You are on page 1of 1

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
kemajuan negara.
Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan ekonomi
sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam kategori
kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada sumber alam semula
jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan
sebagainya.
Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada
kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan mentah diproses menjadi barang siap
atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan
pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan,
kewangan, pelancongan dan sebagainya.
Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai, kerani dan
sebagainya.
Sumber: Bumi Gemilang

You might also like