You are on page 1of 19

Cabaran ICT dalam PdP

Apakah cabaran di dalam penggunaan ICT di dalam


pengajaran dan pembelajaran di Sekolah
PENGENALAN
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad
ke-21 dan perubahan daripada era masyarakat industri
(industrial society) kepada era masyarakat bermaklumat
(information society) menimbulkan cabaran baru kepada
institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi
dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Penggunaan ICT memberi kesan yang
besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan
pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia.
Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu
Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif
sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan
kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion
keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu
dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke-21.
Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT
memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion
keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru
yang
mempunyai
pengkhususan
bidang
pengetahuan
komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga
memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guruguru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan
membangunkan masyarakat dan negara.
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang
meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan
cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran
dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan
dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian

kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat


melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif
guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Penggunaan komputer yang semakin hari menjadi lebih
penting dalam kehidupan kita perlu didedahkan kepada
pelajar supaya mereka dapat membiasakan diri dengan
dengan penggunaan computer. Oleh itu, pengetahuan
mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib
untuk membolehkan negara maju bergerak ke hadapan. Oleh
itu, para guru di alaf baru juga perlu bersiap sedia dengan
pengetahuan mengenai komputer.
Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah
untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020.
Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai
wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,
masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang
kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...
(Mahathir Mohamad, 1998)
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal
insan pada masa depan amat bergantung pada kualiti sistem
pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan
(PIPP)
2006-2010
telah
dirancangdan
dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan
yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia dan
telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP ini
menggariskan enam teras utama dan salah satu teras
utamanya
iaitu,
pembangunan
modal
insan
yang
memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja yang
kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan
dengan itu, penekanan dalam hal ini dapat dilihat daripada

program yang dirancang dalam Kad Laporan Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan.
Ia menyatakan bahawa pembestarian sekolah merupakan
proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT
dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Program ini melibatkan usaha melengkapkan
semua sekolah dengan infrastruktur, perkakasan, perisian
dan aplikasi, latihan guru serta pengurusan perubahan yang
bersesuaian dan mencukupi.
Terdapat 17 inisiatif Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk membestarikan
kesemua sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara
inisiatif tersebut adalah:
a)

b)
c)
d)

e)

Peruntukan
RM82
juta
untuk
kelengkapan
tele
persidangan, kemudahan telefon satelit dan faks tanpa
talian di lebih 5,800 sekolah luar bandar dan pedalaman
Peruntukkan RM113 juta untuk penyediaan perisian
kursus bagi guru dan murid
Perluasan akses School Net kepada semua sekolah
termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Sekolah kurang Murid (SKM) dan sekolah pedalaman
disediakan makmal komputer menggunakan konsep
kabin
Mengelompokkan Sekolah Orang Asli dan Penan dengan
menggunakan sidang video untuk i) perkongsian
pengetahuan berasaskan pengajaran dan pembelajaran,
ii) perkongsian data dan iii) meningkatkan pencapaian
dengan berkongsi maklumat antara satu sama lain.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)


Antara lain,contohnya pada tahun 2003, pengajaran sains
dan
matematik
dalam
bahasa
Inggeris
telah
diimplementasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah
seluruh negara. Sebanyak Ringgit Malaysia 1.3 bilion telah
dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan
ICT ke sekolah-sekolah.

KEPENTINGAN
MENGUASAI
MAKLUMAT (ICT)

KEMAHIRAN

TEKNOLOGI

Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer


membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu
perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya
Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CDROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru
dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997)
dalam kajiannya Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Berbantukan komputer mendapati pembelajaran yang
menggunakan
kaedah
perayauan
(exploratory)
dan
penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya
didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajiankajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;
1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu
dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian
perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang
menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh
mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada
pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988).
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Kamus Dewan (1998), komputer didefinisikan
sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada
cakera atau pita bermagnet, mengarah sistemnya dan
mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan.
Penggunaan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan
komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru

dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat


proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum
pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.
Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti
akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang
berkesan.
Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi
penggunaan media pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju hanya akan tercapai sekiranya setiap golongan
masyarakat,
kaya
dengan
maklumat
dan
bersedia
menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka, golongan
pelajarlah yang menjadi sasaran penting kerana mereka
merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di masa
hadapan. Oleh itu, guru terlibat secara langsung memberi
komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat
bermaklumat. Walaupun begitu, timbul keraguan tentang
sejauh manakah guruguru dapat menggunakan komputer
dan ICT dengan berkesan di dalam proses P&P di kelas.
Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika
komputer
digunakan
tetapi
guru
tidak
mahu
menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak mendapat
manfaatnya. Guru juga perlu memahirkan diri dengan
komputer supaya pengajaran yang disampaikan lebih
berkesan dan mewujudkan suasana pelajar seronok belajar
dengan menggunakan komputer. Cabaran ke-6 Wawasan
2020 jelas menggambarkan penekanaan terhadap sains dan
teknologi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian yang gemilang, terbilang dan cemerlang
menjelang tahun 2020. Oleh itu, pengetahuan mengenai
komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk
membolehkan negara maju bergerak ke hadapan. Oleh itu,
para guru di alaf baru juga perlu bersiap sedia dengan
pengetahuan mengenai komputer.
Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa
penggunaan
komputer
dalam
pendidikan
mempunyai

beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana


lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu.
Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer
dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang
lebih luas; pembelajarannya yang juga boleh dilakukan
sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui
pendekatan
interaktif,
dan
membolehkan
simulasi
pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala
kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau
sesukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang
sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan
pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran
yang tinggi (Ellington et al. 1993).
Cabaran-cabaran
globalisasi
menuntut
agar
negara
membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri Kworker,celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada
peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan
memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu
menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT,
berkemahiran, dan
berakhlak mulia bagi
memenuhi
kehendak ini.
Untuk menjayakan pelaksanaan program tersebut dengan
lebih
berkesan,
kemudahan
infrastruktur
ICT
perlu
disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT
dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan.
Pembelajaran
bukan
lagi
tertumpu
dengan
kaedah
pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan
teknologi
ICT
perlu
dieksploit
sepenuhnya
supaya
memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar.
Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM,

multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana


yang bersesuaian.
Peranan komputer dalam pendidikan bagi mewujudkan
situasi pembelajaran yang dikehendaki amat diperlukan.
Teknik pengajaran dan pembelajaran dibantu komputer boleh
mencetus suatu revolusi baru dalam pendidikan. Tidak
hairanlah suatu hari nanti fungsi guru yang selama ini
bertumpu sebagai tenaga pengajar akan bertukar menjadi
sebagai
penasihat
atau
pembimbing
sahaja.
Tugas
pengajaran akan di ambil alih oleh komputer pula.
Penyampaian dalam bilik darjah yang selama ini adalah
secara berkumpulan dalam kelas turut akan berubah ke arah
yang lebih bersifat individu atau dalam kelompok kecil dan
menjadikan proses pembelajaran lebih aktif dan berkesan.
Terdapat
beberapa
kaedah
berkesan
yang
boleh
dilaksanakan. Kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh Rashidi
dan Abdul Razak (1995) boleh digabungjalinkan semasa
proses p&p dijalankan. Antara kaedah-kaedah tersebut
adalah seperti kaedah makmal, kaedah tugasan, kaedah
tutorial, kaedah penemuan dan beberapa kaedah lain yang
bersesuaian.Kejayaan
kaedah
ini
bergantung
kepada
kecekapan guru merancang dan menguruskan aktiviti,
penguasaan teori oleh pelajar dan kemudahan makmal yang
mencukupi. Untuk mengendalikan sesuatu kelas kemahiran
penggunaan komputer, setiap pelajar seharusnya dibekalkan
dengan sebuah komputer. Ini bertujuan supaya pelajar dapat
berdikari dan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.
Berkongsi komputer tidak digalakkan kerana pelajar
sepatutnya diberi peluang menyentuh sendiri perkakasan
dan perisian untuk tujuan penghayatan dan merangsang
proses kemahiran berfikir pelajar.
Penggunaan
komputer dalam
pendidikan
pula
yang
dahulunya agak lembab dan kerap kali menemui kegagalan
kini cuba dibangunkan semula dalam bilik-bilik darjah untuk
memainkan peranan yang lebih aktif dalam pendidikan

global hari ini. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati


arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Adalah
diharapkan agar teknologi ini akan memainkan peranan yang
lebih menonjol dalam proses pendidikan dari peringkat
sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Apa yang
diperlukan ialah tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju
dan sanggup mempelajari sesuatu yang baru khususnya
teknologi komputer dalam pendidikan. Kreativiti guru boleh
dipupuk dan dikembangkan melalui minat dan usaha.
Pendekatan tema dan strategi pengajaran berkomputer
boleh dijalankan di sekolah jika guru diberi kelonggaran
membina program mereka sendiri. Para pendidik harus
mempunyai
pengetahuan
yang
mendalam
mengenai
teknologi maklumat, pengetahuan tentang komputer, faktorfaktor yang mempengaruhi pemikiran dan proses pemikiran
berbantukan komputer. Maklumat ini berguna untuk
membantu guru menilai keupayaan pelajar berfikir dan
mengajar mereka berfikir dengan menggunakan komputer
supaya beroleh sebanyak mungkin manfaat. Sementara itu,
pelajar juga akan terlibat secara lebih aktif kerana mereka
mendapat
peluang
untuk
mempelajari
kemahiran
menggunakan komputer untuk meningkatkan kemahiran
berfikir dan mempraktikkan kemahiran tersebut dalam
suasana pembelajaran formal. Memandangkan kemunculan
teknik penyampaian maklumat dan juga kemunculan
maklumat yang sangat tidak terbatas, maka teknik
pengajaran kita perlulah turut diubah mengikut kesesuaian
masa yang sentiasa berubah. Pendidikan negara kita
sekarang sedang mengalami fenomena borderless iaitu
tanpa sempadan dalam memperolehi maklumat. Untuk
bersaing dalam pendidikan global kita perlu meningkatkan
keupayaan pelajar kita untuk melengkapkan diri dengan
kemahiran memproses maklumat. Dalam erti kata lain
meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Fikirkan sahaja
bagaimana Singapura dengan penduduk dan bahan resos
pribumi yang begitu sedikit dapat meningkat maju dengan

begitu cepat ke arah dunia industri dan kini informasi.


Kemungkinan besar ialah sistem pendidikan mereka yang
telah membangunkan satu kumpulan manusia yang dapat
berfikir dengan mantap sekali.Kajian menunjukkan bahawa
kita hanya mampu ingat 20% daripada apa yang kita dengar,
30% daripada apa yang kita lihat, 50% daripada apa yang
kita dengar dan lihat, 80% daripada apa yang kita tutur dan
90% daripada apa yang kita tutur dan buat.
Dua cabaran yang dapat dilihat dengan jelas dan terpaksa
dihadapi oleh guru dan pelajar terutamanya ialah cabaran
menghadapi maklumat yang tidak terbatas dan cabaran
untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi supaya dapat
membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta menjadi
lebih inovatif.
Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik
komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran
komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung
pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional
chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan
kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti
menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan
PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada golongan guru
mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses
pembelajaran serta pengajaran. Tambahan pula, ICT dapat
mendedahkan mereka ini dengan cabaran-cabaran baru
dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada penggunaan
ICT.
Justeru itu, untuk melahirkan pelajar yang cekap bagi
memanfaatkan
keberkesanan
penggunaan
komputer,
sewajarnya guru-guru menyerapkan dan menyepadukan
pengajaran
dan
pembelajaran
penggunaan
teknologi
maklumat dengan kemahiran berfikir. Dalam proses
kemahiran berfikir ini pelajar perlu dilibatkan dalam
pemikiran secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Dalam pengajaran secara

konvensional pelajar amat bergantung kepada guru untuk


memberitahu setiap maklumat. Apabila disuruh mereka
berfikir, mereka akan gelisah dan tidak tahu apa yang perlu
dilakukan. Namun begitu, seseorang guru yang mengajar
menggunakan
komputer
perlulah
sentiasa
memberi
dorongan kepada pelajar supaya sentiasa berfikir untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Lama-kelamaan pelajar akan
menyedari sebab mengapa mereka perlu sentiasa berfikir
dengan menggunakan teknologi komputer.
Menurut Williams (1995), penggunaan komputer ataupun
internet merupakan buku teks masa depan. Melalui internet,
pengguna-pengguna terutamanya pelajar boleh berkongsi
sumber yang tidak terbatas. Kekayaan maklumat dalam
internet memungkinkan pelajar memperolehi maklumat
berkenaan pendidikan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir. Pada masa kini, terdapat beribu-ribu laman jaring
yang amat berguna kepada pelajar dalam internet untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Guru yang
berjaya bukan sahaja berkarisma dan dapat menyakinkan
pelajar tetapi adalah guru yang melibatkan pelajar dalam
aktiviti mental yang berkesan. Maka peranan guru bolehlah
dikatakan untuk menghasilkan pelajar yang berkeupayaan
tinggi dalam pemikiran dengan menggunakan komputer.
Untuk bersaing dalam dunia pendidikan yang berteknologi
maklumat ini, pelajar perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran memproses maklumat.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan


guru dan pelajar terhadap pelajaran.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua pelajar yang pelbagai eupayaan.
Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning).

Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar


diperolehi.
Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
Mewujudkan
suasana
pembelajaran
yang
menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan
pelajar
mencuba
atau
melaksana
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan
pelajar.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum

CABARAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru
termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif
guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan
bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan
yang tidak mencukupi.

Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan

Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus


Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang
atau tidak menggunakan komputer untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah
utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk
menghabiskan
silibus
kerana
menurut
mereka
penggunaan internet memerlukan masa yang lama
untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap
merekabersedia
menggunakan
komputer
dalam
pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan
bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi

sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun


mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam
pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa
dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang
utama dalam dunia digital.
Sikap Negatif Guru
Daripada kajian juga terdapat sebahagian guru yang
telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk
membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional
(Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi
cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem
pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami
perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian
penggunaan teknologi baharu termasuk komputer,
digital, e-learning dan sebagainya. Penggunaan ICT
dalam sekolah telah membuka perspektif baharu
tentang
liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada
sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan
kecanggihan
teknologi
komunikasi
maklumat
membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia
diadaptasikan
dalam pembelajaran maya dengan
menggunakan
internet,
melayari
website
dan
sebagainya.
Kekurangan Kemahiran
Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan
dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multipleintelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran
yang
tidak
lagi
terikat
kepada
pembelajaran
konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer
dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang
dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif,
kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual,
pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan
bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT.
Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet
sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada

pelbagai
maklumat
yang
dapat
membantu
memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Walau
bagaimanapun,
penggunaan
pembelajaran
elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet
atau www masih lagi rendah.
Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting
pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad
ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem
pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat
utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang
celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting ialah
menyediakan kemudahan komputer untuk semua
pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad
kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan
keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi,
sosial, kaum dan sebagainya.
Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapatdi sekolah
pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak
komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang
meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada
yang memiliki sambungan kepada Internet,ada yang
tidak.
Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor
pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang
lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran
tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan
mengakses
Internet
sahaja
tidak
menjamin
keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line.
Sikap guru dan pelajar terhadap
penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan
untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah
pengajaran pembelajaran.
Jurang ICT dan Digital
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat
terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan,

kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya


akan
memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital.
Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara
ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi
menangani jurang ICT dan digital yang berlaku,
terutamadi luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah
dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian
serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital
dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan
memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan
kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin
dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guruguru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu
disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah
melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT
dan masyarakat digital.
Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan
yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos
penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan
sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT
juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal
memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar
supaya celik komputer, terutama di kawasan luar
bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar
terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan
pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional
yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

PERANAN GURU
Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan
memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan

sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut


turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme
dan
kognitivisme
ialah
pembelajaran
tutorial
yang
menggunakan
ICT
untuk
menyampaikan
kandungan
pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena
yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang
disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh
sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar
perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran
tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model
tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru
sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai
penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi
pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap
perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta
melakukan
persediaan
yang rapi
dalam
penyediaan
peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah
di bahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian
di akhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi
latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang
diberi latihan berbentuk pengayaan. Kesilapan dalam
memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran
masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan
ICT yang lebih produktif.
Guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan
proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai
strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta
meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan
maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara
penerokaan
boleh
digunakan
oleh
guru
untuk
menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P.
Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari
dan
mengakses
maklumat
daripada
ensaiklopedia
multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes

&Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini,


maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji
hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila
menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana
murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang
diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan
menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru perlu
menyediakan
soalan-soalan
terbuka
untuk
menjana
pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran
secara
hafalan
(rotelearning).
Peranan
guru
dalam
memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan,
lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk
mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara
yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa
penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti
menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai
mesin taip elektronik.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan
serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan
komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif
di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan
murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan
animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di
kalangan murid di samping memantapkan kemahiran
berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis
panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin
murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya
dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan
oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil
dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran
berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru

menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi


kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau
hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap
murid.
SOKONGAN DARIPADA PIHAK LUAR
Sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara
pemimpin sekolah, guru, pelajar dan pihak luar memainkan
peranan penting untuk memantapkan integrasi ICT dalam
proses P&P sekolah. Pihak sekolah
harus menggunakan
pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan,
badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat
Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang
paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai
teknik
dan
kaedah
P&P
menggunakan
ICT.
Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh
digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran
ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus
menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat
dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga
pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan
penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
Sekolah sememangnya tidak ada pilihan lain melainkan
menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru
perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk
diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina
polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap
program pembangunan staf adalah menjadi teras utama.
Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai
satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas
inisiatif dapat membantu menambahkan lagi penggunaan ICT
oleh guru semasa proses P&P. Perkembangan dan
pembangunan staf juga harus diberi perhatian yang lebih

oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan


ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu
penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran
mengikut keperluan murid.

PENUTUP
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan
kualiti pendidikan yang bertaraf dunia. ICT membolehkan
pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini
menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.
Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap
dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani
pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi,
prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau
bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di
kalangan guru-guru.
Jadi, bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat
digunakan dengan sepenuhya di sekolah. Sejajar dengan
langkah pembestarian ini, guru perlu bersikap proaktif dan
inovatif dalam menghadapi dunia pendidikan yang serba
mencabar. Guru juga perlu sentiasa bersedia mengambil dan
menyahut cabaran baharu serta melengkapkan diri mereka
dengan
kemahiran
teknologi
maklumat
dan
melaksanakannya di sekolah agar inisiatif Kementerian
Pelajaran Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat melahirkan generasi pelajar yang mampu
menghadapi
cabaran
dalam
dunia globalisasi
tanpa
sempadan ini.
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan


Cabaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia . Pahang
: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Khailani A Jalil. (2009). Jurnal Pendidikan, Jilid 7. Kuala Lumpur : Aras Mega
(M) Sdn. Bhd
Khailani A Jalil. (2011). Jurnal Pendidikan, Jilid 9. Kuala Lumpur : Aras Mega
(M) Sdn. Bhd
Nadia Azrina. (2004). Teknologi Maklumat dan Komunikasi . Selangor :
Pustaka Cahaya Intelek
Puteri Fahsyar. (2004). Telusuri Dunia Maya. Kuala Lumpur : Pustaka Buana
Rozinah Jamaludin. (2008). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang :
Penerbit Universiti Sains Malaysia

You might also like