You are on page 1of 2

Konsep & Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan PT3 Geograf

Takrifan Kegiatan Ekonomi (Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan)

Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud
kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis
kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang. Antaranya
adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik
Publications Sdn Bhd.

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/konsep-dan-takrifan-kegiatan-ekonomi-
tugasan-geografi-pt3.html#axzz3eGXR2Fyd

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau
keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi
bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang,
dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian,
perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan
mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam
bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan
ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam


pembangunan dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer,


kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini
berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk


dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara
langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.

Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang,


pembalak dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan


lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan
mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan
ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan
sebagainya.

Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan,


perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.

Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja,
pekedai, kerani dan sebagainya.

Sumber: Bumi Gemilang

http://babab.net/out/pt3-geografi-konsep-dan-takrifan-kegiatan-ekonomi.html

Konsep & Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan PT3 Geografi

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh


mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata
lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh
mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di
Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor Primer, Sekunder dan
Tertier (1 Markah). Contoh sektor sekunder melibatkan aktiviti pertanian, perikanan,
perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Sektor sekunder pula ialah
aktiviti perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1
Markah) sementara sektor tertier melibatkan aktiviti Pelancongan, Pendidikan,
Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).

http://babab.net/out/definisi-takrifan-kegiatan-ekonomi-tugasan-geografi-pt3-
2015.html

1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan
manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan
ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan,
pertanian dan perindustrian.
Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik
Publications Sdn Bhd.

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-


aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan
perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

http://pingmerah.blogspot.com/2015/06/konsep-takrifan-dan-contoh-borang-soal-
selidik-geo-pt3.html

You might also like