You are on page 1of 3

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masayarakat dan

negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan shaja bertujuan
untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan negara. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah
memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950[13] sebelum negara ini ingin mencapai
kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri
dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada
masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh
dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah
serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih
tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum
serta merapatkan hubungan mereka.
Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat
bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya
sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem
pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan
mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak
dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan
& ancaman komunis.Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu,
Parti Perikatan telah memperkenalkan Laporan Razak 1956[14] dengan
mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan penyeragaman kurikulum yang
bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan
kaum.Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961[15].
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta
mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi
nasional. Sebagai intihan, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan
dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini dan
kajian sejarah yang diperoleh, dasar pendidikan membentuk perpaduan kaum.Caracara system pendidikan membentuk perpaduan ialah melalui:

2.3.1 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolahsekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini
dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.

2.3.2 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama.


Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan
dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
harmoni antara kaum di negara ini.
2.3.3 Kurikulum Yang Sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun
Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara
(modal insan)[16].
2.3.4 Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh
Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan
bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan
penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat
membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam
masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang
seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir
sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
2.3.5 Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam[17].
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
Pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan
kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan
menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk
mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya
mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah
serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan
pembacaannya sehingga beliau mampu mencetuskan idea Wawasan 2020.

Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan satu saiz untuk


semua kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat
dan masyarakat sekitar. Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan
dengan menyediakan keperluan asas (di mana perlu) secara berterusan. Pada
waktu yang sama, bagi berdepan dengan cabaran era globalisasi, KPM juga perlu
merancang untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih
tinggi.

You might also like