You are on page 1of 13

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

TAJUK 6

PENGAWETAN SPESIMEN BIOLOGI I

SINOPSIS
Topik ini membincangkan tentang pengawetan kering bagi tumbuhan dan
haiwan. Tumbuhan yang melalui pengawetan kering dikenali sebagai
spesimen herbarium.

Jenis haiwan yang sesuai diawet

melalui kaedah

pengeringan adalah serangga seperti rama-rama, kumbang dan semut.


HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan langkah-langkah pengawetan kering yang betul bagi tumbuhan
2. Menerangkan langkah-langkah pengawetan kering yang betul bagi haiwan
3. Menyatakan bahan pengawet dan peralatan yang sesuai digunakan dalam
pengawetan kering
KERANGKA TAJUK

PENGAWETAN KERING

Tumbuhan

Haiwan (Vertebrata, Serangga)

ISI KANDUNGAN
6.1 Pengenalan
Pengawetan kering dan pengawetan basah dapat menjadikan sesuatu
spesimen haiwan dan tumbuhan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak
supaya spesimen tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.
Pengawetan kering melibatkan pengeringan spesimen haiwan dan tumbuhan

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


di bawah cahaya matahari atau dalam ketuhar. Proses pengeringan
dilakukan supaya air dalam badan spesimen dapat disingkirkan agar dapat
disimpan dengan lebih lama. Pengawetan secara kering ke atas bahagian
tumbuhan tidak dapat mengekalkan warna asal tumbuhan tersebut.
6.2 Pengawetan Kering Tumbuhan
Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya
untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh
disimpan

dengan

lama

jika

disimpan

dikendalikan

dengan

sempurna.

Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan
rujukan di makmal sekolah anda.
Tumbuhan atau bahagian tumbuhan tertentu yang dikeringkan dan
dikelaskan secara sistematik dipanggil spesimen herbarium. Herbarium ialah
bahan tumbuhan yang dikeringkan dan ditekankan kemudian dipajangkan pada
kertas tebal. Penyediaan spesimen ini melibatkan proses mengumpul, menekan,
mengering, melekatkan spesimen, mengenal pasti, mengelas, melabel dan
menyimpan.
Berikut adalah bahan atau alat-alat yang diperlukan untuk menyediakan
spesimen herbarium;
i. Alat penekan (plant press)
Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayukayu ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu
menyedikan dua belah alat ini.
ii. Tali pengikat
Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon
ataupun jerami dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.
iii. Kadboard (corrigated boards)

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan
untuk mengapit spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum
dikapit dengan pengapit.
iv. Lapisan kertas
Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan
kertas surat khabar untuk tujuan ini.
v. Kertas herbarium
Kertas ini tebal, berukuran 30cm x 40cm dan berwarna putih.

6.2.1 Langkah-Langkah Penyediaan Spesimen Herbarium


i) Pengumpulan
Spesimen tumbuhan yang dikumpul dari kawasan tertentu seboleh-bolehnya
terdiri daripada ranting, daun, bunga, buah, batang atau struktur yang istimewa.
Bagi tumbuhan herba, seluruh pokok itu boleh digunakan dan akarnya perlu
dibasuh di bawah air pili yang mengalir untuk membersihkan tanah dan kotoran.
Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.
ii)Penekanan
Spesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan
bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk
mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang
terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah
susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan
susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat.

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


Spesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan
bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk
mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang
terlentang dan tertiarap. Seterusnya diapit antara dua kadboard (33 cm x 50 cm)
dan ditekan dalam penindas herbarium. Proses Penindasan ini juga boleh dibuat
dengan meletakkan spesimen-spesimen itu berlapik-lapik di tempat yang rata,
ditutup dengan sekeping papan serta ditekan dengan pemberat

Rajah 6.1 : Susunan spesimen atas kertas akhbar dan beberapa


lapisan spesimen yang siap untuk dikeringkan
(sumber : http://images.google.com )
iii) Pengeringan
Spesimen tumbuhan yang diikat pada penindas herbarium boleh dikering dalam
ketuhar pada suhu 45oC 60 oC selama 3 - 6 hari. Bagi spesimen-spesimen
yang dikeringkan dalam udara atau di bawah cahaya matahari, kertas-kertas
suratkhbar perlu ditukar setiap selang sehari dan berat pemberat semakin
bertambah sehingga spesimen menjadi kering (kira-kira 2 minggu)
iv) Pemanjangan (mounting)
Spesimen yang kering disusun pada kertas putih yang tebal bersaiz 30cm x
40cm. Spesimen itu boleh diikat dengan benang atau dilekatkan dengan gam

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


ekposi. Sebagai satu langkah pengawetan tambahan, spesimen itu boleh disapu
dengan 1% merkuri klorida sebelum dipanjang. Spesimen itu juga boleh dibalut
dalam kertas plastik yang kedap udara.
v) Pengelasan
Tiap-tiap spesimen mesti dikenal pasti nama saintifik dan nama tempatannya.
Oleh itu, pengumpul perlu merujuk kepada buku atau pakar dalam bidang ini
untuk mengelaskan spesimen itu. Contonya, Insitut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia, Kepong, Kuala Lumpur,

pakar botani di Institut Pengajian Tinggi

Tempatan dan luar negara.


vi) Pelabelan
Tiap-tiap satu herbarium mesti disertai dengan label yang lengkap dengan butirbutir seperti nama famili, nama saintifik, nama am atau nama tempatan, habitat,
tempat spesimen dikumpul, tarikh dikumpul, nama pengumpul dan ciri-ciri
istimewa tumbuhan tersebut semasa diambil di lapangan. Antara ciri-ciri yang
boleh dicatatkan ialah warna asal dan bentuk bunga, jenis pook sama ada renek,
herba, memanjat atau sayuran, tarikh berbuah atau berbunga, jenis tanah tempat
spesimen tumbuh. Label biasanya diletak di bawah sudut sebelah kiri atau
kanan kertas herbarium seperti dalam rajah 6.2
Famili :
Nama Saintifik :
Nama tempatan :
Lokasi spesimen ditemui :
Tarikh dikumpul,
Nama pengumpul :
Ciri- ciri :

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Rajah 6.2 : Kedudukan label spesimen herbarium


(sumber : http://images.google.com )
vii) Penyimpanan
Herbarium akan kekal lama jika sentiasa disimpan dalam bilik gelap, kering,
sejuk dan bebas daripada perosak seperti serangga dan tikus. Spesimen
herbarium ini disimpan disusun di dalam rak-rak kabinet untuk memudahkan
penyusunan dan pengurusannya.

Rajah 6.3 : Penyimpanan spesimen herbarium


(sumber : http://images.google.com )

Bincangkan dengan rakan anda kepentingan dan nilai


menyediakan spesimen herbarium

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Membuat Nota:
Membuat nota menggunakan peta minda adalah antara kaedah
yang dapat meningkatkan kreativiti pelajar.
Dengan menggunakan peta minda yang sesuai daripada program
I Think, bincangkan penyediaan spesimen herbarium bagi
tumbuhan paku pakis.

6.3 Pengawetan Kering Haiwan


Haiwan kecil seperti burung dan tupai boleh diawetkan dengan mengikuti
langkah-langkah berikut;
i) Matikan haiwan yang hendaklah diawetkan terlebih dahulu menggunakan
klorofom.
ii) Bahagian tubuh yang mudah rosak seperti sistem pencernaan dikeluarkan
dan digantikan dengan bahan kering lain seperti sabut atau kapas.
iii) Tempat pembedahan dijahit dengan baik dan kemas supaya kesan-kesan
pembedahan dapat diminimumkan.
iv) Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau tisu yang
tebal boleh diawet secara suntikan formalin 3%.
v) Bahagian mata boleh diganti dengan mata palsu
vi) Spesimen haiwan dikeringkan di dalam oven pada suhu 50 oC 70 oC

6.3.1 Pengawetan Serangga

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Serangga yang terdapat di persekitaran perlu terlebih dahulu dikumpul sebelum


diawetkan. Cara yang biasa digunakan dalam mengutip serangga ialah dengan
menggunakan jaring (sweep net). Jaring ini digunakan pada permukaanpermukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semaksemak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
Membunuh dan Mengawet Serangga
Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya
boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di
dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah
sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut
(relex) dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol
yang mengandungi ethyl acetate.

Rajah 6.4 : Serangga dibunuh dalam botol


(sumber : http://images.google.com )

Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga


berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam
alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat
diperolehi. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan larutan Hoods yang
mana ianya boleh disediakan dengan cara berikut:-

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


Larutan Hoods :
Ethyl alkohol

1485 ml

air suling

330 ml

asid glacial acetik


benzol

83 ml
83 ml

-------- larutan Hoods

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD


sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan
kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%.
Larutan KAAD
Kerosene

1 bahagian

Alkohol ethyl 95%

10 bahagian

asid asetik glacial

2 bahagian

diaxane

1 bahagian

Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga


Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas
menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak
kanannya lalat, Manakala

lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat

menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada
paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan
dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .

Kupu-kupu dan

rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat


daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan
dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan.
Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal
(cardbord

points) dengan menggunakan gam.

Serangga tersebut mestilah

diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan


point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Rajah 6.5 : Cara Penyematan Rama-Rama/Kupu-Kupu


(sumber : http://images.google.com )

Mengering Serangga
Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di
dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan
polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 oC, keringkan sehingga
beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak
terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak
dan lainnya.
Melabel
Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip
berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil
dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan
spesimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip
juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih
kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi.

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Rajah 6.6 : Spesimen serangga


(sumber : http://images.google.com )
Menyimpan Serangga
Spesimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak
serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutup
dengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang
perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya.

Ubat gegat

(Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di


sebelah tepi kotak. Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa.
Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga
ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering.
Cara menyediakan adalah seperti berikut:
Bahan

kuantiti

1.

Serbuk Napthelene

3 lb (1360 g)

2.

Kloroform

1 lb

3.

Beechwood Creosolte

4.

Minyak petrol

Cara menyediakan :

1 ib
4 1/2 pts.

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)


Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata
dan tambahkan lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood
Cresote.

Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol. Selepas

disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis
serbuk halus napthlene.

Rajah 6.7 : Contoh Koleksi spesimen serangga


(sumber : http://images.google.com )

Melembutkan (relex) Serangga (dewasa)


Spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau
ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang
tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap
yang diletakkan di atas pasir basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik
pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan
menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah
lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap
dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.

(SCE3112 : PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER)

Pada pandangan anda apakah kebaikan pengawetan kering


bagi tumbuhan dan haiwan.

Latihan:
Dengan menggunakan peta minda yang sesuai daripada program
I Think, terangkan kaedah pengawetan kumbang yang ditangkap
dari perkarangan sekolah anda. Gambar-gambar yang sesuai boleh
digunakan dalam peta minda anda.

Rujukan :
Lee Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bdh
Poh Swee Hiang.(1998). Pedagogi Sains 4 : Pengurusan Makmal dan Sumber
Sains. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bdh
Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Talib, O. (2006). SBSC3303 Teknik-teknik Asas dan Keselamatan Dalam
Makmal. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

You might also like