You are on page 1of 4

SMK SERI MAHKOTA

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA CIPTA


Bil 1 Tahun 2015
Tarikh

: 19 Januari 2015

Masa

: 3.00 petang hingga 3.45 petang

Tempat

: Bengkel Reka Cipta

KEHADIRAN
1.
2.
3.

Pn. Marlina Johari


Pn Siti Radziah Azit
Pn Noor Azalina Abd Razak

1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1

GKMP Teknik dan Vokasional


Ketua Panitia (KP)

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para guru ke mesyuarat yang pertama dan


dimulakan dengan surah Al-Fatihah.

2.0

UCAPAN GKMP
2.1

Pn. Marlina mengucapkan tahniah kepada guru-guru Reka Cipta kerana Berjaya
membantu pelajar pelajar menyiapkan Projek Rekacipta bagi SPM tahun 2014.
Tindakan: Makluman

2.2

Pn Marlina memperkenalkan Ketua Panitia Reka Cipta yang baharu iaitu Pn Siti Radziah
Azit .
Tindakan: Makluman

2.3

Pn Marlina turut memberi peringatan kepada para guru untuk membuat Perancangan
Strategik yang berkesan dan mengadakan aktiviti/program mengikut kelompok pelajar.
Tindakan: Makluman

2.4

Beliau juga mengingatkan bahawa tarikh penghantaran buku rekod mengajar yang
lengakap dengan huraian dan sukatan pelajaran yang terkini perlu dihantar pada 24
Januari 2015.
Tindakan:
Makluman
1

2.5

Beliau juga mengingatkan supaya para guru perlu mengisi nama dan TOV pelajar di
bahagian belakang buku rekod mengajar.
Tindakan: Makluman

2.6

Pn Marlina juga berharap supaya guru-guru yang akan menghadiri mana-mana kursus
perlu juga membuat rancangan pelajaran dan menyediakan latihan kepada pelajar serta
mengisi buku daftar kursus di pejabat dan menyediakan minit curai selepas menghadiri
kusus.
Tindakan: Makluman

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


Disahkan oleh : Pn Siti Radziah
Disokong oleh : Pn Noor Azalina
Tindakan: Makluman

4.0

PERBINCANGAN PROFESIONAL
4.1
Perancangan Strategik 2015
Bagi meningkatkan lagi peratusan mata pelajaran Reka Cipta beberapa strategi telah
dirancang antaranya:
a)

Bengkel / teknik menjawab Kertas Reka Cipta SPM


Selepas mendapat soalan daripada pihak lembaga peperiksaan barulah para
pelajar diterangkan teknik untuk menjawab soalan. dan bengkel ini akan dibuat

b)

c)
d)
e)
f)

dari masa ke semasa mengikut kelas dan kelompok tertentu.


Kelas bimbingan berkelompok
Kelas ini akan dibuat dari masa ke semasa mengikut kelas. Setiap kelas
dibahagikan kepada kelompok tertentu.
Kelas intensif individu SPM
Khusus kepada pelajar yang lemah (kelas tambahan)
Bengkel semasa cuti mengikut topik. Target utama kepada pelajar yang
bermasalah
Bengkel Penyediaan Folio dan Projek Reka Cipta 2015 dan 2016
Tindakan: Makluman
Membuat lawatan ke Bengkel Rekacipta sekolah yang lain bagi mengetahui cara
dan corak Pembelajaran dan Pengajaran Reka Cipta.
Tindakan: Makluman
2

g)

Pelajar tingkatan 5 akan diberi modul Reka Cipta supaya pelajar dapat mengenal
bentuk dan soalan SPM Reka Cipta.
Tindakan: Makluman

4.2

Pengurusan stok dan bekalan


4.2.1

Pn. Marlina memberitahu PCG tahun ini boleh digunakan untuk beli bahanbahan bantu mengajar (BBM) untuk projek Reka Cipta.

4.2.2 Beliau juga mengingatkan guru guru supaya membuat pembelian menggunakan
PCG pada awal tahun.
Tindakan: Makluman
4.3

Penentuan Sasaran
Panitia menetapkan bagi tahun 2015 setiap pelajar mestilah sekurang-kurangnya
mencapai B+ dalam SPM 2015.
Tindakan: Makluman

4.4

Sukatan Pelajaran, Huraian dan DSKP


4.4.1

Bahan-bahan di atas hendaklah disediakan pada minggu ketiga dan guru-guru.

4.4.2

Bagi Ketua Panitia pula bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan


Tahunan.
Tindakan: Makluman

4.5

Minggu Teknik Vokasional


Pn Marlina meningatkan guru-guru supaya mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan dalam minggu tersebut.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1

Pn Siti Radziah berharap pihak sekolah dapat mengurangkan jumlah pelajar di dalam satu
kelas Reka Cipta bagi memudahkan pengurusan semasa berada di bengkel.

5.2

Guru-guru Reka Cipta berharap supaya di berikan kursus bagi memantapkan lagi proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Tindakan : Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang

You might also like