

S3

Rajah 8 : Contoh ujian pasca subjek kajian

Dalam ujian pasca , ketiga- tiga subjek kajian telah menunjukkan jalan kerja
yang betul dalam menjawab soalan yang diberikan kecuali bagi subjek kajian 3 telah
melakukan kesalahan pada soalan 7, walau bagaimanapun kesalahan yang dilakukan
adalah akibat dari kecuaian pengiraan bukan kesilapan mengumpul semula. Hal ini
membuktikan bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula bagi
ketiga-tiga subjek kajian.

7.2.2

Analisis Pemerhatian

Saya menggunakan senarai semak sebagai instrumen pemerhatian untuk


mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi minat, pengetahuan, kemahiran,
47

sikap dan penguasaan sepanjang sesi rawatan berlangsung. Saya menandai senarai
semak semasa dan selepas sesi rawatan berlangsung. Terdapat tujuh kriteria yang di
ambil kira bagi mengesan perkembangan penguasaan subjek ketika menjalani sesi
rawatan.

Bagi sesi rawatan pertama, saya memperkenalkan dan

memberi

penerangan bagaimana menggunakan 'TOnes Card'. Lihat Rajah 9.

Rajah 9: Sesi rawatan pertama

Rajah 10 pula menunjukkan aktiviti dan tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi
rawatan dilaksanakan manakala Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6 menunjukkan
pemerhatian terhadap tingkah laku subjek kajian sepanjang empat sesi rawatan yang
telah dilaksanakan.

48

Rajah 10: Tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan

Jadual 4 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.
BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.
Adakah murid
memahami
Penggunaan 'TOnes
Card'

1
Kurang
berminat

Belum
menguasai
sepenuhnya

SESI RAWATAN
2
3
Mula
Berminat
berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan

Sudah
menguasai
Sepenuhnya
.

4
Berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
sepenuhnya
49

Adakah murid
dapat
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'

Tidak
boleh, ada
banyak
kesilapan

Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Belum.
Masih
keliru.

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?

Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'

Menjawab semua
soalan bersungguhsungguh.

kecuaian
Boleh tetapi
terdapat
kecuaian.

Boleh

Boleh
dengan
lebih yakin.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami

Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya. Murid
semakin
aktif.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid
sangat aktif

Tidak Yakin

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Tidak

Tidak.
Masih
keliru

Ya.

Ya.

Jadual 5 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 2.
BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.

Adakah murid
memahami
Penggunaan 'TOnes
Card'

Adakah murid

1
Kurang
berminat

Belum
menguasai
sepenuhnya

Tidak

SESI RAWATAN
2
3
Mula
Berminat
berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan
kecuaian
Boleh tetapi

4
Berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
Sepenuhnya
.

Sudah
menguasai
sepenuhnya

Boleh

Boleh
50

dapat
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Cards'

boleh, ada
banyak
kesilapan

terdapat
kecuaian.

dengan
lebih yakin.

Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Belum.
Masih
keliru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru

Ya
menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid
sangat aktif

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami

Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya. Murid
semakin
aktif.

Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'

Tidak Yakin

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Menjawab semua
soalan bersungguhsungguh.

Tidak

Tidak.
Masih
keliru

Ya.

Ya.

Jadual 6 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan


Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 3.
BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH
LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.

Adakah
murid
memahami
Penggunaan
'TOnes Card'

Adakah murid
dapat

SESI RAWATAN
2
3

Kurang
berminat

Mula
berminat

Berminat

Berminat dan
aktif

Belum
menguasai
sepenuhnya

Belum
menguasai
sepenuhnya

Sudah
menguasai
sepenuhnya

Tidak
boleh, ada

Boleh tetapi
terdapat

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan
kecuaian
Boleh tetapi
terdapat

Boleh dengan
lebih yakin.
51

menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'

banyak
kesilapan

kecuaian.

sedikit
kecuaian

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.
Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru
Ya. Murid
semakin
aktif.

Ya menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid t
aktif

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Belum.
Masih
keliru.

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami

Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'

Tidak Yakin

Menjawab semua
Tidak
Tidak.
Ya.
Ya.
soalan bersungguhMasih
sungguh.
keliru
Berdasarkan Jadual 4, 5 dan 6, saya telah membuat analisis perbandingan tingkah
laku ketiga-tiga subjek kajian dalam sesi rawatan kedua dan sesi rawatan keempat.
(Rujuk Jadual 7 dan Jadual 8)
Jadual 7 :

Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 2

52

BI
L

KRITERIA
TINGKAH LAKU

1.

Berminat dengan
aktiviti pembelajaran
yang dijalankan.
Adakah murid
memahami Penggunaan
'TOnes Card'

SUBJEK KAJIAN
1
Kurang
Berminat

2
Kurang
Berminat

3
Kurang
Berminat

Belum
menguasai
sepenuhnya

Belum
menguasai
sepenuhnya

Belum
menguasai
sepenuhnya

Tidakboleh,
ada banyak
kesilapan

Tidak boleh,
ada banyak
kesilapan

Ya

Ya

Adakah murid dapat


menyelesaikan soalan
dengan menggunakan
'TOnes Card'

Tidak boleh,
ada banyak
kesilapan

Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Tidak.
Kelihatan
masih keliru

Adakah murid
bekerjasama antara satu
sama lain semasa
aktiviti berlangsung?

Tidak. Murid
kurang aktif

Tidak.

Tidak.

Adakah murid yakin


semasa menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan 'TOnes
Cards'

Tidak Yakin

Tidak Yakin

Tidak Yakin

Menjawab semua soalan


bersungguh-sungguh.

Tidak

Tidak

Tidak

Berdasarkan Jadual 7, hasil pemerhatian menunjukkan ketiga-tiga subjek kajian


melakukan kecuaian dan kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan. Oleh
kerana mereka ini belum mahir dengan penggunaan 'TOnes Card ' ini maka kesilapan
masih lagi dilakukan, disamping itu, mereka juga menunjukkan tingkah laku yang
tidak yakin semasa menjawab soalan. Selain itu, semua subjek kajian tidak dapat

53

menjawab semua soalan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Rajah 11
menunjukkan antara tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua.

Rajah 11: Tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua dan ketiga

Setelah menjalani sesi rawatan sebanyak 2 kali subjek kajian mula


menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih positif. Pada sesi rawatan keempat
perubahan tingkah laku subjek kajian

berlaku hampir 100%.

Jadual

menunjukkan data pemerhatian semasa sesi rawatan keempat. Saya dapati tidak lagi
berlakunya kesilapan dalam proses pengumpulan semula. Hal ini dibuktikan melalui
keputusan semakan Lembaran 3. Jadual 8 juga menunjukkan tingkah laku ketiga54

tiga subjek kajian setelah mereka mahir menggunakan 'TOnes Card' dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.
Saya dapati kesalahan dan kecuaian subjek kajian dalam menjawab soalan
telah berkurang. Berdasarkan jadual 8 , didapati subjek kajian 3 telah melakukan
kesilapan dalam melakukan operasi tolak (dari segi pengiraan), namun begitu subjek
kajian 3 telah melakukan proses pengumpulan semula dengan betul. Setelah
melakukan proses penyemakan, subjek kajian 3 telah sedar akan kesilapan yang
dilakukan dan dia telah menyatakan bahawa di lain masa dia akan lebih berhati-hati
semasa menjawab soalan. Semasa sesi rawatan ke empat ini juga saya dapati ketigatiga subjek kajian dapat melakukan jalan kerja mereka dengan yakin dan
bersemangat. Saya juga mendapati ketiga-tiga subjek kajian boleh berkomunikasi
dan berbincang bersama rakan sepanjang sesi rawatan berlangsung.

Jadual 8 :

Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 4

55

BI
L

KRITERIA
TINGKAH LAKU

SUBJEK KAJIAN
1
Ya.

2
Ya. Sangat
berminat

3
Ya. Sangat
berminat

Adakah murid
memahami Penggunaan
'TOnes Card'

Ya

Ya

Ya

Adakah murid dapat


menyelesaikan soalan
dengan menggunakan
'TOnes Card'

Ya

Ya

Ya

Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Ya

Ya

Ya

Adakah murid
bekerjasama antara satu
sama lain semasa
aktiviti berlangsung?

Ya

Ya.

Ya.

Adakah murid yakin


semasa menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan 'TOnes
Card'

Yakin

Yakin

Yakin

Menjawab semua soalan


bersungguh-sungguh.

Ya

Ya

Ya

1.

Berminat dengan
aktiviti pembelajaran
yang dijalankan.

Berdasarkan Jadual 8, didapati ketiga-tiga subjek kajian telah memberikan tindak


balas yang positif dengan menunjukkan penglibatan diri yang aktif semasa sesi
rawatan keempat dijalankan. Hal ini sangat berbeza dengan situasi semasa sesi
rawatan pertama dilaksanakan di mana subjek kajian lebih suka berdiam dan pasif.
Berdasarkan

data dalam Jadual 8 juga, ketiga-tiga subjek kajian

menunjukkan minat yang tinggi untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan


56

menjawab soalan. Penggunaan 'TOnes Card' telah berjaya menarik perhatian subjek
kajian untuk kekal aktif dan bersungguh-sungguh semasa sesi pembelajaran dan
membuat latihan. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan 'TOnes Card' telah
dapat meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan subjek kajian.

7.2.3

Analisis Temubual

Temubual merupakan salah satu cara yang saya gunakan dalam proses untuk
mendapatkan data kajian bagi menjawab persoalan kedua kajian. Sesi temubual
diadakan secara berasingan antara ketiga-tiga subjek kajian. Hal ini bagi
mengelakkan mereka meniru jawapan. Temubual antara saya dan subjek kajian telah
ditranskripkan untuk mengenalpasti

bagaimana penggunaan 'TOnes Card' dapat

meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang


melibatkan pengumpulan semula. Hasil daripada temubual yang dijalankan terdapat
tiga kriteria yang dikenalpasti untuk membantu saya menganalisis data yang di
peroleh. Hasil analisis adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:

1) Persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan


semula sebelum dan selepas sesi rawatan.
Guru
Subjek 1
SebelumGuru
rawatan

:Awak suka dengan operasi tolak ?


:diam....menggeleng...diam...tak suka sangat
:Kenapa tak suka sangat?

Subjek 1

:emmm....diam... susah sikit..

Guru

: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?

Subjek 1

: Buang..senyum.

Guru

: Kalau 5 - 2 berapa?

Subjek 1

:...diam seketika... 3 cikgu....

Guru

: Kalau 2 - 5 pula berapa?

Subjek 1

:...diam... mengangkat bahu.....

57

(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 1)

Guru

:Awak suka dengan operasi tolak ?

Subjek 2

:Suka jugak...sikit-sikit..

Guru

: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?

Subjek2

: Emmm....Nombor besar tolak nombor kecil....

Guru

: Kalau 5 - 2 berapa?

Subjek 2

:...diam seketika... 3

Guru

: Kalau 2 - 5 pula berapa?

Subjek 2

:...diam (berfikir)... 3 juga...

(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 2 )

Untuk melihat perbandingan kefahaman dan tahap penguasaan subjek kajian


sebelum dan selepas rawatan, saya telah menjalankan sesi temubual bersama ketigatiga subjek kajian sebelum sesi rawatan dan selepas sesi rawatan dijalankan. Melalui
temubual bersama Subjek kajian 1 dan 2 sebelum sesi rawatan, saya dapati subjek
kajian 1 dan 2 ini tidak menghadapi masalah berkaitan operasi tolak tanpa
mengumpul semula.

Namun begitu subjek kajian 2 memahami bahawa dalam

operasi tolak, nombor besar mesti tolak nombor kecil. Hal inilah yang membuatkan
subjek kajian 2 menyatakan jawapan dua tolak lima sama dengan tiga. Bagi subjek
kajian 1 pula, kelihatan tidak yakin semasa menjawab namun masih boleh menolak
58

tanpa mengumpul semula. Kesalahan ini juga dapat diperhatikan dalam ujian
diagnostik dan ujian pra yang dijawab oleh subjek kajian 1 dan 2. Subjek kajian 2
telah membina kefahamannya sendiri, iaitu nombor besar mesti tolak nombor kecil
dengan mengetepikan fungsi nilai tempat dalam soalan yang diberikan manakala
subjek kajian 1 memahami operasi tolak sebagai buang namun tidak memahami
proses pengumpulan semula.

Guru

: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?

Subjek 3

: Diam

Guru

: Kalau 5 - 2 berapa?

Subjek 3

:...diam seketika... 3 (nada rendah)

Guru

: Kalau 2 - 5 pula berapa?

Subjek 3

:...diam... mengangkat bahu.....

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Subjek kajian 3 pula agak pasif berbanding dengan subjek kajian 1 dan 2. Subjek
kajian ini kurang memberi jawapan kepada soalan yang diajukan dan lebih banyak
menggunakan bahasa tubuh. Melalui sesi temubual ini, subjek kajian 3 juga didapati
boleh menolak tanpa mengumpul semula walaupun agak perlahan. Subjek kajian 3
ini juga tidak mempunyai idea dan kefahaman tentang proses pengumpulan semula.
Selepas Rawatan:
Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 1

:Suka....(senyum)

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: Sebab..(senyum)..... dah pandai buat....

(Rujuk lampiran temubual selepas sesi rawatan bagi subjek kajian 1)


59

Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 2

:Suka....(yakin dan bersemangat)

Guru

:Kenapa?

Subjek 2

: Sebab dah faham....senang je...

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 3

:Suka....(senyum)

Guru

:Kenapa?

Subjek 3

: Dah boleh jawab.... dah faham sikit...senyum...

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Melalui temubual selepas rawatan seperti di atas di dapati persepsi subjek kajian
terhadap operasi tolak mula berubah ke arah yang lebih positif setelah sesi rawatan
dijalankan dengan menggunakan 'TOnes Card'.

2) Kefahaman subjek kajian dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan


semula selepas rawatan.

Untuk mengetahui tentang kefahaman subjek kajian terhadap operasi tolak


yang melibatkan pengumpulan semula selepas selesai sesi rawatan yang
dilaksanakan sebanyak empat kali,

sesi temu bual selepas rawatan dijalankan.


60

Melalui sesi temubual selepas sesi rawatan, didapati subjek kajian1, 2 dan 3 telah
memahami proses pengumpulan semula dan mengetahui jalan penyelesaiannya. Hal
ini dibuktikan melalui transkrip temubual seperti di bawah.
Guru

: Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3


tolak 7 berapa?

Subjek 1

:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari


rumah puluh...

Guru

: Ambil berapa?

Subjek 1

: Ambil 1 je... letak dalam rumah sa....

Guru

: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?

Subjek 1

: jadi 10...

Guru

: Lepas tu?

Subjek 1

: 10 tambah 3...jadi 13... lepas tu tolakla...


(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 1)

Guru

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?


Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3
tolak 7 berapa?

Subjek 2

: Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam baru


boleh tolak...

Guru

: Pinjam dari mana?

Subjek 2

: rumah puluh...ambil 1...letak kat rumah sa...

Guru

: 1 kad puluh sama dengan....

Subjek

Guru

: 10 sa cikgu... tambah dengan 3...jadi bilangan


rumah sa ada 13... baru tolak 7
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?


Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3
tolak 7 berapa?

Subjek 3

: Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam...

Guru

: Pinjam dari mana?

Subjek 3

: rumah puluh...ambil 1...

Guru

: 1 puluh sama dengan

Subjek 3

: 10 sa

Guru

: lepas tu?

Subjek 3

: 10 tambah 3 cikgu.. emm.... baru tolak tujuh...

61

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)

Justeru itu secara kesimpulannya berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan
ini, didapati tahap kefahaman subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula telah meningkat.

3) Penggunaan 'TOnes Card' meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam


kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

Guru

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?

Subjek

: ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyum

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 1

: Suka... (senyum)

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: Sebab senang nak kira...


(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)

Guru

: Faham? Faham macam mana tu.

Subjek 2

: Dah tahu buat la.....guna 'TOnes Card'...

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 2

: Suka...( bersemangat )

Guru

: Kenapa?

Subjek 2

: Sebab senang nak kira...seronok guna...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)


62

Guru

: Faham? Faham macam mana tu.

Subjek 3

: Dah tahu jawab cikgu.....guna 'TOnes Card' tu...

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 3

: Suka...(senyum )

Guru

: Kenapa?

Subjek 3

: Sebab senang kira... boleh cabut -cabut...


cantik...(senyum)
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)

Ketiga-tiga

subjek

kajian

menyelesaikan soalan operasi

suka

menggunakan

'TOnes

Card'

untuk

tolak melibatkan pengumpulan semula. Mereka

berpendapat bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' , dapat membantu mereka


untuk mengira dengan betul terutama apabila melibatkan pengumpulan semula .
'TOnes Card' juga berjaya menarik perhatian subjek kajian untuk lebih memahami
konsep pengumpulan semula. Mereka juga berpendapat dengan menggunakan'TOnes
Card' dapat mengurangkan

kecuaian dan kesilapan. Hal inilah yang menyebabkan

ketiga-tiga subjek kajian bertambah yakin dan bersemangat ketika menjawab soalan.
Dalam temubual ini saya meminta ketiga-tiga subjek kajian untuk
menunjukkan cara penggunaan 'TOnes Card' sambil mereka menceritakan bagaimana
mereka meminjam dan mengumpul semula. Daripada perbualan dan cara mereka
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula
menggunakan 'TOnes Card' dengan penuh bersemangat, dan yakin, menunjukkan
bahawa ketiga-tiga subjek kajian ini telah menguasai kemahiran yang diuji setelah
selesai sesi rawatan. Hal ini turut disokong dengan keputusan ujian pasca yang
menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula.
63

Kesimpulannya, transkrip temu bual daripada ketiga-tiga subjek kajian telah


menunjukkan pandangan dan perasaan mereka terhadap penggunaan 'TOnes Card'
dalam

menyelesaikan soalan yang diberikan. Berdasarkan temubual yang

dilaksanakan,

saya dapati dengan penggunaan 'TOnes Card', ketiga-tiga subjek

kajian ini telah dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan 'TOnes Card' ini juga
dapat memotivasikan dan dapat meningkatkan keyakinan subjek kajian dalam
menyelesaikan soalan yang diberi.
Hasil dapatan daripada analisis ujian pra dan pasca, pemerhatian dan
temubual, saya membuat kesimpulan bahawa penggunaan 'TOnes Card' berjaya
meningkatkan penguasaan tiga orang subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak
yang melibatkan pengumpulan semula. Kejayaan ini dibuktikan dengan peningkatan
secara mendadak bagi keputusan atau skor yang diperoleh oleh subjek kajian dalam
ujian pra dan ujian pasca. Manakala dapatan daripada sesi temubual dan pemerhatian
pula mendapati subjek kajian mempunyai persepsi yang berbeza terhadap operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula sebelum sesi rawatan dilaksanakan.
Selepas rawatan ketiga-tiga subjek kajian berasa seronok menolak menggunakan
'TOnes Card'.

64

8.0

RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

8.1

Rumusan

8.1.1

Prestasi murid

Keputusan dalam analisis data


'TOnes Card'

telah menunjukkan bahawa penggunaan

telah berjaya meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam

kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ini berdasarkan


kepada keputusan ujian pra di mana ketiga-tiga subjek kajian mendapat 0 markah
manakala pada ujian pasca pula keputusan mereka meningkat sehingga 90 dan 100
markah.
Peningkatan yang mendadak ini membuktikan bahawa sesi rawatan yang
dijalankan telah berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Dari kesilapan melibatkan konsep
hingga kekeliruan prosedur penolakan , kini mereka telah berjaya membuktikan
bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' ini benar-benar memberi kesan terhadap
kefahaman mereka. Mereka dapat menyatakan langkah penyelesaian dan menjawab
soalan yang diberi

dengan betul dengan berbantukan bahan manipulatif yang

disediakan.
Hal ini menunjukkan bahawa

pembelajaran dari peringkat konkrit akan

mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid dan seterusnya dapat menguasai
pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak terutama
dikalangan murid yang berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Hal ini kerana di
dalam peringkat ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran yang berkesan

masih
65

bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung bagi


mengukuhkan kefahaman mereka. (Noriati,Boon dan Sharifah 2009). Seperti dalam
kajian yang dijalankan oleh Susie anak John (2012) yang bertajuk penggunaan PANT
dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam kalangan murid
pemulihan kelas tahun 3 juga mengetengahkan penggunan bahan manipulatif dalam
kajian yang dijalankan dan hasil kajiannya menunjukkan bahawa penggunaan petak
asas nilai tempat (PANT) telah berjaya membantu dua daripada tiga subjek kajiannya
dalam menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Hal ini turut
mengukuhkan lagi bahawa dengan penggunaan bahan manipulatif dapat meransang
dan membantu murid untuk menguasai sesuatu kemahiran terutama operasi tolak.

Selain itu sikap rendah diri dan tidak yakin diawal sesi rawatan telah berubah
sama sekali apabila sampai ke sesi rawatan terakhir. Keseronokan dan keyakinan
jelas terpancar dari sikap dan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian apabila mereka
telah berupaya untuk menyelesaikan soalan yang diberi di akhir sesi rawatan (ujian
pasca). Hal ini jelas membuktikan bahawa prestasi dan keupayaan mereka dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah
meningkat dengan penggunaan 'TOnes Card'. Di samping itu, penggunaan 'TOnes
Card' juga berupaya mengurangkan kecuaian dan kesilapan semasa menjawab soalan
yang diberikan kerana ransangan bahan yang yang disediakan. Sesungguhnya murid
dicelikkan akalnya dengan maklumat dan ransangan berkaitan sebelum dapat
menyempurnakan penguasaan secara kognitif (Robert Gagne , 1970).

66

8.1.2

Bagaimana penggunaan 'TOnes Card' membantu subjek kajian


meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran
operasi tolak dengan pengumpulan semula.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan 'TOnes Card' telah


membantu subjek kajian belajar kemahiran operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Menurut Mahmud (2001), guru haruslah mengubahsuai
kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari
matematik dengan lebih seronok dan bermakna. Justeru itu, saya telah menggunakan
'TOnes Card' iaitu sejenis bahan manipuatif dalam usaha untuk membantu subjek
kajian menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengupulan semula ini.
Penggunaan bahan manipulatif ini dapat membantu subjek kajian untuk lebih
memahami konsep pengumpulan semula dari puluh ke sa dengan lebih jelas. Ini
kerana penggunaan bahan manipulif ini membolehkan murid-murid melihat, merasa,
memegang dan mengerakkan sendiri bahan tersebut mengikut proses yang
dilaksanakan (Heddens 2008; Rust 1999) dalam Tan Wui Gee (2011) .
Hal Ini akan membantu mereka untuk memahami dan membuatkan
pembelajaran mereka lebih bermakna lebih-lebih lagi terhadap murid berumur 6
hingga 7 tahun ini. Hal ini juga bertepatan dengan pendapat teori Jean Piaget (1970)
dimana isi pelajaran

perlu disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif

kanak-kanak, konkrit kepada abstrak. Justeru itu penggunaan bahan bantu seperti
'TOnes Card' ini sesuai digunakan untuk membantu murid memahami konsep
pengumpulan semula. Hal ini di sokong oleh hasil kajian yang dijalankan oleh
Rafiona Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012) yang dengan jelas
menunjukkan bahawa dengan penggunaan bahan manipulatif dapat menarik minat
67

murid untuk belajar seterusnya dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula di kalangan subjek kajian yang terlibat.
Pemerhatian terhadap tingkah laku subjek kajian juga dilaksanakan sepanjang
sesi rawatan dijalankan (dicatat dalam borang pemerhatian) dan berdasarkan analisis
pemerhatian didapati bahawa terdapat perbezaan kemajuan antara setiap sesi rawatan
dalam kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula menggunakan 'TOnes
Card' dan bentuk lazim. Perbezaan kemajuan dapat dilihat melalui proses bimbingan
yang semakin berkurang dalam setiap sesi rawatan berbanding semasa sesi rawatan
pertama. Hal ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Sosial Lev Vigotsky
(1896-1934) yang menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak memerlukan
bimbingan penuh pada awalnya dan semakin berkurang mengikut keperluan
berdasarkan Zon Perkembangan Proksimal.
Dalam analisis temubual pula saya menekankan kepada tiga aspek iaitu
persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula
sebelum sesi rawatan, Kefahaman subjek kajian dan Penggunaan 'TOnes Card' dalam
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula.
Hasilnya kesemua aspek dalam temubual memberikan respon yang positif.
Ini kerana diakhir sesi rawatan ketiga-tiga subjek kajian berasa seronok apabila dapat
menjawab semua soalan yang diberikan. Hal ini juga menjadikan subjek kajian
berasa yakin dan motivasi diri mereka juga telah meningkat.
Kesimpulannya. Penggunaan 'Tones Card' ini telah meningkatkan penguasaan
subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.
Ini kerana Penggunaan 'TOnes Card' ini dapat membantu mereka memahami konsep
pengumpulan semula. Ini terbukti apabila ketiga-tiga subjek kajian dapat menjawab
68

dengan betul sekurang-kurangnya 9 soalan daripada 10 soalan (ujian pasca) yang


diberikan.

8.2

Implikasi kajian

Implikasi utama yang berlaku hasil daripada

kajian ini sudah

tentulah

kepada murid yang menjadi subjek kajian dalam kajian ini. Subjek kajian tersebut
telah berjaya menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula dengan baik dan yakin. Melalui kajian ini juga telah memberi peluang
kepada mereka untuk memahami konsep pengumpulan semula menggunakan bahan
bantu manipulatif seperti 'TOnes Card' ini yang mana mereka boleh memegang dan
mengerakkan bahan tersebut mengikut proses mengumpul semula. Hal ini secara
langsung menjadikan proses pembelajaran yang berlaku lebih bermakna dan kekal
dalam ingatan mereka. Melalui proses tersebut, kefahaman mereka tentang operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah meningkat dan ini akan membantu
mereka untuk memahami operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula bagi
nombor yang lebih besar dan akan membantu mereka menguasai operasi bahagi pada
masa akan datang.
Melalui kajian ini juga telah memberi kesedaran kepada saya sebagai seorang
guru matematik bahawa kefahaman tentang sesuatu konsep itu adalah sangat penting
sebelum sesuatu algorithma dapat dilaksanakan. Penggunaan 'TOnes Card' ini
memberi impak yang sangat berkesan kepada subjek kajian untuk memahami
kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula ini.
Justeru itu, penggunaan bahan bantu manipulatif atau yang bersifat konkrit
sangat penting dalam usaha untuk memberikan kefahaman khususnya tentang
69

sesuatu konsep matematik. Dengan bantuan bahan bantu manipulatif juga, muridmurid dapat belajar dalam suasana yang berbeza, membolehkan mereka meneroka
sendiri tentang sesuatu konsep dan menjadikan pembelajaran lebih menarik
berbanding dengan suasana pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks dan
papan tulis semata-mata khususnya bagi murid tahun satu. Hal ini turut disokong
oleh hasil kajian yang telah dijalankan sebelum ini oleh Rafiona ank Raban (2008)
dan Susie anak John (2012) yang mendapati bahawa penggunaan bahan manipulatif
berjaya

meningkatkan

pengetahuan

dan

kemahiran

operasi

tolak

dengan

pengumpulan semula di kalangan subjek kajian mereka.


Melalui kajian ini juga,

secara tidak langsung akan memudahkan guru

matematik kerana mereka telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan


dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Walaupun
operasi tolak dengan mengumpul semula ini hanya kemahiran kecil dalam matematik
namun ia memberikan impak yang besar untuk memberi kefahaman kepada murid
sebelum mereka berupaya menguasai kemahiran atau tajuk-tajuk yang seterusnya
seperti operasi bahagi, operasi bergabung dan penyelesaian masalah. Hal ini kerana
operasi tolak merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid bukan
hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata malah ia juga kemahiran penting
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

8.3

Refleksi Kajian

8.3.1

Refleksi Terhadap Dapatan Kajian


70

Dapatan kajian secara kuantitatif dan kualitatif mununjukkan bahawa


penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan pengusaa subjek kajian dalam
kemahiran operasi tolak yang melibatkan penumpulan semula. Keputusan ujian
pasca menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding keputusan ujian pra.
Hasil daripada pemerhatian dan temubual pula menunjukkan bahawa dengan
menggunakan 'TOnes Card' subjek kajian dapat memahami cara mengumpul semula
dan berjaya menyelesaikan soalan yang diberi dengan betul. Subjek kajian juga boleh
mengaitkan penggunaan bahan konkrit dengan konsep yang lebih abstrak dengan
baik.Mereka juga kelihatan seronok dan aktif ketika menyelesaikan soalan operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula dan juga sepanjang sesi rawatan
dijalankan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa dengan penggunaan
bahan manipulatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
mata pelajaran

matematik adalah sangat membantu untuk memberi kefahaman

kepada murid-murid tentang konsep asas sebelum mengajar mereka kemahiran yang
lebih abstrak. Selain itu, murid-murid dapat mengingat sesuatu konsep itu dengan
lebih baik dengan penggunaan bahan manipulatif.

8.3.2

Refleksi terhadap ilmu baru diperolehi daripada pelaksanaan


kajian

71

Dalam kajian ini saya berpeluang untuk menimba ilmu baru serta
mempelajari banyak perkara dalam proses melaksanakan penyelidikan tindakan.
Antara ilmu yang diperolehi ialah cara mengesan kelemahan atau masalah,
merancang tindakan, cara mengumpul data, cara menganalisis data, dan cara menulis
laporan penyelidikan kajian.
Menurut

McNiff, Jean dan Whitehead (2005), penulisan laporan kajian

memerlukan penyampaian yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam
laporan bergantung kepada tujuan kajian dan peserta yang disasarkan. Justeru itu
penulisan laporan amatlah penting. Melalui penulisan laporan kajian ini, secara
langsung dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang penulisan terutamanya
ketika menulis tinjauan literatur di mana saya perlu membaca dan merujuk pelbagai
bahan bacaan. Melalui pembacaan ini, pelbagai ilmu telah saya dapati terutama
dalam bidang pendidikan dan matematik. Daripada penulisan laporan inilah saya
mempelajari bahawa penulisan ilmiah haruslah disokong dengan pendapat tokohtokoh ilmuwan, buku-buku, jurnal dan kajian-kajian lepas. Hal ini adalah untuk
mengukuhkan lagi hujah dalam penulisan laporan penyelidikan tindakan yang saya
jalankan.
Dalam usaha menghasilkan laporan kajian ini juga , saya juga didedahkan
dengan proses triangulasi data. Oleh kerana bilangan subjek kajian saya adalah
kecil, maka triangulasi data perlu digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan
kajian saya. Menurut Chua (2009) triangulasi membolehkan penyelidik melihat
fenomena daripada pelbagai sudut dan perspektif yang berbeza. Dalam penulisan
laporan kajian ini saya telah mempelajari penggunaan triangulasi data untuk
mendapatkan gambaran sebenar situasi dan fenomena yang berlaku dalam kajian.
Kaedah triangulasi dapat membina kesahan dan kebolehpercayaan terhadap hasil
72

kajian saya. Selain itu saya juga telah memahami tentang etika penyelidikan dimana
sebagai seorang penyelidik , saya perlu menjaga rahsia peribadi subjek kajian.
Hasilnya saya tidak mendedahkan nama sebenar subjek kajian, tidak mempamerkan
foto subjek kajian dan tidak mendedahkan maklumat sekolah subjek kajian.
Pelaksanaan kajian ini juga mengajar saya betapa pentingnya melakukan
kerja atau tugasan secara berjadual. Melakukan tugasan berdasarkan jadual dapat
membantu saya menyelesaikan kajian mengikut ketetapan yang diberikan. Jadual
pelaksanaan membantu saya untuk bertindak secara teratur

dan tersusun

memandangkan kajian ini bukanlah satu-satunya tugasan yang perlu dilaksanakan.


Sungguhpun dalam

kesibukan dengan

rutin harian sebagai pendidik, ibu, dan

pelajar , namun pengurusan masa yang bijak dapat membantu saya menyelesaikan
pnyelidikan tindakan ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Pengalaman menulis laporan kajian seperti ini merupakan pengalaman
pertama bagi saya. Walaubagaimanapun saya telah cuba sedaya mungkin untuk
menulis laporan mengikut kriteria yang telah ditetapkan contohnya membuat
perancangan mengikut toeri penyelidikan, membuat tinjauan literatur berdasarkan
masalah yang berlaku, menganalisis data dan menulis hasil dapatan kajian. Melalui
kajian ini juga saya dapat mempelajari dan menghayati kepentingan kajian dalam
menjana ilmu dan mewujudkan inovasi dalam mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan yang berlaku. Sebagai penyelidik juga, saya perlu mencatat data dan
membuat analisis dengan tepat dan jujur. Secara keseluruhannya, kajian ini telah
banyak memberi ilmu dan manfaat kepada saya.

Sesungguhnya Kajian yang

dijalankan dapat membantu saya mencari dan menentukan cara penyelesaian secara
sistematik kepada permasalahan pembelajaran yang timbul di kalangan murid-murid
saya.
73

8.3.3

Refleksi terhadap amalan pengajaran

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk kaedah yang dijalankan untuk


menambah baik amalan pengajaran seseorang guru. Sesi pengajaran dan
pembelajaran boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah pengajaran mengikut
kreativiti guru walaupun masih terdapat segelintir guru yang masih menggunakan
kaedah pengajaran 'chalk and talk' iaitu hanya menggunakan kaedah penerangan
semata-mata. Pengajaran yang baik haruslah berpusatkan murid dan memberi
peluang kepada setiap murid untuk belajar dan menguasai sesuatu konsep dan
kemahiran.
Menurut kementerian Pendidikan Malaysia (2009), objektif pengajaran dan
pembelajaran matematik ialah untuk membolehkan murid mengetahui

dan

memahami konsep, di samping menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan


dengan mata pelajaran tersebut. Justeru itu kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi
ketidakupayaan subjek kajian dalam memahami konsep pengumpulan semula dalam
operasi tolak. Dalam kajian ini saya menggunakan bahan manipulatif iaitu 'TOnes
Card' untuk membantu

murid memahami konsep pengumpulan semula dan

melaksanakan cara pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Hasil dapatan kajian
ini menyedarkan saya bahawa peri pentingnya menggunakan bahan bantu belajar
sama ada dalam bentuk maujud atau menggunakan aplikasi teknologi.
Sesungguhnya dengan

menggunakan bahan bantu akan dapat membantu

murid untuk lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas. Pembelajaran dari
peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid . Seterusnya
74

mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang
abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi murid yang berada dalam lingkungan 7 hingga
11 tahun. Hal ini kerana di dalam peringkat ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran
yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara
langsung bagi mengukuhkan kefahaman mereka. (Noriati,Boon dan Sharifah 2009).
Adalah diharapkan selepas kajian ini saya dapat membina bahan

bantu

yang

menepati keperluan pembelajaran, menarik, tidak memerlukan kos yang tinggi dan
tahan lama untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran matematik.
Menurut Noriati, Boon dan Sharifah (2009) dalam buku Murid dan Alam
Belajar, pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Selain itu
pembelajaran koperatif juga harus diberi penekanan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif dan bersifat koperatif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran disamping penggunaan bahan bantu mengajar.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga pemberian penghargaan
kepada murid-murid juga adalah perlu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan
mereka. Penghargaan yang saya berikan dalam kajian seperti kata pujian dan hadiah
turut mempengaruhi tingkah laku murid-murid. Mereka berasa lebih seronok dan
bermotivasi . Hal ini turut disokong oleh kenyataan Noraini Idris (2005) yang
mengatakan bahawa pemberian penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh
murid dalam menyelesaikan masalah matematik amat penting. Hal ini disebabkan
matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan murid yang matang
matematik, berani, yakin diri dan berdaya saing.
Melalui cara ini, ilmu matematik akan dapat dibina secara beransur-ansur
dengan mengekalkan komitmen dan motivasi yang tinggi di kalangan murid-murid.
75

Akhir kata, melalui kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu menambah
baik amalan pengajaran saya kelak disamping dapat menarik minat murid-murid ini
terhadap Matematik.
9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi mengembangkan lagi kajian ini pada masa akan datang , terdapat
beberapa cadangan telah dikenalpasti. Antara cadangan tersebut ialah dengan
memperluaskan penggunaan 'TOnes Card' kepada lebih ramai murid, terutamanya
murid-murid pemulihan yang berada di tahun 2 dan tahun 3. Ia adalah bertujuan
untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan 'TOnes Card'
membantu murid-murid ini dalam
pengumpulan semula.

kemahiran operasi tolak

dalam

yang melibatkan

Hasil keputusan yang sama dengan kajian ini akan

memperkukuhkan kenyataan bahawa penggunaan 'TOnes Card' berkesan dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula dikalangan murid-murid dan boleh digunapakai oleh guru-guru lain dalam
usaha membantu murid-murid mereka.
Selain operasi tolak penggunaan 'TOnes Card' juga boleh digunapakai untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran

penukaran

nilai tempat dan kemahiran operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula.
Melalui penggunaan 'TOnes Card' ini murid-murid akan dapat lihat dengan lebih
jelas kedudukan nilai tempat dan perubahan nilai yang berlaku. Tajuk-tajuk ini
merupakan kemahiran asas dalam bidang nombor. Murid-murid yang tidak
menguasai kemahiran asas ini akan menghadapi masalah untuk menguasai
kemahiran seterusnya seperti operasi darab dan operasi bahagi. Penggunaan bahan

76

manipulatif seperti 'TOnes Card' ini akan

membantu murid memahami dan

mengingat seterusnya boleh mengaitkan operasi konkrit dengan proses algorithma


setelah beberapa latih tubi diberikan.
'TOnes Card' dalam kajian ini juga boleh dikembangkan kepada nilai ratus,
dan boleh digunakan untuk operasi tolak atau tambah yang melibatkan pengumpulan
semula nombor yang lebih besar iaitu nombor hingga 1000. Oleh yang demikian,
kajian ini boleh dijalankan untuk murid-murid tahap dua yang menghadapi masalah
tersebut.
'TOnes Card' juga boleh dibina dalam bentuk kit yang lebih mudah disimpan
dan digunakan. Jalur nilai tempat puluh dan sa boleh diperbanyakkan supaya boleh
digunakan oleh lebih ramai murid dalam satu-satu masa. kad jalur nilai 'puluh' dan
'sa' boleh diletakkan secara berasingan dengan menggunakan pembahagi untuk
memudahkan proses penggunaannya. Manual penggunaan juga boleh dibuat dan
diletakkan di dalam kit tersebut untuk memudahkan pengguna lain menggunakannya.
Selain itu 'TOnes Card ' juga boleh dibina menggunakan perisian teknologi seperti
pesembahan powerpoint.
Dengan penggunaan animasi dalam perisian ini, murid akan dapat lihat
dengan lebih jelas kedudukan nilai tempat dan proses pengumpulan semula.
Kemudahan teknologi yang wujud pada zaman ini juga bolehlah digunakan oleh para
guru untuk membantu murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Oleh yang
demikian para guru perlulah meningkatkan ilmu dan kretiviti mereka bagi
melaksanakan sesi pembelajaran yang lebih berkesan.

77

RUJUKAN

Adek.

Teori
Perkembangan
Kognitif
Vigotsky.
Online.
http://valmband.multiply.com/journal/item/11?&show_interstitial=1&u=%2F
journal%2Fitem. Retrieve Mac
2015. - See more at:
http://utamitamii.blogspot.com/2012/04/teori-perkembangan-kognitifvygotsky.html#sthash.70MCYqpb.dpuf

Azizi Hj. Yahaya, Elanggovan A/L M. Savarimuthu. (n.d.). Kepentingan Kefahaman


Dalam Matematik. Retrieved Feb 23, 2015, from
http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.p

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Pengajaran


dan pembelajaran matematik: nombor bulat untuk sekolah rendah. Selangor:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cauley, K. M. (n.d.). Childrens Misconceptions About The Multidigit Subtraction
Retrieved
Februari
15,
2014,
from
http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED294766.pdf
Champagne,A.B.,Gunstone,R.E, & Klopfer, L.E. (1983). Naive knowledge and
science l
earning. Research in science and technological Education,
1(2):173183.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), Kajian Tindakan:Konsep dan
Amalan Dalam Pengajaran. .Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.
Chua, Y.P (2009). Kaedah penyelidikan . Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Duncan, P. J. (2006). Math 112. Section 2.3: Numeration. Retrieved September 15,
2014, from http://math.wallawalla.edu/~duncjo/courses/math112/fall06/
notes/2-3_math112.pdf

78

Durmuss, S. & Karakirik, E. (2006). Virtual manipulatives in mathematics education:


A
theoretical framework. The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 5, 1-7.
Hatta, N. b. (2007). Using Base Ten Blocks To Help Year Three Pupils Understand
Subtraction Involving Regrouping.
Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan
2010 anjuran murid PISMP ambilan Januari 2007
Heddens, J.W. (2008) Improving mathematics teaching by using manipulatives.
Diperoleh
pada 15 September 2014 dari http://www.fed.cuhk.edu.hk/
~fllee/ mathfor/edumath/9706/13hedden.html
Helen L. Chick, Thuy Phum, Monica K. Baker. (n.d.). Probing Teachers
Pedagogical Content Knowledge:Lessons from the Case of the Subtraction
Algorithm.
Retrieved
September
16
,
2014,
from
http://www.merga.net.au/documents/RP132006.pdf
Ismail bin Saiman, Johar bin Jonid, et.al (2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
John, S. a. (2012). Penggunaan PANT dalam mengajar kemahiran penolakan
dengan
mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihankelas
Tahun 3.
Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
Pemulihan amb. Januari 2009, 103-114.
Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011) Dokumen Standard KSSR Tahun 1.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1988). The Action Research Planner. (3rd ed.)
Australia: Deakin University Press
Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to its Methodology (2nd
ed) Thousand Oak CA: Sage

79

MacGregor, M., & Moore, R. (1991). Teaching mathematics in the multicultural


classroom. Melbourne, Australia: University of Melbourne.
Mahmud Yahya (2001). Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian
Matematik
Tambahan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
McNiff, Jean & Whitehead, Jack (2005). Action research for teachers. London:
Fulton.
Merriam, S. B. & Associates (2002). Qualitative research in practice. Examples for
discussion
and analysis. San Francisco: Jossey Bass.
Mohammad Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Tindakan. Skudai: Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang, Siew Fook Cheng, (1986). Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik
Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Selangor : Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa ( 1997 ). Pembentukan Model Pengajaran Matematik berlandaskan
Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education , 11 , 27 36 .
Noraziah Abd. Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa,
Kertas kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti
Malaya.
Norlia Goolamally, Mohd Kidin Shahran, Jamil Ahmad. (2007). Action Research:
Creating Connections Within The Classroom Practice. Proceedings
International Conference AsianAssociation of Open Universities (AAOU)
2007. 30 October2November 2007 Marriot Hotel, Putrajaya.
Norlia Goolamally, Jamil Ahmad (2008). Limited English proficiency students and
misconception in Mathematics: A case study. Proceedings International
Conference on the education oflearner diversity (ICELD) 2008. 26-27
August 2008, Marriot Hotel, Putrajaya.

80

Noraini Idris. (2005) Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2009). Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2011). Siri
Pendidikan Guru: Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Nugent, B. (2010). The impact of use of mathematics manipulatives on attitudes t
oward mathematics success among students in a multigrade classroom.
Disertasi
Sarjana yang belum diterbitkan. Ann Arbor, United States:
Walden
University.
Othman Talib (2011). Tulis Tesis Cepat Teknik Efektif dan Efisyen. Bangi: MPWS
Rich Resources.
Piaget, J. (1973). To Understand is to Invent. New York: Grossman.
Ra Fiona Anak Raban (2012). Penggunaan garis nombor dalam membantu murid
pemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10. Masalah
penolakan dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.
Rust, A.L. (1999). A study of the benefits of math manipulatives versus standard
curriculum in the comprehension of mathematical concepts. Masters
action research project. Knoxville, TN.: Johnson Bible College.
Short, D. J., & Spanos, G. (1989). Teaching mathematics to limited English
proficient students.
Sukri Berawi dan Victor Jibson (2006). Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan
Kaedah Biasa (Conventional) dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menambah murid-murid Tahap 1. Institut Perguruan Rajang
Bitangor Sarawak.
Tan Wui Gee (2011). Penggunaan Kit Manipulatif dalam pemahaman konsep
pendaraban murid Tahun Dua Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb.
Januari 2008, IPG KBL Tahun 2011, ms 163-176.
81

Tikunoff, W. (1985). Applying significant bilingual instruction in the classroom.


Rosslyn:
National Clearinghouse for Bilingual Education.
Wahah, H. b. (2012). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3
Menguasai Operasi Tolak Dalam Linkungan 50 Dengan Mengumpul
Semula.
Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa
Melayu amb. Januari 2009. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, 91-102.

82

LAMPIRAN:

LAMPIRAN A
UJIAN PRA
Nama : ..............................................
Tarikh :...................
Kira hasil tolak berikut dalam bentuk lazim.

2. 25 - 18 =

1. 22 - 15 =
pu
2

pu
2

sa
2

3. 31 - 27 =

pu
3

sa
1

sa
5

4. 33 - 19 =
pu
3

sa
3

83

5. 35 - 26 =
pu
3

6. 37 - 19 =

sa
5

7. 41 - 17 =

sa
7

8. 44 - 28 =

pu
4

sa
1

pu
4

sa
4

9. 43 - 25 =

pu
3

pu
4

sa
3

10. 45 - 39 =

pu
4

sa
5

84

LAMPIRAN B
UJIAN PASCA
Nama : ..................................................
Tarikh :...................
Kira hasil tolak berikut dalam bentuk lazim.

2. 25 - 18 =

1. 23 - 15 =
pu
2

sa
3

pu
2
1

3. 33 - 26 =

sa
5

4. 34 - 28 =

pu
3

sa
3

pu
3

sa
4

7. 41 - 15 =

8. 42 - 28 =

pu
4

sa
1

pu
4

sa
2

85

5. 35 - 17 =

6. 37 - 19 =

pu
3

sa
5

pu
3

sa
7

7. 41 - 15 =

8. 42 - 28 =

pu
4

sa
1

pu
4

sa
2

9. 44 - 27 =

10. 45 - 39 =

pu
4

sa
4

pu
4

sa
5

86

LAMPIRAN C
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
SUBJEK KAJIAN: 1
BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.
Adakah murid
memahami
Penggunaan 'TOnes
Card'

1
Kurang
berminat
Belum
menguasai
sepenuhnya

SESI RAWATAN
2
3
Mula
Berminat
berminat
dan aktif

4
Berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan
kecuaian
Boleh tetapi
terdapat
kecuaian.

Sudah
menguasai
Sepenuhnya
.

Sudah
menguasai
sepenuhnya

Boleh

Boleh
dengan
lebih yakin.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid
sangat aktif

Adakah murid
dapat
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Tidak
boleh, ada
banyak
kesilapan

Belum.
Masih
keliru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?
Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Menjawab semua
soalan bersungguhsungguh.

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami
Tidak Yakin

Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya. Murid
semakin
aktif.

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Tidak.
Masih
keliru

Ya.

Ya.

Tidak

87

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN


BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.
Adakah murid
memahami
Penggunaan 'TOnes
Card'

SUBJEK KAJIAN: 2
SESI RAWATAN
1
2
3
Kurang
Mula
Berminat
berminat
berminat
dan aktif
Belum
menguasai
sepenuhnya

4
Berminat
dan aktif

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan
kecuaian
Boleh tetapi
terdapat
kecuaian.

Sudah
menguasai
Sepenuhnya
.

Sudah
menguasai
sepenuhnya

Boleh

Boleh
dengan
lebih yakin.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid
sangat aktif

Adakah murid
dapat
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Tidak
boleh, ada
banyak
kesilapan

Belum.
Masih
keliru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?
Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Menjawab semua
soalan bersungguhsungguh.

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami
Tidak Yakin

Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya. Murid
semakin
aktif.

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Tidak.
Masih
keliru

Ya.

Ya.

Tidak

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN


SUBJEK KAJIAN: 3

88

BIL
1.

KRITERIA
TINGKAH
LAKU
Berminat dengan
aktiviti
pembelajaran yang
dijalankan.
Adakah murid
memahami
Penggunaan
'TOnes Card'

SESI RAWATAN
2
3

Kurang
berminat

Mula
berminat

Berminat

Berminat dan
aktif

Belum
menguasai
sepenuhnya

Belum
menguasai
sepenuhnya

Sudah
menguasai
sepenuhnya

Adakah murid
dapat
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.

Tidak
boleh, ada
banyak
kesilapan

Boleh tetapi
terdapat
kecuaian.

Sudah
menguasai
tetapi
melakukan
kecuaian
Boleh tetapi
terdapat
sedikit
kecuaian

Belum.
Masih
keliru.

Adakah murid
bekerjasama antara
satu sama lain
semasa aktiviti
berlangsung?
Adakah murid
yakin semasa
menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan
'TOnes Card'
Menjawab semua
soalan bersungguhsungguh.

Ya. Murid
kurang aktif
kerana
kurang
memahami
Tidak Yakin

Ya
menjawab
pertanyaan
guru.
Ya. Murid
sudah mula
aktif.

Ya
menjawab
pertanyaan
guru
Ya. Murid
semakin
aktif.

Ya menjawab
pertanyaan
guru dengan
yakin.
Ya. Murid
aktif

Sudah mula
yakin

Yakin

Yakin

Tidak.
Masih
keliru

Ya.

Ya.

Tidak

Boleh dengan
lebih yakin.

ANALISIS SENARAI SEMAK PEMERHATIAN


SESI RAWATAN : 2

89

BI
L

KRITERIA
TINGKAH LAKU

1.

Berminat dengan
aktiviti pembelajaran
yang dijalankan.

Adakah murid
memahami Penggunaan
'TOnes Card'
Adakah murid dapat
menyelesaikan soalan
dengan menggunakan
'TOnes Card'
Meningkatkan
kefahaman tentang
proses mengumpul
semula.
Adakah murid
bekerjasama antara satu
sama lain semasa
aktiviti berlangsung?
Adakah murid yakin
semasa menyelesaikan
soalan dengan
menggunakan 'TOnes
Card'
Menjawab semua soalan
bersungguh-sungguh.

SUBJEK KAJIAN
1
Kurang
Berminat

2
Kurang
Berminat

3
Kurang
Berminat

Belum
menguasai
sepenuhnya
Tidak boleh,
ada banyak
kesilapan

Belum
menguasai
sepenuhnya
Tidak boleh,
ada banyak
kesilapan

Belum
menguasai
sepenuhnya
Tidak boleh,
ada banyak
kesilapan

Tidak.
Kelihatan
masih keliru

Ya

Ya

Tidak. Murid
kurang aktif

Tidak.

Tidak.

Tidak Yakin

Tidak Yakin

Tidak Yakin

Tidak

Tidak

Tidak

LAMPIRAN D

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SUBJEK KAJIAN

TRANSKRIP TEMUBUAL (SEBELUM RAWATAN)


Subjek Kajian

: Subjek 1

Tarikh

: 28 Januari 2015

Masa

: 8.30 - 8.40 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

90

Temubual dengan Subjek 1


.
Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 1

:Waalaikumsalam cikgu...

Guru

:Kamu suka tak dengan mata pelajaran matematik?

Subjek 1

:Emmm.....suka..

Guru

:Tajuk apa dalam matematik yang awak suka?

Subjek 1

:Nombor.....errrr.........tambah..

Guru

:Awak suka dengan operasi tolak ?

Subjek 1

:diam....menggeleng...diam...tak suka sangat

Guru

:Kenapa tak suka sangat?

Subjek 1

:emmm....diam... susah sikit..

Guru

: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?

Subjek 1

: Buang

Guru

: Kalau 5 - 2 berapa?

Subjek 1

:...diam seketika... 3 cikgu....

Guru

: Kalau 2 - 5 pula berapa?

Subjek 1

:...diam... mengangkat bahu.....

Guru

:Awak suka tak jawab soalan yang cikgu bagi semalam?

Subjek 1

:...errr....Suka sikit-sikit...

Guru

: Kalau cikgu bagi soalan macam semalam tu awak nak jawab


lagi tak?

Subjek 1

: ...diam.. menggeleng...

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: ...susah...

Guru
betul

: Dalam ujian semalam (ujian pra), awak rasa awak jawab


ke salah?

Subjek 1

:Diam....(mengangkat bahu)...tak tahu...

Guru

:Ok sebenarnya... awak jawab semua salah...

Subjek 1

:...senyum...

Guru

:Tapi tak apa, cikgu akan ajar awak macammana nak jawab
dengan betul. Awak nak belajar tak?

Subjek 1

: Nak...cikgu... (senyum)

91

TRANSKRIP TEMUBUAL (SEBELUM RAWATAN)

Subjek Kajian

: Subjek 2

Tarikh

: 28 Januari 2015

Masa

: 8.30 - 8.40 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

Temubual dengan Subjek 2.


Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 2

:Waalaikumsalam cikgu...

Guru

:Kamu suka tak dengan mata pelajaran matematik?


92

Subjek 2

:Suka

Guru

:Tajuk apa dalam matematik yang awak suka?

Subjek 2

:Tambah....

Guru

:Awak suka dengan operasi tolak ?

Subjek 2

:Suka jugak...sikit-sikit..

Guru

: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?

Subjek2

: Emmm....Nombor besar tolak nombor kecil....

Guru

: Kalau 5 - 2 berapa?

Subjek 2

:...diam seketika... 3

Guru

: Kalau 2 - 5 pula berapa?

Subjek 2

:...diam (berfikir)... 3 juga...

Guru

:Oh begitu, Awak suka tak jawab soalan yang cikgu bagi
semalam?

Subjek 2

:...errr....Suka...

Guru

: Kalau cikgu bagi soalan macam semalam tu awak nak jawab


lagi tak?

Subjek 2

: ...boleh....(suara rendah)

Guru
betul

: Dalam ujian semalam (ujian pra), awak rasa awak jawab


ke salah?

Subjek 2

:Tak Tahu... diam ....betul kot...

Guru

:Ok sebenarnya... awak jawab semua salah...

Subjek 2

:Diam.... (Terpinga-pinga)...

Guru

:Tapi tak apa, cikgu akan ajar awak macammana nak jawab
dengan betul.Awak nak belajar tak?

Subjek 2

: Nak cikgu...

TRANSKRIP TEMUBUAL (SEBELUM RAWATAN)

Subjek Kajian

: Subjek 3

Tarikh

: 28 Januari 2015

Masa

: 10.00 - 1010 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

Temubual dengan Subjek 3.


Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 3

:Waalaikumsalam cikgu...
93

Guru

:Kamu suka tak dengan mata pelajaran matematik?

Subjek 3

:Emmm.....menggeleng...

Guru

:Kenapa?

Subjek 3

: Tunduk...emmm.... susah....selalu salah...cikgu marah...

Guru

: Awak belajar apa dalam matematik?

Subjek 3

:Emmm...Nombor.....tambah....tolak...(diam)....

Guru

:Awak suka dengan operasi tolak ?

Subjek 3

: Diam....menggeleng...diam...tak suka sangat

Guru

:Kenapa tak suka sangat?

Subjek 3

:emmm....diam...takut salah ..

Guru

:Awak suka tak jawab soalan yang cikgu bagi semalam?

Subjek 3

:...errr....Suka sikit-sikit...

Guru

:Bole beritahu cikgu 5 tolak 2 berapa ye?

Subjek 3

:emmm....diam...3 cikgu.

Guru

:pandai.... kalau 2 tolak 5 pula berapa?

Subjek 3

:diam....(berfikir).... 3 ..(nada tidak yakin)

Guru

: Kalau cikgu bagi soalan macam semalam tu awak nak jawab


lagi tak?

Subjek 3

: ...diam...menggeleng...

Guru

: Kenapa?

Subjek 3

: ...diam....

Guru
betul

: Dalam ujian semalam (ujian pra), awak rasa awak jawab


ke salah?

Subjek 3

:Diam....(mengangkat bahu)...tak tahu...

Guru

:Ok sebenarnya... jawapan awak salah...

Subjek 3

:...diam... Memandang guru (terpinga-pinga)

Guru

:Tapi tak apa, cikgu akan ajar awak macammana nak jawab
dengan betul. Awak nak belajar tak?

Subjek 3

: Nak...(nada rendah)

94

TRANSKRIP TEMUBUAL (SELEPAS RAWATAN)


Subjek Kajian

: Subjek 1

Tarikh

: 16 Febuari 2015

Masa

: 11.30 - 11.40 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 1

:Waalaikumsalam cikgu...

Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 1

:Suka....(senyum)
95

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: Sebab..(senyum)..... dah pandai buat....

Guru

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?

Subjek

: ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyum

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 1

: Suka... (senyum)

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: Sebab senang nak kira...

Guru

: Kamu tahu bagaimana nak menggunakan bahan ini?

Subjek 1

: Tahu...Mengangguk..

Guru

: Boleh tunjukkan?

Subjek 1

: Boleh

Guru

: Baiklh... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7


berapa?

Subjek 1

:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari rumah puluh...

Guru

: Ambil berapa?

Subjek 1

: Ambil 1 je... letak dalam rumah sa....

Guru

: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?

Subjek 1

: jadi 10...

Guru

: Lepas tu?

Subjek 1

: 10 tambah 3..jadi 13... lepastu tolakla...

Guru

: oooo begitu.... pandai awak....

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 1

:Suka...

Guru

:Kenapa?

Subjek 1
cabut.

: Sebab senang nak kira... (senyum) ..cantik...boleh cabut-

Guru

: Apakah yang kamu rasa apabila boleh menjawab soalan


menggunakkan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 1

: Seronok ... senang...

Guru

: Jika cikgu beri soalan latihan tolak lagi, kamu nak tak?

Subjek 1

: Boleh cikgu..

Guru

: Kenapa?

Subjek 1

: Sebab dah tahu buat....(muka ceria dan yakin)

96

TRANSKRIP TEMUBUAL (SELEPAS RAWATAN)


Subjek Kajian

: Subjek 2

Tarikh

16 Febuari 2015

Masa

: 12.00 - 12.20 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 2

:Waalaikumsalam cikgu...

Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 2

:Suka....(yakin dan bersemangat)


97

Guru

:Kenapa?

Subjek 2

: Sebab dah faham...senang je...

Guru

: Faham? Faham macam mana tu.

Subjek 2

: Dah tahu buat la.....guna 'TOnes Card'...

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 2

: Suka...( bersemangat )

Guru

: Kenapa?

Subjek 2

: Sebab senang nak kira...seronok guna...

Guru

: Kamu tahu bagaimana nak menggunakan bahan ini?

Subjek 2

: Tahu...senang je...

Guru

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?


Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7
berapa?

Subjek 2

: Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam baru boleh tolak...

Guru

: Pinjam dari mana?

Subjek 2

: rumah puluh...ambil 1...

Guru

: lepas tu?

Subjek 2

: tambah dengan bilangan dalam rumah sa....

Guru

: 1 kad puluh sama dengan....

Subjek

: 10 sa cikgu... tambah dengan 3...jadi bilangan rumah sa ada


13... baru tolak 7

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 2

: Suka...

Guru

: Kenapa?

Subjek 2

: Sebab senang nak kira...

Guru

: Sekarang kalau nombor kecil di atas, boleh tak tolak dengan


nombor besar di bawah?

Subjek 2

: Tak boleh...

Guru

: Bagus.... pandai awak...

Subjek 2

: Senyum.... terima kasih cikgu..

Guru

: Baiklah..apa yang kamu rasa apabila boleh menjawab soalan


menggunakkan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 2

: Seronok...suka.. (senyum)

Guru

: Jika cikgu beri soalan latihan tolak lagi, kamu nak tak?

Subjek 2

: Nak cikgu (bersemangat)

98

TRANSKRIP TEMUBUAL (SELEPAS RAWATAN)

Subjek Kajian

: Subjek 3

Tarikh

: 16 Febuari 2015

Masa

: 12.30 - 12.40 pagi

Tempat

: Pusat Sumber

Guru

: Assalamualaikum..

Subjek 3

:Waalaikumsalam cikgu...

Guru

:Adakah awak suka operasi tolak?

Subjek 3

:Suka....(senyum)
99

Guru

:Kenapa?

Subjek 3

: Dah boleh jawab.... dah faham sikit...senyum...

Guru

: Faham? Faham macam mana tu.

Subjek 3

: Dah tahu jawab cikgu.....guna 'TOnes Card' tu...

Guru

: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 3

: Suka...(senyum )

Guru

: Kenapa?

Subjek 3

: Sebab senang kira... boleh cabut-cabut...cantik...(senyum)

Guru

: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?


Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7
berapa?

Subjek 3

: Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam..

Guru

: Pinjam dari mana?

Subjek 3

: rumah puluh...ambil 1...letak kat rumah sa...

Guru

: lepas tu?

Subjek 3

: jadi 13 cikgu... baru tolak dengan tujuh...

Guru

: tinggal berapa?

Subjek 3

: 13 tolak 7 tinggal 6..cikgu

Guru

: Pandai....

Subjek 3

: Senyum....(muka ceria)

Guru

: Baiklah..apa yang kamu rasa apabila boleh menjawab soalan


menggunakkan 'TOnes Cards' ini?

Subjek 3

: Seronok..(senyum).. dah boleh jawab...

Guru

: Jika cikgu beri soalan latihan tolak lagi, kamu nak tak?

Subjek 3

: Nak...nak..

100

You might also like