You are on page 1of 5

ISLAM & ALAM SEKITAR

Tuntutan Pembangunan & Pemuliharaan Alam Sekitar

Pencemaran & Kerosakan Alam


    Pencemaran dan kerosakan alam sekitar telah lama di nyatakan di dalam Al-
Quran (Ar-Ruum:41) agar manusia menghayati dan mengambil ikitbar daripada ayat
tersebut. Maksud surah Ar-Ruum ayat 41;
"Telah namapak kerusakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan
mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar."

Peranan Alam
    Kewujudan alam adalah bukti mukjizat dan kebesaran AL-Quran. Al-Fusilat:53
menceritakan peranan alam kepada manusia. Maksud surah Al-Fusilat ayat 53;
"Kami akan mmeperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasan) Kami di
segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka
bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu)
bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"

   Teluk Minamata, Jepun merupakan pusat industri sejak 1950'an di mana ia adalah
tempat pembinaan kapal, automobil, bahan kimia dan lain-lain. Pencemaran Logam
Berat telah berlaku di sepanjang Teluk tersebut. Akibat daripada pencemaran itu,
telah berlaku kecacatan penduduk di kalangan bayi di situ yang sangat ketara.
Kecacatan tersebut di sebabkan sejenis penyakit yang diberi nama 'Itai-itai'. Ia
berpunca daripada logam berat seperti raksa dan kadmium. Penyakit yang menimpa
akibat daripada pencemaran telah menyedarkan masyarakat Jepun tentang alam
sekitar. Di andaikan sebanyak 12,631 juta Yen setahun, jumlah kerosakan yang
dihadapi daripada kerosakan kesihatan, kerosakan perikanan dan pencemaran air.
Manakala Kos kawalan pencemaran industri sebanyak 123 juta Yen dalam setahun.

Prinsip Ekonomi Alam Setikar


    Pengajaran daripada pencemaran Logam Berat di Minamata, Jepun menunjukkan
bahawa tindakan mencegah pencemaran adalah lebih murah berbanding dengan
langkah pengawalan pencemaran. Langkah pengawalan perlu kepada perbelanjaan
remediasi pencemaran, kesihatan, sumber asli dan eko-tourism. Teknologi alam
sekitar boleh menampung kos menerusi kitar semula dan guna semula sisa buangan.
Di mana semua ini merupakan prinsip ekonomi Alam Sekitar.

Isu Utama Alam Sekitar


     Isu-isu utama alam sekitar ialah Pencemaran udara, Sumber air, Peningkatan
suhu bumi, Pencemaran melepasi sempadan, Biodiversiti, Pengurusan sisa, Kesan
Pembangunan dan Pencemaran Laut. Kenaikan suhu bumi antara sebab berlakunya
pencemaran udara. Di Eropah misalnya, suhu di kawasan tersebut mencecah hingga
40 darjah celsius.

Masalah air semasa di Malaysia


     Permintaan air bersih dari penduduk setempat dan industri telah meningkat di
Malaysia. Pembekalan air bersih dan berkualiti pula bergantung kepada keupayaan
membersih yang mana ia mengurang bagi sungai. Penerokaan sungai yang tidak
terancang dan teratur mampu menyebabkan risiko banjir, restorasi koridor sungai
dan berlakunye Biodiversiti mapan.
    Prinsip dan keutamaan dalam Pengurusan Sisa dalam masyarakat ialah:
Prinsip 1 : Pencemaran mestilah dielakkan atau diminimumkan seperti Kitar semula/
Guna semula, Pengolahan dan Pelupusan.
Prinsip 2 : Pelupusan hanya dilakukan sebagai alternatif terakhir.
Dalam era 1990an, bahan pencemaran adalah seperti CO2, NH4, N2O, CFCs, NOx
dan SOx di mana penyelesainnya dengan penjimatan tenaga, bakteria fotosintesis
dan bioteknologi.

     Kemudian paradigma baru muncul, di mana sanitasi perbandaran diambil sebagai
langkah mengawal pencemaran air. Pemisahan urin daripada najis dilakukan untuk
penghasilan baja dan kemudian Sanitasi mapan. Dan kemudiannya, kawalan
endocrine-disrupting chemicals and human hormone discharge.

Kerangka Penyelesaian
     Masalah alam sekitar ini mampu dibendung dengan pemulihan konsep dan
falsafah tentang pencemaran dan alam sekitar. Kerajaan perlu merangka dasar dan
undang-undang yang lebih berkesan dan mampu mebanteras pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab hingga menyebabkan berlakunya pencemaran. Komitmen antara
perundangan, organisasi, masyarakat dan individu mampu membantu
mengurangkan pencemaran yang berlaku. Daripada model Steven Covey berkenaan
alam sekitar telah dijelmakan seperti konsep di bawah di mana ia membina
kesedaran masyarakat tentang pentingnya alam sekitar dijaga dan dipulihkan.

Ekologi
     Ekologi di tafsirkan sebagai "Bidang saintifik tentang hubungkait antara
organisme hidup dengan persekitarannya, termasuk faktor fizikal dan biotik dengan
penekanan terhadap hubungan interspesifik dan intraspesifik" oleh Chambers Sci. &
Tech. Dictonary, Edinburgh, 1991. Manakala menurut Kamus Ekologi, DBP Kuala
Lumpur tahun1993 mendefinisikan bahawa Ekologi tersebut merupakan "Kajian
tentang hubungan antara organisme hidup dengan persekitarannya, termasuk faktor
fizikal dan biotik". Ekologi merupakan perkatan asas dalam kedua-dua definisi
tersebut iaitu hubungan atau hubungkait. Hubungkait yang dikatakan adalah yang
biasa antara pemangsa dengan mangsa, antara pengeluar dengan pengguna. Di
mana ia adalah hubungan sesuatu dengan sesuatu. Ada juga hubungan simbiotik
seperti 'Hutan dengan harimau' dan 'Manusia dengan manusia'.

Perlunya Ekologi Perspektif Islam


     Mengikut falsafah, Islam meletakkan agama sebagai teras kefahaman terhadap
konsep kosmologi. Dari sudut Psikologi pula, Islam sebagai asas tindakan untuk
memulihara alam sekitar. Manakala dari segi pengurusan, ekologi perlun untuk
ketaatan total kepada Pencipta Alam. Dari segi Sains dan Teknologi, Ekologi pula
perlu untuk dimajukan selaras dengan tuntutan agama dan dibangunkan untuk
kebaikan ummah.

Konsep Ekologi Islam


     Islam menetapkan konsep hubungan sama ada hubungan dengan Allah dan
hubungan sesama manusia. Ekologi Islam meliputi aspek aqidah, fekah dan
tasawwuf. Penulis memberi pendapat bahawa prinsip ekologi Islam meliputi
sekurang-kurangnya 12 konsep asas, yang boleh dibahagikan kepada dua tahap;
Tahap fahaman dan pegangan hidup.
Tahap amal dan tindakan.
12 konsep asas tersebut dapat dikatakan sebagai kosmologi atau konsep alam,
konsep khlalifah, konsep amana, konsep rahim, konsep keadilan, konsep mizan atau
imbangan, konsep tawazun atau pertimbangan, konsep kekududsan, konsep jamal
atau keindahan, konsep nazim atau kesegaran, konsep fasad dan konsep ibadah. 

Pengajaran Tentang Kosmologi.


Alam sebagai simbol Allah.
Alam sebagai buku ilmu.
Alam sebagai hadiah dari Allah.

Pandangan Sufi
"Alam ini kesemuanya berupa kegelapan, sedang yang meneranginya hanya kerana
tampaknya Haq (Allah) padanya, maka siapa yang melihat alam kemudian tidak
melihat Allah di dalamnya, maka benar-benar ia telah disilaukan oleh nur cahaya,
dan tertutup baginya surya (nur) ma'rifat oleh tebalnya awan benda-benda alam ini."

Apa yang anda boleh lakukan?p.


Mengelakkan pencemaran (sampah),
  Jangan membuang sampah merata-rata.
  Kurangkan jumlah sampah.
  Asingkan sampah ikut tong yang disediakan.
  Bayar bil yang di kemukakan.
  Jangan beli barangan yang tidak mesra alam (yang tidak akan lupus di dalam
tanah sekalipun).
  Pelajari tentang alam sekitar.  
Mengelakkan pencemaran air,
  Kurangkan penggunaan air.
  Jangan kotorkan longkang, sungai dan lain-lain.
  Desluge tangki septik.

Amal Yang Berpanjangan Pahalanya


Anas r.a. berkata: "Ada 7 pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia
mati kelak, iaitu:
* Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai
sebagai ibadah.
* Orang yang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannya.
* Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.
* Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.
* Orang yang menanam buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama
ada manusia atau binatang.
* Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang
mempelajarinya.
* Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak itu sentiasa mendoakan
kesejahteraan kedua orang tuanya.

Pandangan Sufi Tentang Konsep Ekologi Islam


" Alam ini kesemuanya berupa kegelapan, sedang yang meneranginya hanya
kerana tampaknya Haq (Allah) padanya, maka siapa yang melihat alam kemudian
tidak melihat Allah di dalamnya, maka benar-benar ia telah disilaukan oleh nur
cahaya, dan tertutup baginya suria (nur) ma'rifat oleh tebalnya awan benda-benda
alam ini."

Pengajaran Tentang Kosmologi


Konsep Ekologi Islam
Alam sebagai simbol Allah.
Alam sebagai buku ilmu.
Alam sebagai hadiah dari Allah.

Jalan Menuju Keredhaan Ilahi

Dibentangkan oleh;
Profesor Zaini Ujang (PhD. C.E (UK), C.W.E.M (UK), PPT
Institut Pengurusan Alam Sekitar & Sumber Air
UNIVERSITI TEKNOLOGI

You might also like