You are on page 1of 1

Menurut Nee (2010), operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai oleh

murid. Barmby (2008) pula menyatakan bahawa pendaraban lebih sukar dikuasai oleh
murid berbanding penambahan dan penolakan nombor. Salah satu puncanya telah
dinyatakan oleh Heirdsfield (1999) iaitu pendaraban bentuk lazim memberikan kesukaran
kepada murid. Senario di sekolah pada hari ini memperlihatkan bahawa penggunaan
algoritma tradisi iaitu kaedah bentuk lazim sangat ditekankan oleh guru. Walau
bagaimanapun, guru harus sedar bahawa murid-murid adalah berbeza dari segi teknik
pembelajaran Matematiknya. Hal ini disokong oleh Ommi (1992) yang menyatakan
bahawa teknik mempelajari Matematik bagi seseorang murid adalah berbeza jika
dibandingkan dengan seorang murid yang lain. Ada murid yang boleh dan ada juga murid
yang tidak boleh menguasai kemahiran mendarab dua nombor dalam bentuk lazim. Oleh
itu, murid-murid yang menghadapi masalah dalam melakukan algoritma tradisi ini
mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma alternatif (Azizan, 2000).
Algoritma alternatif merupakan suatu kaedah lain yang digunakan bagi menggantikan
kaedah tradisional
Azizan, Y. Z. (2000). Algoritma alternatif untuk pendaraban. Spektra Jabatan Sains dan
Matematik Maktab Perguruan Persekutuan Pualu Pinang , 6-8.
Azizi, S., & Nee, H. L. (2010). Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran
mendarab. Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 .
Barmby, P., Bilsborough, L., Harries, T., & Higgins, S. (2009). Primary mathematics :
teaching for understanding. Buckingham: Oxford Univesity Press

You might also like