You are on page 1of 1

NAMA: TING KING YI

Soalan: Pilih satu jenis cetakan dan huraikan alat & bahan serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya-karya itu.

Jawapan:

Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang


timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah cetakan lino,
cetakan blok kayu, cetakan timbul, kolograf dan kolaj. Bahan-bahan yang digunakan dalam
seni cetakan timbulan ialah kepingan linolium dan blok kayu. Setersnya, bahan yang
mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas kadbod untuk
diletakkan warna cetakan ke atas cetakan kolograf dan kolaj. Set alat ukiran juga digunakan
untuk mengukir imej yang dikehendaki. Penggelek warna digunakan untuk meratakan warna
pada blok yang hendak dicetak. Selain itu, kepingan kaca digunakan untuk menggelek
warna dan meratakan warna. Dakwat cetakan lino atau blok kayu adalah untuk
mendapatkan imej yang dikehendaki. Minyak linsid adalah untuk mencairkan dakwat
cetakan. Akhir sekali, 'newsprint' adalah untuk mendapatkan imej cetakan.

Proses pertama penghasilan cetakan blok kayu ialah selepas melakar di atas
sekeping blok kayu, alat pengukir digunakan untuk mengukir corak atas lakaran pada blok
tersebut. Seterusnya, bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat.  Ia
akan meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula
akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek. Dakwat akan digelek
dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek berdakwat itu
akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir. Sehelai kertas akan diletak di
atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan
dakwat.  Kertas diangkat daripada blok kayu.  Kesan cetakan terhasil.  Bahagian yang timbul
pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong.  Jika
menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk
setiap warna. 

Proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu ialah mengukir imej pada
permukaan blok kayu. Seterusnya, menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang
telah diukir dan Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudut untuk
memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan. Bagi proses cetakan timbulan
menggunakan blok atau kepingan linoleum ialah mengukir atas blok atau kepingan linoleum
menggunakan pisau pengukir. Seterusnya, menggelek dakwat pada permukaan linoleum
dan cetakan dapat dihasilkan.

You might also like