You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

Program panitia pendidikan muzik


s.k. nanga tiau
Tahun 2015

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK DAN


MENCIPTA ALAT MUZIK DARIPADA BAHAN TERPAKAI

Pendahuluan
Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama Panitia Sains akan mengadakan aktiviti bagi
mengisi penutupan takwim sekolah 2015. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bersempena berakhirnya peperikssan akhir tahun sekolah. Aktiviti-aktiviti

yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid dan guru-guru SK Nanga Tiau.

Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara
sihat serta menghiburkan diri selepas minggu peperiksaan di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid SK Nanga Tiau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal
pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Nanga Tiau di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif
1. Murid-murid dapat mencungkil bakat dalam bidang nyanyian.
2. Murid-murid dapat mencipta secara kreatif alat muzik dari bahan-bahan terpakai.
3. Memupuk semangat bekerjasama di dalam satu pasukan.
4. Menghayati lagu kanak-kanak yang dinyanyikan.

Guru Muzik Mengikut Darjah:


1. En. Namrod Dolois Tahun 1
2. En. Mohd Zailan Azmel Tahun 2
3. En. Belalang Gasan Tahun 3
4. En. Lodi Brynner Tahun 4
5. Pn. Subina Dinies Tahun 5

6. En. Bobby Sebli Tahun 6

Keterangan Program
Tarikh
-12 November 2015
Hari
-Khamis
Masa
-07.30 petang
Tempat
-Dewan makan SK Nanga Tiau

Kumpulan Sasaran
-Semua murid SK Nanga Tiau, Kapit.
Kewangan
-Derma ikhlas daripada guru-guru dan staf-staf sekolah

Aktiviti
Bil
1

Aktiviti

Catatan

Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

2 buah lagu kanak-kanak

Persembahan Rekacipta Alat Muzik Daripada Bahan-Memainkan alat muzik yang


Bahan Terpakai
dicipta

Jawatankuasa Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak dan Rekacipta Alat Muzik


AJK
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
Juruacara Majlis
Hakim Lagu Kanak-Kanak

Hakim Rekacipta Alat Muzik


AJK Hadiah

Siaraya
P.A Sistem

Nama
Encik Juan Anak Jugah (Guru Besar)
Encik Bobby Anak Sebli (GPK 1)
Encik Belalang Anak Gasan (GPK HEM)
Encik Mohd Zailan Azmel Bin Zainal Aripin
Pn. Subina Anak Dinies
Encik Namrod Dolois
Encik Juan Anak Jugah
Encik Seli Anak Belayang
Cik Noraini Anak Donggeng
Encik Juan Anak Jugah
Encik Seli Anak Belayang
Encik Noraini Anak Donggeng
Cik Shuhadah
Encik Mohd Faizul Bin Yusuf
Cik Norizma Harliana Binti Juhar
Encik Mohd Kamalrudzaman
Encik Morrission Jement
Encik Lodi Brynner
Encik Shaifulnizam Bin Che Alias

Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan borang permarkahan seperti lampiran A dibelakang.

Penutup

Penganjuran aktiviti Panitia SK Nanga Tiau ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim yang
sedia ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid
SK Nanga Tiau. Penganjuran aktiviti sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Subina Anak Dinies)


Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Sk Nanga Tiau
1 SK Nanga Tiau

(Bobby Anak Sebli)


Penolong Kanan

You might also like