You are on page 1of 21

B5 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

TUGASAN B : RINGKASAN MENGAJAR MENGIKUT


MODEL REKABENTUK PENGAJARAN GAGNE

Ringkasan mengajar 10 Mac 2015 bagi subjek Prinsip Perakaunan telah dirangka
menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Gagne. Menurut Gagne, isi pelajaran yang ingin
disampaikan kepada pelajar perlu melalui aras pemindahan dan penukaran maklumat yang lalu
dalam ingatan seseorang individu (pelajar) mengikut turutan tertentu. Sehubungan dengan itu
terdapat tiga aspek utama yang ditekankan dalam merekabentuk pengajaran iaitu objektif
pengajaran mengikut taksonomi, faktor dalaman dan luaran serta Sembilan peringkat
pembelajaran.

Bagi pengajaran ini, guru (saya) menjangkakan bahawa pelajar dapat mengingat kembali
ciri dan prosedur belanjawan tunai. Ini merupakan kebolehan Verbal yang merupakan salah satu
dari lima kebolehan pelajar yang terdapat dalam taksonomi objektif pembelajaran Gagne. Di
samping itu, guru (saya) menjangkakan pengajaran ini dapat meningkatkan kebolehan kognitif
pelajar. Kemahiran motor pelajar juga diselitkan dalam aktiviti kali ini. Para pelajar digalakkan
menyelesaikan tugasan kumpulan, individu dan pembinaan peta pemikiran i-THINK dengan
menggunakan teknik pembelajaran kendiri dan kolaboratif sesama rakan di dalam bilik darjah.
Unsur membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) turut diterapkan dalam
pembelajaran kali ini.

B6 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Di dalam aktiviti pengajaran, Gagne menyatakan terdapat beberapa faktor dalaman yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang meransang pelajar dalam sesuatu proses pengajaran
itu iaitu emosi, persekitaran, psikologi, fisiologi dan sosiologi. Bagi pengajaran ini, guru (saya)
mendapati pengetahuan pelajar tentang pendapatan dan perbelanjaan boleh diharapkan.
Memandangkan pembelajaran berlangsung selepas waktu rehat, amat bersesuaianlah pengajaran
Belanjawan Tunai ini diadakan. Di samping itu, pengajaran ini turut diselitkan pengulangan
pengetahuan terdahulu (recall) dan pengukuhan (reinforcement) dengan mengunakan kaedah
pembelajaran TUTORIAL.

Kaedah pembelajaran tutorial dipilih kerana kaedah ini dapat melibatkan kesemua
1

peringkat pembelajaran yang harus dilalui oleh pelajar seperti yang diubahsuai oleh Gagne .
Oleh demikian, guru (saya) telah merangka rekabentuk pengajaran bertajuk Belanjawan Tunai ini
menggunakan Sembilan peringkat yang dicadangkan oleh Gagne itu.

Berikut adalah Sembilan peringkat pembelajaran berdasarkan model Gagne yang


direkabentuk oleh guru (saya) bagi tajuk Belanjawan Tunai.

Di peringkat induksi pengajaran, guru telah menarik perhatian (gain attention) 20 orang
pelajar 4 Akaun 1 dengan persembahan video. Video Bahana Boros telah guru dari laman

www.youtube.com sebelum pengajaran. Video yang berdurasi 1.34 minit ini


1

and applications (h.221-226) oleh R.M. Gagne,


Sumber : Ubahsuai dari Instructional design : Principles W.Wager & A. Rojas

B7 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

dapat membantu pelajar mendapat pengetahuan tambahan tentang tajuk pengajaran hari ini. Bagi
meningkatkan perhatian semua pelajar, guru telah mengemukakan dua soalan umum berkaitan
perbelanjaan pelajar dan satu soalan berbentuk Kemahitran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Induksi ini dilihat sebagai aktiviti yang berkesan kerana tajuk Belanjawan Tunai sangat berkait
rapat dalam kehidupan para pelajar di samping objektif pengajaran yang mudah diukur dan
bertepatan dengan tajuk pengajaran guru (saya) hari ini. Pada peringkat ini, kemahiran verbal
pelajar diuji dan diransangkan.

Seterusnya adalah pernyataan objektif pembelajaran dan pengulangan pengetahuan


terdahulu. Penyataan objektif penting dalam menyediakan pelajar supaya dapat membuat
jangkaan tentang hasil pembelajaran yang bakal mereka perolehi. Peringkat ini penting dalam
usaha menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pembelajaran hari ini. Di
peringkat ini, guru menggunakan persembahan slide. Guru (saya) dapat melihat tahap persediaan
pelajar di mana aktiviti melibatkan semua pelajar. Ini penting kerana pembelajaran semasa perlu
dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan diulang-ulang bagi meningkatkan ingatan pelajar.

Langkah yang seterusnya adalah menyampaikan ransangan (present stimulus). Pada


peringkat ini, pelajar dapat mengenalpasti perkaitan maklumat dan memilih salah satu
daripadanya mengikut persepsi mereka. Guru (saya) menunjukkan gambar dan simbol
menggunakan persembagan slide. Pada peringkat ini, sumbangsaran dan perbincangan umum

antara guru dan pelajar dapat membantu pelajar lebih mengingati pembelajaran. Ini adalah bagi

B8 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

menggalakkan penglibatan pelajar semasa pembelajaran. Pembelajaran satu hala hanya akan
membosankan pelajar kelak.

Seterusnya adalah pembelajaran berpandu. Guru (saya) menyediakan panduan pelajaran.


Pelajar diberi bimbingan untuk menyatakan ciri-ciri belanjawan tunai dan membina rangka
belanjawan tunai. Pengetahuan dari ransangan yang diberi oleh guru (saya) dengan aktiviti ini
akan membantu pelajar berfikir lebih aktif dan membudayakan pembelajaran secara aras tinggi
(KBAT). Ini dapat dilihat apabila pelajar bebas mencari maklumat dan pengetahuan
menggunakan chromebook dengan capaian internet. Pembelajaran ini lebih bersifat globalisasi.
Mereka juga bebas menggabungjalinkan idea-idea dan maklumat yang diperolehi untuk
dipersembahkan di dalam peta pemikiran i-THINK. Pada peringkat ini, pelajar akan
berkolaborasi bersama rakan-rakan demi mendapatkan pengetahuan yang lebih bermakna. Guru
(saya) sentiasa memantau dan berusaha melakukan aktiviti secara berperingkat. Ini penting bagi
memastikan pengetahuan sedia ada terjalin dengan pengetahuan baharu dan mewujudkan
pengetahuan yang bermakna buat pelajar.

Setelah ransangan dan pembelajaran berjaya dikuasai oleh pelajar, guru (saya) menyambung
pembelajaran dengan melakukanBerdasarkan per pengetahuan baharu pelajar ini, pelajar diminta menyiapkan
satu belanjawan mengikut prosedur.
Pelajar diberi pengukuhan dari zantasir.tripod.com/Index.htm. Pada peringkat ini, para pelajar
akan menunjukkan prestasi menerusi proses pengeluaran semula maklumat dari ingatan.

Kemahiran motor pelajar dapat dilihat semasa pelajar berkolaboratif bersama rakan. Hasil

B9 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

kumpulan hendaklah dihantar melalui FrogAsia VLE. Ini merupakan satu platform guru dan
pelajar seluruh negara berkolaborasi dalam sesuatu subjek atau topik.

Peringkat seterusnya adalah pemberian maklum balas (provide feedback). Pada peringkat
ini, guru memberi maklum balas untuk mengukuhkan kefahaman dan memperbetulkan kesilapan
pelajar jika ada. Guru menggunakan LCD untuk memaparkan jawapan yang dihantar oleh pelajar
di FrogVLE mengikut kumpulan. Di akhir peringkat ini, para pelajar akan memperolehi satu
pengetahuan yang tepat dan kukuh.

Untuk mengekalkan pengetahuan dan perhatian pelajar, peringkat penilaian prestasi


sangat penting. Ini bagi memastikan emosi dan mental pelajar untuk terus meningkatkan
pengetahuan tentang tajuk hari ini. Setiap tugasan kumpulan dinilai dan diberikan ganjaran
kepada yang mencatatkan prestasi terbaik. Selebihnya diberikan pembetulan bagi membetulkan
kesilapan jika ada. Aktiviti 10 minit ini perlulah dilakukan dalam suasana ceria dan bersemangat.
Selain itu aktiviti pengayaan dan pemulihan boleh diselitkan juga. Ini bagi meningkatkan minat
pelajar untuk terus meningkatkan pencapaian mereka dari semasa ke semasa dalam subjek
Prinsip Perakaunan ini.

Sebelum tamat pembelajaran hari ini, pelajar akan diminta membuat hipotesis dan guru
memberi pengukuhan tambahan di cgnarzuki.com/?page_id=1970. Ini penting bagi

B10 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mengukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat baharu ke situasi yang baharu dipelajari hari
ini.

Dengan rancangan pengajaran ini, pelajar akan dapat memainkan peranan aktif dalam
menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing ke
arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar dalam tajuk Belanjawan
Tunai ini. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan
mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria
yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk
membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri.

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk
mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada
"penyelia/pengurus" dan daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan
merancang pembelajaran sementara guru pula akan bertindak memastikan pelajar berjaya
melaksanakan rancangan pembelajaran Belanjawan Tunai dan mencapai kriteria yang telah
ditetapkan.

B11 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

ALAT TEKNOLOGI (TECHNOLOGY TOOLS) YANG DIGUNAPAKAI

Guru telah menggunakan kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted


Instruction, CAI) dalam bilik darjah. Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah
pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah hari inidan
mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik/tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi,
tutorial, simulasi dan pertanyaan yang bersesuaian dengan tahap pelajar hari ini. Sebagai tenaga
pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, guru
(saya) telah merangka rancangan mengajar mengikut kesesuaian masa yang bakal digunakan
oleh pelajar.

Pembelajaran kali ini adalah berbentuk tutorial. Tutorial dipilih sebagai kaedah
pembelajaran kerana ianya dapat menunjukkan kesemua peringkat Model Pembelajaran Gagne.
Untuk itu, guru (saya) memilih jenis alat teknologi bagi tutorial (pembelajaran) seperti berikut :
1)

Persembahan Video

2)

Persembahan Slide Power Point

iii)

Laman Web (web-based tutorial)

1 rujukan guru, 1 rujukan pelajar

iv)
5)

Laman Blog
Permainan Interaktif

3 rujukan pelajar

B12 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Guru (saya) menggunakan satu video, dua laman web, dua laman blog dan satu persembahan
slide Power Point dalam pembelajaran tutorial ini. Laman web yang dipilih adalah
www.youtube.com, cgnarzuki.com dan www.cikgusila.com. Bagi pembelajaran kendiri, pelajar
bebas mencari maklumat pembelajaran. Walau bagaimana pun, antara blog yang boleh dicapai
oleh pelajar adalah seperti

https://mhdzalan.files.wordpress.com/2014/10/belanjawan-tunai-

bptv- blog.pdf dan zantasir.tripod.com/Index.htm. Permainan interaktif terdapat di dalam web


cgnarzuki.com. Para pelajar boleh menjawabnya dan mencetak untuk dihantar kepada guru.

RASIONAL PEMILIHAN ALAT TEKNOLOGI (TECHNOLOGY TOOLS)


Laman Sesawang (website)
Rujukan Guru (saya)
1. cgnarzuki.com

Rasional / Keterangan Web


Guru (saya) memilih laman sesawang

ini dapat

merekabentuk pengajaran Belanjawan Tunai pada


kali ini kerana ia merupakan satu laman yang
bermaklumat dan terkini.

Pelbagai

halaman

(pages) dilengkapkan di dalam laman ini antaranya


adalah set modul pengajaran, koleksi bahan
pengajaran, motivasi dan kerjaya untuk pelajar,
forum guru dan kongsi bahan. Forum guru dan
kongsi bahan sangat membantu saya sebagai guru
Prinsip Perakaunan kerana semua data guru

Prinsip Perakaunan seluruh

Malaysia dipaparkan

B13 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

di laman web ini. Kami semua guru-guru saling


berhubung

dan

bertukar

pandangan

dalam

meningkatkan professionalisme masing-masing.

Laman

ini

telah

memenangi

naib

johan

Pertandingan Educational Blogging Peringkat


Kebangsaan bagi tahun 2011 dan 2012. Sungguh
pun demikian, maklumat di dalam laman ini sangat
terkini. Ianya sangat membantu guru (saya)
merangka
maklumat

pembelajaran
terkini

dan

berkaitan

memberikan

pelajar

Prinsip

Perakaunan seperti Pengumuman Keputusan SPM


2015, Buletin Perakaunan CNO, Koleksi Kuiz,
Soalan SPM dan RPT Prinsip Perakaunan 2015.

Rujukan Untuk Pelajar


1. www.cikgusila.com

Laman sesawang ini

dapat membantu pelajar

memperolehi maklumat tentang tajuk hari ini.


Penerangannya ringkas dan tepat. Di samping itu,
latar belakang laman yang tenang dan lembut
dapat menarik perhatian pelajar untuk membaca
habis subtajuk ini. Ini dapat membantu pelajar
mencari

maklumat

lebih

banyak

dan

B14 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mempersembahkannya dalam peta pemikiran yang


sesuai (i-THINK).

Selain itu, guru (saya) juga menggunakan e-Book


yang dikeluarkan oleh www.cikgusila.com sebagai
panduan tambahan merekabentuk pembelajaran
Prinsip Perakaunan ini.

1.

Blog
Rasional / Keterangan Blog
https://mhdzalan.files.wordpress.co Laman sesawang ini dipilih kerana ianya
m/2014/10/belanjawan-tunai-bptv- mempunyai latihan kendiri yang berkemahiran
blog.pdf

aras tinggi (KBAT). Selain soalan

KBATnya,

penulis turut menyediakan panduan membina


belanjawan tunai. Oleh demikian, sangat sesuailah
pemilihan guru (saya) terhadap laman ini untuk
kegunaan para pelajar hari ini.
2. www.youtube.com

Laman web ini digunakan oleh


induksi

Bahana

guru sebagai
Boro

Namun begitu, laman ini lebih bermakna kepada


pelajar sebagai sumber maklumat pelajar tentang
prosedur

mengira

belanjawan

menggunakan

aplikasi Spreadsheet. Ini kerana pelajar hanya


dibekalkan chromebook. Dengan

menggunakan

B15 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

chromebook, pelajar boleh Spreadsheet di mana


alat ini tidak mempunyai Microsoft Excell.

3. zantasir.tripod.com/Index.htm

Laman ini dipilih oleh guru (saya) kerana soalansoalannya terdiri daripada pelbagai aras. Setiap
kumpulan diberikan satu tugasan dan
menyelesaikannya berdasarkan pengetahuan yang
mereka perolehi dari
Aplikasi - Spreadsheetwww.youtube.com

B16 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

RUJUKAN

Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and
Winston.

Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:
Holt.

B17 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Rujukan Guru ke-1

cgnarzuki.com

B18 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Rujukan Guru ke-2

e-Book www.cikgusila.com

1. Pembelajaran Kendiri (Rujukan Pelajar)

www.cikgusila.com

B19 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

2. Pembelajaran Kendiri (Rujukan Pelajar)


https://mhdzalan.files.wordpress.com/2014/10/belanjawan-tunai-bptv-blog.pdf

B20 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3. Latihan Berkumpulan (Rujukan Pelajar)

4. Permainan Interaktif (Rujukan Pelajar)

zantasir.tripod.com/Index.htm

cgnarzuki.com

You might also like