You are on page 1of 11

KENEGARAAN (HNS 2013)

NAMA
NUR FASIHAH BINTI KAMIL

NO.MATRIK
D20141066462

TAJUK
PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN
TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK
DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

LECTURER
PROFESOR MADYA DR. KHAZIN BIN MOHD TAMRIN

KUMPULAN
A

1.0

Pengenalan
Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi sekitar

bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa
Inggeris disebut environment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh
itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar
adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau
abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena
yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin
falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan
iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam
sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan
sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam
Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta
moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004).

Pencemaran merupakan

kemasukan

bahan

pencemar

seperti

bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan
yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber
alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu
keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

1.1

Bentuk Pencemaran Alam Sekitar

a) Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta
benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas (Karbon
Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apaapa campuran bahan-bahan ini.
b) Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran
air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan
pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
c) Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin haiwan atau
manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

2.0

Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang

paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena
pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi
kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil
langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara
China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di
negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer
dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang
dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap
yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini
dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan
pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran

sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan
gasgas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.

2.1

Punca-punca pencemaran Udara


Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos

kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan
pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi
juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari
matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel,
asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat
kejadian berlaku.

2.2

Kesan-kesan Pencemaran Udara


Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem

pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar
kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gasgas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyatakan sebanyak 3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan
terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil
makanan dari tumbuhan yang tercemar.

2.3

Langkah-langkah mengatasi pencemaran udara


Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah

pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari
udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat
mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber
sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan
dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah
penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak
peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

3.0

Pencemaran air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di

negara-negara membangun atau negara sedang membangun, masalah pencemaran air


masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan
yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada
dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk
iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi
juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

3.1

Punca-punca pencemaran air


Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak

bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan


buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia
yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di
Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat
apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian
perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini
memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik

dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan
ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahanbahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa
toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut
Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

3.2

Kesan-kesan pencemaran air


Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap

hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut
akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.
Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan
meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi
masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat
atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam
sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini
mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan
dan keadaan air itu sendiri.

3.3

Langkah-langkah mengatasi pencemaran air


Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih

teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat
dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki
takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan
domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu
menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah,
pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan
supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan
perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan
merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga
membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.
Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan
memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah
memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri
sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara
kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita.
Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan
sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya
menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan
tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum.

4.0

Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir

ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin
meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri
yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber
bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera
dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain

pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan
bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan
sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju.
Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja
kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai
sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai
bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya
melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masingmasing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan
selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Kebisingan
selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku
apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih
perlahan. Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak
gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar
dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB
sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan
bunyi enjin yang tidak dimatikan. Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti
dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada
benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan
menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian
gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan
tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising
menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, ketika seseorang
sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran
tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.

4.1

Punca-punca pencemaran bunyi


Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam

kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,
jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan
ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran
dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan. Di kawasan petempatan pula, punca
berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang menanamkan cerucukcerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu

kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada
pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak
mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .
Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen
dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada
sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan
dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga
merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa
kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu
menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang
membahayakan.

4.2

Kesan-kesan pencemaran bunyi


Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi

dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons
kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang
mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan
kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan
perhatian susah dilakukan.
Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang
yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat
perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar
lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka
dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa
disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang
dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi
adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang
tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan
tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

4.3

Langkah-langkah mengatasi pencemaran bunyi


Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius

dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha
mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar
tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak
berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam
kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

5.0

Penutup
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam

sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk
mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar
supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang. pencemaran air
merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup
dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu
dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua
pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi
masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.Akhir kata, hargailah alam
sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya. Akhirnya ,
undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal
masalah pencemaran alam di negara kita .

You might also like