You are on page 1of 3

Faktor-Faktor

1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran


Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada
1874, Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan Negeri Sembilan(1895 ). Pada awalnya
Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati sultan dalam semua hal kecuali halhal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau
bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di
Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di
atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi
tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di
negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga
tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-undang Tanah,
keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang
di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin
seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai
unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan
akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan
dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran,
cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan dapat disatukan dan diselaraskan. Hal ini
akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat
dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada
dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan
sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di keempatempat negeri yang diperkatakan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka
muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah
Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan
pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.

Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti


ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga
tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan
urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa
Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran
negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning
berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana
J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan
Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang
merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan
pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir
tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun
1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing
apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan
Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika
negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D.
Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari
Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia
bergabung.

4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti
Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi.
Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai
kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan
persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan
negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan
persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan

Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British


dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New
Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya
Federation Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the
Federation Malay States 1896-1920.

You might also like