You are on page 1of 3

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah

Nazir Sekolah dengan kerjasama JPN dan PPD mengadakan Program PROTIM iaitu suatu
ujian diagnostik yang dikendalikan untuk murid yang belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 bagi
memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran 3M yang kukuh sebelum
melangkah
ke
peringkat
Sekolah
Menengah.

Program PROTIM terbahagia dua iaitu program PROTIM Bahasa Melayu


yang dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran
asas membaca dan menulis asas yang menjadi fokus dalam KBSR dan program PROTIM
Matematik untuk kemahiran mengira. PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah
hidup

Program

PEMULIHAN.

tujuan

yang

PROTIM

mempunyai

sama

dengan

maksud

dan

PEMULIHAN.

Praujian dan Pascaujian PROTIM dijalankan bagi tujuan mengesan daerah


kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian
murid. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan
terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas muridmurid

selesai

menduduki

peperiksaan

UPSR.

Pelaksanaannya perlu dijalankan dalam waktu Matematik dan Bahasa Melayu


mengikut budi bicara pentadbir sekolah. Pengubahsuaian jadual waktu boleh dilakukan
untuk memastikan pelaksanaanya tercapai. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh pihak
pentadbir bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu juga dikehendaki memanfaatkan


penggunaan Modul PROTIM yang sedia ada di sekolah masing-masing dengan sebaik
mungkin. Bagi melancarkan pelaksanaan program disediakan juga Carta Alir Program
PROTIM untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Guru matapelajaran dikehendaki
mematuhi pelaksanaan Pra Ujian dan Pasca Ujian protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
agar
data

ujian

tersebut

dapat

dihantar

kepada

pihak

bertanggungjawab

mengikut masa yang telah ditetapkan.

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu

Bahagian A - Kemahiran Membaca

Bahagian B - Kemahiran Menulis

Kandungan dan Pelaksanaan Praujian dan Pascaujian Kemahiran Membaca dan


Menulis

1. Bahagian A mengandungi 12 soalan.


2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100.
3. Bahagian B mengandungi 17 soalan.
4. Jumlah keseluruhan markah kemahiran menulis ialah 100.
5. Praujian dan Pascaujian dijalankan secara individu.
6. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas.

7. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangkarangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan
diberikan 0 markah.

8. Bagi item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid

dengan

menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas)
untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan.

9. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang
tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah.

10. Guru diminta memasukkan analisis pencapaian murid secara individu bagi
PROTIM2M dalam Borang Analisis Pencapaian Individu (BORANG API).

11. Guru diminta memasukkan skor pencapaian murid di sekolah bagi PROTIM 2M
dalam Borang Skor Pencapaian Murid (BORANG SPM).

12. Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90 100 % bagi
kemahiran membaca, dan skor 90 100 % kemahiran menulis dalam praujian dan
pascaujian yang diambil.

You might also like