You are on page 1of 17

HORTIKULTUR

HIASAN
Bekas Tanaman Dan
Medium Penanaman

Bekas Tanaman
Tujuan menanam dalam bekas ialah;

untuk memudahkan tanaman diangkut dari satu tempat


ke suatu tempat
untuk kegunaan dan susunan dalam bangunan
menyenangkan penjagaan

Bekas menanam diperbuat daripada berbagai bahan;


bentuknya juga pelbagai sesuai dengan tumbuhan dan
lokasi, di samping bekas itu menjadi daya tarikan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih
bekas:

mempunyai lubang saliran


tidak mudah pecah
ringan
mudah dibersihkan
kemas dan menarik
murah
mudah diperolehi

Pasu tanah liat

jenis berkilau lebih cantik


tidak berkilau lebih baik kerana mempunyai dinding yang poros
(membenarkan pertukaran udara dan gas di antara medium dgn
atmosfera) dan membolehkan pengaliran keluar air yang berlebihan.
Kebaikan pasu tanah liat:

warna dan bentuk lebih semulajadi


tidak mudah menyimpan haba lebih sejuk untuk tumbuhan.
terdapat banyak di pasaran dan murah

Kelemahan:

berat
mudah pecah
mudah kotor ditumbuhi lumut.

Pasu plastik

Didapati dalam berbagai bentuk, saiz dan warna.


sering digunakan oleh penjual tumbuhan nurseri / lanskap
Kelebihan:
lebih ringan
mudah dicudi
tidak mudah pecah

Kekurangan:

lebih mahal
tidak tahan lasak
warna boleh berubah - pudar

Bekas daripada logam

Jarang digunakan kerana harga mahal


Bekas logam (aluminium) sesuai kerana ringan dan tahan
karat.

Bekas daripada kayu dan papan

Biasa digunakan untuk pokok-pokok lebih besar.


Papan mesti diawet terlebih dahulu.
Kelebihannya ialah ia tidak menyimpan haba
Kelemahannya; mudah reput, berat, senang diserang anai- anai.

Beg politena

Diguna sebagai bekas menanam sementara.


Terdapat dalam berbagai saiz dan ketebalan.
Warna hitam dan putih
Kebaikan:

sangat murah
ringan
mudah lentur
terdapat dalam banyak saiz

Kelemahan:

mudah koyak
susah berdiri tegak, mudah tumbang
akar pokok mudah tercedera semasa pemindahan

Penyediaan pasu sebelum


digunakan
Pasu baru

Perlu dibersihkan dengan air bersih sebelum


digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan
bahan kimia.
Pasu tanah liat perlu direndam semalaman
supaya liang romanya dipenuhi air.

Pasu terpakai

bersihkan dan buang semua kotoran


Pasu tanah liat terpakai; bersihkan dan
rendam semalaman dalam larutan 10%
formalin untuk membunuh mikroorganisma,
mengeluarkan gas-gas dan bahan kimia
beracun yang terdapat dalam liang roma pasu

Medium penanaman
Tanah atas:
o Sebaik-baiknya diambil dari tanah hutan
o Ambil kira-kira 15cm dari permukaan atas, keringkan
tanah itu ditempat yang redup, ayak dan buang semua
kotoran / sampah / akar rumput.
o Sekiranya tiada tanah hutan, boleh gunakan tanah-tanah
berumput.
gali sedalam 15cm.
keringkan dengan cara meletakkan bahagian berumput di
sebelah bawah.
Setelah kering, ayak untuk membuang akar-akar rumput

o Fungsi tanah kepada tumbuhan;


memberi sokongan kepada akar pokok.
membekalkan nutrien dan unsur makanan (NPK)
air
udara (O2) untuk akar

Struktur dan tekstur tanah.


Komponen penting tanah
mineral
bahan organik
air,
udara

Struktur tanah ialah peratus mineral, bahan


organik, air dan udara di dalam tanah.
Struktur tanah akan berubah apabila %
keempat-empat bahan tersebut berubah.
perubahan struktur mempengaruhi kesuburan tanah
elakkan mengerjakan tanah ketika basah kerana
akan merosakkan struktur dan menyebabkan tanah
tidak subur lagi.

Mineral tanah terdiri daripada butir pasir, kelodak dan liat.


Butiran pasir 0.1 1.0mm.
daya pegangan air dan nutrien rendah.
saliran dan pengudaraan baik

kelodak 0.002 0.05mm


daya pegangan air yang baik

butiran liat kurang daripada 0.002mm


mempunyai daya pemegangan nutrien yang baik dan sukar melepaskannya.

% pasir, kelodak dan liat akan menentukan tekstur tanah.


tanah pasir
tanah liat
tanah peroi

Struktur dan tekstur tanah adalah sifat fizikal tanah yang


memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kesuburan sesuatu tanah.
Struktur dan tekstur tanah yang baik memberikan pertumbuhan tumbuhan
yang baik.
Struktur dan tekstur tanah yang tidak baik boleh diperbaiki dengan
penambahan bahan organik.
Sifat kimia tanah juga akan menentukan kesediaan nutrien untuk diserap
oleh tumbuhan keasidan dan kealkalian tanah.

Tanah Yang Baik Untuk Penanaman


Cara mudah menguji tekstur tanah ialah merasa
dengan hujung dua jari.
Tekstur kasar menunjukkan tanah mengandungi butiran pasir
ysng tinggi
Tekstur berlempung (liat) adalah licin dan melekit.
Tekstur tanah peroi tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus
baik untuk tanaman

Saliran sesuatu tanah boleh diketahui dengan cara;


gali lubang sedalam lebih kurang 1 meter.
isikan dengan air
jika air kering dalam masa 1 2 jam menunjukkan tanah
tersebut mempunyai saliran yang baik.
jika air kering dalam masa 24 jam menunjukkan saliran
tanah tidak baik.

Membaiki struktur tanah


campurkan dengan bahan organik .
Kelebihan bahan organik ialah boleh membaiki daya
pemegangan air dan kadar pertukaran kation tanah

Campurkan dengan kompos


Dihasilkan dengan mereputkan (reput sepenuhnya)
sisa-sisa tumbuhan, sisa buangan dapur dan
haiwan.
Kompos yang cukup reput berwarna perang dan
kurang berbau.
Kelebihannya sama dengan bahan organik.
Sangat baik untuk tumbuhan berbunga dalam pasu

Tanah gambut
o Terhasil daripada sisa-sisa tumbuhan yang tidak
reput sepenuhnya dan ditenggelami air.
o Terdapat di tepi-tepi laut, sungai dan paya
sehingga beberapa meter dalam.
o Keadaannya berasid dan tinggi kandungan
niterogen.
o Ambil tanah permukaan, keringkan di tempat
teduh, ayak dan tabur kapur.

Bahan organik
o Najis haiwan (lembu, kambing, kerbau, ayam dll).
o Hendaklah benar-benar reput sebelum digunakan.
o Daun-daun reput
Daun-daun dan dahan tumbuhan hendaklah dicincang halus dan
campurkan dengan tanah pasu.
Sampah-sampah lain juga boleh dikumpulkan di tempat redup
dan dibiarkan reput sebelum digunakan.

o Kompos
Dihasilkan daripada pemeraman sisa tumbuhan dan haiwan.

Pasir
Pasir yang baik ialah berstruktur kasar dan pasir sungai.

Abuk papan
Sekam padi
sabut kelapa
Perlit
Vermikulit

Panduan memilih medium yang sesuai:


ciri-ciri fizikal medium hendaklah baik;

daya memegang air


kadar penyerapan air ke dalam bahan
kadar pembebasan air kepada tumbuhan
% ruang udara
berat bahan

ciri-ciri kimia;

kandungan garam terlarut rendah


baja mudah diambil oleh tumbuhan
kadar pertukaran kation yang tinggi
pH yang sesuai

tidak terdapat agen perosak dan penyakti


kualiti bahan dan kemudahan pengurusan;
mudah diperolehi
boleh diguna bila-bila masa
tidak berubah bentuk

faktor ekonomi
harga murah
kos penyediaan rendah.

Campuran memasu:

Campuran memasu yang biasa digunakan


ialah campuran memasu John Innes (JIP):

7 bahagian tanah loam (peroi)


3 bahagian bahan organik
2 bahagian pasir sungai
Untuk setiap 1.0m padu campuran, tambahkan
4.2kg baja tulang (Malameal atau Gromeal) dan
2.7kg kapur Magnesium.
Atau
3 : 2 : 1 jika tanah peroi mengandungi butiran liat
yang tinggi.

Campuran memasu yang baik:

Memberi sokongan yang baik kepada akar pokok


Membekalkan nutrien yang mencukupi
Mempunyai saliran yang baik
Mempunyai pengudaraan yang baik

SEKIAN.

You might also like