You are on page 1of 17

SISTEM SOLAR HIBRID BAGI SEKOLAH SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI

SABAH

1.0 Pengenalan

Bumi kini telah kekurangan sumber fosil yang boleh membekalkan tenaga kepada

masyarakat dan menyedari hakikat ini melalui Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air

mengambil alternatif untuk menghasilkan tenaga melalui Tenaga Boleh Baharu (TBB). TBB

adalah sumber tenaga yang boleh diganti contohnya penghasilan tenaga dari cahaya

matahari,angin,biojisim dan ombak.

Rancangan Malaysia kelapan telah mengumumkan tenaga diperbaharui adalah lima

stratergi bahan api yang baru dalam campuran bekalan tenaga dengan sasaran 5% daripada

jumlah permintaan tenaga elektrik negara sehingga tahun 2005 selepas akhir tempoh

Rancangan Malaysia Kelapan. Kelangsungan dari Rancangan Malaysia kelapan, “National

Project Leader” Ahmad Hadri Haris (2009) ) dijangkakan Semenanjung Malaysia akan

menghasilkan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) sejumlah 300 MW dan 50 MW di negeri

Sabah dalam Rancangan Malaysia kesembilan. Rancangan Malaysia Ke sepuluh mensasarkan

tenaga boleh baharu dijangka membekalkan 985MW pada tahun 2015 iaitu menyumbang

sebanyak 5.5% kepada penjanaan tenaga elektrik keseluruhan. Oleh itu, pihak kerajaan

memberikan insentif dan galakan kepada syarikat swasta untuk menggunakan sumber-

sumber TBB seperti tenaga solar, mini hidro dan biojisim untuk pejanaan tenaga elektrik

khususnya di luar bandar.

Sejak tahun 2008 Pihak Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memasang Sistem

Solar Hibrid di kawasan luar bandar khususnya di Sekolah-sekolah luar bandar. Jabatan Kerja

Raya (JKR) Malaysia telah diberikan mandat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

membangunkan tenaga solar di sekolah luar bandar khususnya di Sabah. JKR


bertanggungjawab untuk mereka bentuk sistem, proses perolehan, pengawasan semasa

tempoh pemasangan serta penyenggaraan dan pengoperasian sistem.

Pemasangan Sistem Solar Hibrid bagi sekolah-sekolah luar bandar negeri Sabah ini

melibatkan dua fasa. Fasa 1 melibatkan 78 sekolah manakala 84 sekolah dalam Fasa 2.

Inisiatif ini bermula pada tahun 2008 dan sehingga kini keseluruhan sistem masih beroperasi

dan diselenggara oleh JKR.

Foto 1: Lokasi Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid Di Sekolah (Sumber foto

Facebook JKR)

Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid merupakan penyelesaian yang paling

optimum untuk kawasan yang tiada bekalan elektrik 24 jam dan bertujuan untuk

menggantikan sistem janakuasa diesel sedia ada yang tidak efisien dan hanya mampu untuk

beroperasi selama kira-kira 6 jam sehari sahaja.


1.1. Sistem Solar Hibrid

Sistem Solar Hibrid (SSH) adalah merupakan gabungan 2 atau lebih bagi alternatif

penjanaan bekalan elektrik daripada beberapa sumber tenaga boleh baharu (Renewable

Energy – RE). Aplikasi SSH yang biasa diguna pakai adalah sumber tenaga daripada

Photovoltaic (PV) iaitu penjanaan elektrik daripada cahaya matahari digabungkan dengan

janakuasa diesel (genset) sebagai sumber tenaga kedua (backup) yang dikenali sebagai sistem

hibrid PV-diesel. Selain itu, SSH hibrid juga boleh digabungkan di antara PV dengan wind

dan/atau hydro.

Foto 2: Info Grafik pemasangan sistem solar di Sekolah (Sumber foto Facebook JKR)
Tenaga elektrik yang dijana daripada sumber tenaga boleh baharu (PV, wind atau

hydro) adalah jenis Direct Current (DC). Bagi setiap SSH yang direkabentuk, ianya adalah

bagi membekalkan elektrik kepada beban (load) tertentu sama ada jenis DC atau Alternating

Current (AC). Istilah coupling adalah merujuk kepada sambungan (connection) sistem PV

bagi setiap SSH. Penjanaan elektrik daripada PV array (kombinasi modul PV) jenis DC boleh

ditukar (convert) kepada sistem elektrik jenis AC dengan menggunakan inverter.

Bagi setiap rekabentuk SSH biasanya akan dilengkapi dengan fungsi simpanan tenaga

elektrik melalui bank bateri khas. Terdapat 2 jenis sambungan yang biasanya diguna pakai

bagi output (penjanaan elektrik daripada PV array) dengan bateri solar tersebut iaitu sama ada

AC atau DC coupling. Bagi SSH yang berkapasiti besar (melebihi 100kW atau lebih 1MW)

kombinasi AC dan DC akan diguna pakai bagi mendapatkan SSH yang lebih optimum, stabil

dan kecekapan sistem serta prestasi yang lebih tinggi.

SSH direka bentuk untuk membekalkan elektrik ke setiap bangunan sekolah, iaitu;

bilik darjah, pejabat, makmal komputer, kuarters guru, asrama pelajar, ruang makan, rumah

penjaga dan bangunan lain dalam sempadan sekolah.

2.0 Analisa

Isu kekurangan bekalan elektrik di kawasan pendalaman Sabah memang tidak

dinafikan khususnya di Sekolah. Menurut Laporan Suruhan Jaya Tenaga tahun 2011, situasi

pembekalan elektrik di Sabah masih lagi berhadapan dengan isu kekurangan bekalan elektrik.

Ini berikutan tahap kesediaan dan daya harap sesetengah stesen janakuasa yang rendah

terutamanya stesen janakuasa berasaskan diesel. Pada tahun 2011, kehendak maksimum bagi

sistem grid di Sabah yang direkodkan adalah 830.1 MW pada 28 Jun 2011, iaitu peningkatan

sebanyak 6.5% berbanding 779.7 MW pada tahun 2010. Sehingga 31 Disember 2011, jumlah

kapasiti penjanaan terpasang dan kapasiti boleh harap bagi seluruh negeri Sabah berada pada
paras 1,276 MW dan 1,168.1 MW berbanding tahun 2010 sebanyak 1,216 MW dan 1,111.1

MW. Dari jumlah keseluruhan kapasiti boleh harap tersebut, 691.89 MW adalah kapasiti

penjanaan IPP, 443.2 MW kapasiti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan 33.0 MW daripada

loji-loji tenaga boleh baharu. Oleh itu, peningkatan keperluan bekalan elektrik meningkat

setiap tahun dan ini dapat diimbangi dengan perlaksaan TBB seperti tenaga solar.

Di kawasan pendalaman Sabah khususnya di Sekolah, bahan api iaitu Diesel sukar

diperolehi disebabkan masalah logistik. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan sentiasa

memberikan meletakkan fokus dan keutamaan terhadap usaha-usaha memperkasakan

pendidikan di kawasan luar bandar. Kesungguhan ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan

pelbagai program dan projek yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RM

Ke-9). Projek bekalan elektrik melalui Solar Hibrid ini hanya merupakan salah satu daripada

ribuan projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. 

Harapan sekolah di luar bandar dan pedalaman Sabah akan terus diberi tumpuan utama

dan dibekalkan dengan prasarana yang sama lengkap dan canggih seperti sekolah lain di

bandar bagi merapatkan jurang perbezaan dalam bidang pendidikan. Penambahan prasarana

pendidikan ini sudah tentu akan menjadi pemangkin kemajuan dan kejayaan sesebuah

sekolah.

Kekangan memperoleh bekalan elektrik 24 jam adalah sukar kerana kekurangan

bekalan bahan bakar fossil seperti Diesel dan Petrol. Kebanyakan di Sekolah pendalaman

bergantung harap kepada Diesel Genset sebagai bekalan tenaga yang utama. Oleh yang

demikian usaha kerajaan sejak tahun 2008 memperkasakan Sistem Solar Hibrid telah

mengurangkan penggunaan bahan bakar fossil dan beralih kepada tenaga yang boleh

diperbahrui.
3.0 Dapatan

Tenaga elektrik memerupakan satu kerperluan asas dalam menjalani kehidupan

seharian. Tenaga elektrik digunakan sebagai sumbe pencahayaan, komunikasi, dan peralatan

elektrik. Kemudahan bekalan elektrik akan membantu membangunkan sosio-ekonomi

sesebuah keluarga, masyarakat dan negara secara amnya. Menyedari kepentingan bekalan

elektrik, Sistem Solar Hibrid yang telah dijalankan pada Tahun 2008 (Fasa1) di Sekolah Luar

Bandar telah banyak membantu menaik taraf sistem pendidikan di Sabah khususnya.

Kawasan luar bandar yang tidak dapat dihubungkan secara terus kepada rangkaian

talian grid kebangsaan disebabkan kedudukan geografi kampung yang terletak jauh dari talian

grid serta implikasi kos sambungan yang tidak ekonomikal.Sistem solar hibrid sebagai cara

alternatif untuk membekalkan kemudahan bekalan elektrik di kawasan luar bandar. Operasi

semua sistem solar hibrid dipantau dan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa elektrik

negeri seperti Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) tanpa

penglibatan komuniti setempat. Sistem solar hibrid terdiri daripada sistem fotovoltan kendiri

yang diintegrasikan bersama sistem janakuasa elektrik berasaskan diesel untuk

mengoptimakan operasi dan kos bekalan elektrik di sesebuah kawasan. Sistem fotovoltan

kendiri tersebut terdiri daripada rangkaian modul fotovoltan (yang mengandungi sel-sel suria)

yang berfungsi untuk mengubah tenaga cahaya daripada cahaya matahari kepada tenaga

elektrik. Tenaga elektrik yang dijanakan kemudiannya disalurkan kepada bateri untuk tujuan

simpanan tenaga sebelum dibekalkan kepada beban elektrik yang terdapat di sekolah.

Selain itu, sistem fotovoltan juga mempunyai beberapa peralatan elektronik yang

digunakan untuk tujuan kawalan cas kepada bateri dan pengubahan kuasa elektrik yang

terhasil daripada modul-modul fotovoltan kepada kuasa elektrik yang bersesuaian dengan ciri-

ciri beban elektrik yang digunakan oleh pengguna. Selain daripada sistem fotovoltan, sistem
janakuasa elektrik berasaskan diesel sering kali diintegrasikan dengan sistem fotovoltan untuk

memastikan bekalan elektrik yang berterusan dapat dibekalkan kepada pengguna sekiranya

bateri mempunyai aras kapasiti cas yang rendah susulan keadaan cuaca yang membantutkan

usaha sel-sel suria untuk mengecas bateri mahupun akibat daripada penggunaan beban yang

berlebihan di pihak pengguna. Namun begitu, sistem solar hibrid yang menggunakan

janakuasa elektrik diesel boleh melibatkan kos pembelian diesel dan senggaraan janakuasa

yang tinggi jika tidak dioperasikan secara optima. Di sebaliknya, operasi sistem secara tidak

optima juga boleh berlaku sekiranya penggunaan elektrik di pihak pengguna adalah minima

walaupun kapasiti cas bateri pada sistem solar hibrid sedang berada pada tahap maksima,

Berdasarkan, sistem solar hibrid amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem

bekalan elektrik secara konvensional memandangkan operasi sistem solar hibrid banyak

dipengaruhi oleh faktor-faktor cuaca, kapasiti diesel semasa dan pola penggunaan beban

elektrik di pihak pengguna. Untuk memastikan bahawa sistem solar hibrid dapat

dimanfaatkan secara optima, penerapan pengetahuan asas berkenaan operasi sistem solar

hibrid kepada komuniti kampung yang terlibat adalah amat penting agar para penduduk dapat

menggunakan kemudahan bekalan elektrik secara berhemah. Selain itu, operasi sistem solar

hibrid adalah sama seperti operasi sistem jana juasa elektrik lain yang terdedah kepada risiko-

risiko kebakaran dan kemalangan. Namun begitu, risiko-risiko ini memungkinkan kesan yang

lebih buruk jika tidak di ambil perhatian memandangkan sistem solar hibrid sering kali

dilaksanakan di kawasan pedalaman yang mempunyai akses yang sukar dan jauh daripada

sumber-sumber bantuan kecemasan seperti balai bomba, balai polis dan hospital. Oleh itu,

latihan perlu diterapkan kepada komuniti setempat agar mereka bersedia menghadapi situasi

kecemasan akibat daripada kebakaran atau kemalangan yang berpunca daripada operasi

sistem solar hibrid.


Graf 1: Tenaga dihasilkan,penggunaan tenaga, dan tahap cas bateri solar melawan

masa (Sumber Mesyuarat Ketua Jurutera Elektrikal Bil 1/2015,JKR)

Graf 1 menunjukkan beban elektrik yang digunakan mengikut masa di Sekolah Litang,

Sandakan yang dipasang sistem solar hibrid. Masa penggunaan janakuasa diesel adalah dari

jam 0045 sehingga jam 0830 manakala pada jam tersebut kadar penggunaan sistem solar

adalah sifar. Penggunaan sistem solar hibrid bermula pada jam 0630 sehingga jam 1800.

Maka dapat disimpulkan bahawa penggunaan sistem solar hibrid ini dapat mengurangkan

penggunaan janakuasa diesel iaitu hanya digunakan apabila tahap cas bateri menurun pada

waktu tengah malam. Oleh yang demikian penjimatan bahan bakar fossil dapat dikurangkan

dengan penggunaan sistem solar hibrid.

Kerajaan melalui badan-badan yang bertanggunjawab seperti JKR dan SESB sentiasa

bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik dalam perlaksanaan program bekalan elektrik

untuk kawasan luar bandar yang masih tiada bekalan elektrik 24 jam dengan menggunakan

teknologi tenaga boleh baharu khususnya Sistem Solar Hibrid. Projek Sistem Solar Hibrid

untuk kawasan luar bandar akan memastikan pembangunan lestari dan dasar Teknologi Hijau

Negara dapat di capai untuk manfaat generasi akan datang.


4.0 Cadangan

4.1 Kepentingan & Keperluan Penyenggaraan Berterusan

Sistem solar hibrid yang telah dipasang memerlukan penyelenggaraan yang terancang.

Ketiadaan proses penyenggaraan untuk tempoh yang lama akan menyebabkan prestasi sistem

solar hibrid terjejas. Selain itu pembersihan solar panel perlu dilakukan bagi mengelakkan

pengurangkan penjanaan tenaga. Disamping itu bateri Solar adalah komponen paling kritikal.

Komposisi elektrolit perlu sentiasa dikekalkan. Bateri yang mengalami pengaratan,

sulphation, acid stratification, dan lintar pintas perlu dibaiki atau diganti.

Fasa ke 3 dalam sistem solar hibrid telah mengambil kira aspek penyenggaraan.

Kesinambungan daripada pemasangan sistem solar hibrid aktiviti-aktivi penyelenggaraan

perlu dilakukan. JKR adalah jabatan yang akan melantik kontraktor yang kompeten bagi

kerja-kerja penyelenggaraan.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu mengambil tenaga pekerja yang terlatih bagi

memeriksa keadaan sistem solar hibrid dan menyelenggara sistem tersebut serta membuat

pembaikan jika terdapat kerosakan kecil. Kontraktor yang bertauliah mengenai sistem solar

juga tidak banyak buat masa ini dan menyebabkan jika terjadi sebarang masalah mengenai

sistem solar proses pembaikan mengambil masa yang lama. Kebanyakan sistem solar yang

telah bina memerlukan penyelenggaraan dan ini dapat dilakukan jika terdapat pekerja mahir

di Sekolah tersebut. Oleh itu, pekerja mahir tersebut dapat menjimatkan kos yang tinggi bagi

kos penyelenggaraan dan dapat meningkat penggunaan tenaga solar bagi membekalkan

tenaga elektrik di Sekolah.


4.2 Kursus kecekapan tenaga solar

Tenaga solar adalah satu bentuk teknologi yang masih baru di Malaysia buat masa ini.

Maklumat-maklumat mengenai tenaga solar dan kursus adalah amat terhad. Pihak kerajaan

juga telah mengambil inisiatif telah merangka beberapa kursus latihan kecekapan fotovolta

suria (PV). Kursus ini dikelolakan dengan kerjasama antara Pihak Berkuasa, badan-badan

profesional yang berkaitan, industri TBB serta universiti dan institusi latihan yang berkaitan.

Latihan-latihan tersebut telah dikendalikan di institusi latihan yang telah diiktiraf oleh Pihak

Berkuasa. Walaubagaimanapun kursus yang tersedia adalah terhad mengikut lokasi dan masa.

Kebanyakan yang mengikuti kursus juga tidak mempunyai jaminan pekerjaan dan kos kursus

yang tinggi menyebabkan belia kurang berminat untuk mengikuti kursus berkaitan dengan

solar.

Pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dan jaminan bahawa tenaga solar akan

memberikan peluang menjana pendapatan kepada individu atau pihak swasta.

4.2.1 Kursus Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) bagi Pendawai dan Penjaga

Jentera

Kursus ini membantu para pendawai dan penjaga jentera untuk mengetahui dengan

lebih lanjut mengenai pemasangan fotovolta suria (PV) dan komponen-komponen yang

berkaitan. Universiti Kuala Lumpur-British Malaysia Institute (UniKL BMI), Gombak,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah

Utara, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas Kelantan, dan Institut Kemahiran

MARA (IKM) Kota Kinabalu (untuk memenuhi permintaan di negeri Sabah) merupakan

institusi latihan rasmi dalam menjalankan program latihan selama lima (5) hari ini. Latihan ini

juga terdiri daripada sesi teori serta praktikal yang diakhiri dengan ujian kecekapan.
4.2.2 Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Fotovolta Tersambung Grid (GCPV)

Struktur kursus latihan selama empat (4) bulan ini terdiri daripada dua (2) bulan kelas teori

dan dua (2) bulan latihan industri.Tujuan program latihan ini adalah untuk memberikan

tumpuan kepada penyelenggaraan fotovolta suria (PV), garis panduan dan amalan pencegahan

kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang perlu diberikan penekanan kepada para pekerja.

Seramai 42 dari 57 peserta lulus ujian kecekapan latihan ini. Pusat Pembangunan Kemahiran

Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) juga telah menjalankan sesi mereka yang pertama

pada tahun ini. Dua (2) institusi latihan telah menunjukkan minat kepada Pihak Berkuasa

untuk menjadi penyedia latihan bagi kursus ini. Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri

Terengganu (TESDEC) dan UniKL-BMI kemudiannya dilantik sebagai rakan penyedia

latihan setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

Kecenderungan ini berpunca daripada keperluan dalam membangunkan kemahiran teknologi

fotovolta suria (PV) teknologi TBB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia

dengan dana yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK).

4.3 Penjanaan Tenaga solar secara kendiri

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada pada kedudukan garisan khatulistiwa

dalam permukaan bumi. Mengikut piawaian antarabangsa, Malaysia menerima sinaran radiasi

solar yang banyak sekali. Menurut laporan Renewable Energy in Asia: The Malaysian Report

(2005), iklim negara Malaysia dengan suhu purata ambien dalam lingkungan 27 0C hingga

330C, dapat menjana radiasi solar sebanyak 4500 kWh/m 2 dengan purata pancaran matahari

yang diterima sebanyak 12 jam sehari. Ini bermakna sistem Photovotaik @ Fotovolta di

Malaysia menerima tenaga sebanyak 30% lebih jika dibandingkan kawasan yang sama di

German. Menyedari potensi ini, menurut laporan International Energy Agency (IEA, 2011),

Kerajaan Malaysia telah memberi perakuan kepada dasar tenaga diperbaharui dan pelan
tindakan tenaga diperbaharui pada 2 April 2010. Langkah kerajaan ini dijangka akan

mengukuhkan lagi perkembangan industri Photovoltaik @ Fotovolta serta menwujudkan

rangka kerja Feed in Tariff (FIT) dan menyuburkan lagi Program Transformasi Ekonomi

dengan penetapan matlamat dengan menyambungkan 1250 MW grid tenaga diperbaharui

menjelang tahun 2020. Untuk mengurus dan memantau implementasi mekanisme FIT,

kerajaan telah meluluskan dua bil yang penting, iaitu bil tenaga diperbaharui 2010 dan bil

penubuhan Sustainable Energy Development Autonomy ( SEDA).

Pihak Berkuasa telah melaksanakan satu inisiatif untuk memperkasakan hak rakyat

Malaysia selaku pengeluar tenaga boleh baharu (TBB) iaitu mekanismen tarif galakan (FiT).

Kuota FiT dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa setiap tahun kepada rakyat untuk untuk menjana

elektrik dengan menggunakan teknologi TBB dan selaku sumber pendapatan melalui

penjualan tenaga kepada grid nasional. Sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi pengeluar

TBB melalui dua kategori permohonan iaitu “individu” dan “bukan individu”. Sebelum

permohonan dilakukan, pemohon akan dikenal pasti selaku “pengeluar yang layak” dan

mampu mengemukakan permohonan apabila kriteria kelayakan dapat dipenuhi. Sekiranya

permohonan diluluskan, ‘pengeluar yang layak’ kemudiannya dikenali sebagai Pemegang

Kelulusan Galakan (FiAH), selepas itu kontrak “bekalan dan pembelian” yang dikenali

sebagai Perjanjian Pembelian Tenaga Diperbaharui (REPPA) akan ditandatangani diantara

FiAH dan Pemegang Lesen Pengagihan (PLP, seperti TNB dan SESB). FiAH akan menjual

tenaga kepada PLP, dan PLP akan membeli tenaga daripada FiAH dalam tempoh yang

ditetapkan sama ada 16 (biogas dan biojisim) atau 21 tahun (fotovolta suria (PV), hidrokuasa

kecil dan geoterma). Pihak Berkuasa menetapkan kadar premium sebelum mana-mana

permohonan - dan kadar premium ini (FiT) akan dibayar untuk setiap unit TBB dijual kepada

PLP. Kadar FiT berbeza bagi sumber tenaga boleh baharu yang berbeza dan kapasiti yang

dipasang.
Bagi tujuan merekod jumlah TBB yang dijana oleh pengeluar, pemasangan meter akan

dilakukan dan hasil janaan tenaga akan disalurkan kepada grid elektrik nasional. Di grid

nasional, tenaga yang samada daripada sumber konvensional dan TBB kemudian diagihkan

kepada semua pengguna elektrik. Setiap bulan, PLP akan membayar FiAH berdasarkan

kepada FiT dan tenaga yang dijana.

Ini akan terjadi apabila subsidi bagi bahan api fosil akan berkurangan atau dikeluarkan

secara beransur-ansur dan atau apabila semua kos luaran bagi penjanaan bahan api fosil

diambil kira dan atau apabila penjanaan TBB menjadi lebih murah. Kesetaraan grid akan

berlaku apabila kos penghasilan TBB bersamaan (atau lebih rendah) daripada kos penjanaan

elektrik melalui bahan api fosil konvensional. Apabila kesetaraan grid dicapai, pemegang

kelulusan galakan akan dibayar berdasarkan kepada kos pembekalan semasa bagi baki tempoh

efektif iaitu, baki tempoh perjanjian REPPA mereka.

Pada 21 Oktober 2016, program MySuria telah diumumkan semasa ucapan

pembentangan Bajet 2017 di mana dana berjumlah RM45 juta akan diperuntukkan oleh

Kerajaan untuk melaksanakan program ini. Objektif MySuria adalah untuk mengurangkan kos

sara hidup bagi mereka yang berada dalam kumpulan B40 di mana 1,620 isi rumah akan

dipilih dan menerima pendapatan purata tidak kurang daripada RM250 sebulan. Program

MySuria yang dikawalselia oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)

dengan Pihak Berkuasa selaku agensi pelaksana memandangkan program tersebut melibatkan

pemberian kadar FiT kepada peserta (kecuali mereka yang berada di negeri Sarawak).

Program yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan ini memperuntukkan dana sebanyak RM45

juta bagi menampung perbelanjaan modal untuk pemasangan fotovolta suria (PV). Seperti

yang digariskan di dalam Laporan Ekonomi 2017/2018, isi rumah dari kumpulan

berpendapatan rendah B40 yang mempunyai pendapatan bulanan yang lebih rendah daripada

RM3,860.00 layak untuk menyertai program ini. Kerajaan negeri akan bertanggungjawab
dalam pemilihan peserta yang layak dengan Kementerian Kewangan selaku pemberi

kelulusan akhir. Program MySuria akan membantu setiap isi rumah untuk menjana

pendapatan tambahan kira-kira RM250 sebulan dengan menyuntik tenaga solar ke grid. Ini

bermaksud, tenaga yang dihasilkan daripada sistem fotovolta suria (PV) untuk setiap rumah

akan dijual kepada grid di bawah mekanisme FiT untuk tempoh 10 tahun. Selaku agensi

pelaksana, Pihak Berkuasa telah ditugaskan untuk membantu proses penyediaan tender

dengan merangka skop kerja dan spesifikasi teknikal yang diperlukan oleh program tersebut.

Pemilihan kontraktor untuk menjalankan reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian,

pentauliahan dan penyelenggaraan dilakukan melalui proses tender terbuka yang diketuai oleh

KeTTHA dan disokong oleh Pihak Berkuasa manakala anugerah akhir diterajui oleh

KeTTHA. Dalam melaksanakan program ini, Pihak Berkuasa telah mengadakan beberapa sesi

taklimat serta mesyuarat teknikal dalam memastikan pematuhan kepada piawaian dan

peraturan yang ditetapkan. Salah satu cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program ini

ialah mendapatkan jumlah peserta yang memenuhi kriteria kelayakan. Oleh kerana program

ini direka khusus untuk kumpulan B40, adalah penting dalam memastikan hanya mereka yang

benar-benar layak dipilih sebagai penerima program. Di samping itu, isi rumah yang layak

perlu memastikan bahawa persekitaran dan rumah mereka sesuai untuk pemasangan. Sebagai

contoh, bumbung mestilah bebas dari teduhan, rumah yang tidak terletak di kawasan yang

mudah banjir dan mempunyai ruang yang cukup untuk pemasangan.

5.0 Rumusan

Pembangunan sumber tenaga baru ini bukan saja membantu Malaysia meningkatkan

taraf infrastruktur khususnya di kawasan pendalaman. Selain itu,meningkatkan pengeluaran

modul solar dan memenuhi permintaan pasaran, tetapi ia juga mengukuhkan kos daya saing

dengan menyediakan pengeluaran wafer, sel dan modul bersepadu tenaga solar yang pertama

di Malaysia. Malaysia bukan hanya membantu menyediakan kemudahan modul solar melalui
pemindahan teknologi dari negara maju, malahan ia menjadikan Malaysia sebagai hub

pengeluar sumber Tenaga Solar (TS) di Asia.

Penggunaan sistem solar hibrid di Sekolah pendalaman Sabah telah memberikan

impak yang besar kepada peningkatan taraf infrastruktur sekolah tersebut selain dapat

mengurangkan penggunaan bahan bakar fossil iaitu Diesel. Sekolah-Sekolah ini terletak jauh

dari grid kebangsaan yang menyebabkan sekolah ini tiada punca bekalan elektrik yang

dibekalkan oleh SESB. Oleh yang demikian projek sistem solar hibrid telah mengurangkan

beban pihak sekolah untuk menguruskan kebergantungan kepada janakuasa Diesel. Dimasa

akan datang dengan teknologi yang semakin canggih keberangkalian sekolah yang

mempunyai sistem solar hibrid ini dapat membekalkan tenaga elektrik di kawasan sekitarnya.

Ini juga dapat menjana pendapatan sekolah tersebut dan membangunkan kawasan

sekelilingnya.

Penglibatan dalam Projek Elektrik Kawasan Luar Bandar bagi kumpulan JKR telah

mencipta pakar dalam sistem tenaga boleh diperbaharui untuk projek kerajaan, khususnya

Teknologi Sistem PV Solar. Pengalaman ini dapat membantu memastikan sistem itu direka

dengan teknologi yang paling efektif dan dengan teknologi yang boleh dipercayai.

Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan daripada segi sumber dan modal insan

untuk membangunkan TBB sebagai alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada.

Dengan memanfaatkan peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap

TBB seperti tenaga angin, solar, hidro dan juga biojisim, negara ini mampu menjadi contoh

kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga yang semakin meruncing.
RUJUKAN

Asian and Pacific Development Centre. 1985. Energy supply: integrated energy planning:- A manual.
Vol. II.

Berita Harian. 2012. Jerman sedia bangunkan sektor tenaga bio Malaysia. 19/11/2013. Akses pada 20
Mac 2019.

Goldsmith, K. 1991. The case for small-scale hydropower. United Kingdom: Water Power and Dam
Construction Reed Business Publishing Group.

Gurmit Singh, K.S.dan Boon F.H. 1996. Blowing in the wind: Malaysia’s renewable energy scene.
Malaysia: Centre for Environment, Technology and Developmet.

http://www.arkib.gov.my/web/guest/perkembangan-tenaga-nuklear-malaysia .

Akses pada 20 Mac 2019.

http://www.kettha.gov.my/portal/index.php Tenaga boleh baharu. Akses pada 20 Mac 2019.

http://www.seda.gov.my/. Sistem tenaga solar lapangan terbang pertama Malaysia berharga RM200
juta dilancar.Akses pada 21 Mac 2019.

http://www.st.gov.my/index.php/ms/applications/renewable-energy/small-renewable-energy-power-
programme-srep.html. .Akses pada 21 Mac 2019.

Mohd Yusof Hj. Othman. 2009. Tenaga untuk manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Sayigh, A.A.M. 2004. The reality of renewable energy. Renewable Energy: 10-15.

Sopian, K., Othman, M.Y.H. dan Wirsat, A.1994. The wind energy potential of Malaysia. Journal of
Renewable Energy, 6(8): 1005-1015.

Utusan Malaysia. 2013. Sirim bangunkan industri tenaga hijau. 23/12/2013. Akses pada 4 Ogos 2014.

World Energy Council. 1994. New renewable energy resources. London: Kogan Page.

You might also like