You are on page 1of 15

HBEF2103

1. PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini
telah dinyatakan oleh Papalia (2001), di mana manusia berbeza dari segi jantina, berat,
bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.Faktor persekitaran pula,
seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah,
komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks
pengajaran dan pembelajaran di mana beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat
dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa,
jantina, bakat dan minat. Berdasarkan perbezaan tersebut maka wujudlah perbezaan
pencapaian akedemik di antara murid-murid.
Pencapaian merujuk kepada kejayaan memperoleh sesuatu selepas mengikuti satu
tempoh pembelajaran, latihan ataupun kursus ( Encyclopedia of Educational research,
1992). Pencapaian akedemik bererti hasil yang diperolehi pelajar-pelajar setelah
memepelajari sesuatu disiplin ilmu pengetahuan ( Kamus Dewan, 1994).
Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menyampaikan ilmu kepada
semua pelajarnya namun tidak dapat dinafikan terdapat pelajar yang baik dan lemah
pencapaian akedemik di dalam sesebuah sekolah. Faktor yang mempegaruhi perbezaan
pencapaian tersebut haruslah dikaji supaya jalan penyelesaian dapat di ambil.
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKEDEMIK
Pencapaian akedemik sesorang dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada faktor
baka mahupun persekitaran. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan terhadap dua
orang murid di sekolah saya, saya merumuskan bahawa faktor yang mempengaruhi
pencapaian kedua-dua orang murid tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Faktor sosio-ekonomi


Berdasarkan soal selidik kepada dua orang murid tersebut saya mendapati faktor
ekonomi keluarga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akedemik
pelajar. Berdasarkan maklumat murid yang telah saya kaji, murid A mempunyai taraf
1

HBEF2103

sosioekonomi yang tinggi manakala murid B pula sebaliknya. Ramai yang mempercayai
bahawa pelajar-pelajar dari keluarga berada selalu menunjukkan pencapaian akedemik
yang lebih baik berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang mempunyai status
ekonomi rendah. Ini kerana murid A mempunyai semua kemudahan seperti tempat
tinggal yang selesa yang menjamin keselesaan untuk belajar di rumah. Selain itu dengan
adanya wang, semua yang berkaitan dengan pembelajaran dapat disediakan seperti
peralatan buku rujukan dan sebagainya. Berbeza dengan murid B yang serba kekurangan
dan keadaan rumah yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Segala keprluan untuk
pembelajaran juga tidak dapat ditunaikan oleh keluarganya atas faktor ekonomi ini.
Kajian Razali (1985) menyebut keluarga yang berada selalu dikategorikan dengan
sikap yang optimis, harapan yang tinggi kurang kebimbangan dan berfikiran terbuka.
Sementara keluarga yang berpendapatan rendah pula dicirikan sebagai mempunyai sikap
yang pesimis, harapan yang rendah, tidak berfikiran terbuka dan introvert. Secara amnya
pelajar-pelajar dari keluarga berada hadir ke sekolah dengan keyakinan yang tinggi
terhadap kejayaan dan begitulah sebaliknya.
Terdapat beberapa kajian di Malaysia yang menunjukkan pencapaian anak-anak
daripada keluarga miskin lebih rendah daripada keluarga kelas tengahan sebab anak-anak
keluarga kelas bawahan masuk ke sekolah tanpa beberapa kemahiran seperti bahasa,
aspirasi yang tinggi. Mereka juga mempunyai imej kendiri yang rendah.
2.2 Tahap pendidikan Ibu bapa dan dorongan keluarga
Selain faktor ekonomi, faktor tahap pendidikan dan dorongan ibu bapa juga antara
faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik murid saya. Menurut kajian yang telah
dibuat, murid A mempunyai keluarga yang berpendidikan tinggi iaitu bapanya adalah
berkelulusan ijazah manakala murid B pula sebaliknya. Menurut Sharifah (1991), ibu
yang mempunyai pendidikan menengah dan yang berpelajaran mempunyai pengaruh
yang lebih berkesan kepada pendidikan anak-anak mereka. Kajian yang dibuat oleh
Pelajaran Pusat England mengatakan pendidikan ibu bapa mempengaruhi sikap dan
kesan pengaruh sekolah terhadap anak-anak. Begitu juga dengan hasil yang di dapati oleh
Shaifuddin (1997) yang menunjukkan bahawa tahap pendidikan ibu bapa mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akedemik pelajar. Beliau mengatakan tahap
2

HBEF2103

pendidikan ibu bapa adalah sangat penting untuk meninggikan tahap pencapaian
akedemik pelajar kerana ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi
mengetahui dari segi ilmu pengetahuan, gaya belajar yang berkesan serta dapat memberi
bimbingan dan tunjuk ajar yang sesuai diperlukan oleh pelajar.
Begitu juga halnya dengan murid yang telah saya kaji. Oleh kerana kurangnya
pendidikan ibu bapa murid B ini,

maka ianya telah mempengaruhi pencapaian

akedemiknya. Perkara ini boleh dilihat berdasarkan hasil kerja murid yang di bawa balik
ke rumah. Hampir emua latihan yang diberikan tidak dapat dibuat dengan baik kerana
tiada bimbingan daripada ibu bapa. Berbeza pula dengan murid A yang sentiasa mendapat
tunjuk ajar daripada keluarganya.
2.3 Faktor asuhan ibu bapa.
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah saya buat kepada dua orang murid ini, saya
mendapati asuhan daripada ibu bapa merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian
akedemik mereka. Setiap ibu bapa mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang
berbeza. Akibat dari itu, maka lahirlah individu yang berbeza. Menurut Baumrind ( di
dalam Santrock, 2001) terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu asuhan jenis
Authoritarian, Authoritatif, Abaikan dan Indulgent. Ibu bapa yang jenis Authoritarian
adalah ibu bapa yang mengenakan peraturan dan hukuman kepada anak-anak mereka
manakala Ibu bapa yang mengamalkan asuhan jenis Authoritatif pula adalah ibu bapa
yang menggalakkkan anak-anak mereka berdikari disamping memberi sedikit kawalan ke
atas tingkah laku mereka. Ibu bapa yang mengabaikan anak pula adalah meraka yang
bertindak permisif di mana mereka tidak terlibat dengan kehidupan anak-anak mereka.
Berlainan pula dengan Ibu bapa indulgent pula dimana mereka terlibat dengan anak-anak
tetapi kurang mendisiplinkan anak-anak mereka.
Menurut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif., iaitu
memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang
perlu diikuti. Ini kerana otoratatif dapat membentuk anak yang berdikari, berkendiri
asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi poencapaian..
Berdasarkan kepada asuhan yang telah dinyatakan, saya mendapati ibu bapa
murid B memberikan asuhan yang mengabaikan anak-anak. Hal ini disebabkan keadaan
3

HBEF2103

ekonomi keluarga mereka yang memerlukan ibu bapanya bekerja keras mencari rezeki
sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk anak-anak. Mereka sibuk dengan urusan
mencari nafkah sehingga tidak sedar tentang tingkah laku dan aktiviti persekolahan anakanak mereka. Berbeza dengan murid A yang menerima asuhan berbentuk authoritatif. Ibu
bapa murid ini bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Ini
dapat dilihat berdasarkan sikap yang ditujukkan oleh murid A semasa di sekolah. Murid A
sentiasa menyiapkan kerja yang diberikan dengan baik dan mampu berdikari. Murid A
juga mempunyai hubungan dan pergaulan yang baik antara rakan dan guru.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Chu, Ho dan Douglas, (1996) proses
persekitaran rumah termasuklah penglibatan ibu bapa dalam perbincangan dengan anakanak mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah dan pertolongan yang
diberikan kepada meraka semasa membuat kerja-kerja sekolah. Kajian Dang (1996),
melaporkan faktor keluarga seperti ketekunan, menghormati ibu bapa, ikatan
kekeluargaan, bekerjasama, suasana yang harmoni dan penekanan kepada pendidikan
merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik pelajar.
( Moorehouse 1991, Crouter, Mc Dermaid & Perry Jenkin, Rappetti 1990,
Gottfried,Gottfried & Bathurst 1995. Penyelidik-penyelidik ini mencadangkan bahawa
persekitaran yang proximal dengan perkembangan kanak-kanak adalah juga berkaitan
dengan dengan sejauh mana ibu bapa melibatkan diri dengan pelajaran anak-anak, gaya
keibubapaan, isu-isu kerja, fleksibiliti kerjaya, jadual kerja dan cara ibu bapa
menyeimbangkan permintaan anak-anak, keluarga dan kerjaya.Pada keseluruhannya teori
ini menjelaskan bahawa bagi memastikan kanak-kanak mempunyai pencapaian akademik
yang mantap mereka hendaklah berkembang dalam persekitaran yang proximal dengan
diri mereka.
Prinsip yang sama adalah juga dicadangkan oleh Vygotsky (1978) dalam teori
ekologisosial yang berasaskan konsep zone of proximal development. Persekitaran yang
proximal yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak pula adalah dipengaruhi oleh
kerjaya ibu bapa, keadaan kerja, kelayakan, dan kepuasan kerja yang memberi kesan
kepada perhubungan dengan anak-anak serta gaya keibubapaan. Semakin tinggi kepuasan
kerja ibu bapa semakin mereka menggunakan gaya keibubapaan yang paling berkesan
iaitu authoritative. Sementara itu, semakin rendah kepuasan kerja ibu bapa semakin
4

HBEF2103

tinggi sikap authoritarian atau kuku besi mereka terhadap anak-anak (Johari Talib 2002,
Dornbusch et al. 1987 ).
2.4

Faktor personaliti pelajar


Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap,

watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.


Menurut Carl Jung (1875-1961), personaliti seseorang individu dapat dikategorikan
kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert merupakan seorang
individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Individu yang
mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana
mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial.
Berbeza dengan introvert di mana individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang
yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih s u ka
me la ku k an d an men yi a p k an k er j a s e ca ra i nd iv id u t an pa me ng h ar ap k an
bantuan daripada orang lain.
Walaupun

kedua-dua personaliti ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya

yang tersendiri tetapi di sini saya akan jelaskan bagaimana faktor ini telah mempengaruhi
pencapaian akedemik kedua-dua orang murid saya. Murid A berpesonaliti ekstrovert di
mana murid ini aktif dan mudah melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Oleh
yang demikian pengajaran guru dapat diterima dengan mudah dengan penglibatan yang
aktif. Berbeza pula dengan murid B yang berpesonaliti introvert. Murid ini bersifat pasif,
pendiam dan kurang melibatkan diri semasa pembelajaran di kelas.

Disebabkan sifat

tersebut telah menyebabkan murid tersebut ketinggalan daripada murid-murid lain.


Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian dalam kalangan pelajar
sekolah rendah di Staffordshire, dan mereka mendapati pelajar yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Pelajar sekolah rendah didapati
lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,
1972; Anthony, 1977; dan Riding, 1979). Dalam kajian lain, Johnson (1997) juga
mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan
pencapaian akademik. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar
cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat
5

HBEF2103

mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah &
Mariani, 2001).
2.5 Faktor motivasi dan sikap murid terhadap pelajaran
Secara teori, motivasi pencapaian adalah suatu konsep yang telah diperkembangkan
oleh McCelland (1961) dan dirujukkan kepada motif untuk mencapai kejayaan pada
tahap tertentu. Di dalam psikologi, motivasi pendidikan adalah sesuatu yang berkaitan
dengan kemajuan, iaitu membuat sesuatu lebih baik daripada orang sebelumnya. Menurut
Harrison (1979), secara umumnya motivasi merupakan dorongan yang wujud semulajadi
dalam diri seseorang dan yang diwujudkan daripada pengaruh luar. Motivasi dalam
konteks pendorong luaran boleh diberi kepada pelajar-pelajar oleh ibu bapa dan pihak
sekolah.
Mengikut Chian Heng Keng, pelajar akan menunjukkan motivasi yang baik jika ia
mengetahui ibu bapanya berminat dalam pelajarannya dan bila ada perbincangan antara
ibu bapa dan anak. Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat saya katakan disini bahawa
faktor yang memepengaruhi pencapaian akedemik murid saya adalah tiada motivasi
daripada ibu bapa, keluarga dan guru. Murid B berdasarkan keadaan keluarganya
membuktikan bahawa murid ini tidak mendapat motivasi daripada ahli keluarga kerana
kekangan masa daripada ibu bapa yang sibuk bekerja mencari nafkah.
Memang tidak dapat dinafikan para pelajar adalah berbeza di antara satu dengan lain
dari segi keupayaan intelek, minat, kemahiran, aspirasi, daya dan usaha, pendidikan dan
juga pengalaman. Sesungguhnya kelainan individu telah membentuk beberapa batasan
terhadap prestasi. Namun demikian motivasi merupakan satu faktor yang kuat untuk
menentukan pelajar mencapai kejayaan Zaidatol (1990) menegaskan bahawa motivasi
dapat mengorak tingkah laku pelajar supaya menjadi bertenaga dan bertujuan. Masalah
utama adalah bagaimana untuk mempengaruhi sekumpulan pelajar yang mempunyai
keperluan yang berbagai-bagai dan sahsiah yang unik supaya dapat bekerjasama dan
berusaha mencapai objektif sekolah.
Sikap pelajar terhadap mata pelajaran adalah merupakan satu faktor penting
dalam menentukan pencapaian akademik sesebuah sekolah. Mager (1968) menegaskan
pelajar yang mempunyai sikap yang baik dan positif terhadap sesuatu mata pelajaran
6

HBEF2103

biasanya mempunyai kesanggupan untuk belajar bersungguh-sungguh. Sikap ini akan


berterusan walaupun pembelajaran secara formal sudah berakhir. Pelajar yang bersikap
negatif pula berkecenderungan untuk gagal dalam kegiatan akademik mereka. Adnan
(1985) yang menjalankan kajian terhadap seramai 230 pelajar tingkatan tiga di Kuala
Lumpur telah berjaya menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap mata pelajaran
sebenarnya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian. Triandis (1978)
berkata sikap adalah sesuatu yang diperolehi melalui pengalaman seseorang, interaksi
sosial, suasana rumahtangga dan persepsi guru-guru. Sikap yang diperolehi ini sedikit
demi sedikit dapat merangsangkan pencapaian para pelajar.
Berdasarkan penyataan di atas, dapat saya simpulkan bahawa faktor menyebabkan
murid B lemah di dalam akedemik adalah sikap negatifnya terhadap pelajaran. Berbeza
dengan murid A yang mempunyai sikap positif terhadap semua matapelajaran.
2.6 Faktor pemakanan
Status sosio-ekonomi keluarga yang baik akan membantu perkembangan intelek dan
fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan
yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak mereka. Berdasarkan teori Maslow (1954) peringkat fisiologi merupakan
pringkat yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisma
terutamanya manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri
atau fizikal seseorang seperti kepeluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat
tinggal. Merujuk kepada teori keperluan Maslow ini di dalam konteks pendidikan,
pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran. Ini kerana apabila murid tidak mendapat makanan yang
secukupnya akan mengganggu dan menjejaskan kesihatan murid tersebut. Secara tidak
langsung proses pembelajaran di dalam kelas tidak dapat diterima oleh pelajar. Hal ini
menyebabkan kemerosotan pencapaian akedemik pelajar tersebut.
Merujuk kepada taraf hidup murid B ini maka faktor pemakanan juga merupakan
faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik murid tersebut kerana pemakanan
mempunyai hubungan dengan taraf ekonomi. Pemakanan yang cukup dan seimbang juga

HBEF2103

mempengaruhi pemikiran yang sihat dan secara tidak langsung dapat membantu dalam
memberi tumpuan ketika belajar.
3.0 CADANGAN MENGATASI PERBEZAAN AKEDEMIK
Bagi mengatasi masalah perbezaan pencapaian akedemik murid-murid ini, langkahlangkah yang boleh di ambil adalah seperti berikut:
3.1 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di
mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat. Semasa aktiviti pembelajaran
berlaku, pelajar cerdas (murid A) dikehendaki membantu pelajar yang lambat ( murid B).
Guru akan memberikan markah berdasarkan gabungan markah individu. Pelajar yang
cerdas akan akan bersungguh-sungguh membantu rakannya kerana ingin mendapatkan
markah yang tinggi. Melalui pembelajaran seperti ini juga telah memupuk semangat
kerjasama yang tinggi kerana mereka saling bertanding dengan kumpulan-kumpulan
yang lain. Kaedah pembelajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding)
dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas akan
membimbing pelajar yang lambat dalam zon perkembangan proksimal. Sesetengah murid
lebih mudah menerima pembelajaran daripada rakan berbanding guru kerana pemikiran
lateral boleh digunakan oleh rakan pelajar yang mahir.

3.2 Penglibatan pelajar


Bagi menangani masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti
pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid
yang optimadi dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan
kerja sekolah yang diberi malahan murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal
seperti membersihkan bilik darjah . ini akan menggalakkan murid itu dapat bekerjasama
dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas. Selain itu, guru juga perlu
memberikan peluang kepada murid untuk mengedarkan kertas soalan atau buku latihan
supaya murid ini merasa dirinya dihargai dan diperlukan di kelas tersebut.

Selain itu,

melantik murid yang introvert ini untuk memegang jawatan yang penting di dalam kelas
8

HBEF2103

juga boleh mendedahkan murid tersebut kepada proses sosialisasi dengan orang lain.
Secara tidak langsung menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakan yang
lain. Penglibatannya dalam aktiviti berkumpulan juga penting bagi menggalakkan
interaksi dengan rakan di dalam kumpulan. Secara tidak langsung, rakan-rakan lain juga
dapat membantunya supaya lebih yakin dalam ektika bercakap. Guru boleh bertindak
sebagai motivator atau pendorong kepada murid seperti ini.
Guru juga perlu memberikan keyakinan kepada murid ini supaya lebih berani
mencuba sesuatu dan mempunyai tahap yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang
lain. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberikan kaunseling supaya merela mudah
didekati dan boleh menerima perubahan secara perlahan-lahan. Penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum seperti sukan, unit beruniform dan persatuan juga boleh dilakukan ke atas
murid seperti ini untuk meningkatkan keyakinan.
Bagi murid yang lebih dominan bersifat ekstrovert ( murid A), guru haruslah
pandai mengeksploitasikan kebolehan mereka dengan sebaik mungkin dengan
menggunakannya sebagai pembantu kepada rakan yang lemah.
3.3 Memberikan motivasi kepada pelajar
Berdasarkan faktor kurangnya dorongan daripada ibu bapa, langkah yang boleh di
ambil adalah dengan memberikan motovasi kepada murid tersebut. Motivasi ialah
penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai
sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang
ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan.
Dalam pembelajaran, kebanyakan tingkahlaku manusia boleh dibentuk dengan
cara menggunakan skema-skema peneguhan, sama ada peneguhan positif atau negatif.
Peneguhan ini pula boleh dilakukan secara berterusan atau secara berjadual, iaitu berkala.
Teori Beck (1983) yang juga dikenali sebagai Teori Peneguhan menyatakan bahawa
motivasi juga harus melibatkan faktor peneguhan, terutama sekali pemberian ganjaran
sebaik sahaja selepas sesuatu yang baik serta produktif dilaksanakan. Ganjaran ini akan
dilihat sebagai satu bentuk insentif bagi melaksanakan sesuatu tingkahlaku itu. Oleh
kerana murid B ini tidak mendapat perhatian dan dorongan daripada ibu bapanya, dengan

HBEF2103

melakukan peneguhan berbentuk ganjaran secara tidak langsung akan meningkatkan


kemahuan dan minatnya terhadap pelajaran.
Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan
dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya
menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Peneguhan negatif adalah stimulus
atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkahlaku tetapi untuk
mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Peneguhan terbahagi kepada
dua iaitu peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada
benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan
tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan
mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan
terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu.
Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak
apabila mendapat peneguhan sekunder.
Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan
sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik
ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman
daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.
3.4 Sikap guru terhadap pengajaran
Bagi mengatasi masalah pervezaan akedemik ini, guru haruslah komited terhadap
tugasnya sebagai pendidik. Menurut Atan Long (1982) sahsiah seorang guru amat
penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu sikap dan tingkah
laku guru mempunyai pengaruh yang besar kepada pelajar. Guru seharusnya
menunjukkan sifat sabar, bermurah hati dan mesra di dalam kelas bagi mewujudkan
pembelajaran lebih berkesan. Suasana kelas dicorakkan oleh sahsiah dan tingkah laku
guru yang mengajar. Suasana kelas yang positif seperti kebolehan guru menarik minat
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan yang berlanjutan.
Keadaan ini dapat mengubah sikap pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran ke arah

10

HBEF2103

positif dan kesannya adalah peningkatan pencapaian. Sikap guru yang positif dan
kebijaksanaan guru itu sendiri akan mendatangkan hasil yang lebih baik.
Guru seharusnya menghargai kebolehan yang ada pada dirinya dan menggunakan
kebolehan tersebut untuk mengatasi masalah akedemik pelajar. Guru perlu mengetahui
dengan mendalam akan mata pelajaran yang hendak diajarnya kerana, kurang
pengetahuan di dalam mata pelajaran yang akan diajarkannya akan mendatangkan rasa
tidak percaya kepada dirinya sendiri dan mendatangkan rasa bimbang. Ini seterusnya
akan menghilangkan kepercayaan pelajar kepada guru.
Seterusnya guru juga seharusnya memahami para pelajar yang diajarnya dan
menjadi pengganti ibu bapa dan kawan serta orang yang mereka boleh percayai. Dengan
ini guru dapat membentuk pelajar ke arah mencapai matlamat organisasi. Fuller (1987)
pula berpendapat guru yang cekap akan mencari punca kelemahan dan kerumitan yang
dihadapi oleh pelajar serta mengutamakan alat pengajaran untuk penguasaan sesuatu
pembelajaran agar lebih berjaya. Beberapa kajian di Amerika Syarikat cuba
menghubungkan komitmen dan semangat guru dengan pencapaian akademik pelajar.
Kajian-kajian ini beranggapan bahawa sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru
yang komited dan berpuas hati akan mendapati guru-guru ini akan bekerja bersungguhsungguh tanpa merasa penat (Willms, 1992).
3.5 Memberikan bantuan makanan (RMT)
Berdasarkan faktor sosio-ekonomi murid B ini, maka jalan penyelasaian bagi
mengatasi masalah ini dengan memberikan murid ini bantuan makanan melalui
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dilaksanankan di semua sekolah.
Merujuk kepada teori keperluan Maslow (1970) di dalam konteks pendidikan, pelajarpelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pelajaran. Ini kerana apabila murid tidak mendapat makanan yang secukupnya
akan mengganggu dan menjejaskan kesihatan murid tersebut. Secara tidak langsung
proses pembelajaran di dalam kelas tidak dapat diterima oleh pelajar. Hal ini
menyebabkan kemerosotan pencapaian akedemik pelajar tersebut.
Dengan adanya bantuan makanan ini maka murid akan mendapat makanan yang
secukupnya semasa di sekolah dan seterusnya dapat menjalankan proses pembelajaran
11

HBEF2103

seperti murid-murid yang lain. Makanan yang berkhasiat akan mempengaruhi


kecerdasan dan kesihatan seseorang. Oleh itu, pihak sekolah telah berusaha
menyediakan bantuan makanan yang disarankan oleh kementerian kesihatan bagi
menjamin kesihatan dan kecerdasan murid-murid di sekolah. Murid yang sihat dapat
menjalankan aktiviti dengan aktif.
4. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, faktor yang telah mempenguruhi pencapoaian akedemik
murid adalah faktor persekitaran. Oleh itu semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
perlu melihat kesalahan sendiri. Guru perlu membuat perancangan yang jelas untuk
kebaikan pelajar, ibu bapa/penjaga perlu beri perhatian kepada anak-anak dengan
sewajarnya jika pendidikan yang unggul hendaklah difahami tanpa mempunyai tujuan
untuk melepaskan tanggungjawab dan cuba menyembunyikan kesalahan sendiri. Pelajarpelajar juga perlu sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan harus berubah
demi kepentingan masa depan.
3 323 patah perkataan

12

HBEF2103

RUJUKAN / REFERENSI
Siti Nor Yaakob, Ariffin Nopiah, Ahmad Hariza Hashim, Abdullah Al-Hadi Muhammad
dan Anuar Ahmad. (1990) Perkaitan Beberapa Faktor Latar Belakang Keluarga
Dengan Pencapaian Akedemik Pelajar. BPG, KPM, Bil. 6, 87-98
Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian
Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Mat Sani Dan. (1986). Pengaruh minat,sikap dan persepsi pelajar aliran sastera
terhadap prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik- suatu kajian kes di,sebuah
sekolah menengan di Taiping. Universiti Kebangsaan Malaysia : Latihan Ilmiah.
Salbiah Ismail, (1989). Kajian mengenai Kesan Pencapaian Terhadap sikap-sikap
Terhadap Sesuatu Mutu Pelajaran, Sekolah dan Diri Sendiri. Disertasi Sarjana,
UKM.
Naimah Ahmad (1991). Masalah Pelajar dan hubungannya dengan Pencapaian
Akademik di salah sebuah Pengajian Tinggi. Disertasi Sarjana, FBKK, UKM.
Hussein Mahmood. Ke Arah Kecemerlangan Sekolah : Satu Pendekatan,
Journal Guru Ke Arah Pembinaan Budaya Ilmu. 16 Mei 1992.
Shaifuddin Haji Masduki (1997). Motivasi, komitmen dan Pencapaian Akedemik
Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pengurusan, UUM
Adnan Khamis Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Dan
Kaitannya Dengan Pencapaian Aakademik, Journal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985/86 ms. 1 13

HBEF2103

http://etd.uum.edu.my/772/1/ZALEHA_BT._SULAIMAN.pdf

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info
ringkas/5271-bicara-akademia-jurang-akademik.html

http://web.usm.my/education/publication/APJEE_25_09_MohdZuri%20(153167).pdf

http://eprints.utm.my/11813/1/Faktor_Perbezaan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_
Lepasan_Diploma_Dan_Matrikulasi.pdf

http://eprints.utm.my/11813/1/Faktor_Perbezaan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_
Lepasan_Diploma_Dan_Matrikulasi.pdf

http://www.scribd.com/doc/12521518/faktorfaktor-mempengaruhi-pencapaianakademik-lelaki-dan-perempuan

14

HBEF2103

LAMPIRAN

MAKLUMAT MURID SK ULU SATAP

MAKLUMAT MURID YANG BERPENCAPAIAN AKEDEMIK BAIK


Nama

: Murid A

Umur

: 11 tahun

Tarikh lahir

: 18 Ogos 2001

Pekerjaan Ibu / Bapa : Penolong Pengurus Ladang (SOP)


Pendapatan keluarga : RM 4,000.00 ( anggaran)
Perwatakan

: Periang, mudah bergaul, aktif dalam kurikulum dan Kokurikulum

Pencapaian Akedemik : 4A 1 B ( untuk mata pelajaran UPSR)

MAKLUMAT MURID YANG BERPENCAPAIAN AKEDEMIK LEMAH

Nama

: Murid B

Umur

: 11 tahun

Tarikh lahir

: 17 Mac 2001

Pekerjaan Ibu / Bapa : Petani


Pendapatan keluarga : RM 500.00 ( anggaran)
Perwatakan

: Pendiam, pemalu, tidak aktif dalam aktiviti kurikulum

Pencapaian Akedemik : 4E, 1D ( untuk mata pelajaran UPSR)

15

You might also like