You are on page 1of 23

ALOI

KUMPULAN 3
S.KUMARESAN
MOHD FIRDAUS

APAKAH MAKSUD ALOI ?


Kebanyakan logam wujud dalam pepejal.Logam
tulen terdiri daripada atom yang sama jenis dan
saiz.Susunan atom di dalam logam
menyebabkannya bersifat mulur dan boleh
ditempa.
Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak
kuat.Sifat logam tulen ini dapat diperbaik dengan
menjadikannya aloi.
Aloi adalah campuran dua unsur atau lebih
mengikut peratusan tertentu dengan unsur
utamanya ialah logam.
Tujuan pengaloian adalah untuk menambah
kekuatan dan kekerasan logam tulen, mencegah
kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logam
supaya menjadi menarik dan berkilat.

Susunan atom di Aloi


Aloi mengandungi campuran
beberapa unsur logam dan
bukan logam.
Atom
Tembaga

Atom Timah

Atom Besi

Justeru itu, kehadiran atom-atom lain


yang berlainan jenis dan saiz di
dalam atom induk menganggu
susunan yang teratur dalam atom
induk.
Keadaan ini mengurangkan lapisan
atom daripada tergelincir satu sama
lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan
kuat daripada logam tulen.

ALOI BESI ( IRON ALLOY )

ALOI TEMBAGA ( COPPER ALLOY )

ALOI ALUMINIUM
( ALUMINIUM ALLOY )

ALOI PIUTER
( PEWTER ALLOY )

SIFAT-SIFAT ALOI
Keluli - keras dan kuat.
Nikel-Tembaga kuat dan berkilau.
Keluli nirkarat kuat, berkilau, tidak
boleh karat.
Tembaga kuat dan berkilau.
Gangsa keras, kuat, tahan kakisan.
Magnalium kuat, ringan, tahan
kakisan.
Duralumin kuat, ringan, tahan
kakisan.
Piuter kuat, berkilau, tahan kakisan.

PENGALOIAN
Tujuan pengaloian
Untuk memperbaiki penampilan logam
tulen.

Logam tulen mempunyai


permukaan berkilat.Apabila terdedah
kepada udara dan air, ia akan kehilangan
kilatan di permukaan.Atom-atom lain
membantu mengurangkan pembentukan
lapisan oksida di permukaan.

Untuk meningkatkan kekuatan dan


kekerasan pada logam tulen.

Logam tulen lebih lembut daripada


aloi.Atom-atom
lain
mengganggu
susunan
yang teratur di logam
tulen.Keadaan
ini
mengurangkan
lapisan atom daripada tergelincir satu
sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan
kuat daripada logam tulen.

Untuk meningkatkan daya tahan


kakisan pada logam tulen.

Kebanyakan logam hakis apabila


terdedah kepada udara dan air.
Atom-atom
lain
membantu
mengurangkan pembentukan lapisan
oksida di permukaan.Jadi logam itu
akan menjadi tahan hakisan daripada
udara dan air.

KEGUNAAN ALOI DALAM BIDANG


PERINDUSTRIAN
keluli untuk membina bangunan,
jambatan, landasan keretapi, badan
kenderaan, paku besi dan skrew.
Keluli nirkarat untuk menghasilkan
bahagian automobil, alatan dapur
seperti pisau, gunting, sudu, garpu,
periuk dan alatan pembedahan.

Nikel-Tembaga untuk menghasilkan


duit syiling
Tembaga untuk menghasilkan alatan
muzik, alatan perhiasan, kunci, nat,
bolt dan bahagian elektrik.
Gangsa untuk menghasilkan duit
syiling, pingat, monumen dan alatan
perhiasan.

Magnalium untuk menghasilkan alat


penimbang dan intrumen yang ringan.
Duralumin untuk menghasilkan
kapal terbang, kabel elektrik, periuk
tekanan
( pressure cooker ),
basikal lumba dan kereta api laju.
Piuter untuk menghasilkan alatan
perhiasan, cenderahati, piala dan
rantai kunci
( key chain ).

PPIK melalui ujikaji dalam kurikulum


sekolah rendah.

TAJUK : PENGARATAN

OBJEKTIF: Untuk mengenal pasti faktor-faktor


yang
menyebabkan pengaratan.
HIPOTESIS: Kehadiran udara dan air yang
menyebabkan pengaratan berlaku.
PERNYATAAN MASALAH:Apakah faktor-faktor
yang
menyebabkan
pengaratan
berlaku?

Pemboleh ubah:
(a) Dimanipulasikan: Kehadiran udara
dan air
(b) Bergerak balas: Keadaan paku
(c) Dimalarkan: Jenis paku besi

Bahan:
Tabunguji, pakubesi, gabus, airpaip,
airsuam,minyak,dan kalsium klorida
kontang.

PROSEDUR
1. Labelkan tabung uji dengan A,B dan C.
2. Paku besi yang sempurna dimasukkan ke dalam
ketiga-tiga tabung uji yg.disediakan.
3. Masukkan sedikit air paip ke dalam tabung uji A.
4. Masukkan sedikit air suam ke dalam tabung uji
B kemudian masukkan minyak sedikit.
5. Masukkan kalsium klorida kontang ke dalam
tabung uji C.
6. Ketiga-tiga tabung uji itu ditutupkan dengan
gabus.
7. Pemerhatian pada paku besi dilakukan selepas
1 minggu.

PEMERHATIAN
TABUNG UJI

PEMERHATIAN

Paku besi berkarat.

Paku besi tidak berkarat.

Paku besi tidak berkarat.

PERBINCANGAN
1. Tabung uji A mengandungi air.Udara terdapat
dalam air juga.Jadi,kehadiran air dan udara
menyebabkan paku besi berkarat.
2. Tabung uji B tidak mengandungi udara.Ini
kerana air suam tidak mengandungi
udara.Lapisan minyak menyekat udara
melarut dalam air suam.Ketidak adaan udara
menyebabkan paku besi tidak berkarat.
3. Tabung uji C tidak mengandungi air.Ini kerana
kalsium klorida kontang yang terdapat dalam
tabung uji menyerap air yang terdapat dalam
wap udara.Ketidak adaan air menyebabkan
paku besi tidak berkarat.

KESIMPULAN
Kehadiran air dan udara
menyebabkan paku besi berkarat.

TAMAT
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like