You are on page 1of 1

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Caw. Kampung Perapat Laut


89058 Kudat,
Sabah.

16 APRIL 2014

Guru Besar
SK Perapat Laut
89058 Kudat,
Sabah.
Tuan,
MEMOHON UNTUK MEMINJAM PADANG DAN PERALATAN SUKAN
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa Amanah Ikhtiar Malaysia
cawangan kampung Perapat Laut telah dipilih untuk menganjurkan program
Sukaneka yang melibatkan beberapa cawangan yang lain.
3. Sehubungan itu, saya mewakili Amanah Ikhtiar Malaysia Kampung Perapat Laut
memohon jasa baik pihak tuan untuk meminjamkan padang sekolah dan beberapa
peralatan sukan untuk kegunaan dalam program tersebut iaitu :
i.
ii.
iii.

Pembesar Suara 3x buah


Net Bola Tampar
Net Sepak Takraw

4. Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini dan kerjasama daripada
pihak tuan amatlah dihargai. Diharap juga dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara Ahli AIM dan pihak sekolah.
Sekian Terima Kasih.
Yang benar
( ................................... )
KASMAH BTE HJ JAPALUS
PENGERUSI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
CAW KAMPUNG PERAPAT LAUT
KUDAT.

You might also like