You are on page 1of 7

\KERTAS KERJA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


SEKOLAH MENENGAH SAINS SEMBRONG, KLUANG
TARIKH
11 13 NOVEMBER 2011
TEMPAT
LAMBAIAN DANAU, JASIN, MELAKA
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH SAINS SEMBRONG, KLUANG
TEMA
SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibuat untuk memohon pertimbangan dan bantuan kewangan dari
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan,
Sekolah Menengah (SM) Sains Sembrong, Kluang.
2.0 PENDAHULUAN
SM Sains Sembrong merupakan sebuah sekolah baru yang terletak di pinggir Bandar
Kluang. Sekolah ini mula beroperasi pada awal bulan Mei 2011. SM Sains Sembrong
merupakan sekolah berasrama penuh (SBP) yang kedua dibina di daerah Kluang
selepas SM Sains Johor.
SM Sains Sembrong bertindak sebagai pusat pendidikan bagi pelajar yang
berkelayakan

dalam

bidang

pelajaran dan

ko-kurikulum.

Pelajar-pelajarnya

merupakan pelajar yang dipilih oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
berdasarkan kriteria pemilihan dan kelayakan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar
berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa SM Sains Sembrong merupakan sebuah
organisasi yang berperanan penting dalam membantu negara untuk terus memacu
kejayaan dengan melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
dan intelek.
SM Sains Sembrong sejak mula beroperasi telah diterajui oleh Pemegang Amanah
yang dilantik oleh pihak KPM iaitu En. Basir Bin Ibrahim. Kini beliau telah dilantik
sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. SM Sains Sembrong kini mempunyai 19
orang tenaga pengajar dan 8 orang kakitangan sokongan.
Keteguhan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada komitmen setiap pekerja dan
rasa tanggungjawab yang diamanahkan. Hal ini perlu diterapkan dalam diri mereka
agar dapat dijadikan pegangan dan ikutan dalam meningkatkan jati diri disamping
menjaga kebajikan dan keharmonian sekolah. Sehubungan itu, Latihan Dalam
Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk memperkemaskan lagi struktur organisasi
dan peranan pekerja serta pemimpin di SM Sains Sembrong, Kluang.

3.0 OBJEKTIF
3.1

Meningkatkan kemahiran insaniah, sifat dinamis dan akhlak mulia guru-guru


dan kakitangan SM Sains Sembrong, Kluang.

3.2

Mengaplikasi ilmu dan kemahiran generik dalam aktiviti-aktiviti yang


dijalankan.

3.3

Meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman berorganisasi di kalangan guruguru dan kakitangan SM Sains Sembrong, Kluang.

3.4

Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan warga SM Sains Sembrong,


Kluang.

4.0 TEMA
Sesaat Bersama Seabad Terasa
5.0 ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SM Sains Sembrong, Kluang.
6.0 TARIKH DAN TEMPAT
6.1

Tarikh : 11 - 13 November 2011.

6.2

Tempat : Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

7.0 PENGISIAN PROGRAM


7.1.

Interaksi bersama guru-guru dan kakitangan SM Sains Sembrong, Kluang.

7.2

Latihan Dalam Kumpulan

7.3

Bengkel

7.4

Rekreasi/Riadah

8.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A
9.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B

10.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini maka SM Sains Sembrong akan
dapat mewujudkan barisan kepimpinan

yang lebih mantap untuk membantu

pentadbiran sekolah dalam menjaga kebajikan dan aktiviti pelajar SM Sains


Sembrong, Kluang. Pihak kami berharap kursus yang akan dilaksanakan ini mendapat
kelulusan dan bantuan kewangan dari pihak tuan. Segala jasa baik dan sokongan yang
diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

..
MOHAMAD RAFI BIN MOHD ISA
Kaunselor,
SM Sains Sembrong, Kluang.
Disemak oleh,

...
BASIR BIN IBRAHIM
Pemangku Pengetua,
SM Sains Sembrong, Kluang.
Diluluskan oleh,

Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Penaung
Pengerusi
Penasihat
Ketua Pengarah
Timbalan Ketua Pengarah
Pengarah Protokol
Pengarah Cenderamata
Pengarah Jamuan
Pengarah Teknikal

Lampiran B
11 November 2011 ( Jumaat )
7.30 pagi
10.00 pagi
12.00 t/hari
3.00 petang
7.00 malam
8.00 malam
12.00 malam

Bertolak ke Jasin, Melaka.


Tiba di Jasin, Melaka.
Pendaftaran.
Makan tengah hari
Taklimat program
Kemasan diri
Meredah jeram (rapid Shooting)
Minum petang
Makan malam
Aktiviti Bebas
Night Jungle Walk
Bersurai

12 November 2011 ( Sabtu )


8.00 pagi
8.30 pagi
12.30 t/hari
3.00 petang
6.30 petang
8.00 malam

Sarapan pagi
Pembentangan
Makan tengahari
Jungle trekking ke Bukit Teresik & Canopy walkway
Minum petang
Kemasan diri
Perasmian Penutup

9.00 malam

12.00 malam

BBQ & Karaoke

Bersurai

13 November 2011 ( Ahad )


8.00 pagi
Sarapan pagi
8.30 pagi
Aktiviti bebas
12.00 t/hari
Makan Tengahari
Pendaftaran keluar
2.30 petang
Bertolak balik
7.30 malam
Tiba.

Lampiran C
ANGGARAN BELANJAWAN KURSUS
ANGGARAN
PERKARA
PENDAPATAN BIL
1
Sumbangan JASA
JUMLAH PENDAPATAN
KESELURUHAN

RM
7000.00

7000.00

ANGGARAN
PERBELANJAAN BIL
1

PERKARA

RM

Penginapan (Pakej)
- Tempat tinggal
- Makan
- Aktiviti

6500.00

Program
- Cenderamata (RM100.00
X 1)

100.00

Kelengkapan Urusetia &


Peserta
- Teg nama (RM1.00 X 26
orang)
- Alat tulis

26.00

4
Bunting
JUMLAH PERBELANJAAN
KESELURUHAN

14.00
360.00

7000.00

You might also like