You are on page 1of 22

TAMADUN MELAYU

TERAS TAMADUN MALAYSIA


Hasil Pembelajaran
Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu
Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia
Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia
Kandungan
Konsep Melayu
Asas Tamadun Melayu
Pandangan Semesta Tamadun Melayu
Teori kedatangan Islam Ke Alam Melayu
Kesan Islam Dalam Tamadun Melayu
Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu
Pencapaian dalam Pelbagai Bidang

PENGENALAN

Tamadun Melayu (TM) dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di wilayah Asia Tenggara yg
dikenali gugusan Kepulauan Melayu @ Nusantara @ Alam Melayu @ gugusan Kepulauan MelayuIndonesia
Dua perkara mewarnai TM:
Bahasa Melayu
Agama Islam

KONSEP MELAYU
Istilah Melayu merujuk

Ras (genetik @ biologi)


Iaitu sekumpulan manusia memiliki ciri genetik yg sama &
berasal dari Alam Melayu

Kebudayaan Melayu
Pegangan dan amalan berteraskan agama Islam dan adat
resam masyarakat Melayu

Bahasa Melayu
Bahasa yg dituturkan di seluruh kepulauan Melayu

Alam Melayu:
Merangkumi kawasan kepulauan Melayu
merentasi Asia Tenggara hingga sempadan
Australia
Orang Melayu yang merantau melepasi
Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora

Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


Perkara 160, Melayu ditakrifkan:
Lazimnya berbahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Beragama Islam

ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu masyarakat Melayu yg mempunyai struktur sosial Raja, Ulama,
pembesar, pedagang dan petani.
Kemunculan tamadun Melayu diakitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu

Asas Pembentukan Tamadun Melayu


Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.
Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian.
Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan
anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan
Istana berkuasa mutlak
Nilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa
Barat British.
Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.

Kemunculan TM Hasil Penguasaan Laluan Dagang


Wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu seawal 2,500 tahun dahulu spt di Lembah Bujang,
Kedah dan Kuala Selinsing, Perak membuktikan terdapat pelabuhan-pelabuhan yang
mengendalikan perdagangan.
Antara nilai yang dapat dilihat berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan iaitu
interaksi dgn masyarakat luar,
bersifat terbuka,
menghormati undang2 tempatan
mengambilkira pandangan pihak lain

Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam


Wujud pengaruh agama Hindu-Buddha pd kerajaan-kerajaan Melayu awal. Ianya dpt
dilihat pada monumen keagamaan spt candi lembah Bujang, candi Borobodur, Indonesia,
Angkor Wat, Kemboja.
Binaan kuil-kuil tersebut menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat
Melayu ketika itu
Empayar Melayu yang besar dan luas empayar Funan dan empayar Sri Vijaya
menguasai laluan dagang
Kerajaan Melayu spt Langkasuka dan Beruas di Tanah Melayu dan Sri Vijaya dicatat dlm
catatan sejarah sarjana India dan Cina

Samb.

Selepas Kedatangan Islam

Kedatangan Islam telah membentuk tamadun Melayu baru di mana menjadikan Tamadun
Melayu gemilang spt Kesultanan Melayu Islam Melaka, Acheh, Pasai, Perlak, Patani, JohorRiau yang menjadi pusat keintelektualan dan persuratan Melayu

Antara karya yang dihasilkan - Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, Adat Raja-raja
Melayu, Sulalat al-Salatin @ Sejarah Melayu dsb.

Antara tokoh ilmuan Melayu yang lahir pada zaman ini Hamzah Fansuri, Arshad alBanjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari dll.

Istana, masjid, sekolah pondok, madrasah berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu.

Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca.

Pelaksanaan undang-undang Islam dan adat spt Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka bukti ketamadunan Melayu Islam.

Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Dibawa dari India

Dibawa dari China dan


Champa

Dibawa dari Arab

Islam Dibawa Dari India

Kebanyakan sarjana Barat menyokong teori ini spt Snouck Hugronje, B. Harrison, Thomas
Arnold, Weirtheim, Monquette
Mereka berpendapat Islam dibawa ke Alam Melayu oleh pedagang-pedagang India Muslim dari
India
Pendapat Monquette
Islam dibawa dari arah Gujerat, India
Hujahnya wujud persamaan batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gerisik (1419M) dgn di
Gujerat.

Thomas Arnold
Islam dibawa dari arah Banggala atau Malabar
Hujahnya persamaan mazhab di daerah ini dgn di Alam Melayu iaitu Mazhab Syafie

Kebanyakan hujah teori sarjana Barat ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli sejarah kerana
fakta yang tidak kukuh.

Islam Dibawa dari China dan Champa

Menurut laporan China Islam orang Arab Islam telah sampai ke China pada zaman
Dinasti Pang (627-650M)

Wahab Abi Kabsyah utusan Rasulullah s.a.w telah sampai ke Canton dan meninggal di situ.

Khalifah Saidina Uthman B Affan juga pernah mengutus Saad Abi Waqas ke Canton dan
telah membina masjid di situ.

Pada 878M tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak puas hati terhadap
pencapaian ekonomi orang Islam. Keadaan ini mendorong orang Arab Islam melarikan diri
mencari perlindungan hingga ke Alam Melayu.

Antara bukti teori Islam disebarkan oleh orang Arab Islam dari China ke Alam Melayu:
Penemuan batu nisan bertarikh 1039M dan tugu yang tercatat hukum Islam (1025M)
di Champa
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu

Sarjana yang menyokong teori ini S.Q Fatimi dan R.O Winstedt

Islam Dibawa dari Arab

Kebanyakan ahli sejarah termasuk sarjana tempatan seperti Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
dan Dr. Hamka menyokong teori ini.

Hujah / bukti Islam dibawa terus dari Arab:

Pengaruh tulisan jawi yang sama dengan huruf-huruf Arab, Cuma terdapat penambahan utk
disesuaikan dengan sebutan tempatan seperti ga, cha, nga, pa, nya

Cara tata bacaan al-Quran di Alam Melayu mirip dengan tata bacaan di Arab dan tidak mirip
bacaan orang India atau China

PengIslaman raja-raja Melayu oleh pendakwah Islam dari Arab spt Maharaja Derbar II (Kedah)
pd 1136M diIslamkan oleh Syeikh Abdullah b Syeikh Ahmad dari Yaman, Parameswara telah
diIslamkan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama Sultan Muhammad Shah.

Pengaruh istilah dan perkataan Arab seperti kitab, ilmu, kerusi, sultan, syukur dll termasuk
pada nama dan penggunaan bin / binti.

Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu telah terjalin sejak sebelum kedatangan
Islam lagi.

Khalifah Muawiyah Abi Sufian dikatakan telah berdakwah ke atas kerajaan Hindu Srivijaya.

Kajian menunjukkan kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani, Champa,
Pahang, Johor, Terengganu dan Perlis berketurunan Ahl al-Bayt (keturunan nabi Muhammad)

Kesan Islam dalam Tamadun Melayu


a. Akidah
Kedatangan Islam telah merubah kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta
masyarakat Melayu daripada kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme.
Masyarakat Melayu mempercayai dan mengimani Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Antara asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam:
Percaya kepada Allah yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam
Konsep perhitungan dan pembalasan di akhirat
Yakin kepada pembalasan amalan baik dan sebaliknya
Menghormati maruah dan martabat manusia, keadilan dan kebebasan
Kesederhanaan dan keseimbangan dalam hidup (jasmani, rohani, emosi dan akal)
Walaupun adat kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme masih diamalkan oleh
masyarakat Melayu pada peringkat awal kedatangan Islam, namun lama kelamaan
ianya mula terhakis.

b. Politik / Kerajaan
Wujud pusat-pusat kerajaan Islam di Alam Melayu seperti kerajaan Islam Acheh,
Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Mataram, Kedah dan Johor
Sistem pemerintahan bersultan diperkenalkan. Jawatan mufti turut diperkenalkan bagi
menasihati sultan dalam hal ehwal Islam.
c. Sosial
Terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem
perhambaan dan amalan kasta sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan
Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan
dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.
Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong
d. Undang-undang
Undang-undang berlandaskan syariat Islam diperkenalkan seperti Hukum Kanun
Melaka dan Hukum Laut Melaka di zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pengaruh undang-undang Islam turut menggantikan undang-undang adat. Ini dapat
dilihat dalam undang-undang Pahang, undang-undang johor dan perlembagaan
Terengganu

e. Ekonomi
Kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan, namun aktiviti seperti
pertanian, penternakan dsb masih berjalan.
amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat
keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi hendaklah
dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal
f.

Kesenian
Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur,
epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.
Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau
madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan
pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam
seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang
menghiasi dinding-dinding masjid.
Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat
tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab.
Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan
tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi
mentaati hukum-hukum syarak

g. Bahasa dan Sastera


Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Alam Melayu.
Sistem tulisan dipengaruhi Arab-Jawi.
Muncul sastera Melayu bercirikan Islam seperti prosa dan puisi:
Prosa Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Bulan Terbelah dsb
Puisi syair Perahu, syair Burung Pingai karya Hamzah Fansuri, syair Nur
Muhamamad, syair Nabi Ayub dsb
h. Pendidikan dan Ilmu Syariah
Kedatangan Islam telah menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding
sebelum Islam. Antara ilmu yang diberi perhatian ialah usuluddin, fiqah dan tasawuf
Antara kitab penting yang menjadi rujukan al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak alShirazi, kitab Ihya Ulummuddin oleh Iman al-Ghazali, kitab Minhaj al-Talibin oleh alNawawi
Aktiviti pendidikan berlaku di istana, rumah-rumah ulama, masjid, surau, institusi
pondok dan madrasah. Terdapat guru-guru dari Arab, Parsi, Turki dsb
Perkembangan ilmu dan pendidikan ini telah melahirkan ulama Melayu spt. Nuruddin alRaniri (karyanya: Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqim), Abdul Rauf Fansuri (karyanya:
Umdat al-Muhtajin)

Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu


a. Kerajaan dan Sistem Pemerintahan
Wujudnya beberapa buah kerajaan kesultanan Melayu membuktikan tamadun Melayu telah mencapai
kegemilangan dalam pemerintahan dan pentadbiran
Antara kerajaan Melayu kerajaan Sribuza Islam di Palembang, Samudera-Pasai di Aceh, Melayu
Melaka di Tanah Melayu, Pattani di Thailand, Johor-Riau, Mataram, Sulu dsb.
Setiap kerajaan melaksanakan sistem pemerintahan berasaskan Islam. Contoh: Hukum Kanun Melaka
dan Hukum Laut Melaka dilaksanakan oleh Kerajaan Melayu Melaka, Hukum kanun Pahang
dilaksanakan oleh kerajaan Melayu Pahang.
Sistem pemerintahan kerajaan Melayu ini ditulis di naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat.
b. Ekonomi
Antara kegiatan ekonomi orang-orang Melayu ialah perdagangan yg berpusat di pelabuhan-pelabuhan
di Alam Melayu.
Antara pelabuhan yang terkenal ialah di Pasai, Melaka, Aceh dsb.
Aktiviti perniagaan di pelabuhan sentiasa dipantau oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan
Kegiatan perdagangan memberi kesan kepada kemunculan bandar / pekan. Masyarakat pendalaman
turut mengambil kesempatan memasarkan hasil-hasil mereka di pekan / bandar.
Penggunaan matawang dalam urusan perdagangan membuktikan pencapaian tamadun Melayu dalam
bidang ekonomi

c.

Pendidikan
Pendidikan dalam masyarakat Melayu formal & tidak formal
Pendidikan formal berteraskan pengajian Islam spt tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dsb di institusi
pendidikan spt masjid, pondok, madrasah
Pendidikan tidak formal iaitu pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam kehidupan
bermasyarakat spt kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi, pertukangan,
pembuatan kraftangan dsb.
Bukti pencapaian pendidikan dalam tamadun Melayu ialah:
Wujudnya institusi pendidikan Islam
Iaitu di istana yg dikhaskan utk golongan sultan / bangsawan dan di rumah-rumah ulama
yang membuka kelas pengajian agama kepada orang awam.
Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam
Sultan mendorong ulama-ulama melakukan penterjemahan kitab-kitab Arab ke bahasa
Melayu.
Kemunculan golongan intelektual Melayu
Mereka berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dlm bidang agama dan falsafah
Kelahiran naskhah-naskhak Melayu / Manuskrip Melayu
Naskhah2 yg dihasilkan merangkumi segala aspek kehidupan spt perubatan, ilmu falak,
undang2, pemerintahan, pertanian dsb

d. Komunikasi
Ianya terjalin melalui hubungan perdagangan, diplomatik dan budaya
Komunikasi ini banyak diasaskan oleh polisi pemerintah sehingga terjalin interaksi
antara rumpun Melayu.
Pemerintah kerajaan Melayu turut berinteraksi dengan tamadun lain termasuk
Eropah. Buktinya ada surat yang melibatkan komunikasi antara raja-raja Melayu
dengan pihak kerajaan British.
e. Sastera
Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi
Prosa karya dlm bentuk karangan utk menjelaskan sesuatu
Puisi karya yang memaparkan kemahiran bahsa dan penggunaan kata
Penulisan sastera meliputi bidang kenegaraan, pemerintahan, agama Islam,
undang-undang dll
f.

Kemahiran Pembuatan
Masyarakat Melayu terkenal dengan kemahiran pembuatan barang keperluan yang
dipenuhi dengan ciri agama dan nilai estetika.

Akidah Islam
Bergotongroyong

Ketaatan kepada
Sultan

Berpegang
kepada Adat

Bermuafakat

Berbudi Bahasa
& Sopan Santun

Pandangan Semesta
(Nilai-nilai) Tamadun
Melayu

Bertimbang rasa

Memuliakan
Orang Tua

Mengutamakan
Kekeluargaan dan
Silaturahim
Meraikan
Tetamu

Saling Menghormati

PENCAPAIAN
DALAM PELBAGAI
BIDANG

Persuratan

Kesenian

Sains dan Teknologi

Persuratan

Sebelum
Islam

Selepas
Kedatangan
Islam

Bentuk sastera lisan dan hikayat spt cerita


mitos Puteri Santubong, cerita lagenda
Mahsuri, cerita mergastua Sang Kancil.
Pantun, gurindam, seloka dll.

Sastera kitab Sharabul Ashiqin karya Hamzah


Fansuri
Sastera kenegaraan Tajul Salatin karya Bukhari
al-Jauhari
Historiografi Sulalatul Salatin karya Tun Sri Lanang
Astronomi Ilmu Falak karya Syeikh Ahmad al-Fatani
Matematik Raudat al-Hussab fi Amal al-Hisab karya
Syeikh Ahmad Abdul latif al-Khatib

Tari

Kulinari

Tenun,
sulaman,
anyaman

Muzik

Kesenian
Ukiran dan
Khat

Pertukangan

Bela diri

Teknologi
Pertanian

Sains
Ukuran,
Timbangan
dan Sukatan

Sains
dan
Teknologi

Teknologi
Tekstil dan
warna

Teknologi
Alam
Bina

You might also like