You are on page 1of 2

Ulasan

Tugasan akademik yang telah diberikan ialah mencipta lagu di mana pelbagai aspek
muzik perlu diambil semasa melaksanakan tugasan ini. Terlebih dahulu, saya mendapat
suatu pengalaman yang amat berbeza samasa menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini
saya dapat mengenali serta mempraktikan ciptaan irama dan melodi yang amat penting
yang akan membantu saya untuk meningkatkan tahap profesionalisme saya.

Sepanjang melaksanakan ciptaan ini saya difahami sesuatu karya muzik dicetuskan
melalui berbagai kaedah dan sumber. Antara sumber yang mudah untuk dijadikan motif
adalah daripada pengalaman, visual, pendengaran atau pembacaan. Di dalam teori visual
terdapat beberapa emosi untuk menafsirkan sesuatu. Sehubungan dengan itu, lagu yang
telah saya gubah bertajuk Pelaut.

Tugasan pertama iaitu ciptaan lagu sesuara adalah di mana panjang lagu ialah lebih
daripada 16 bar di mana saya telah mencipta lagu sebanyak 32 bar. Apabila menghasilkan
melodi saya menentukan nada lagu E minor dan time signature (4 detik dalam satu bar).
Pada mulanya, saya mula penghasilan melodi dengan satu baris melodi yang berirama
mudah. Dari situ saya telah mengembangkan ciptaan lagu saya. Hasil perkembangan
melodi itu menghasilkan motif lagu yang terdapat dalam bar 5 hingga 8. Setelah selesai
dengan ciptaan melodi satu baris, saya telah menganalisis alat-alat muzik yang boleh saya
gunakan dalam ciptaan lagu ini supaya lagu saya lebih menarik. Saya telah memilih 7 alat
muzik. Antara alat muzik yang telah saya gunakan dalam ciptaan lagu Pelaut ialah rekorder
soprano, rekorder alto, kerincing, xylophone, loceng, perkusi dram dan piano.

Selepas itu, saya menentukan not paling rendah dah not paling tinggi dalam lagu
saya bagi setiap alat muzik yang saya pilih dan menggubah lagu tersebut dari segi melodi
dan irama yang dimainkan secara serentak dan harmoni. Kod telah diletak pada setiap bar
supaya lagu ciptaan saya akan berbunyi sedap. Antara kod yang digunakan dalam ciptaan
ini ialah i, IV, V dan vi.

Bar 1 hingga bar 4 merupakan pembukaan lagu di mana hanya piano, xylophone
dan bell dimain. Seterusnya ialah bar 5-8 yang merupakan motif lagu Pelaut lagu ini. Dalam
bar 17-20 saya telah mengaplikasikan elemen retrograde berdasarkan motif lagu ini. Saya
juga mengaplikasikan imitasi pada bar 21-24. Dalam lagu ini saya telah menggunakan corak
ABCDEAFG.

Ciptaan lagu Pelaut mengisahkan tentang keluarga yang meluahakan isi hati
mereka yang sentiasa berfikir tentang pelaut yang berada jauh di perantauan, perasaan
sayang dan rindu akan si pelaut yang berada jauh dari pandangan. Keluarga yang risau
menunggu kepulangan si pelaut. Dan juga pelaut yang hanya dikelilingi laut tanpa orang
tercinta. Mud lagu ini lebih kepada perjuangan si pelaut dan keluarga tersayang semasa
berada jauh dari masing-masing tetapi tetap sayang akan masing-masing.

Dalam pada itu, saya telah memberi penekanan kepada dinamik supaya karya musik
tidak menjadi monoton atau datar. Di mana dinamik seperti pp, f, ritadando, semakin kuat
dan semakin perlahan digunakan dalam bahagian-bahagian tertentu untuk mengekpresi
karya dengan lebih terperinci. Dinamik lagu ini berdasarkan mud, tema, tajuk dan lirik lagu
ini.

Tambahan pula, saya juga dapat melatih diri dalam mengaplikasikan dan
menginterasikan ilmu yang saya perolehi ketika melaksanakan tugasan dengan
menggunakan perisian teknologi Finale. Finale ialah perisian muzik untuk membuat
partitur notasi balok yang sangat berguna dan banyak digunakan oleh ahli-ahli muzik.
Finale berfungsi untuk membuat komposisi lagu yang memiliki beragam jenis alat muzik.

Melalui tugasan ini saya telah belajar banyak cara sesuai yang boleh digunakan
dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui tugasan ini, saya dapat
tahu bahawa beberapa aspek ini sangat penting supaya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan lancar dan dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

You might also like