You are on page 1of 3

Bahagian C

(a) Terangkan ciri-ciri Banjaran Titiwangsa di


Semenanjung Malaysia
(b) Jelaskan potensi Banjaran Titiwangsa kepada
pembangunan negara
(a) Terangkan ciri-ciri Banjaran Titiwangsa di Semenanjung
Malaysia
Banjaran Titiwangsa merupakan banjaran terpanjang di
Malaysia. Panjang banjaran ini kira-kiranya 480km dan
ketinggiannya antara 900 meter hingga 2100 meter dari aras
laut. Banjaran Titiwangsa juga dikenali sebagai Banjaran Besar.
Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai tukang belakang
Semenanjung Malaysia yang memisahkan pantai barat dengan
pantai timur Semenanjung. Banjaran Titiwangsa menganjur dari
sempadan Thailand ke Negeri Sembilan di selatan. Banjaran ini
menjadi legeh badi sungai-sungai utama di semenanjung
Malaysia seperti Sungai Perak, Sungai Pahang dan Sungai
Kelantan. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu
Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
(b) Jelaskan potensi Banjaran Titiwangsa kepada pembangunan
negara
Banjaran Titiwangsa mempunyai banyak potensi untuk
pembangunan negara. Antaranya, Banjaran Titiwangsa boleh
dijadikan kawasan tadahan yang penting dalam menjamin sumber
bekalan air untuk kegiatan domestic, pertanian, perindustrian dan
perlombongan. Banjaran Titiwangsa juga dapat menjana kuasa
hidroelektrik. Stesen janakuasa hidroelektrik digunakan untuk
membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian.
Selain itu, tanah tinggi di Banjaran Titiwangsa juga dapat dijadikan
tempat pelancongan. Suhu nyaman di tanah tinggi berbanding
kawasan bandar berjaya menarik ramai pelancong luar dan tempatan.
Permandangan hijau di persekitaran kawasan kunjungan seperti
Genting Highlands dan Cameron Highlands sungguh indah sekali.
Akhir sekali, kawasan Banjaran Titiwangsa juga dapat dijadikan
kawasan pertanian.Sayur-sayuran, bunga serta pelbagai jenis bunga
yang memerlukan suhu yang rendah untuk tumbuh.Oleh itu, terdapat
banyak kawasan kawasan seperti Cameron Highlands and Kundasang
amat sesuai untuk dijadikan kawasan
Faktor pertanian.
/ Huraian

You might also like