You are on page 1of 2

SEJARAH BSMM DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun
1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.Ketika kemerdekaan pada tahun 1957,
cawangan di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24
Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru
yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965
telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya
Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan
Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran
nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.Pada tahun 2007,nama PBSM ditukarkan
kepada Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana
mula ditubuhkan pada tahun ........ dengan penyertaan ahli terdiri daripada pelajar
tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di
kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan
berdisiplin. Melalui BSSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan
rawatan ke atas seseorang mangsa samaada semasa tenang atau ketika suasana cemas .
Rawatan ini perlu bagi mengelakkan kecederaan itu dari terus berlarutan dan
sekiranya terlambat di ubati dikhuatiri akan membahayakan bahagian badan yang lain.
Kaedah-kaedah rawatan ini terangkum dalam sukatan Pembelajaran Pertolongan Cemas
dan Kesihatan Kemasyarakatan. Latihan kawad kaki juga diadakan bagi meningkatkan
mutu disiplin dikalangan ahli.

TUJUAN PENUBUHAN
1.1. Memupuk semangat setia,berdikari,berdisplin,sedia memberi khidmat pada bila-bila
masa dan dimana-mana jua serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
1.2. Mempelajari cara yang betul untuk memberi bantuan kecemasan.
1.3. Melatih ahlinya agar sentiasa peka dan bersikap bertimbang rasa terhadap orang lain

You might also like