You are on page 1of 5

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

61
6.3.3 Sumber literatur
Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumberperpustakaan
termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal,laporan tesis dan penyelidikan,
akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumatyang diperolehi akan dapat membantu dan
menyokong keperluan penyelidikan.Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam
serta dapat menjelaskanisu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli
mengikut gayadan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association )
atauMLA
6.3.4 Subjek Kajian
Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia,peristiwa ,
konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji.Sampel
merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individuyang terlibat secara
langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruhpopulasi dalam sebuah kelas. Contoh
subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada
populasi sebuah sekolah. Strategipemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan
penyelidik mensasarkanteknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang
dipilihsama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripadapopulasi. Saiz
sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik.
6.3.5 Merancang pelan tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Inimerangkumi
menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalahyang ingin
diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asaspemikiran atau teori
dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.
6.3.6 Melaksana pelan tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secaraterperinci.
Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
62
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian
danmenganalisis data.
6.3.7 Mengumpul data
Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakanuntuk
mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidikatau eksperimen.
Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dankemahiran penyelidik.
Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuantriangulasi.
6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data
Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakahperisian SPSS
digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinyadengan lengkap. Terdapat
perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantungkepada sama ada penyelidikan yang
dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif ataukuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk
kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu jelaskan perinciannya.

6.3.9 Jadual Kerja


Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankanmengikut jadual
dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti
berikut:BIL AKTIVITI TARIKH1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb

Mac2 Menulis proposal kajian April3 Merancang tindakan April4 Melaksanakan tindakan 1 2

31 Mei5 Analisis tindakan 1 4

6 Jun6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahantahun5

8 Julai7 Melaksanakan tindakan 2 1

30 Ogos

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)


63
8 Analisis tindakan 29 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10

12 Oktober10 Refleksi kajian 15 Oktober11 Menulis laporan kajian


Jadual 1 Contoh jadual kerja
6.3.10 Perbelanjaan
Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dantindakan yang
akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan
perbelanjaan.BIL BAHAN KOS (RM)1 Kertas A4 (5 rim) 50.002 Bahan cetakan riso 50.003 Dak
wat setakan komputer 150.004 Lain-lain 50.00JUMLAH RM300.00
Jadual 2 Contoh perbelanjaan
6.3.11 Sumber rujukan
Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumberrujukan yang
telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkanpembaca membuat rujukan
berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan oranglain atau penulis asal bahan rujukan. Ia
juga merupakan satu cara menunjukkan bahawapenyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang

dikemukakan di samping untukmengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis


mengikut gaya danformat APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.
6.3.12. Reka bentuk ujian
Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yangdigunakan itu
merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) ataukuantitatif (korelasi, expostfacto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)


64
eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikaneksperimental ,
nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan

You might also like