You are on page 1of 3

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief)


Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat
atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu
atau lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Sutera Saring


Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di
atas pemidang
kayu.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis
cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar


Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan
seakanakan lukisan
pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)


Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan,
dakwat atau pewarna di
atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula
dakwat atau warnanya
di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada
plat logam atau
kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.

Contoh cetakan jenis ini ialah:


(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

You might also like