You are on page 1of 15

MONDAY, JANUARY 21, 2013

EDU 3104 - Model Pengurusan Bilik Darjah


1.0 Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah
Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini
berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran
sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah
laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah.
Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin
Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan
Model Pengurusan Kelompok (Kounin).
Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan
Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model
Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn,
Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah &
Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan
Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.
1.1

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner


Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat
berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah
tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini menekankan suatu
pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi
prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan
negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan
menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan
satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu
hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid
yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi
dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan
negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan
tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh
ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang
diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak
akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya
ianya tidak diperkukuhkan.

Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul,
ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan
sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.
1.2

Model Disiplin Asertif Canter


Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada
tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi
tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan
yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru
harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah
merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut
Canter, guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam
model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan
berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini
mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang
diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat
diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa
menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter
adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah
bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu,
dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid
adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap
tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap
murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir,
ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar
secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya
kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah
jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini.
Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam
bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi
peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik
perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat
positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau
ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER


Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran
dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak
menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap
tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak
dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja
ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku
murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan
konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah,
perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.
Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang
menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku
murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan
seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan
tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila
rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti
mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah
laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan
baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula,
guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar
peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru
merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak
sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif
apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila
rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku
murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang
mengajar.
Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk
meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan
adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk
menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan
pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku
yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh
peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan.
Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau
ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut.

Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk


kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan
sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada
guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan
oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan
yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara
peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali
seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan
membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh,
guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik
darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti
memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan
atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang
pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri
kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia
menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah
ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan
peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan
kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat
tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan
pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya
meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan
tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya
guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh
gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan
dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.
3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter
berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di
dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan
penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah


dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid.
Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana
pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk
mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan
ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem
pengurusan guru di dalam bilik darjah.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh
yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang
dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat.
Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan
murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini
boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di
dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan
pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan
peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan
mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.
Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai
cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa
diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta
mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu
sama lain.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai
hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid
pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang.
Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab
memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid
daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga
jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang
asertif.
a) Guru yang agresif
Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar,
tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai
musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan
menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan
kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan
murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut

arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas.
Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas
seperti Duduk, Diam, Dengar sini!.. Arahan-arahan sebegini tidak
menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan
menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.
b) Guru yang tidak asertif
Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan
pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu muridmurid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten
dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini
membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi
pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku
terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah
berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!. Mereka
kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya
murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis
ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan
murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid
keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P
gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.
c) Guru yang asertif
Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas,
yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas.
Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan
murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah
laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter
berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah
adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan
pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya.
Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah
laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang
boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah
ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang
kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu
perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan
tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya

mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara


perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.
Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan
dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang
asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku
yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke
arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau
terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat
dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan
jelas dan tegas. Contohnya, Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu
akan panggil awak.
Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan
disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah
suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam
dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi
penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid
akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap
pembelajaran dan guru.
Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang
selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak
dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan
kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka
bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah
laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid
berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.
Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua
belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru
dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan
kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang
diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai
kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten,
adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina
persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan
pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep


yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat
perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan
jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini
daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh
guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar
latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi
memenuhi masa yang ada.
Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi
meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat
merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai
penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina
persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk
memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan,
menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan
memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.
Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid
yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal
atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan
rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan
pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu
konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid,
murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu
merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi
menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan
pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu
menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut
diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid
mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah
menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu
perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab
yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak

kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu


menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut
peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan
perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus
menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan.
Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid
lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan
sekiranya murid masih tidak memahami.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapat dilihat, model disiplin Skinner dan model
disiplin Asertif Canter saling mempunyai perkaitan dan bersesuaian
dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang ingin menggunakan model
Skinner ini perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah
terlebih dahulu. Guru perlu mengkaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan
akibat-akibat yang telah digunakan terhadap beberapa tingkah laku yang
telah ditunjukkan. Kemudian guru boleh membuat pelan modifikasi tingkah
laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian yang
khusus. Kenal pasti peraturan, peneguhan-peneguhan positif sekerap yang
mungkin apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip
peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal
Dreikurs pula menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.
Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada
langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku
melalui peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang
diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala
peneguhan negatif ialah rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Berbeza dengan dendaan yang merupakan tindakan yang
diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan
murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam
persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa
gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan
aktiviti bilik darjah berjalan lancar.
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam ketiga-tiga model ini.
Saya akan memulakan dengan Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara
Kekuatan untuk model ini ialah strategi-strategi modifikasi mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang
peneguhan. Murid-murid akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya
ialah penggunaan strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadi
lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan
yang ketiga ialah program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru
menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin dalam bilik darjah.
Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula
menunjukkan murid dimanipulasi untuk melakukan sesuatu kerana inginkan
ganjaran yang dijanjikan dan bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang kedua
ialah model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka
dan tidak beretika dan boleh menimbulkan rasa benci dalam diri murid
terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran bagi seorang murid
mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga sukar
mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap murid.
Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model ini
memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Guru tidak perlu fikirkan
bagaiman untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana
sudah mempunyai satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin
dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbiran. Kedua ialah merupakan
tindakan ke atas tingkah laku murid, dan bukan wataknya. Apabila peraturan
bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa
sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan.
Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah keberkesanan
satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah muridmurid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana
dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua,
model ini mewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur
kepada kehendak guru. Murid terpaksa memikul tanggungjawab atas
sebarang salah laku yang timbul.

Nama : Mohammad Yusof Bin Abd Latip


No I/C : 900301-01-6801

Unit : PISMP Ambilan Januari 2010, Unit H2


Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana
dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja
Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan
bagi semua guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai.
Saya telah menerima tugasan KKBI bagi kursus EDU 3104 pada 22
Februari 2011 yang bertajuk Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah
Dalam Bilik Darjah. Objektif tugasan KKBI ini adalah bertujuan supaya guru
pelatih dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam pelbagai model
disiplin dalam bilik darjah. Selain itu, objektif tugasan ini juga adalah
menerangkan kepada guru pelatih mengenai perbandingan dan perbezaan,
kekuatan dan kelemahan sesuatu model disiplin bilik darjah. Seterusnya,
melalui pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan ini, guru pelatih dapat
mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai dalam pengurusan
tingkah laku dalam bilik darjah.
Dalam tugasan KKBI Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini,
saya dikehendaki melaksanakan dalam kumpulan bertiga atau berempat.
Saya telah terpilih untuk berada dalam kumpulan yang mempunyai empat
orang ahli. Setelah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, kami
pelatih unit H2 telah membuat pembahagian kumpulan. Saya telah terpilih
untuk bersama Nur Balkis Bt Omar, Siti Aishah Bt Halim dan Nur Izzati Bt
Hasbullah dalam kumpulan yang sama. Setelah itu, kami telah membuat
perbincangan ringkas dan membahagikan tugasan kepada setiap ahli
kumpulan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sub
tugasan nombor enam, iaitu untuk menjelaskan bagaimana guru dapat
memanfaatkan mana-mana dua model disiplin dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di kesempatan yang ada, saya telah membuat pencarian maklumat
sama ada dalam buku ataupun di laman sesawang mengenai tajuk yang
signifikan dengan sub tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya.
Melalui pencarian tersebut, saya telah dapat beberapa bahan yang dirasakan
sesuai dan perlu untuk menyempurnakan tuntutan tugasan tersebut.
Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas
terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokohtokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku
Skinner telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
manakala Model Disiplin Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan
Marlene Canter pada tahun 1976.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya juga melaksanakan tugasan


KKBI daripada subjek yang lain. Namun begitu, ini bukan merupakan alasan
bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan
dorongan daripada rakan-rakan, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang
melaksanakan tugasan KKBI ini. Melaluinya, saya telah dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim bersama rakan sekumpulan. Saya telah dapat
mempelajari sifat sabar dalam melaksanakan tugasan dan ragam manusia.
Jika sebelum ini saya berasa kurang sabar dan sering terburu-buru dalam
melaksanakan sesuatu, kini saya telah mempelajari untuk mengatasinya.
Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya dapat mengulangkaji
pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu model
disiplin dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga
telah memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan
bilik darjah iaitu dengan memberikan peraturan dan menguatkuasakannya
secara berterusan. Selain itu, murid-murid perlu diberikan dendaan dan
pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk
menghilangkan tingkah laku yang tidak diingini.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat
dapat saya perolehi melalui tugasan KKBI ini. Pengurusan bilik darjah yang
berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang
mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan
jayanya. Akhir sekali, saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya
perolehi melalui tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru
yang cemerlang dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai
generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat
wawasan 2020.
REFLEKSI PEMBENTANGAN
Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan
guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran
pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Berdasarkan pembentangan
tutorial minggu kelima yang telah dibentangkan oleh dua orang ahli kumpulan,
terdapat dua soalan yang perlu dijawab iaitu jelaskan tentang konsep dan
pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah dan bincangkan
peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah.
Menurut pembentangan yang dibentangkan oleh Nur Balkis Bt Omar
dan Siti Aishah Bt Halim, soalan yang pertama iaitu konsep dan pelaksanaan
Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah terbahagi kepada dua iaitu konsep
dan pelaksanaan.

Berdasarkan bahagian pertama iaitu konsep, Penilaian Kendalian


Berasaskan Sekolah dilihat lebih bersifat formatif dengan mengutamakan
kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Melaluinya, guru
dapat melaksanakan diagnostik yang bertujuan untuk mengesan
perkembangan murid dari semasa ke semasa dan seterusnya memberikan
guru peluang untuk memperbetulkan kesilapan dan memperbaikai kelemahan
murid serta merta. Selain itu guru dapat mengenal pasti akan kelemahan dan
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada murid.
Dalam Pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah,
terdapat dua jenis penilaian yang dilaksanakan di sekolah iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merupakan Penilaian yang
dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh memberikan maklum balas kepada guru tentang
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Melaluinya, guru
dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Bagi penilaian sumatif pula, Penilaian ini sering dikaitkan dengan
penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini membezakan
pencapaian seorang murid dengan murid lain dan dijadikan sebagai penanda
aras tahap pencaapaian seseorang murid tersebut. Penilaian ini juga
seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Untuk melaksanakan penilaian, guru bertindak untuk menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai disamping merancang dan membina
instrumen penilaian. Setelah membina instrumen, guru perlu melaksanakan
penilaian serta merekodkan hasil penilaian murid. Setelah itu, guru perlu
menganalisis maklumat penilaian dan melalui maklumat tersebut, laporan dan
tindakan susulan perlu dilakukan.
Selain itu, melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan
kepada konsep penilaian yang berterusan terhadap perkembangan bagi
kesemua aspek tersebut bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai.
Pelaksanaan penilaian kendalian berasaskan sekolah yang sistematik
perlu mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu yang pertama merancang
penilaian dan menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian.
Setelah itu, instrumen penilaian perlu dibina dengan membuat jadual
penentuan spesifikasi (JSU) dan membina soalan atau instrumen. Setelah itu,
penilaian yang dirancang perlu dilaksanakan melalui pelbagai cara seperti
pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Setelah itu, segala maklumat
berdasarkan penilaian yang dibuat, keputusan perlulah di rekodkan dan di

analisis maklumat tersebut mengenai tahap yang diperolehi daripada murid.


Jika perlu, keputusan hasil penganalisian maklumat perlu dilaporkan untuk
makluman pihak tertentu.
Setelah mengetahui kelemahan yang berlaku, penguasaan perkara
yang diajar perlu dilakukan. Jika murid-murid dapat menguasai perkara yang
diajar, tindakan susulan perlu dilakukan sebagai pengukuhan dan pengayaan
dan meneruskan pelajaran yang baru. Jika sebaliknya murid-murid tidak
dapat menguasai perkara yang diajar, tidakan susulan pemulihan perlu
dilakukan dan setelah itu penilaian perlu dibuat bagi menilai tahap
murid. Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
kaedah penilaian dan instrument yang perlu digunakan.
Seterusnya, dari segi perlaksanaan, peranan umum guru perlu diketahui
oleh semua iaitu peranan guru merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik
darjah. Keputusan pentaksiran juga mempunyai implikasi penting bagi pembelajaran.
Selain itu, guru dilihat berperanan menyemak kembali alat pentaksiran yang
digunakan supaya selaras dengan tujuan pentaksiran.

Peranan guru dalam proses penyediaan ujian dan peperiksaan pula,


ujian dan peperiksaan perlu merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian
bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Proses penyediaan
item-item ujian dan peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum
ujian, semasa ujian dan selepas ujian.
Fasa sebelum ujian, bahan-bahan yang berkaitan dengan penilaian seperti
sukatan pelajaran, buku rujukan, soalan-soalan yang lepas diperlukan untuk
dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan soalan. Fasa semasa
ujian pula, guru berperanan memberikan pertimbangan yang serius kepada bilangan
item, soalan-soalan yang lepas, dan penggubalan item-item berdasarkan JSU mata
pelajaran. Ketua panitia atau guru cemerlang diperlukan sebagai pembimbing atau
pakar rujuk. Setelah moderasi, guru perlu membuat pindaan yang disyorkan oleh
panel moderasi seperti ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru
cemerlang. Setelah pindaan dibuat, draf terakhir disemak dan diluluskan oleh panel
moderasi. Bagi menjamin kualiti item yang dihasilkan, sebarang kertas yang
diconteng dengan draf hendaklah dihapuskan.
Setelah fasa ujian, guru perlulah membuat pertimbangan terhadap
bilangan kertas yang sedia ada bagi satu-satu tahun persekolahan. Seterusnya,
kertas soalan dimasukkan dalam sampul mengikut gandaan 30 dan di simpan di
dalam almari berkunci dan dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian atau
peperiksaan tersebut.

Posted by Nid Al-Kahfi at 6:38 PM

http://nidkahfi.blogspot.com/2013/01/edu-3104-model-pengurusan-bilikdarjah.html

You might also like