You are on page 1of 1

DAPATAN KAJIAN

Dalam Ujian Pra, saya mensasarkan sebanyak 20 markah bagi keseluruhan markah
nyanyian lagu Tanjung Katong yang terdiri daripada empat baris. Saya memperuntukkan
sebanyak 5 markah dalam setiap baris lagu Tanjung Katong. Saya juga telah meletakkan tahap
pencapaian murid kepada empat peringkat iaitu Sangat Baik, Baik, Lemah dan Sangat Lemah.
Untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid, saya telah menetapkan had minimum dan
had maksima yang perlu dicapai oleh murid-murid bagi mengetahui tahap sebenar mereka. Ujian
Pra ini dijalankan ke atas setiap orang murid secara individu atau perseorangan.

Untuk menyelesaikan sesi Ujian Pra ini, saya terpaksa meminjam waktu pengajaran
daripada rakan sejawat saya agar ujian ke atas murid dapat dilakukan secara berterusan. Ini
bertujuan untuk membolehkan saya membuat penilaian ke atas setiap orang murid kelas 5 Tekun
seterusnya mengesan murid-murid yang bermasalah. Penilaian atau Ujian Pra ini mengambil
masa selama hampir dua jam. Di akhir penilaian saya, saya mendapati seramai 14 orang murid
lulus dan melepasi sasaran penilaian yang saya tetapkan manakala 6 orang murid mencatatkan
keputusan yang agak mengecewakan saya. Berikut merupakan markah penilaian Ujian Pra yang
telah dijalankan.

You might also like