You are on page 1of 13

1.

3 ASAS PENGGUBALAN
KSSR
1.4 BENTUK KSSR
Kumpulan 1 : Aiman, Gordon, Izriq &
Ramli

1.3 ASAS PENGGUBALAN


KSSR

Dalam merangka Kurikulum Standard


Sekolah Rendah, beberapa teras utama
telah dijadikan asas dalam menggubal
sebuah kurikulum yang holistik dan
mapan.
Antara teras-teras utama yang dijadikan
asas dalam pembangunan kurikulum di
bawah KSSR termasuklah:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Rancangan Jangka Panjang
Cabaran Abad ke-21
Model Baru Ekonomi
Teori Pembelajaran (terkini)
4 Tonggak UNESCO
1.
2.
3.
4.

Belajar untuk
Belajar untuk
Belajar untuk
Together)
Belajar untuk

Mengetahui (Learn to know)


Bertindak (Learn to Do)
Hidup Bersama (Learn to Leaving
Membentuk Peribadi (Learn to Be)

Selain itu, dalam menggubal KSSR,


beberapa prinsip utama turut digunakan
dalam menggubal sebuah kurikulum
yang mampu melahirkan insan yang
seimbang dan holistik.

Secara prinsipnya juga, KSSR telah


mengekalkan kesemua prinsip KBSR.
Antara prinsip yang dijadikan asas dalam
menggubal KSSR termasuklah:

Pendekatan Bersepadu: Tumpuan utama diberikan


kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan
supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu Pengetahuan :Mengetahui asas sejarah perkembangan
negara
Kemahiran :Mengaplikasi Kemahiran Pemikiran
Sejarah
(KPS)
Nilai:Menerapkan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh: KSSR


digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara
bersepadu.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan intelek,
emosi dan sosial kepada setiap individu murid.

Intelek : Memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan


kesinambungannya dalam kehidupan masa kini.
Emosi : Mewujudkan keterikatan emosi kepada negara (dimensi
ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan).
Sosial : Mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara
masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan nasional.

Pendidikan Saksama untuk Semua


Murid: KSSR memberi peluang yang
luas dan saksama kepada semua murid
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
yang menyeluruh dan seimbang.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan
mata pelajaran teras bagi murid-murid
Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh semua
individu murid.

Pendidikan Seumur Hidup: KSSR


menyediakan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan oleh semua murid sebagai
asas untuk menghadapi cabaran kehidupan
seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
merupakan satu alat berfikir yang mampu diamal
dan diaplikasikan sepanjang hayat dalam
memahami dan menilai setiap peristiwa
bersejarah dalam kehidupan.

1.4 BENTUK KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah


menggunapakai konsep tunjang yang
merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini
berfokus kepada pembentukan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohami, emosi,
jasmani dan sosial.
ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah
KSSR yang mewakili bidang ilmu, kemahiran dan
nilai yang menjadi asas kepada pembangunan
insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

1. Tunjang Komunikasi: Tunjang Komunikasi


memberi penekanan kepada proses
menggabung jalin kemahiran berbahasa
dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi.
2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika: Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika memberi penekanan kepada
perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

3. Tunjang Kemanusiaan: Tunjang


Kemanusiaan memberi penekanan kepada
penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan.
4. Tunjang Keterampilan Diri: Tunjang
Keterampilan diri memberi penekanan kepada
pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

5. Tunjang Sains dan Teknologi: Tunjang


Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada
penguasaan:

Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;


Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik;
Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai:


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi
penekanan kepada bidang pembelajaran yang
berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai.

You might also like