You are on page 1of 13

GAYA KEPIMPINAN JURULATIH DALAM PROGRAM LATIHAN

TERHADAP KEPUASAN ATLET SEKOLAH SUKAN


Anuar Din, PhD; Salleh Abd Rashid, PhD;
Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Perlis
email: anudin@ums.edu.my
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor gaya kepimpinan jurulatih
semasa pelaksanaan program latihan terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang
atlet pelajar dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan
pensampelan rawak mudah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif
bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian.
Borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu yang telah dibangunkan oleh
Chelladurai dan Salleh (1980) bagi Leadership Scale for Sport (LSS), dan Reimer dan
Chelladurai (1997) bagi Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ). Analisis statistik inferensi
seperti Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji enam hipotesis nol pada
aras signifikan p<0.05. Program yang digunakan untuk menganalisis data adalah program SPSS
versi 16. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r=.586,
p<.05) antara gaya kepimpinan jurulatih dari semua dimensi dengan kepuasan atlet. Dapatan
kajian juga menunjukkan dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh dominan yang
signifikan ( =.68, t(206)=13.497, p<.05), bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan
atlet. Oleh yang demikian faktor seperti dimensi latihan dan arahan dalam gaya kepimpinan
jurulatih, perlu diberikan perhatian oleh jurulatih semasa melaksanakan program latihan.
Kata kunci: gaya kepimpinan, kepuasan atlet, sekolah sukan, jurulatih, atlet pelajar

Pengenalan
Kejayaan seseorang atlet di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dipengaruhi pelbagai
faktor. Antaranya ialah faktor intrinsik atlet, bantuan moral dari pihak keluarga, prestasi
kemahiran yang semakin baik dan gaya kepimpinan jurulatih (Shaharudin Abd Aziz, 2005).
Selain itu, terdapat juga faktor ekstrinsik yang menyebabkan atlet cemerlang seperti faktor
kepuasan kerja jurulatih, pengurusan program latihan yang dijalankan oleh seseorang jurulatih,
faktor pengiktirafan dan penghargaan seperti wang, pingat kecemerlangan serta gelaran yang
diberikan oleh pihak-pihak tertentu.
Sementara itu dari aspek gaya kepimpinan pula, jurulatih yang berkesan pasti berjaya
mempengaruhi suasana dan sikap atlet terhadap beban tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan lagi kepuasan dan prestasi atlet sendiri. Situasi ini
berlaku kerana adanya interaksi antara jurulatih dengan atlet. Menurut Fouss dan Troppman
(1981), interaksi antara jurulatih dan atlet merupakan kriteria yang penting dalam menentukan
keberkesanan sesuatu program latihan. Gaya kepimpinan seseorang jurulatih atau pengurus
pasukan ketika berinteraksi dengan atlet semasa mengurus program latihan, sama ada ketika
offsite competition atau onsite competition memberi kesan terdapat atlet. Kesan yang diperoleh
atlet adalah berkadar terus iaitu jika wujud hubungan yang positif dari aspek interaksi antara
keperluan dan kehendak jurulatih, pengurus pasukan dengan atlet, maka kepuasan serta prestasi
akan meningkat, atlet akan mencapai kejayaan. Proses interaksi antara jurulatih dengan atlet
adalah satu komponen yang sangat penting untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan seseorang
atlet (Gibbons, McConnell, Forster, Riewald, & Peterson (2003); Frontiera (2006) dan Serpa,

Pataco, & Santos; 1991). Menurut Mallet (2003), jurulatih memainkan peranan yang sangat
penting dalam melahirkan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi
meningkat prestasi atlet dalam sukan yang mereka ceburi. Jurulatih juga mempunyai pengaruh
yang sangat besar dalam mewujudkan keseronokan dan kepuasan serta penyertaan berterusan
atlet.
Pernyataan Masalah
Semasa mengendali dan menguruskan sesebuah pasukan sama ada di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan negara, seseorang jurulatih mahupun pengurus pasukan seharusnya mempunyai gaya
kepimpinan yang tersendiri. Gaya kepimpinan jurulatih dalam latihan penting kerana ini
merupakan salah satu faktor untuk atlet mencapai kepuasan dan kejayaan yang cemerlang dalam
kejohanan yang disertainya. Antara faktor yang paling ketara yang menyebabkan atlet tidak
berpuas hati ialah jurulatih tidak mempunyai gaya kepimpinan yang tertentu semasa
mengendalikan program latihan. Kenyataan ini disokong oleh Cakioglu (2003) dan Ziad Al
Tahayneh (2003) yang menyatakan jurulatih tidak mempunyai gaya kepimpinan yang tertentu
semasa mengendalikan program latihan bersama atlet. Oleh kerana itu, kajian ini dilaksanakan
bagi mengkaji gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan yang dirancang dapat
meningkatkan kepuasan dan prestasi atlet.
Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih dalam program
latihan dapat memberikan kesan ke atas kepuasan atlet sekolah sukan.Objektif kajian ini juga
memfokuskan kepada mengenal pasti sama ada terdapat hubungan dan atau pengaruh sama ada
secara langsung atau tidak langsung pemboleh ubah gaya kepimpinan jurulatih dalam program
latihan jurulatih dengan kepuasan atlet. Objektif ini diperincikan kepada dua objektif seperti
berikut:
1.6.1 Melihat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam program latihan dengan
kepuasan atlet sekolah sukan.
1.6.2 Melihat faktor yang paling berpengaruh antara gaya kepimpinan jurulatih dalam program
latihan dengan kepuasan atlet sekolah sukan.
Hipotesis Kajian
Berdasarkan soalan kajian dan objektif kajian yang telah dibina, terdapat sembilan hipotesis
kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, aras signifikan 0.05 digunakan bagi tujuan
melaksanakan data statistik inferens. Selain itu, hipotesis nol juga digunakan dalam kajian ini.
Hipotesis-hipotesis nol tersebut adalah:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih
dengan kepuasan atlet.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih
dengan aspek kepuasan atlet.
Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam
kalangan atlet terhadap kepuasan atlet.
Ho4: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam
kalangan atlet terhadap aspek pencapaian individu kepuasan atlet.
Ho5: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek
pencapaian pasukan kepuasan atlet.

Ho6:

Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam
kalangan atlet terhadap aspek latihan dan arahan kepuasan atlet.

Kepentingan Kajian
Kajian ini amat berguna dan diperlukan oleh jurulatih bagi meningkatkan kepuasan dan prestasi
atlet untuk populasi kajian dan juga kepada jurulatih yang bertugas sebagai jurulatih sepenuh
masa dan atau jurulatih yang terdiri dari jurulatih separuh masa seperti guru di sekolah-sekolah
di Malaysia. Dapatan kajian ini dapat membantu setiap jurulatih untuk mengenal pasti
kelemahan mereka terutamanya dari aspek gaya kepimpinan dalam program latihan. Seterusnya
aspek-aspek ini dapat diperbaiki oleh jurulatih untuk menjamin atlet mereka mencapai kejayaan.
Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada jurulatih dengan lebih tepat iaitu gaya
kepimpinan yang atlet mahu jurulatih gunakan. Dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat
dan kesedaran kepada jurulatih mengenai kepentingan menggunakan gaya kepimpinan yang
bersesuaian dengan kehendak atlet serta aspek-aspek yang diperlukan oleh atlet semasa
mengurus program latihan agar kepuasan atlet dapat ditingkatkan. Kajian yang telah
dilaksanakan membuktikan terdapat beberapa gaya kepimpinan jurulatih dan beberapa aspek
semasa mengurus program latihan mempunyai hubungan dan mempengaruhi kepuasan atlet.
Metodologi Kajian
Kajian ini adalah satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif, perbandingan, hubungan dan
pengaruh sebagai kajian untuk melihat hubungan antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh
ubah yang lain. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan berbentuk secara kuantitatif, bukan
eksperimen yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Mohd Najib Gaffar (2000)
menyatakan penggunaan kajian secara kuantitatif membolehkan data didapati melalui
pengukuran objektif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan menurut Babbie (2001),
soal selidik amat sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Selain daripada
itu, kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kajian tinjauan (survey) kerana
menurut Chua Yan Piaw (2006), kaedah ini merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan
eksperimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang sains sosial.
Menurut Sidek Mohd Noah (2003) lokasi kajian adalah merujuk kepada tempat
penyelidikan yang ingin dijalankan. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik memilih dua buah sekolah
sukan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Seni, dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar,
Johor kerana atlet yang mengambil bahagian dalam kajian ini adalah terdiri dari atlet yang
pernah mengambil bahagian dalam kejohanan MSSM, SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Asia.
Dalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan bertujuan diikuti oleh
pensampelan berkelompok (cluster sampling) kerana saiz populasi yang agak besar dan
mempunyai atlet yang pelbagai kategori seperti sukan individu, sukan berpasukan, sukan padang
dan sukan gelanggang. Kajian ini dilakukan merangkumi semua atlet sama ada yang mewakili
MSSM, SUKMA (Sukan Malaysia), Sukan SEA (South East Asia) dan Sukan Asia. Pertamanya
penyelidik menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian. Seterusnya penyelidik memilih
subjek dengan menggunakan pensampelan secara rawak berlapis dan akhir sekali, menggunakan
pensampelan rawak mudah. Hal ini disebabkan rangka pensampelan adalah heterogen iaitu
mempunyai sub-sub sampel seperti jantina, tahap penglibatan dalam sukan, sukan individu dan
sukan berpasukan.

Menurut Chua Yan Piaw (2006), penggunaan pensampelan rawak berlapis sesuai
digunakan bagi memperoleh suatu sampel rawak. Dengan berpandukan jadual penentuan saiz
pensampelan Krejcie dan Morgan (1970), populasi kajian bagi kedua-dua buah sekolah sukan
adalah 871 orang (467 orang murid dari pada SSBJ dan 404 orang murid daripada SSBP)
(Sumber: Pendaftaran Murid SSBJ dan SSBP tahun 2009), maka subjek kajian yang dipilih
adalah seramai 260 orang. Oleh yang demikian, seramai 130 orang (50%) subjek kajian dari
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan seramai 130 orang (50%) subjek kajian dari
Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dipilih sebagai subjek kajian.
Instrumen Kajian
Instrumen bagi kajian ini adalah soal selidik. Satu set soal selidik untuk atlet dibahagikan kepada
3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan biodata
subjek seperti jantina, umur, jenis sukan, kategori sukan, peringkat penglibatan, jumlah masa
berlatih dan pengaruh individu. Manakala Bahagian B pula terdiri dari soal selidik untuk soal
selidik Skala Kepimpinan Sukan, dan Bahagian C pula adalah soal selidik Kepuasan Atlet. Bagi
soal selidik untuk Bahagian B, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Soal selidik
Skala Kepimpinan Sukan (Leadership Scale for Sport) (LSS) yang telah dibentuk dan
dibangunkan oleh Chelladurai & Salleh (1980) yang kemudiannya telah diterjemahkan oleh
Shaharudin Abd Aziz (2005). Soal selidik ini merangkumi 43 item yang bertujuan untuk
mengukur lima dimensi tingkah laku pemimpin atau jurulatih. Lima dimensi tingkah laku
tersebut ialah Dimensi Latihan dan Arahan, Dimensi Demokratik, Dimensi Autokratik, Dimensi
Sokongan Sosial, Dimensi Maklum Balas Positif.
Sementara itu, bagi Bahagian C menggunakan soal selidik Soal selidik Kepuasan Atlet
(Athlete Satisfaction Questionnaire) yang telah dibangunkan oleh Riemer dan Chelladurai
(1998). Dalam soal selidik ini terdapat 56 item dan telah dibahagikan kepada 15 subskala iaitu
pencapaian individu, pencapaian pasukan, memanfaatkan kemampuan, strategi, rawatan secara
personal, latihan dan arahan, sumbangan dan tugas ke atas pasukan, sumbangan sosial
berpasukan, etika pasukan, perpaduan pasukan, dedikasi individu, bajet, mempunyai panel
perubatan, pembantu penyokong akademik, dan agen luar. Dalam kajian ini hanya 7 subskala
sahaja yang digunakan iaitu aspek pencapaian individu, aspek pencapaian pasukan, aspek
strategi, aspek latihan dan arahan, aspek perpaduan pasukan, aspek dedikasi individu dan aspek
rawatan secara personal. Kesemua item dalam soal selidik ASQ ini adalah sebanyak 35. Subjek
perlu menjawab setiap soalan dengan menggunakan Skala Likert lima mata iaitu
1 -Sangat
tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Tidak pasti, 4 Setuju, 5 - Sangat setuju.
Nilai kebolehpercayaan soal selidik kepuasan atlet (ASQ) berdasarkan kepada kajian
Reimer dan Chelladurai (1998) dan Reimer dan Toon (2001) adalah pada alpha cronbach antara
.78 hingga .99 bagi setiap subskala.
Prosedur Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Borang soal selidik di letakkan di atas meja bersama alat tulis di dalam dewan kuliah sekolah
masing-masing, semua subjek dibenarkan masuk ke dalam dewan kemudian diikuti penerangan
yang terperinci berkaitan tentang tujuan kajian, cara menjawab soalan dari setiap item dalam
semua instrumen. Subjek kajian juga diberitahu bahawa segala maklum balas yang mereka
berikan di dalam borang soal selidik adalah sulit dan rahsia dan hanya untuk tujuan penyelidikan
ini sahaja. Justeru itu, pada setiap naskhah borang soal selidik dilampirkan surat rasmi yang
menerangkan tujuan kajian dilaksanakan. Subjek kajian diminta menandakan ( / ) pada borang

soal selidik yang diedarkan selain menjawab soalan berkaitan demografi subjek. Masa yang
diberikan adalah selama empat puluh lima minit. Subjek yang telah melengkapkan borang soal
selidik dibenarkan meninggalkan dewan serta borang soal selidik dikumpulkan.
Seterusnya kesemua borang diproses dengan menggunakan program SPSS versi 16.0.
Semasa proses memasukkan data dilakukan, borang soal selidik yang tidak lengkap dikeluarkan
daripada pemprosesan data. Setelah semua maklumat diproses, dapatan kajian dianalisis dan
seterusnya laporan akhir dilakukan bagi menghasilkan satu laporan penyelidikan yang lengkap.
Borang soal selidik yang telah dikumpulkan, dinombori untuk mengelakkan kekeliruan
yang mungkin timbul. Seterusnya penyelidik menggunakan program SPSS 16.0 iaitu Statistical
Package of Social Science (Coakes, Steed & Ong, 2009) bagi memproses data-data dan
maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari responden. Selepas memasukkan semua data,
analisis statistik dilaksanakan berdasarkan objektif dan hipotesis kajian.
Dapatan Kajian
Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan
signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet bagi dimensi latihan dan arahan
dengan kepuasan atlet (r=.687, p<.05). Sementara itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa
terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dimensi demokratik dengan kepuasan atlet
(r= .493, p<.05). Selain daripada itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang
positif dan signifikan antara dimensi autokratik dengan kepuasan atlet (r=.153, p<.05). Manakala
bagi dimensi sokongan sosial, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif
dan signifikan dengan kepuasan atlet (r=.434, p<.05).
Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan
antara dimensi maklum balas positif dengan kepuasan atlet (r=.461, p<.05). Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara keseluruhan gaya kepimpinan
jurulatih dalam kalangan atlet dengan kepuasan atlet (r=.586, p<.05). Oleh yang demikian,
hipotesis nol 1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kesemua gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet adalah ditolak.
Jadual 1: Korelasi Pearson antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan
kepuasan atlet
Gaya Kepimpinan Jurulatih
Kepuasan Atlet
Dimensi Latihan dan Arahan
Korelasi Pearson
.687(**)
Sig. (2-hujung)
.000
Dimensi Demokratik
Korelasi Pearson
.493(**)
Sig. (2-hujung)
.000
Dimensi Autokratik

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.153(*)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.434(**)

Dimensi Maklum Balas Positif Korelasi Pearson


Sig. (2-hujung)
Keseluruhan Gaya Kepimpinan Korelasi Pearson

.461(**)
.000
.586(**)

Dimensi Sokongan Sosial

.028

.000

Jurulatih
Sig. (2-hujung)
n = 206
** Aras Signifikan: p<0.01 (2-hujung).
* Aras Signifikan: p<0.05 (2-hujung).

.000

Jadual 2: Korelasi Pearson antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan aspek
kepuasan atlet
Aspek Kepuasan Atlet
Gaya Kepimpinan Jurulatih
Pencapaian Individu
Korelasi Pearson
.393(**)
Sig. (2-hujung)
.000
Pencapaian Pasukan

Strategi

Latihan Dan Arahan

Perpaduan Pasukan

Dedikasi Individu

Rawatan

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.479(**)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.590(**)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.501(**)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.421(**)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.418(**)

Korelasi Pearson
Sig. (2-hujung)

.636(**)
.000

.000

.000

.000

.000

.000

n = 206
** Aras Signifikan: p<0.01 (2-hujung).
Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
positif dan signifikan antara aspek pencapaian individu kepuasan atlet dengan gaya kepimpinan
jurulatih (r=.393, p<.05). Sementara itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat
hubungan yang positif dan signifikan antara aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet dengan
gaya kepimpinan jurulatih (r=.479, p<.05). Selain daripada itu, dapatan kajian juga mendapati
terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek strategi kepuasan atlet dengan gaya
kepimpinan jurulatih (r=.590, p<.05). Manakala bagi aspek latihan dan arahan kepuasan atlet,
dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan dengan gaya
kepimpinan jurulatih (r=.501, p<.05). Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapat
hubungan yang positif dan signifikan antara aspek perpaduan pasukan kepuasan atlet dengan
gaya kepimpinan jurulatih (r=.421, p<.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan
yang positif dan signifikan antara aspek dedikasi individu kepuasan atlet dengan gaya
kepimpinan jurulatih (r=.418, p<.05). Seterusnya dapatan kajian juga mendapati terdapat
hubungan yang positif dan signifikan antara aspek rawatan kepuasan kerja dengan gaya
kepimpinan jurulatih (r=.636, p<.05). Oleh yang demikian, hipotesis nol 2 yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua gaya kepimpinan jurulatih
dengan aspek kepuasan atlet adalah ditolak.
Jadual 3: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet
terhadap kepuasan atlet
Gaya Kepimpinan Jurulatih

t
p
Dimensi Latihan Dan Arahan
.687
13.497
.000
Maklumat :
Dimensi Latihan Dan Arahan:
*p < 0.05
R = .472
AR = .469
F = 182.170
p = .000
n = 206
Berdasarkan Jadual 3, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah kepuasan atlet,
manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih yang dibahagikan
kepada lima dimensi iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi demokratik, dimensi autokratik,
dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa secara signifikan satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan ( =.68,
t(206)=13.497, p<.05), merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan
atlet. Hanya satu pemboleh ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 47.2 peratus (r=.687)
perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=182.170, p<.05]. Oleh yang demikian,
hipotesis nol 3 yang menyatakan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya
kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah
ditolak. Terdapat satu pemboleh ubah peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan.
Jadual 4: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet
terhadap kepuasan atlet aspek pencapaian individu
Pemboleh Ubah Peramal

t
p
Dimensi Latihan Dan Arahan
.479
7.798
.000
Maklumat :
Dimensi Latihan Dan Arahan:
*p < 0.05
R = .230
AR = .226
F = 60.802
p = .000
n = 206
Berdasarkan Jadual 4, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek pencapaian
individu kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan
jurulatih yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara
signifikan satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan (=.479, t (206)=7.798,
7

p<.05), merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan atlet. Hanya satu
pemboleh ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 23.0 peratus (r=.479) perubahan varians
dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=60.802, p<.05]. Oleh yang demikian, hipotesis nol 4 bahawa
tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet
terhadap aspek pencapaian individu kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah ditolak.
Terdapat satu pemboleh ubah peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan.
Jadual 5: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet
terhadap kepuasan atlet aspek pencapaian pasukan
Pemboleh Ubah Peramal

t
p
Dimensi Latihan Dan Arahan
.551
9.431
.000
Dimensi Autokrasi
.573
2.742
.007
Dimensi Demokrasi
.589
-2.381
.018
Maklumat :
Dimensi Latihan Dan Arahan :
*p < 0.05
R = .304
AR = .300
F = 88.938
p = .000

Dimensi Autokrasi :
*p < 0.05
R = .328
AR = .322
F = 49.651
p = .000

Dimensi Demokrasi :
*p < 0.05
R = .347
AR = .337
F = 35.751
p
= .000

n = 206
Berdasarkan Jadual 5, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek pencapaian
pasukan kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih
yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga pemboleh
ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi autokrasi dan dimensi demokrasi
merupakan peramal bagi gaya kepimpinan jurulatih dan pengurusan program latihan jurulatih
terhadap aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet. Pemboleh ubah peramal yang lain iaitu
dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif bukan merupakan faktor dalam gaya
kepimpinan jurulatih terhadap aspek pencapaian pasukan kepuasan atlet.
Secara signifikan, gaya kepimpinan jurulatih (=.551, t(206)=9.431, p<.05) menyumbang
sebanyak 30.4 peratus (r=.551) perubahan varians dalam kepuasan atlet [F (1, 204)=88.938,
p<.05]. Kombinasi antara kedua-dua pemboleh peramal ubah dimensi latihan dan arahan
(=.529, t(206)=9.107, p<.05) dan dimensi autokrasi (=.159, t (206)=2.742, p<.05)
menyumbang sebanyak 32.8 peratus (r=.573) perubahan varians dalam aspek pencapaian
individu kepuasan atlet [F (2, 203)=49.651, p<.05]. Selain daripada itu, apabila pemboleh ubah
peramal dimensi demokratik (=-.198, t(206)=-2.381, p<.05) diambil kira bersama, ketiga-tiga
pemboleh ubah peramal ini menyumbang sebanyak 34.7 peratus (r=.589) perubahan varians
dalam kepuasan atlet [F (3, 202)=35.751, p<.05].
Berdasarkan keputusan analisis regresi pelbagai dari Jadual 5, dimensi latihan dan
arahan, dimensi autokrasi dan dimensi demokratik merupakan faktor dalam aspek pencapaian
pasukan kepuasan atlet. Oleh yang demikian, hipotesis nol 5 yang menyatakan bahawa tidak
terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek pencapaian

pasukan kepuasan atlet adalah ditolak. Terdapat tiga pemboleh peramal yang signifikan iaitu
dimensi latihan dan arahan, dimensi autokratik dan dimensi demokratik.
Jadual 6: Analisis regresi stepwise bagi gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet
terhadap kepuasan atlet aspek latihan dan arahan
Pemboleh Ubah Peramal

t
p
Dimensi Latihan Dan Arahan
.608
10.933
.000
Maklumat :
Dimensi Latihan Dan Arahan :
*p < 0.05
R = .369
AR = .366
F = 119.540
p = .000
n = 206
Berdasarkan Jadual 6, pemboleh ubah kriteria dalam kajian ini adalah aspek latihan dan
arahan kepuasan atlet, manakala pemboleh ubah peramal pula adalah gaya kepimpinan jurulatih
yang dibahagikan kepada lima dimensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara signifikan
satu pemboleh ubah peramal iaitu dimensi latihan dan arahan (=.608, t (206)=10.933, p<.05),
merupakan faktor utama gaya kepimpinan jurulatih kepada kepuasan atlet. Hanya satu pemboleh
ubah peramal sahaja menyumbang sebanyak 36.9 peratus (r=.608) perubahan varians dalam
kepuasan atlet [F (1, 204)=119.540, p<.05]. Pemboleh ubah peramal yang lain iaitu dimensi
demokratik, dimensi autokratik, dimensi sokongan sosial dan dimensi maklum balas positif
bukan merupakan faktor dalam gaya kepimpinan jurulatih terhadap aspek latihan dan arahan
kepuasan atlet. Oleh yang demikian, hipotesis nol 6 bahawa tidak terdapat pengaruh yang
signifikan antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet terhadap aspek latihan dan
arahan kepuasan atlet secara keseluruhannya adalah ditolak. Terdapat satu pemboleh ubah
peramal yang signifikan iaitu dimensi latihan dan arahan.
Perbincangan
Berdasarkan objektif kajian dalam penyelidikan ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang positif antara gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet dengan
kepuasan atlet. Dapatan kajian juga mendapati kelima-lima dimensi gaya kepimpinan jurulatih
iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi demokratik, dimensi autokratik, dimensi sokongan
sosial dan dimensi maklum balas positif mempunyai hubungan dengan kepuasan atlet. Dapatan
kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Asiah Pilus dan Rosli Saadan (2005)
yang mendapati terdapatnya hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet.
Dapatan ini juga bersamaan dengan saranan Smoll dan Smith (1989) melalui Model Tingkah
Laku Kepimpinan yang menyatakan bahawa wujud hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih
dengan atlet apabila jurulatih melakukan tugas mereka seperti yang dirancang dan atlet pula
dapat memahami perkara yang dilakukan oleh jurulatih mereka serta bertindak balas terhadap
berdasarkan situasi semasa program latihan dilaksanakan sama ada ketika fasa persediaan, fasa
pertandingan mahupun fasa transisi. Selain daripada itu, hubungan yang wujud juga disebabkan
jurulatih harus memainkan peranan mereka kerana atlet terdiri dari berbagai personaliti seperti
9

jantina, tahap penglibatan dalam sukan. Bagi atlet yang mewakili MSSM sudah tentu berbeza
gaya kepimpinan jurulatih berbanding dengan atlet yang mewakili SUKMA dan negara.
Seterusnya dapatan kajian ini juga seiring dengan dapatan kajian Shaharudin Abd Aziz
(2005) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan
atlet. Dapatan kajian beliau juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Chelladurai
(1984) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan
atlet, dengan menekankan bahawa dimensi latihan dan arahan serta dimensi maklum balas positif
mempengaruhi kepuasan atlet dalam tiga kumpulan yang dikaji iaitu sukan bola keranjang,
olahraga dan acara gusti. Selain itu, dapatan kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian
yang dilakukan oleh Horne dan Carron (1985) yang menyatakan terdapat hubungan antara gaya
kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet, dan mereka juga menyatakan dimensi maklum balas
positif merupakan dimensi yang banyak mempengaruhi kepuasan atlet berbanding dimensi
autokratik. Dapatan ini juga disokong oleh Ziad Al Tahayneh (2003) yang mendapati terdapat
hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet terutamanya dimensi latihan
dan arahan, dimensi demokratik, dimensi sokongan sosial dan maklum balas positif. Sementara
itu, Cakioglu (2003) juga menyatakan kurangnya fokus jurulatih kepada gaya kepimpinan
mereka menyebabkan tahap pencapaian dan kepuasan atlet menurun. Dapatan ini dikukuhkan
lagi oleh Frontiera (2006) yang menyatakan dengan mengetahui dimensi gaya kepimpinan yang
disukai oleh atlet membantu jurulatih untuk merancang dan mengurus program latihan dengan
lebih yakin, bermotivasi dan pada masa yang sama atlet merasa seronok semasa program latihan
dilaksanakan. Kesan daripada tindakan jurulatih secara tidak langsung dapat meningkatkan
kepuasan atlet.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan jurulatih bagi dimensi
latihan dan arahan merupakan pemboleh ubah utama terhadap kepuasan atlet bagi aspek
pencapaian individu, aspek strategi, aspek latihan dan arahan. Selain daripada itu bagi aspek
pencapaian pasukan kepuasan atlet, terdapat tiga pemboleh ubah peramal gaya kepimpinan
jurulatih iaitu dimensi latihan dan arahan, dimensi autokratik dan dimensi demokratik.
Sementara itu bagi aspek dedikasi individu kepuasan atlet, terdapat dua pemboleh ubah peramal
gaya kepimpinan jurulatih iaitu dimensi latihan dan arahan dan dimensi sokongan sosial.
Seterusnya bagi aspek rawatan kepuasan atlet, pemboleh ubah peramal yang utama gaya
kepimpinan jurulatih ialah dimensi latihan dan arahan dan dimensi demokratik.
Oleh yang demikian berdasarkan dapatan ini, menunjukkan bahawa gaya kepimpinan
jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh yang utama terhadap kepuasan
atlet bagi kesemua aspek. Bagi meningkatkan keberkesanan program latihan, para jurulatih harus
menggunakan dimensi latihan dan arahan seperti yang dikehendaki oleh atlet dari kedua-dua
buah sekolah sukan ini iaitu SSBJ dan SSBP. Dapatan ini disokong oleh Chelladurai (1984),
Mallet (2003), Vilani dan Samulski (2009), Ziad Al Tahayneh (2003) dan Horne dan Carron
(1985) yang menyatakan gaya kepimpinan jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan mempunyai
pengaruh yang amat besar terhadap kepuasan dan pencapaian atlet. Namun demikian dapatan
kajian ini berbeza dengan Schliesman (1987) yang mendapati dimensi demokratik dan dimensi
sokongan sosial merupakan peramal utama bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan
atlet. Justeru itu, jurulatih harus memberikan perhatian dan tumpuan kepada dimensi ini semasa
berurusan dengan atlet sekolah sukan. Antara perkara yang harus difokuskan ialah menerangkan
kepada atlet teknik dan taktik dalam sukan, mengajar atlet secara individu bagi setiap kemahiran,
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan atlet, membuat pemantauan setiap daya usaha atlet, dan

10

memberikan penjelasan yang terperinci kepada atlet berkaitan kemahiran, strategi dan aspek
sains sukan.
Walau pun dapatan kajian ini berbeza atau seiring dengan dapatan kajian terdahulu,
namun dapatan kajian setiap penyelidik mempunyai kebenaran jika dirujuk kepada Smoll dan
Smith (1989) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan jurulatih dipengaruhi sikap dan sifat
atlet itu sendiri. Jika atlet yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, mungkin gaya
kepimpinan yang akan digunakan oleh jurulatih adalah berbeza dengan atlet yang mempunyai
tahap keyakinan yang tinggi, atau pun jurulatih akan menggunakan gaya kepimpinan bagi
dimensi yang berbeza bagi atlet yang mewakili negara berbanding atlet yang hanya mewakili
MSSM, begitu juga atlet junior dengan atlet yang senior. Menurut Smoll dan Smith (1989)
penggunaan gaya kepimpinan yang berbeza ini dilakukan dengan tujuan dan matlamat yang
sama iaitu jurulatih dapat memuaskan hati atlet yang mereka latih. Kenyataan ini disokong oleh
Neil dan Kirby (1985) yang menyatakan atlet yang muda dan berkemahiran rendah lebih
menggemari gaya kepimpinan secara individu berbanding dengan atlet yang senior dan
berkemahiran tinggi.
Pandangan yang sama diutarakan oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan
situasi yang berbeza menyebabkan jurulatih akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza.
Jurulatih perlu menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza berdasarkan tahap kematangan atlet
seperti yang dinyatakan oleh Hersey dan Blanchard (1982) dalam teori kepimpinan situasi adalah
berbeza. Contohnya tahap penglibatan atlet, umur atlet, kategori sukan yang diceburi atlet dan
sebagainya. Tahap kematangan atlet dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada dua, pertamanya
berdasarkan tempoh penglibatan dalam sukan. Hampir enam puluh lapan peratus atlet yang
dikaji berkecimpung dalam sukan melebihi tempoh lima tahun. Semakin lama atlet berada dalam
persekitaran sukan, tahap kematangan mereka akan semakin meningkat, terutamanya atlet yang
selalu menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Pengalaman mereka bertanding di
peringkat yang tinggi dan mencabar menyumbang kepada tahap kematangan mereka dalam
sukan yang diceburinya.
Keduanya ialah tahap penglibatan atlet yang dikaji dalam sukan, hampir empat puluh
tujuh peratus dari kedua-dua buah sekolah SSBJ dan SSBP mewakili negara. Oleh yang
demikian, pada tahap pertandingan yang mencabar dan sengit seperti Kejohanan Sekolah-kolah
ASEAN, Sukan SEA, Sukan ASIA dan sebagainya dapat meningkatkan lagi tahap kematangan
atlet terutama apabila dapat bertanding dan bersaing dengan atlet-atlet dari luar negara.
Kesannya tahap keyakinan atlet bertambah, dan secara tidak langsung tahap kematangan atlet
juga meningkat. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian ini iaitu terdapat
perbezaan antara atlet yang mewakili MSSM dengan atlet yang mewakili negara.
Akhir sekali, dicadangkan pada masa akan datang, kajian dilakukan melalui dua
pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif (kaedah campuran). Oleh yang demikian, responden
yang mempunyai maklumat lain yang dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian, dapat digunakan
atau disampaikan kerana mepunyai saluran yang sesuai. Selain daripada soal selidik, responden
boleh menyalurkan maklumat melalui kaedah temu bual atau pun menjawab soalan berbentuk
struktur. Di samping itu, kajian juga harus diperluaskan dengan menambah responden kajian dari
semua sekolah sukan negeri.
Rujukan

11

Asiah Mohd Pilus., & Rosli Saadan. 2005. Coaching leadership style and athlete satisfaction in
sport team. Proceeding 1st Asia Pacific Sports Science Conference 2005. 27 29 March
2005, Kota Kinabalu, Sabah. 501-535.
Babbie, E. R. 2001. The practice of social research (9th edition.). Belmont, California:
Wadsworth Thompson Learning.
Cakioglu, A. 2003. Leadership and Satisfaction in Soccer: Examination of Congruence and
Players Position. Master Thesis, Department of Physical Education and Sport: Middle
East Technical University.
Chelladurai, P. 1984. Discrepancy between preferences and perceptions of leadership behavior
and satisfaction of athletes in varying sport. Journal of Sport Psychology, 6: 27-41.
Chelladurai, P., & Salleh, S. D. 1980. Dimensions of leader behavior in sports: Development of a
leadership scale. Journal of Sport Psychology, 2: 34-45.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Mc Graw Hill.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 2: Asas Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Coakes, J.S., Steed, L., & Ong, C. 2009. SPSS version 16.0 for Windows, Analysis without
Anguish. Queensland: John Wiley & Sons Australia Ltd.
Fouss, D.E. & Troppmann, R.J. 1981. Effective Coaching: A Psychological Approach. New
York: John Wiley & Sons.
Frontiera, J. 2006. The Relationship between Leadership, Efficacy Belief, and Performance
among Boys High School Basketball Players. Master Thesis. West Virginia University,
USA.
Gibbons, T., McConnell, A., Forster, T., Riewald, S.T., & Peterson, K. 2003. U.S. Olympians
Describe the Success Factors and Obstacles that Most Influenced their Olympic
Development. Phase II: Results of the Talent Identification and Development
Questionnaire to U.S. Olympians. Community Outreach and Coaching and Sport
Sciences Divisions: USA.
Hersey, P., & Blanchard, K.H. 1982. Management of organization: Utilizing human resources.
(4th edition). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Horne.T., & Carron, A.V.1985. Compatibility in coach- athlete relationships. Journal of Sport
Psychology, 7: 137-149.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30: 608.
Mallet, C.J. 2003. Why the fire burn so brightlt. International Journal of Sports Psychology, 3:
117-131.
Mohd Najib Gaffar. 2000. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Neil, G. & Kirby, S.L. 1985. Coaching styles and preferred leadership among rowers and
paddlers. Journal of Sport Behavior, 8: 3-17.
Riemer, H. A. & Chelladurai, P. 1997. A classification of athlete satisfaction. Journal of Sport
Management, 11: 133-159.
Riemer, H.A., & Chelladurai, P.1998. Development of the athlete satisfaction questionnaire
(ASQ). Journal of Sport exercise psychology, 20: 127-156.

12

Reimer, H.A. & Toon, K. 2001. Leadership and Satisfaction in tennis: Examination of
Congruence, gender and Ability. Research Quarterly for Exercise and Sport, 72 (3): 243256.
Schliesman, E.S. 1987. Relationship between the congruence of preferred and actual leader
behavior and subordinate satisfaction with leadership. Journal of Sport Behavior, 10:
157-166.
Serpa, S., Pataco, V., & Santos, F. 1991. Leadership patterns in handball internacional
competition. International Journal of Sport Psychology, 22 (1): 79-89.
Shaharudin Abd Aziz. 2005. Perkaitan antara matlamat dan stail kepimpinan dengan pencapaian
atlet Sukma Negeri Perak Di Kejohanan Sukma 2004. eWacana Penyelidikan UPSI, 13.
Sidek Mohd Noah. 2003. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Smoll, F. L. & Smith, R.E. 1989. Leadership Behaviors in Sport: A theoretical model and
research paradigm. Journal of Applied Social psychology, 19: 1522-1551.
Vilani, L.H.P., & Samulski, D.M. 2009. Situational Leadership II and the Coach-Athlete
Relationship
in
Brazil
Table
Tennis.
http://www.cbtm.org.br/scripts/arquivos/Artigo_vilani_9_ITTF.pdf/
Retrieved 14 January 2009.
Ziad Al Tahayneh 2003. The Effects of Coaches Behaviors and Burnout on The satisfaction and
Burnout of Athletes. Published Phd Dissertation, Department of Sport Management,
Recreation Management and Physical Education, Florida State University.

13

You might also like