Professional Documents
Culture Documents
1peristiwa 13 Mei 19691
1peristiwa 13 Mei 19691
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan
ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal
memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan
DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di
Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat
kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas
sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana
tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang
banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia.
Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah
ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar
untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompokkelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga
kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana
mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.
Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum
seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal
di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah
berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas
hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan
prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah
yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan
yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka
telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anakanak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan
tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya
mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China
mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang
berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda
masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah
menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam
pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.
1.2
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam
Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian
gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui)
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. [1]. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action
Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagi simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo. [3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei
1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di
atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu
ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar
dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu
di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat ceritacerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai
senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah
menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar
terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul
Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil
harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai
orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu
tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman
televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di
skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa
cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke
dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat
mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang
melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya
persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas
lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik
kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang
menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu
yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak
orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka
melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau
masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang
sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The
Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina
yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah
thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000
orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku
sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati
hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam
peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa
sama ada kita hidup atau mati".
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan
ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran
telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sesetangah orang melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana
gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang
lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu"
("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara
tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan
Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding
pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP.
begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan
selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan
pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan
ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di
seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan
keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang
terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba
menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut
menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai
kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr.
Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri
Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh
Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan
semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk
membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di
Malaysia.
2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai
satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk
memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk
mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan
agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah
untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang
telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.
Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap
peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di
kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan
keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa
hitam 13 Mei 1969.
2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula
menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai
kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi
maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India
Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik
dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya
menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin
mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga
kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar
pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta
kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan
perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan
agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama
lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk
warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu
keperibadian Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang
telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang
budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat
dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai
daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat
Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam
sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal
pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat
diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar
matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat
negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak
memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut
yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat
Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk
sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan
dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama
dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah
membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk
memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa
13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat
Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk
memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita
kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan
saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita
saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus
mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig
membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang
dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya
agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas
menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi
pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pembangunan Nasional serta wawasan
Rujukan
Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann
Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver
lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.