You are on page 1of 7

.

Tinjauan Literatur

Permainan alat rekoder

merupakan satu cabang pembelajaran muzik bagi tahap 2,

terutamanya bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Rekoder merupakan satu alat tiupan yang
menghasilkan bunyi yang unik sekiranya murid-murid dapat meniup dengan kaedah serta
penjarian yang betul. Murid-murid sekolah di Malaysia mempelajari rekoder sebagai pelengkap
kepada sukatan pelajaran bagi tahap 2
Murid-murid diusia kanak-kanak amat suka akan mencipta sesuatu yang kreatif. Bila
mereka mula menguasai kemahiran seperti kemahiran bermain rekoder, mereka akan mencipta,
meneroka, sesuatu idea yang baru. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid cepat
memperolehi kemahiran, sekiranya guru yang mengajar juga mempunyai kemahiran.
Menurut Johami (1997), satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk
mengadakan Pendidikan Muzik sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada
peringkat sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979. Muzik telah dimasukkan dalam satu
kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal
oleh Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum telah merancang satu Sukatan
Pelajaran Muzik untuk Tahun 1 hingga 3 yang dinamakan Tahap Satu. Program KBSR ini telah
diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh negara
pada tahun 1983. Maka, pada tahun 1983 merupakan satu detik sejarah yang amat penting bagi
Pendidikan Muzik di Malaysia.
Menurut kamus Dewan (1998), kolabaratif membawa makna kerjasama erat di antara dua
pihak atau lebih. Ianya juga boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu
matlamat yang sama.

Pembelajaran kolaboratif merupakan model pembelajaran yang melibatkan sekumpulan


murid yang berusaha bersama ke arah mencapai pretasi murid.
...Collaboration may be defined as learning in a group that involves
an instructional method which encourages students to work in the learning and
knowledge-building communities, exploring each other's skills while providing
social support and modelling and observing the contribution of each member
on a defined academic task ....
Jonassen (1995).

Kaedah kolaboratif merupakan satu kaedah yang berkesan untuk membina kemahiran
murid. Kaedah ini melibatkan aktiviti berkumpulan dimana murid yang menguasai kemahiran
rekoder akan membantu rakan yang tidak menguasai kemahiran rekoder. Guru sebagai pemudah
cara dan pemerhati. Kaedah tradisional merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dengan
menggunakan chalk and talk iaitu kaedah pengajaran terus. Guru hanya menunjukkan gambar
sebagai bahan bantu mengajar dan memberikan penerangan dan murid hanya

mendengar

pengajaran guru. Keberkesanan pengajaran guru bergantung sepenuhnya kepada kemahiran,


minat dan kesungguhan guru.
Kaedah kolaboratif dapat memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah dan
peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses. Dalam pengajaran muzik kaedah kolaboratif perlu
memandangkan permainan rekoder memerlukan kemahiran dari segi penjarian dan teknik
penglidahan dan tiupan untuk menghasilkan tiupan yang baik dan efektif.

Laporan Bandura dan Walters (1963), dalam buku mereka Social Learning & Personality
Development, bahawa dengan menekankan dan memerhati orang lain, pembelajaran boleh
berlaku.
Berdasarkan prinsip-prinsip Zoltan Kodaly (18821967) beliau menekankan kaedah yang
sistematik untuk mengajar konsep dan kemahiran muzik. Mengikut pandangan Pengetua Maktab
Perempuan Melayu Melaka, Hajah Hamidah bt Baba, dalam buku Mari Bergembira Dengan
Rekoder pendekatan ini ialah suatu kaedah vokal yang sejajar dengan falsafahnya bahawa A
musical cuklture that has real dept must always be founded in singing Kodaly. Nyanyian aktif
merupakan bahagian yang terpenting dalam falsafah Kodaly. Nyanyian menyediakan asas dan
seterusnya meningkatkan pembelajaran instrumental.
Roger Johnson (1987) dalam bukunya Education Leadership, ibubapa memandang positif
dengan model ini kerana merasakan anak-anak mereka dapat dilatih cara memimpin, membuat
keputusan, dan menguruskan masalah demi keperluan masa depan.
Program pembelajaran yang disediakan direka bentuk untuk memberi peluang kepada
pelajar menikmati unsur estetika dalam muzik dan pada masa yang sama, memperoleh
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang elementary. Dalam penyelidikan yang dibuat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dapatan yang dibuat mendapati murid mempersepsikan
pendidikan muzik membantu membina kebolehan dan bakat, meningkatkan pencapaian dan
pembentukan diri. Jelaslah di sini dengan kaedah pengajaran menggunakan teknik berkumpulan,
dapat meningkatkan pencapaian murid bermain rekoder dengan cara dan teknik penjarian yang
betul.
Dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika dan dapat
mengamalkan nilai murni. Bennert Reiner (1989), dalam bukunya A philosophy of Music

Education menyatakan muzik tidak sahaja sebagai bahasa emosi bagi pernyataan diri, tetapi
juga mempunyai nilai-nilai positif dari segi pembangunan diri individu dan kumpulan. Ia juga
bertindak dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya serta mempunyai nilai-nilai
murni.
Kaedah kolaboratif dalam pembelajaran rekoder, pendekatan ini adalah memberi peluang
kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap apa yang dipelajari dengan mewujudkan
jaringan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
Laporan Ramlah & Mahani, 2002. Menyatakan kaedah kolaboratif juga memberi peluang
kepada guru dan murid mendapat maklumat yang jelas tentang teknik penjarian yang betul
semasa meniup rekoder. Penggunaan rekorder soprano dalam aktiviti pembelajaran muzik di
bilik darjah adalah bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara Hands-on bagi pelajar
mengembangkan kefahaman muzik melalui pengalaman muzikal. Kaedah ini juga dapat menarik
perhatian pelajar untuk menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina. Guru juga
dapat memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
Mengikut kajian yang dijalankan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru
Peringkat Kebangsaan Tahun 2005, oleh Pn. Catherine Cheah Ming Ming, Encik Yeow Kek Ong,
Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, yang bertajuk
Pengalaman Pembelajaran dalam Permainan Alat Rekoder telah memberikan satu input yang
positif kepada penyelidikan ini memandangkan mengikut kajian tersebut, guru dan murid masih
lagi tidak dapat menguasai kemahiran dalam permainan rekorder dari segi penjarian, penglidahan
dan embrochure. Kaedah demonstrasi dalam pengajaran amatlah penting dan perlu
memandangkan murid tidak berminat dalam permainan rekoder, kerana mereka tidak didedahkan

dengan konsep pengajaran yang betul. Kaedah ini juga dapat memantapkan lagi kemahiran
murid dalam menguasai penjarian rekoder dengan cara yang betul.
Dalam pembelajaran prinsip yang diperkenalkan oleh Watson iaitu prinsip frequency.
Kekerapan adalah istilah yang diberikan oleh Watson kepada kadar kekerapan sesuatu proses
pelaziman itu dilakukan. Pembelajaran ini dilakukan secara bertubi-tubi akan mengukuhkan lagi
apa yang dipelajari. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kolaboratif amatlah bersesuaian
dengan latihan tubi dalam permainan rekorder.
Menurut Freudenstein (1991) Model Pengajaran Kolaboratif terbahagi kepada tiga
bahagian utama dalam latihan pengajaran:

1. Pra-pengajaran

peringkat perancangan dan persediaan.

2. Pengajaran

peringkat persembahan dan pelaksanaan.

3. Pasca-pengajaran

peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi daripada Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar


membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara
individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran
berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.
Hasil dari kajian yang dijalankan oleh Ivan Petrovich Pavlov telah dapat membuktikan
bahawa beberapa tindakan pantulan boleh diubahkan kepada gerak balas terlazim yang
berteraskan sesuatu rangsangan baru. Misalnya, kajian Pavlov telah menunjukkan bahawa seekor
anjing yang lapar mula terliur apabila anjing itu menghidu daging. Pavlov telah membunyikan
loceng setiap kali sebelum daging dihidangkan kepada anjingnya. Tindakan pantulan anjing itu

yang spontan telah diubahkan kepada gerak balas terlazim berasaskan rangsangan baru, iaitu
bunyi loceng. Kaedah ini menukarkan tingkah laku sesuatu organisma dengan cara ini
dinamakan pelaziman klasik.

You might also like