You are on page 1of 27

RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

TAJUK 5

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN UJIAN

Sinopsis
Peringkat selepas pengubalan soalan ialah mentadbir ujian calon. Ini
mencakupi persediaan bilik peperiksaan,mengedarkan kertas soalan dan
jawapan, memungut kertas jawapan dan menyimpan dan menyerahkan
kertas jawapan kepada pemeriksa. Tajuk ini secara khususnya akan
menerangkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan membincangkan
tentang

penyelarasan

pemarkahan,

pemeriksaan

skrip

jawapan,

penyelarasan dan penilaian markah ujian.

Hasil Pembelajaran
Di akhir tajuk ini, anda akan dapat:
1.

Membincangkan langkah pentadbiran ujian

2.

Membincangkah

perkara-perkara

yang

perlu

diberikan

semasa mentadbir ujian


3.

Menyelaraskan pemarkahan jawapan ujian dan markah ujian

4.

Membuat penilaian terhadap markah ujian.

perhatian

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

5.1

Kandungan Isi
Pentadbiran Ujian
A.

Arahan Ujian
Arahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas
dan kedua arahan dalam kertas soalan.
Arahan yang diberikan dalam kertas soalan:

Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas


jawapan yang disediakan

Masa peperiksaan 2 jam 30 minit

Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan

Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Arahan Ketua Pengawas:


Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon;
i.

Sebelum peperiksaan bermula.


Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan
duduk dimeja yang telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak
melakukan sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru
jjawapan atau berbincang dengan calon lain.Seterusnya calon
diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti
k/pengenalan dan angka giliran. Kemudian ketua pengawas
mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan
supaya tidak ada sebarang kecacatan, seperti bilangan muka surat
mencukupi,mendapat kertas soalan peperiksaan yang sepatutnya
dan percetakan yang jelas.

ii.

Semasa mula menjawab soalan


Apabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan
memberikan arahan supaya calon mula menjawab dan memberi
tahu masa tamat menjawab soalan.
4

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

iii. Sebelum tamat masa menjawab


Lima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas
perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk
calon menjawab soalan.
iv. Selepas tamat masa menjawab
Ketua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab
soalan dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila
masa menjawab tamat.Ketua pengawas mengarahkan semua calon
duduk ditempat masing-masing sehingga semua kertas jawapan
dikutip.
B. Suasana di bilik peperiksaan
Menurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda
amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi peluang
menjawab dengan sebaik-baiknya. Oleh itu guru perlu memberikan
tempat peperiksaan yang tidak menganggu tumpuan calon semasa
menjawab. Ini termasuklah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang
sesuai.
C. Jarak tempat duduk calon
.

Kedudukan tempat duduk dan meja calon perlu dijarakkan sedikit antara
kedudukan tempat duduk calon dihadapan dan belakang seta di kiri dan
kanan calon. Ini bagi mengelakkan calon daripada meniru jawapan calon
lain dan ini juga bagi memudahkan pergerakan pengawas peperiksaan.
Lain-lain aspek yang perlu diberikan perhatian oleh ketua pengawas dan
pengawas peperiksaan termasuklah mengawasi pergerakan keluar
masuk calon semasa peperiksaan seperti ke bilik air. Amaran kepada
calon tentang melanggar peraturan peperiksaan seperti meniru atau
berbincang.

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

5.2

Pemeriksaan Kertas Jawapan


A.

Skema Pemarkahan
Skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru
selaras

dengan

penyediaan

soalan.

Ini

bagi

membantu

guru

mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, soalan yang perlu diperbaiki


atau tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang diperolehi
oleh calon adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang
diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh
cara pemarkahan oleh pemeriksa.
Penyediaan skema pemarkahan
a. Skema pemarkahan Holistik
Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah
kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan
berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi
(impression).
Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca
terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian
mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum
menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Calon bebas
memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng daripada kehendak
soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang
berpengalaman

dan

benar-benar

menguasai

mata

pelajaran

berkenaan.
Kelebihan skema ini, pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih
cepat.

Namun

kekurangannya

ialah

kurang

objektif.

Untuk

meningkatkan keobjektifannya dibuat penyelarasan markah antara


pemeriksa. Dalam mesyuarat ini ketua pemeriksa akan memberikan
panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan daripada
pemeriksa.
6

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

b. Skema Pemarkahan Analitik


Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk
esei secara lebih terperinci yang nmana markah diberi berdasarkan
kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan,
pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Pemarkahan secara analitik
adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Ini kerana skema yang
lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang lama dalam penandaan.
Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan
berbentuk esei:
Tahap
1
2
3
4
5
6
7
8

B.

Langkah-langkah
Memahami kehendak soalan
Menyediakan skema pemarkahan
Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan
Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan
Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu
Memeriksa jawapan sehingga selesai
Mengelak daripada mengenali nama calon
Memberikan ulasan pada kertas jawapan

Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan


Perlu

dilakukan

apabila

melibatkan

pemeriksa

lebih

daripada

seorang.calon. Penyelarasan dibuat sebelum pemeriksaan kertas


jawapan dimulakan. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa
beberapa

contoh

jawapan

dan

membandingkannya

dengan

pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa.


Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara
pemeriksa. Setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan
esei, ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas
jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-pemeriksa lain untuk
memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.
7

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

C.

Penyelarasan Markah Ujian


Dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar
jangkaan. Kadangkala markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu
ramai pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. Penyelarasan
pemeriksaan skrip ini diharap dapat membantu pemeriksa memberi
markah yang lebih adil kepada calon.
Langkah penyelarasan markah ujian
Sebagai contoh, dalam satu ujian RBT, markah yang diperolehi pelajar
ialah antara 36 dan 78. Sebagai guru anda ingin membuat pertimbangan
agar ada calon yang mendapat markah A dalam ujian ini. Untuk
mendapat markah A calon perlu mendapat markah 80 dari 78.
Keputusan untuk memberi gred A kepada pelajar yang mendapat
markah 78 terpulang kepada anda sebagai guru.Pertambahan 2 markah
perlu bagi membolehkan pelajar mendapat A. Dalam masa yang sama
anda ingin membantu pelajar pelajar yang mendapat markah 36 untuk
mendapat gred lulus 40.
Formula pengiraannya ialah:
y = mx + c
Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar.
Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi
Melalui formula:
m = (MA ML)/ (MPA MPL )
c = MA - m MPA
Di mana MA

ialah markah minimum untuk gred A, M L ialah markah

minimum untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin
diberi gred A dan MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi
gred lulus.

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang


diberikan kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/
variasi keputusan ujian. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan
markah kurang daripada 1, varians markah baru akan lebih rendah
daripada varians markah asal. Misalnya jika nilai kecerunan persamaan
perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan
menjadi (0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asas.
5.3

Penilaian
Markah yang diperolehi oleh oleh calon adalah dalam bentuk kuantitatif. Guru
perlu menginterpretasikan markah tersebut untuk kegunaan tertentu.
Mengikut Lindvill dan Nitko (1975), markah kuantitatif penting kerana dapat
memberikan perihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan, dapat
meningkatkan

keobjektifan

langkah

pengukuran

dan

membolehkan

komunikasi yang lebih lancar dan jelas.


A.

Penilaian Markah Ujian


Kebiasaan pelaporan markah berdasarkan markah mentah bagi
melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelas
adalah kurang memberi makna. Misalnya adakah markah 85 yang
diperoleh oleh calon itu menunjukkan pelajar tersebut cemerlang
berbanding pelajar lain. Oleh itu untuk membuat perbandingan
pencapaian, kita memerlukan maklumat tambahan. Maklumat itu
dikenali sebagai markah terbitan. Apabila markah terbitan dibentuk ini
akan memudahkan perbandingan markah dibuat. Markah terbitan
meliputi pangkat ratusan, stanines dan penentuan gred. Penentuan
markah ini adalah berdasarkan markah berdasarkan kemahiran atau
pengetahuan,

berdasarkan

tahap

kesukaran

dan

markah

yang

membezakan calon
B.

Penilaian Pencapaian
Pertimbangan pencapaian pelajar boleh didilakukan mengikut rujukan
norma atau rujukan rujukan kriteria. Pengeredan mengikut rujukan
9

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

norma lebih kuantitatif, manakala rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif.


Ward &Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan
gred murid.
Panduan

Penentuan Gred

Menentukan tujuan system penggredan sebelum


menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi,
penggredan wajar secara criteria

Menerangkan kepada pelajar tentang system penggredan


yang akan digunakan pada awal semester

Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian


sedang dilaksanakan

Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan


dalam pemberian gred

Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras


dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan pencapaian pelajar dari


markah yang diperolehi. Kaedah itu ialah pangkat, gred, pangkat
ratusan dan stanines.
a. Pangkat
Menentukan pangkat dari paling tinggi kepada yang paling rendah.
Atau kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ia tidak
dapat membandingkan murid dalam kelas lain.
b. Penentuan Gred
Penentuan gred A, B, C, D, E, sebagai gred lulus dan F sebagai
gagal. Gred ini menentukan pencapaian murid berkenaan dengan
gred A lebih baik dari gred B dan seterusnya.
c.

Pangkat Ratusan
Pangkat ratusan/persentil ialah markah tertentu yang menunjukkan
peratusan murid yang mendapat markah lebih rendah daripada
markah tersebut. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1),
10

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

persentil ke 50 dipanggil kuartil kedua (Q2), atau median dan


persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya jika dikatakan
pencapaian Ahmad

berada

di

kedudukan

persentil

70,

ini

menunjukkan markah Ahmad lebih tinggi daripada markah 70%


murid-murid lain.
Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang
mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor
persentil menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan
markah (Bhasah, 2003).
Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif/N x 100
Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah
yang ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang
memperoleh markah lebih rendah daripada markah tersebut.
d. Stanines (standard nine).
Stanines dibentuk berdasarkan andaian bahawa pencapaian
mengikut taburan normal. Stanines mempunyai min = 5 dan sp = 2 .
Ia adalah berdasarkan skor - z
Formula:
Stanines = 2 z + 5
Di mana, z = skor z yang mempunyai min = 0 dan
sisihan piawai = 1
Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah dapat
memberi maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh
difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa. Maklumat itu
memberi makanisme untuk menyusun pelajar dalam pencapaian
cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping membantu guru
mengenal pasti pelajar lemah.
11

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Kelemahan markah rujukan norma pula ialah markah yang diperolehi


tidak menunjukkan dengan jelas sejauh manakah seseorang calon
menguasai ilmu atau kemahiran yang ditetapkan. Ia juga memungkinkan
rasa rendah diri kepada calon yang terkebawah.
Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan
prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh
mana seseorang pelajar menguasai suatu objektif mata pelajaran yang
ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh menggambarkan pencapaian
yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan.
Kelebihan penggredan rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan
gred yang tinggi jika mereka berusaha bersungguh. Guru mudah
memberi gred kepada calon, kesahan pencapaian pelajar adalah tinggi.
Kelemahan ujian rujukan kriteria menurut Sax (1997) adalah aras
kesukaran yang akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat
gred-gred tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar
mendapat markah rendah.
5.4

Rumusan
Pemarkahan dan penggredan merupakah aspek penting dalam pengujian dan
penilaian. Ia akan menjadi petunjuk terhadap pencapaian calon dalam mata
pelajaran tertentu. Kepentingannya melibatkan ibu bapa, matlamat suatu
mata pelajaran, kawalan aktiviti program dan pengiktirafan kepada calon.
Justeru aspek pentadbiran dan pelaksanaan perlu diberikan penekanan.

12

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

TAJUK 6

PERANCANGAN PENTAKSIRAN BAGI MATA


PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH RENDAH

Sinopsis
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam
penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalansoalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak
mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan
persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan
(menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Hasil pembelajaran
Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
.1. membina Jadual Penentuan Ujian;
.2 menjelaskan langkah penyediaan item ujian;
.3. membina item ujian objektif; dan
4. membina item ujian subjektif.
5 memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
6 penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

Kerangka konsep
Jadual spesifikasi ujian

Kepentingan JSU

Definisi

13

Langkah pembinaan
JSU

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Isi Kandungan

6.1 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa

mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus

dan

lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % 80%.

6.2 Kepentingan JSU

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran

yang diuji.
6.3 Membentuk JSU
6.3.1

Langkah Pembinaan JSU


Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1)
mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3)
menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.
Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1 berikut.

14

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

2. Menganalisis objektif
pengajaran

1. Mengkaji
sukatan
pelajaran

Langkah
Pembinaan
JPU

3. Menentukan
jenis
soalan

4. Menentukan bilangan
soalan
Rajah 1 Langkah Pembinaan JSU
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Kandungan

sukatan

pelajaran

perlu

dianalisis

untuk

menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara


aspek-aspek yang dikaji ialah:

skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;

pendekatan

yang

telah

diambil

dalam

pengajaran

sesuatu tajuk;

kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-

tajuk lain;

kompleksiti sesuatu tajuk; dan

masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.


2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran
dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya
aras

pengetahuan

dan
15

kemahiran

diasaskan

kepada

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,


seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumatmaklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas
ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan
bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan
inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi
utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan

ii. Paksi Objektif Pengajaran

(a) Kandungan Pengetahuan

(a) Objektif Kognitif

Tajuk

Tajuk kecil

(b) Kandungan Kemahiran

Tajuk

Tajuk kecil

(b) Objektif Psikomotor

(c) Kandungan Afek/Perasaan

Tajuk

Tajuk kecil

(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi


dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi
kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk
dengan menggunakan bilangan soalan
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih
dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif,
psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran
yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain
kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur
ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai
ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan
ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal
16

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan


dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan
pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif
pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting
kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian
bermaksud keupayaansesuatu ujian memberi markah yang
sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan
mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Perkara-perkara
ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
6.4 Langkah Am Menentukan pembinaan Item Ujian
Terdapat lima (5) langkah am menentukan pembinaan item ujian, iaitu (1)
meyediakan JPU, (2) menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai
item ujian, dan (5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
1.

Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU
seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran,
menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JPU ialah
supaya

item-item ujian

kandungan

pelajaran

pengajaran

yang

yang

mengikut

ditentukan

dibina

itu mewakili keseluruhan

domain
sebelum

dan

peringkat

pengajaran

objektif

dimulakan.

Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang


terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang kita ingin murid-murid kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk
soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk
penyelesaian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur
keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya
17

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum,


misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih
sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki
mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka
pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
2.

Menulis Item Ujian


Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya
mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan
objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis itemitem ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka
pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-theblank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betulsalah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei
(essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama,
yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip- prinsip
tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut:

Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan


mudah difahami pelajar,

Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar


dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak
soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Membina

item

yang

pengetahuan/kemahiran

memerlukan
yang

jawapan

spesifik

berkaitan

daripada

tajuk

pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/


kepintaran am.

Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar,


tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang
tidak benar. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah
jelas, seperti menggunakan huruf besar.

18

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan


ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran
dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian


Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak
semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara berikut:

Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap


soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.

Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah


difahami

pelajar

dan

mengandungi

maklumat

dan

kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi


kandungan dan objektif pengajaran.

Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak


mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang
dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian


Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya,
item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata
pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa
yang disebut di atas, iaitu:

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam


soalan adalah mudah difahami pelajar.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan


mengandungi maklumat yang

cukup untuk pelajar

menjawabnya

Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan


seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif
pengajaran yang ditetapkan.

19

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut


kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang
diperuntukkan.

6.5 Langkah-langkah Membina JSU


Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a.

soalan objektif (30 soalan)

b.

1 markah bagi 1 item

c.

jumlah soalan bagi setiap topik dikira:


= Jumlah masa X Jumlah soalan
= Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item


Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6.

Penilaian

5.

Sintesis

4.

Analisis

3.

Penggunaan

2.

Kefahaman

1.

Pengetahuan

Sukar

Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif

Ujian struktur

Ujian esei, dan lain-lain.


20

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Langkah V:

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei


dan lain-lain)

Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)

Pemarkahan
Langkah VI

Nyatakan mata pelajaran

Nyatakan tingkatan

Susunan nombor soalan mengikut tajuk

6.6 Pembinaan Item Ujian


Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis
soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif
pengajaran, panjang soalan,kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. Aras
kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman
pembina soalan atau kajian rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan
digunakan.
Anda digalakkan untuk membuat peta minda berhubung dengan langkahlangkah

pembinaan

JSU

ini.

Ini

bertujuan

untuk

memperkukuhkan

pemahaman anda tentang bab ini.


6.7 Kepentingan JSU
JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan
pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

kertas ujian dapat digubal secara sistematik;

kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan


21

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun


item dibina oleh pembina lain

6.8 Langkah Am Penyediaan Item Ujian


Di sepanjang tempoh anda menjadi seorang guru, apakah kaedah-kaedah
yang anda gunakan untuk menghasilkan sesebuah item ujian? Adakah
kaedah yang telah anda gunakan ini mempunyai persamaan dengan 5
langkah penyediaan item ujian ini. Sekiranya terdapat perbezaan apakah
yang pro dan kontra yang anda perolehi daripadanya?
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu :
(1)

meyediakan JSU,

(2)

menulis item ujian,

(3)

menyemak item ujian,

(4)

menilai item ujian, dan

(5)

membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

6.8.1. Menyediakan JSU


Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU
seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran,
menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah
supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili
kandungan

pelajaran

pengajaran

yang

mengikut

ditentukan

domain
sebelum

Perancangan awal ini dapat menjamin

dan

keseluruhan

peringkat

pengajaran

objektif

dimulakan.

soalan-soalan ujian yang

terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap


yang kita ingin pelajar-pelajar kita kuasai.
22

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk


soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk
penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur
keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya
kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum,
misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih
sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki
mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka
pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
6.8.2.

Menulis Item Ujian


Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya
mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan
objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis itemitem ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka
pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-theblank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betulsalah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei
(essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama,
yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.
Prinsip- prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan


mudah difahami pelajar,
misalnya, Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut
dengan satu perkataan sahaja.

Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar


dapat memahami

23

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,


yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Membina

item

yang

pengetahuan/kemahiran
pengajaran

memerlukan
yang

tertentu,

jawapan

spesifik

dan

berkaitan

daripada

bukannya

tajuk

berbentuk

pengetahuan/kepintaran am.

Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar,


tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang
tidak benar. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah
jelas, seperti menggunakan huruf besar.

Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan


ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran
dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.
Penyediaan item ujian memerlukan beberapa langkah.
Untuk

menulis

item

ujian

ini

anda

digalakkan

menyediakan lakaran peta minda untuk rumusan anda.


6.8.3.

Menyemak Item Ujian


Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula
item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkaraperkara berikut:

Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan


adalah tepat dan mudah difahami pelajar

Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah


difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak
soalan yang jelas dan mencukupi

Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi


kandungan dan objektif pengajaran.

Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak


mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki
24

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Sekiranya anda telah menyelesaikan penyediaan item


ujian yang akan dikemukakan kepada para pelajar anda,
siapakah

yang

anda

rasakan

paling

layak

untuk

menyemak item ujian anda ini? Pernahkah anda


menggunakan khidmat mereka yang bukan berada dalam
bidang pendidikan untuk mendapatkan pandangan?
Kenapa?
6.8.4.

Menilai Item Ujian


Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item
ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan
penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang
hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan


adalah mudah difahami pelajar.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan


mengandungi

maklumat

yang

cukup

untuk

pelajar

menjawabnya.

Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang


ntuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang
ditetapkan dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

6.9. Penerangan Tentang Konstruk Dalam JSU


6.9.1 Penerangan Tentang Konstruk
Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi,
Sintesis dan Penilaian (Bloom, 1956) adalah meliputi objektif untuk
mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat
dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan
itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai

25

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

konstruk.
6.9.2

Menguji dan Mentaksir Pencapaian Pelajar


Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan
konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan
mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.
Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu
dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.
i.

Pengetahuan tentang Terminologi


Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi
sesuatu perkara

ii.

Pengetahuan tentang Fakta


Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu
perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen

iii.

Pengetahuan tentang Konvensyen


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf
sebagai

satu

kelaziman

seperti

simbol

atau

tanda

lazim

iv. Pengetahuan tentang Urutan


Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang
berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang
telah dikenal pasti
v. Pengetahuan tentang Pengelasan
Pengetahuan

tentang

pembahagian,

pengkategorian

atau

mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah


satu kumpulan
vi.

Pengetahuan tentang Kriteria


Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan
ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu

vii.

Pengetahuan tentang Metodologi

26

perkara

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard


dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja
vii.

Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi


Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang
menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian
atau ketetapan

ix

Pengetahuan tentang Teori dan Struktur


Pengetahuan

tentang

prinsip

yang

menjadikan

dasar

pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan


kukuh

hasil

daripada

kajian,

penyelidikkan

pemerhatian

6.9.3 Kod Konstruk Penerangan Aspek


COO Kefahaman(comprehension)
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa
situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi
terhadap pengetahuan tersebut
AOI Aplikasi (application)
Kebolehan

menggunakan

prinsip

(kebenaran)

dan

generalisasi

(penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru


NOO Analisis (analysis)
Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian
sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set
komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas
TOO Sintesis (synthesis)
Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set
komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya
VOO Penilaian (evaluation)

27

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah,


kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan
(kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)

RUMUSAN
Dalam penilaian, JSU berperanan sangat penting. Orang-orang yang berkaitan
dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
Bab ini juga

telah membincangkan tentang jsu dan pembinaan soalan-soalan

objektif dan subjektif untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Pembinaan
soalan objektif yang dibincang meliputi bentuk soalan beraneka pilihan, betul-salah,
mengisi tempat kosong dan padanan. Pembinaan soalan subjektif meliputi bentuk
esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang. Pembinaan item ujian biasanya
mengambil

masa

yang

panjang

dan

memerlukan

banyak

penelitian

dan

pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat
objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan saksama.

AKTIVITI
Arahan:
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah
ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.

Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.


28

RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

29

You might also like