You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK


Syukur Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
projek subjek Literasi Nombor ini di bawah bimbingan En. Ab. Razak bin Salleh pada masa
yang telah ditetapkan dengan baik dan sempurna.
Tugasan ini bermula pada 12 Mac 2015 dan tamat pada 09 April 2015. Dalam
tempoh masa yang diberikan, saya telah membuat yang terbaik dengan segala usaha dilipat
gandakan demi menghasilkan satu projek yang terbaik bagi tugasan kali ini. Tugasan kali ini
memerlukan saya untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan dan satu minuman
bagi satu syarikat makanan dan minuman bersempena pertandingan yang dianjurkan oleh
syarikat terbabit.
Dalam tugasan ini, saya telah membahagikan tugas bersama rakan saya dimana
saya berperanan dalam menghasilkan pembungkus makanan manakala rakan setugas
saya, Luqman Hakim bin Mokhtar pula menghasilkan pembungkus minuman. Pelbagai
sumber telah saya jadikan rujukan sepanjang menjalankan tugasan ini seperti daripada
sumber internet khususnya kerana di internet terdapat contoh-contoh rekaan pembungkus
makanan dan minuman yang dihasilkan oleh pereka di seluruh dunia. Kemudian, saya juga
telah membuat rujukan daripada bahan ilmiah seperti buku-buku seni origami agar saya
mendapat idea yang lebih kreatif dan inovatif bagi mereka bentuk pembungkus makanan ini.
Kekuatan-kekuatan yang telah saya pelajari dalam menjalankan kerja kursus ini ialah
seperti mempelajari kemahiran penganggaran, pengiraan mental, penyelesaian masalah,
ukuran dan ruang dan bentuk. Selain itu, saya juga mempelajari ukuran-ukuran piawai dan
juga ukuran imperial. Oleh yang demikian, segala yang saya terima semasa kuliah telah
diaplikasikan sepanjang menjalankan tugasan projek ini.
Justeru, tugasan ini amat membantu saya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan
saya mengenai topik-topik yang dipelajari dalam subjek Literasi Nombor. Buktinya, saya
telah mereka sendiri pembungkus makanan saya berdasarkan ukuran dan bentuk yang
diilhamkan berdasarkan rujukan dan pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, kemahiran
dalam mengukur dengan tepat dan ketelitian amat penting agar bentuk dan pembungkus
makanan yang dihasilkan cantik dan kemas. Oleh itu, saya amat berkeyakinan untuk
mempersembahkan hasil pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan kepada
penilai sesebuah syarikat pemakanan tersebut.

Kekuatan daripada segi bentuk projek pula, bentuk yang saya pilih bagi pembungkus
makanan dan minuman adalah daripada bentuk-bentuk asas kerana mudah untuk diacu dan
tidak memerlukan kos yang banyak selain mudah disusun apabila dalam kuantiti yang
banyak. Berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kelas, saya telah memilih bentuk segi
empat tepat bagi pembungkus makanan dan segi empat sama bagi pembungkus minuman.
Walaubagaimanapun, saya telah mengambil langkah proaktif iaitu dengan mendekorasi
pembungkus makanan saya dengan corak yang berwarna-warni. Hal ini kerana saya lebih
memberi fokus kepada pengguna kanak-kanak berbanding dewasa. Pada masa yang sama,
bijirin ini amat berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran.
Disebalik kekuatan-kekuatan sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat juga
kelemahan yang harus dibaiki bagi memastikan tugasan akan datang dapat dihasilkan
dengan baik dan lancar. Contohnya, semasa menghasilkan bentuk pembungkus makanan
dan minuman, saya telah membuat beberapa kali ukuran dan potongan bahan-bahan bagi
mendapat bentuk yang kemas dan cantik. Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya,
kerana saya tetap mencuba sehingga mendapat yang terbaik sehingga memuaskan hati.
Saya berasa sangat berpuas hati dan gembira apabila ditugaskan untuk
menjalankan projek sebegini kerana otak saya dapat dijana agar berfikir lebih kreatif dan
kemahiran tangan saya juga dapat dididik iaitu kemahiran motor halus. Saya berharap
tugasan sebegini akan diteruskan lagi untuk generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan ini berjalan dengan
baik dan besar harapan saya tidak lain tidak bukan agar dapat bersama-sama sahabat yang
lain memperoleh kejayaan sebagai seorang guru kelak. Kami berharap agar memperoleh
markah yang tinggi pada tugasan ini. Mohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku dan
saya ucapkan ribuan terima kasih.

You might also like