You are on page 1of 13

Mengurangkan kadar jenayah

Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela


dikemaskini dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah
jenayah. Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.
Memerangi rasuah
Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender
terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes
tertentu.
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan
ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan
pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri
daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah
berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah
Berprestasi Tinggi menjelang 2012.
Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi
bulan yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di
kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program
Amanah Ikhtiar Malaysia.
Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012.
Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari
kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di
Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan
bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012.
Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di
Semenanjung pada akhir tahun 2012.
Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada


25% pada penghujung tahun 2012. Menambah 35 set 4-car-train yang
beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012

Tinjauan Keseluruhan GTP


10 84

Kini, Malaysia semakin hampir menuju ke tahun


2020, tempoh yang telah ditetapkan untuk
menjadi sebuah Negara maju dan
berpendapatan tinggi.
Untuk ke arah itu, Negara kita kini mempunyai kurang daripada sedekad lagi
untuk meneruskan perjalanan atau jatuh lebih jauh di belakang rakan serantau
lain yang menjejaskan kehidupan rakyat yang menanti masa depan yang lebih
cerah.
Mujurlah, Malaysia telah memulakan rancangan pelaksanaan yang dapat
memberi impak seperti transformasi. Program Transformasi Kerajaan (GTP)
adalah sebuah cita-cita, program yang menyeluruh yang mengubah dasar
Kerajaan untuk menjadi institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat.

Ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaannya di
bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU),
GTP adalah berdasarkan prisip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
Struktur GTP
Struktur GTP adalah intuitif: mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian
yang lebih dan tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan
menyeluruh dengan pihak berkepentingan, daripada kementerian-kementerian
kepada rakyat, kerajaan telah tampil dengan 7 tonggak utama yang ditetapkan di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Selain itu, GTP juga
mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat
pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA.

Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan atau lebih


dikenali sebagai GTP 1.0 setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang
ketara dalam bidang masing-masing. Tapi, ia masih terlalu awal untuk kita selesa
dengan kejayaan ini kerana perjalanan dalam cerita transformasi Negara masih
lagi jauh. Hasil inisiatif-inisiatif kini boleh dilihat dalam laman web ini dan
penerbitan-penerbitan yang lain.
Tujuan Laman Web
Walaupun proses perubahan ini akan datang daripada Kementerian sendiri,
tetapi adalah penting untuk semua rakyat sedar dan memberi sokongan
terhadap inisiatif-inisiatif ini. Laman web ini bertujuan untuk menyediakan
maklumat tepat dan terkini mengenai GTP serta lebih terperinci yang hanya
boleh didapati melalui penerbitan PEMANDU.

See more at: http://www.pemandu.gov.my/gtp/About_GTP-@GTP_Overview.aspx?lang=ms-my#sthash.cG0qaZzn.dpuf

Apa Itu Transformasi?


13

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU,


Dato Sri Idris Jala, transformasi adalah
mengenai penetapan satu tugas besar yang
memerlukan anda.
Dalam kata lain, transformasi yang dibayangkan dalam GTP adalah lengkap dan
asas untuk membentuk entiti yang benar-benar baru. Tetapi untuk mengubah
Malaysia, ia harus mengubah apa yang telah dilakukan.
Kerajaan telah mengenalpasti bahawa institusi-institusinya yang di bawah
prestasi sebahagian besarnya disebabkan status quo, seperti halangan dalam
cara Kerajaan diatur dan distrukturkan. Justeru itu, dalam usaha membawa
perubahan besar, halangan ini perlu diatasi, atau dalam erti kata lain, diubah
kepada sebuah organisasi yang jauh berbeza.

Malaysia Kini Mengejar Masa


Malaysia tidak mempunyai masa untuk membuat pertambahan dan perubahan
kecil. Sebaliknya, proses transformasi mestilah ditetapkan dengan matlamat
yang tinggi dan perubahan yang radikal untuk menjadi sebuah organisasi yang
benar-benar berbeza.
Sebagai sebahagian daripada pendekatannya, GTP sangat komited untuk
membawa masuk semua pihak-pihak yang berkepentingan daripada rakyat yang
di bawah kepada Menteri Kabinet yang paling kanan. Semua input akan
dipertimbangkan, yang jauh berbeza dengan pendekatan Kerajaan tahu yang
terbaik yang digunakan pada masa lalu.
Daripada kajian ini, GTP telah diberi satu amanah untuk melaksanakan
perubahan yang dianggap perlu dilakukan secara bebas. Tiada lagi rancangan
yang ditulis di papan lukis dengan ukuran akauntibiliti yang baru yang ditetapkan
untuk memastikan semua pihak berkepentingan, termasuk Kementeriankementerian, memenuhi sasaran yang ditetapkan.
GTP adalah sebuah pelan perubahan yang dinamik
Walaupun komitmennya terhadap cita-cita bagi Wawasan 2020 adalah jelas,
namun GTP adalah sebuah pelan transformasi yang dinamik. Pelaksanaan bagi
NKRA Menangani Kos Sara Hidup adalah sebuah ilustrasi yang baik untuk
digunakan dalam keupayaan ini. NKRA ini telah setahun diperkenalkan dalam
pelan pelaksanaan GTP sebagai tindak balas terhadap kenaikan harga barang
keperluan, yang termasuk ke dalam kualiti hidup rakyat.

Dalam contoh yang lain, NKRA Mengurangkan Jenayah pula telah memutuskan
untuk menggantikan inisiatif bagi menyelesaikan kes-kes jenayah kekerasan
yang tertunggak selepas mencapai sasaran pada tahun 2010. GTP mestilah
kekal fleksibel walaupun matlamatnya tidak boleh dirunding. Hanya dengan itu,
transformasi dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
-

See more at: http://www.pemandu.gov.my/gtp/About_GTP-@What_is_Transformation%5E.aspx?lang=ms-my#sthash.1j3jsKD5.dpuf

GTP: Perjalanan Transformasi


Setakat Ini
03

Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah


sebuah pelan tindakan tunggal yang telah
dibahagikan kepada tiga fasa yang berbeza
dengan setiap satunya mempunyai tumpuan
masing-masing.
Setiap fasa menyasarkan untuk membangunkan pencapaian-pencapaian yang
sebelumnya dengan memperkenalkan perubahan yang lebih besar dan
mendalam.
GTP 1.0: Fasa Pertama

Fasa pertama GTP yang bermula pada tahun 2010 hasil


pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Kementerian (NKRA dan
MKRA). Sebagai pembukaan kepada keseluruhan GTP, matlamat serta merta
GTP adalah untuk menangkap penurunan dalam NKRA dan menyemai benih ke
atas perubahan pemikiran yang akan menjadi asas kepada program transformasi
yang seterusnya.
GTP 1.0 juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengukur
keberkesanan terhadap pendekatan yang disasarkan, dan membantu kami untuk
lebih memahami bagaimana cara terbaik untuk mencapai sasaran bagi
keseluruhan GTP. Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) boleh diukur daripada
GTP 1.0, sasaran setiap NKRA, telah diperkenalkan untuk membantu mengukur
kejayaan setiap inisiatif itu dengan menyediakan piawaian sebenar dan boleh
diukur untuk menilai kejayaan bagi setiap fasa.
GTP 2.0: Meningkatkan perubahan

Hampir semua akaun, program perintis GTP 1.0 adalah


satu kejayaan cemerlang berdasarkan daripada hasilnya yang boleh dilihat disini.
GTP 2.0 yang secara rasminya bermula pada 2013, menyasarkan untuk
memperdalamkan dan meningkatkan inisiatif transformasi yang dimulakan pada
fasa pertama. GTP 2.0 akan meluaskan dan meningkatkan inisiatif-inisiatif dalam
GTP 1.0 yang terbukti berkesan dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang
akan meneruskan lagi arus perubahan.

GTP 3.0: Untuk masa hadapan dan seterusnya

Fasa terakhir GTP, yang akan dijalankan dari 2015 hingga


2020, akan memanfaatkan perubahan yang dihasilkan oleh dua fasa
sebelumnya untuk mewujudkan struktur pentadbiran inovatif yang menjadi pusat
kepada rakyat. Struktur ini akan menyokong aktiviti ekonomi lain yang akan
membawa Malaysia kepada status Negara maju.
Perubahan secara beransur-ansur dalam tumpuan GTP adalah penting untuk
proses tranformasi ini yang membenarkan setiap pihak berkepentingan untuk
membina asas yang baik bagi setiap langkah perjalanannya. Langkah-langkah
ini juga dinilai serentak untuk memastikan keberkesanan atau menukar strategi
bagi menghadapi cabaran baru.
-

See more at: http://www.pemandu.gov.my/gtp/About_GTP-@GTP-;_The_Story_So_Far.aspx?lang=ms-my#sthash.CHMAdEWm.dpuf

Apa Yang Ada Untuk Saya?


07

Perubahan yang dilakukan menerusi GTP akan


mempunyai kesan yang nyata dan segera ke atas
kehidupan harian setiap rakyat.
Sebagai sebahagian daripada komitmen GTP bagi Rakyat Didahulukan,
inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan telah disemak bagi memastikan rakyat akan
mengalami perubahan yang ketara.
Walaupun terdapat inisiatif yang memberi tumpuan kepada kumpulan tertentu,
terutamanya rakyat yang kurang bernasib baik, Kerajaan yakin bahawa majoriti
perubahan akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Walaupun banyak
perubahan yang dilakukan dibelakang tabir contohnya perubahan terhadap
beberapa undang-undang dan penyusunan semula organisasi polis, terdapat

juga inisiatif yang konkrit yang dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat dalam
kehidupan seharian.
Meningkatkan Perjalanan Kehidupan Saya
Sasaran GTP adalah untuk membantu membentuk sebuah Negara yang
berpendapatan tinggi bagi memastikan infrastruktur kerajaan bertanggungjawab
dan berkesan. Tetapi terdapat juga perubahan yang spesifik untuk memastikan
perniagaan di Malaysia berubah menjadi lebih adil dan telus.
Contohnya:
Membuat proses perolehan kerajaan secara lebih telus dan terbuka. Lebih

lanjut

Membangunkan insfrastruktur di luar Bandar dan kampung untuk


menggalakkan industri. Lebih lanjut
Mengurangkan jenayah bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah tempat
yang selamat untuk menjalankan perniagaan dan menarik pelabur-pelabur
luar. Lebih lanjut
Menggalakkan penglibatan sektor swasta dan NGO dalam program sosial
dan kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan. Lebih lanjut
Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan logistik bagi peningkatan
perhubungan ke seluruh negara. Lebih lanjut
Bagi purata rakyat Malaysia, GTP akan membuka peluang-peluang baru sama
ada mereka yang professional mencari pekerjaan di syarikat multi-nasional,
Samaritan mencari peluang yang lebih baik dalam khidmat sosial di Negara ini
atau pekerja di bandar yang mencari cara terbaik untuk ke luar dan masuk ke
pusat bandar.
Meningkatkan taraf hidup saya
Rakyat daripada semua lapisan masyarakat juga berharap untuk merasai kesan
daripada inisiatif GTP dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada
penambahbaikan dalam sistem pengangkutan dan peningkatan keselamatan di
kawasan kejiranan mereka, GTP juga bercita-cita untuk membantu rakyat
menikmati kehidupan yang lebih baik.
Sebagai contoh:

Membantu rakyat yang kurang bernasik baik dengan memberi bantuan


kewangan dan menetapkan harga yang berpatutan Lebih lanjut
Membina rumah kos sederhana yang berpatutan dan boleh didapati di
kawasan bandar dan pinggir bandar. Lebih lanjut
Memperbaiki proses politik dengan mengira semua undi yang dibuat oleh
setiap rakyat. Lebih lanjut
Meningkatkan taraf pendidikan untuk memastikan masa depan rakyat
Malaysia lebih baik untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan dan peluang di
peringkat antarabangsa. Lebih lanjut
Memastikan kumpulan mudah terjejas seperti Orang Asli dan kumpulan
Penan diberi bantuan yang mereka perlukan untuk keluar dari kemiskinan. Lebih
lanjut
Mentransformasikan kawasan luar bandar dan kampung-kampung untuk
menjadikannya tempat menarik untuk bekerja dan didiami. Lebih lanjut
Menjadikan kawasan kejiranan yang selamat dan meningkatkan interaksi
komuniti dalam kawasan kejiranan. Lebih lanjut
Kerajaan sedar bahawa perpaduan yang dibayangkan dalam konsep 1Malaysia
memerlukan perubahan minda rakyat Malaysia dan kerajaan telah mengambil
langkah pertama dengan transformasi ke atasnya sendiri. Kerajaan juga sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting dalam memudahkan sebuah
Negara dalam memberi peluang kepada rakyat. GTP menyasarkan untuk
mencapai matlamat yang tinggi ini.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana


Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan
diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah pertama, untuk
mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam
penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan
yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu
Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu
dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.
Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020
untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi


Kerajaan dan ianya adalah:
* Mengurangkan Jenayah
* Membanteras Rasuah
* Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
* Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan
Rendah
* Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
* Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Malaysia kini berada di persimpangan. Pada tahun 1991, kita


melahirkan azam untuk mencapai Wawasan 2020, untuk menjadi
sebuah negara maju pada tahun 2020. Walaupun kita berjaya
mencapai kemajuan, pada kadar pertumbuhan waktu ini, negara kita
berada dalam bahaya mengalami kehilangan daya saing dan
kekurangan dalam mencapai cita-cita kita dalam bidang ekonomi dan
sosial. Perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek, bukan
sahaja dalam prestasi ekonomi dan sosial, tetapi juga dalam
memenuhi janji dan penyampaian perkhidmatan awam yang
memperkukuh keupayaan kita bagi membangunkan negara. Bagi
menghadapi segala cabaran yang menghalang kita daripada
mencapai Wawasan 2020, kami memberikan sepenuh komitmen
kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan
prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set
tindakan permulaaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang
Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) dengan fokus yang
khusus pada tahun 2010. Seiringan dengan GTP, Majlis Penasihat

Ekonomi Negara (MPEN) sedang membentuk Model Ekonomi Baru,


dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang membangunkan
Rancangan Malaysia ke- 10 (RMK-10). Untuk mendapatkan
gambaran menyeluruh strategi Kerajaan, pelan hala tuju ini
seharusnya dibaca bersama Model Ekonomi Baru dan RMK-10 yang
akan dibentangkan pada tahun ini.
RISALAH Program Transformasi Kerajaan (GTP)
Anda boleh muat turun salinan risalah Program Transformasi
Kerajaan (GTP) anda di sini:

You might also like