You are on page 1of 1

Loji Janakuasa arang batu Lahad Datu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Loji Janakuasa arang batu Lahad Datu terletak di Lahad Datu,Sabah,Malaysia. Tenaga
Nasional Berhad (TNB) mendapati Felda Sahabat, Lahad Datu sesuai untuk membina loji ini
bagi memenuhi permintaan penduduk setempat yang berhadapan dengan bekalan elektrik
yang kritikal di pantai timur Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Joseph Pairin Kitingan selaku Menteri Pembangunan
Infrastruktur Negeri Sabah menyatakan 300 megawatt tenaga elektrik yang murah dan stabil
diperlukan di kawasan itu.

Pelbagai perindustrian yang mempunyai Gugusan Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) amat
memerlukan tenaga elekterik yang stabil.

Bantahan penduduk
Sebilangan penduduk membantah pembinaan loji kerana akan mencemarkan alam sekitar dan
aktiviti perlancongan pastinya akan terjejas.Cadangan asal loji ini ialah di Silam atau di
Sandakan.

September 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan
Felda Sahabat di [[Lahad Datu] sebagai pilihan terbaik loji ini.[1] Felda Sahabat terletak kira-
kira 100 km dari Lahad Datu. Penduduk Tawau mahukan elektrik yang stabil tetapi janakuasa
elektrik. Tanpa pembinaan janakuasa, bekalan elektrik pasti akan terputus danm menjejaskan
kerancakan ekonomi pantai timur Sabah. Aktiviti keagamaan termasuk di Masjid Al-Kauthar,
Tawau juga akan terjejas.

You might also like