You are on page 1of 1

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada

penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati
ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit
sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu
disokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan
umpama sebuah permata yang amat bernilai. Peristiwa 13 Mei telah memberi satu impak
yang besar kepada seluruh negara kita. Peristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari
kalangan Royal Sulu Forces (RSF) telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian
mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada
Partai Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada
buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad
Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara.
Antara kepentingan kemerdekaan ialah negara kita berpeluang untuk berkerajaan
sendiri. Selain itu, dengan berkerajaan sendiri kita tidak akan memerlukan persetujuan
daripada kuasa asing untuk segala hal pentadbiran. Contohnya, pada zaman penjajahan,
raja atau Sultan hanya berkuasa untuk hal ehwal agama sahaja manakala kuasa
pemerintahan adalah di tangan penjajah. Dengan ini jelaslah bahawa, penduduk dapat
hidup dengan aman dalam pemerintahan yang berpandukan demokrasi.
Di samping itu, dengan mendapatkan kemerdekaan, pendapatan negara kita akan
terjamin. Pendapatan negara kita mestilah dijaga dengan baik supaya ekonomi negara kita
tidak dipelopori atau dirampas oleh penjajah. Oleh sebab, negara kita kaya dengan hasil
bumi seperti bijih timah, emas, rempah ratus dan hasil hutan. Maka, negara asing berebut
untuk mendapatkan negara kita untuk memperluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara.
Misalnya, Sarawak kaya dengan lada hitam manakala perak kya dengan bijih timah.
Kepentingan yang seterusnya adalah untuk menjamin keamanan negara, Kita
mestilah bersatu antara satu sama lain dan menentang penjajah bagi mengekalkan
kemerdekaan. Lebih-lebih lagi, keseksaan masyarakat juga dapat dielakkan melalui
kemerdekaan. Contohnya, pengisytiharaan darurat semasa ancaman komunis yang
menyeksa penduduk setempat.
Antara faktor tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu secara aman adalah secara
individu. Penduduk Tanah Melayu telah berusaha sendiri dengan pelbagai cara bagi
mendapatkan kemerdekaan. Contohnya, Dato' Onn Jaafar telah menulis surat kepada
akhbar Utusan Melayu pada 23 Januari 1946 dengan tujuan menyeru orang Melayu
mengadakan kongres dan menubuhkan U.M.O (United Malays Organisation).

Selain itu,

You might also like