You are on page 1of 21
Bab 9:Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan Dan Pendi ikan Inklusif Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 9.1 Penilaian Berasaskan Sekolah > Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh > Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. > Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu 92 Pengertian > Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM > Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan 93 Prinsip > Satu prinsip PKSRIPKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis > Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan > Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR. meliputi a) pengetahuan kemahiran berfikir kemahiran berbahasa kemahiran mengira kemahiran belajar f)_ kemahiran amali 9) kemahiran manipulatif h) kemahiran bersosial i) daya kreatif j)_kemahiran proses sains k) perlakuan dan amalan nilai-nilai muri 1) sikap m) kesihatan dan kecergasan 1n) kemahiran kenestetik 0) bahan pembelajaran ) minat p) 94° Tujuan > Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS. > Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti > Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS > Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan iri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru > Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna > Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran 9.4.4 Ciri-ciri 4 Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. 4 Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatit - maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan 4 Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan — membaiki pembelajaran seterusnya 4 Menekankan penilaian secara berterusan — membalehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa 4 Menekan penilaian secara menyeluruh — segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai 4 Menekankan penilaian dalaman — guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat. Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) fi. Merancang -guru perlu menentukan hasil pembelajaran kaedah penilaian serta instrumen ang digunakan dalam proses penilaian ¥ 2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan = guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot. ~ mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran. ’ Melaksanakan penilaian melalui ujian — ujian lisan atau bertulis ¥ &. Membina instrumen —merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU) —membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan 5. Melaksanakan Penilaian Y — cara lisan/penulisan ~ penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang Einggi ¥ f. Merekod - mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik. - menganalisis & mentafsir rekad untuk membuat tindakan susul atau penambahbaikan. 7. Melapor - penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian fnurid dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak- pihak tertentu Tindakan Tindakan ssi av | Menguasai bahan haa | tan “evens a yang diajat? i -pemulihan 4 Meneruskan ke pelajaran baru Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 9.5 Penilaian Alternatif ~ bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah - Jenis penilaian alteratit yang bolehdigunakan oleh guru ialah a) Portfolio b) Persembahan / Amali c) Pemerhatian a) Portfolio * Satu kaleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan abjektif mata pelajaran * Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah * Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu: - nota-nota yang disediakan oleh guru - senarai semak yang disediakan oleh guru - refleksi kendiri pelajar ~ buku log - catatan jurnal - gambar & foto + Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. © Kebaikan: - melibatkan murid dgn sepenuhnya dim proses pengajaran & pembelajaran ~ Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid - Menilai tahap perkembangan murid-murid - Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru b) Persembahan | Amali * Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu * Melibatkan penggunaan radas, alatan konkritigambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi + Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa * Guru mesti membimbing murid dim penyediaan pembentangan spt berikut - mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan - menstrukturkan pembentangan. - menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan * Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dim kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid * Dim penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu, Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek: ~ contoh-contoh yang dikaitkan ~ edaran-edaran yang berkait - peralatan yang digunakan dim persembahan ¢) Pemerhatian Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid- murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dim kehidupan seharian Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dim dunia sebenar. Contoh-contah penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru). Strategi Pelaksanaan - dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang guru - dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomator, bahan & persekitaran - dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif PEMULIHAN Konsep Pemulihan: © Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh * Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. ‘* Program Pendidikan Pemulihan adalah ~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan ~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan kontak mesra dengan persekitarannya ~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian akadernik mereka Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan: * Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektit pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau * Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka © Untuk membantu murid memikirkan alternatif-altematif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah © Untuk membantu murid membina keyakinan dir * Untuk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini * Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya * Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU * Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ~ menjalankan ujian dignostik Masalah Pembelajaran: * Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan * Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah * Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan * Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: ~ Belajar secara lambat, selalu gagal ~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah ~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh ~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab’ Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan pemulihan (i) Faktor psikologi «| Faktor kecerdasan mental ~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa ~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama * Faktor emosi yang tidak stabil ~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan- latihan dengan baik di dalam bilik darjah ~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru ~ Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akaderiknya (i) Faktor BiologilKesihatan © Murid-murid mempunyai masalah kesihatan * Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru * Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neuralogi ~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik ~ mereka mempunyai masalah tingkah laku (iii) Faktor Persekitaran * Masalah bahasa ~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana murid-murid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca ~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid- murid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan * Amalan Sekolah Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan Whjud jurang akadernik yang besar di antara murid 6 Murid-murid mundur dalam pembelajaran QO Memeriukan pendidikan perulihan ~ — Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai (iv) Faktor Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif. ~ sangat sensitif kepada kritikan guru ~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu ~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan Cara-cara Penilaian Mengenalpasti Murid-murid yang Memerlukan Pemulihan: Peranan Guru PERMERHATIAN ~ mengenalpesti tande-tenda yang eda peda musid ~ mengesaa emosi dan tingkeh Iekumunid ~ menyediaken borang borang anekdot yang sesust ‘yang membantu guru mem hems sebeb-sebab Kegagalan muid \PENTAFSIRAN REK OD PRESTASI ‘membentuk senarei semak di mana guru een menandaken ruang yang beskeiten untule setiap kemabican yang berjaya ciperolehi oleh, aud PENTAFSIRAN REKOD PROFIL = rekod profil disediaken peda setiep Injung penggal dé ‘mane pencepsien murid beriken gred yang tertenfu oleh guru ~ guru membuat pertendingaa entare mezkeh musid- mid isin, ~ murid:musid yang selalu mendapat gred yang rendah ‘memerluken pemulihan sa Dalam Pelaksaan Pemulihan Untuk proses pemulinan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekalah rendah. la diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar memerlukannya Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid Menjalankan ujian dignostik * Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar ¢) sokongan dari pihak sekolah d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekalah Aktiviti Pemulihan: * Guru menjalankan program bacaan tambahan ~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet ~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid- murid ~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam kelas Pemulihan © Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek ~ dijalankan secara individu atau kumpulan ~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah ~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah- masalah dalam kelas pemulihan Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi yang penting ~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan * Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid ~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer ~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan * Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan © Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang () — Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwama-warni (ii) Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya © Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendahr (i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. © Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: (i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah PENGAYAAN Konsep Pengayaan: * Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Tujuan dan Rasional Pengayaan: * Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid * Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka * Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang * Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima is Aktiviti Pengayaan: © Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid © Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri © Berbentuk lembaran kerja atau projek Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: © Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekalah * Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri © Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Proses Pengajaran Pengayaan Matematik: © Pengayaan matematik ~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari aleh murid ~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat Mata Pelajaran Matematik Oo Penilaian dijalankan PT Pelajer menguassi kemebiren, Pelajar Jambet menguasai | Kemahiren, I Program Pengaysan Program Pemulihen 4 Penileien semua 4 Menguessi kemehiran 4 Program Pengeysan PENDIDIKAN INKLUSIF Konsep Inklusif: * Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid yang sebaya dengan mereka * Dengan perkataan lain, palajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal * Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan © Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru reses yang bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektit ‘© Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas + Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini akan mengikuti kurikulum pendidikan khas. Objektif Pendidikan Inklusif: © Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat © Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka * Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka * Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Ciri-ciri Dalam Pendididkan Inklusif: © Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran periu dilaksanakan oleh guru © Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif * Peningkatkan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang program pendidikan inklusit * Penekanan diberikan pendidikan berkonsepkan komputer Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: * Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan, lawatan dan projek * Di sekalah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR) dijalankan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Menengah(PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan kebolehan murid dan bukan tethad kepada satu kurikulum yang berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini * Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid * Penilaian digunakan dalam pendidikan inklusit boleh dibuat dalam bentuk berikut (a) projek (b) rekod anekdot (c) perlakuan (d) demonstrasi * Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusit terikat dengan peraturan- peraturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa: * Kanak-kanak yang ~ bermasalah kerencatan akal/mental ~ bermasalah pencapaian akademik ~ bermasalah tingkah laku ~ bermasalah kecacatan fizikal ~ bermasalah kecacatn penglihatan ~ bermasalah kecacatan pendengaran ~ pintar cerdas * — Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka tidak begitu serius + Jika kanak ini bermasalah pembelajaran/kecacatanitingkah laku yang sangat serius, peru dimasukkan dalam sekolah berasingan untuk mendapatkan pendidikan khas Peranan Guru Reses dan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: * Dalam sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru mesti mengajar kanak-kanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah yang sama. Oleh itu, guru reses atau guru biasa perlu menggunakan kaedah koperaktif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif * Guru terpaksa mengelolakan aktiviti perulihan untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan pula disediakan untuk murid-murid yang menunjukkan pencapaian akademik yang baik * Kebanyakan altiviti dalam kelas pendidikan inklusit berlaku dalam aktiviti kumpulan

You might also like