You are on page 1of 5

Soalan 21 hingga Soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
21. ______________________ yang bersuara merdu itu berkahwin dengan putera raja.
A Biduan
C Seniwati
B Seniman
D Biduanita
22. Sultan Perak telah berangkat dengan diiringi oleh pembesar-pembesar___________.
A dia
C nya
B beliau
D baginda
23. Kapal terbang itu telah selamat ___________________ di lapangan terbang.
A turun
C mendarat
B sampai
D berhenti
24. Pak Din telah ____________________ daripada berkhidmat di jabatan kerajaan.
A bersara
C berhenti
B berpisah
D berehat
25. Orang itu didakwa kerana_____________________undang-undang jalan raya.
A mengelak
C mengubah
B melanggar
D menyimpan
26. Para pelajar dilarang_____________________dinding sekolah.
A melukis
C menconteng
B bersandar
D memegang
27. Swee Lai tinggal dengan datuknya ________________ lima tahun dahulu.
A sejak
C daripada
B hingga
D bermula
28. Kami terpaksa __________________________ hutan rimba itu untuk mencari
jalan________________________.
A merempuh , pergi
C mencari , balik
B menyusup , betul
D meredah , keluar
29. Kakak baru membeli __________________ tikar dan beberapa ________________
mangkuk.
A segulung , biji
C sekeping , buah
B seikat , butir
D sebidang , bekas
30. Ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri,tembakan lima _______________
meriam telah dilepaskan sebanyak tiga puluh ___________________.
A pucuk , letus
C pucuk , das
B bentuk , kali
D butir , dentum

Soalan 31 hingga Soalan 33


Pilih perkataan yang sama erti dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
31. Novel karya beliau dipamerkan semasa Pesta Buku Peringkat Kebangsaan.
A diletakkan
C ditunjukkan
B dipaparkan
D disimpankan
32. Saya sering menemuinya ketika pergi ke sekolah pada waktu pagi.
A tidak
C biasa
B kerap
D saban
33. Nenek menggobek sirih dengan menggunakan alat tembaga.
A memamah
C mengunyah
B melumatkan
D menggilis
Soalan 34 dan Soalan 35
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.
34. Bolehkah anda beritahu saya pasukan yang manakah menjadi juara dalam
pertandingan bola sepak itu?
A Sudah tentulah pasukan Bendahara yang menjadi juara.
B Pasukan Bendahara yang menjadi juara dalam pertandingan bola sepak.
C Pasukan yang menjuarai pertandingan bola sepak ialah Bendahara.
D Juara pertandingan bola sepak itu ialah pasukan Bendahara.
35. Berapa lamakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang?
A Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang mengambil masa selama
dua jam setengah.
B Jalan menuju ke Pantai Bagan Lalang sangat teruk.
C Banyak kereta akan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.
D Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang lebih kurang empat
puluh kilometer.
Soalan 36 hingga Soalan 38
Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
36. Orang yang ___________________ memang sukar menerima nasihat daripada orang
lain.
A bulat hati
C buta hati
B besar hati
D batu api
37. Mereka bekerja bagai _________________________________ untuk membersihkan
kawasan itu.
A rusa masuk kampung
C aur dengan tebing
B embun di hujung rumput
D ayam berak kapur

38. Suasana di pasar itu riuh rendah seperti _______________________________.


A anak ayam kelihatan induk.
C anjing menyalak bukit.
B bertih direndang.
D melepaskan batuk di tangga.
Soalan 39 dan Soalan 40.
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
39. A Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini!Di manakah kamu
membelinya?kata Shukri kepada Chandran.
B Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini,di manakah kamu
membelinya?kata Shukri kepada Chandran.
C Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini!Di manakah kamu
membelinya?Kata Shukri kepada Chandran.
D Amboi! Cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini.Di manakah kamu
membelinya?kata Shukri kepada Chandran.
40. A Kamu akan ke Pulau Pangkor bila!Adakah pada cuti sekolah nanti?tanya Ali.
B Kamu akan ke Pulau Pangkor bila,adakah pada cuti sekolah nanti?tanya Ali.
C Kamu akan ke Pulau Pangkor bila?Adakah pada cuti sekolah nanti?tanya Ali.
D Kamu akan ke Pulau Pangkor bila?adakah pada cuti sekolah nanti?tanya Ali.
Soalan 41 dan Soalan 42
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
41. Seekor harimau yang dilihat di ladang kelapa sawit telah membimbangkan penduduk
yang tinggal berhampiran.
A Kemunculan seekor harimau telah membimbangkan penduduk yang tinggal di
kawasan itu.
B Seekor harimau telah menyebabkan penduduk di kawasan ladang kelapa sawit
berasa risau.
C Penduduk berasa bimbang akan kehadiran seekor harimau di ladang kelapa sawit
yang berhampiran dengan kawasan mereka.
D Kebimbangan dirasai oleh seekor harimau akibat melihat penduduk yabg tinggal
berhampiran dengan ladang kelapa sawit.
42. Sistem layan diri di stesen minyak telah diperkenalkan di seluruh negara oleh
kerajaan.
A Stesen minyak telah diperkenalkan di seluruh negara oleh kerajaan.
B Sistem layan diri telah diperkenalkan oleh kerajaan di seluruh negara.
C Seluruh negara telah menggunakan sistem layan diri yang baru diperkenalkan.
D kerajaan telah memperkenalkan sistem layan diri di stesen minyak di seluruh
negara.

Soalan 43 dan Soalan 44


Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif yang bergaris.
43. Beberapa orang penduduk kampung telah mendirikan sebuah balai raya di tepi surau
itu.
A Sebuah balai raya di tepi surau itu telah didirikan oleh beberapa orang penduduk
kampung.
B Sebuah balai raya telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung itu di
tepi surau.
C Sebuah balai raya telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung di tepi
surau itu.
D Sebuah balai raya itu telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung di
tepi surau.
44. Anda perlu menghantar borang pertandingan itu dengan segera.
A Borang pertandingan itu anda perlu hantar dengan segera.
B Borang pertandingan itu perlu dihantar oleh anda dengan segera.
C Borang pertandingan itu perlu anda hantar dengan segera.
D Borang pertandingan anda itu perlu dihantar dengan segera.
Soalan 45 dan soalan 46
Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud banyak.
45. l
ll
lll
lV
A
B

Kakak sedang menyusun pinggan-mangkuk di atas para.


Kuih-muih yang dijual oleh ibu telah habis sejak pagi tadi.
Rambutnya kusut-masai apabila ditiup angin.
Lauk-pauk itu dihidangkan oleh kakak.
l dan lll sahaja
C l dan lV sahaja
l, ll dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja

46. I Batu-batan di kawasan air terjun itu sangat licin.


II Pohon itu meliang-liuk apabila ditiup angin.
III Kelihatan bintik-bintik hitam pada kainnya.
IV Air kolam itu kering-kontang pada musim kemarau.
A I sahaja
C I dan III sahaja
B I,III dan IV sahaja
D I,II,III dan IV

Soalan 47 dan soalan 48


Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud
berulang-ulang.
47. I
II
III
IV
A
B

Pakaiannya koyak-rabak akibat tersangkut pada dawai berduri.


Chandra memanggil-manggil penjual roti itu.
Adik menggosok-gosok matanya yang dimasuki habuk.
Junaidah menggaru-garu kakinya yang gatal akibat digigit nyamuk.
III sahaja
C II dan III sahaja
II,III dan IV sahaja
D I,II,III dan IV

48. I
II
III
IV
A
B

Adik menangis teresak-esak setelah dirotan oleh ayah.


Bunyi telefon berdering-dering tetapi tiada sesiapa yang menjawabnya.
Saki-baki makanan itu disimpan di dalam almari.
Aziz bersungguh-sungguh hendak berkawan dengan Gopal.
I dan II sahaja
C I dan III sahaja
II dan IV sahaja
D I,II dan IV sahaja.

Soalan 49.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
49. I
II
III
IV
A
B

Sejak kecil lagi,Lily masak melukis.


Buah rambutan itu sudah masak ranum.
Cikgu Afiza asudah masak dengan perangai anak-anak muridnya.
Fikir masak sebelum membuat keputusan.
II dan III sahaja
C I,II dan III sahaja
II,III dan IV sahaja
D I,II,III dan IV

Soalan 50.
Pilih ayat-ayat yang betul.
50. I
II
III
IV
A
B

Ibu menjerang air di dapur.


Siapakah yang berbaju biru itu?
Tiap hari Ah Kow berjalan kaki ke sekolah.
Suraya mendapat keputusan yang terbaik sekali di dalam kelasnya.
I sahaja
C I dan II sahaja
II dan III sahaja
D II ,III dam IV sahaja

Kertas soalan tamat

You might also like