You are on page 1of 3

2.09.

1 Pengenalan
1.

Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke
tempat yang lain.

2.

Terdapat dua jenis migrasi, iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.

3.

Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah


negara.

4.

Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara yang lain.

2.09.2 Migrasi Penduduk Malaysia


1.

2.

Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di negara Malaysia, iaitu:


a.

luar bandar ke bandar 11.9%;

b.

luar bandar ke luar bandar 4.0%;

c.

bandar ke bandar 67.5%;

d.

bandar ke luar bandar 18.5%.

Negeri yang menerima paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor, iaitu 60 941 orang,
diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang), dan Kedah (22 530 orang).

2.09.3

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar


1.

Peratus penduduk bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga
2001.

2.

Migrasi luar bandar ke bandar melibatkan pergerakan penduduk ke bandar bagi mencari peluang
pekerjaan dan melanjutkan pelajaran.

3.

Kebanyakan penduduk berpindah ke bandar, bandar raya, dan kawasan perindustrian.

4.

Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialah kestabilan politik, dasar
kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf
pendidikan, keluarga, dan bencana alam.

5.

Di negara Malaysia, migrasi luar bandar ke bandar banyak berlaku selepas negara mencapai
kemerdekaan.

6.

Kestabilan negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan negara dengan
mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing.

7.

Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan
menggalakkan perpindahan penduduk ke bandar.

8.

Perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai bidang ekonomi.

9.

Banyak peluang pekerjaan wujud dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan kewangan,
perniagaan, perindustrian, pembinaan, dan pentadbiran di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu.

10. Hal ini menyebabkan penduduk luar bandar berpindah ke bandar bagi mendapatkan peluang
pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.
11. Kegiatan ekonomi terutamanya pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad.
12. Kadar upah yang diberikan adalah rendah dan tidak tetap.
13. Bandar raya Shah Alam, Georgetown, dan Johor Bahru juga berfungsi sebagai pusat
pentadbiran dan ini menambahkan peluang pekerjaan.
14. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya telah menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat
bandar yang baru ini.
15. Di kawasan bandar, banyak terdapat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Contohnya
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
16. Penduduk dari luar bandar khususnya golongan remaja berpindah ke bandar untuk melanjutkan
pengajian mereka dan menetap di situ kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang baik.
17. Di kawasan luar bandar terutama di kawasan pedalaman kurang kemudahan asas seperti bekalan air
bersih, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
18. Di bandar-bandar pula terdapat banyak kemudahan kesihatan, sistem perhubungan yang baik,
pelbagai pusat rekreasidan pusat beli belah.
19. Cara hidup moden yang selesa sebegini menarik golongan muda khususnya dari luar bandar
berpindah ke bandar.

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Luar Bandar


1.

Migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke luar bandar melibatkan pergerakan penduduk antara
negeri atau dalam negeri.

2.

Pergerakan jenis ini biasanya berlaku dengan pembukaan tanah rancangan oleh pihak kerajaan,
khususnya melalui:
a.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA);

b.

3.

Rancangan Pembangunan Wilayah seperti:


i.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA);

ii.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH);

iii.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Petani di kawasan luar bandar yang berpenduduk padat, kebanyakannya mempunyai keluasan tanah
yang kecil kerana pembahagian tanah pusaka dan daya pengeluaran adalah rendah.

4.

Di bawah rancangan tanah baru ini, golongan yang tidak memiliki tanah diberikan bantuan dan tanah.

5.

Tujuan pembukaan tanah rancangan ini ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

6.

Pembukaan rancangan pembangunan tanah ini menyebabkan migrasi penduduk secara besarbesaran.

7.

Kesan-kesan pembukaan kawasan tanah rancangan:


a.

penambahan jumlah penduduk di kawasan-kawasan yang menerima migran;

b.

wujudnya petempatan baru;

c.

bertambahnya hasil tanaman untuk dieksport;

d.

kadar kemiskinan menurun kerana pendapatan peneroka bertambah dan taraf hidup
meningkat.

You might also like