You are on page 1of 4

G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim

dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu
melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan
G6PD.
Gejala/Simptom
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tandatanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka
masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan
cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. 90% baby yang ada penyakit ini sejak
lahir dan akan mendapat jaundice (demam kuning) yang tinggi. Bayi yang kuning
(jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap
bilirubin dalam darah.
Apakah yang patut dilakukan atau dielakkan ?
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu
tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan
lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahanbahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.
Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti :

kacang parang (fava beans)


makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya
Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau
produk kacang
Asid askorbik tiruan yang biasanya terdapat dalam vitamin C
gula-gula dan makanan berperisa menthol

Selain menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan


enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu
mengelakkan ubat-ubat berikut agar tidak termasuk di dalam susu ibu :
ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
ubat gegat (mengandungi napthalene)
ubat-ubatan cina (senseh)
ubat-ubatan herba atau jamu-jamuan
ubat anti-malaria ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi
thylenol)
Apabila berjumpa dengan doktor, maklumkanlah pada pihak klinik atau hospital
bahawa anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak
mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia. Anda juga dinasihati
supaya tidak mengambil ubat-ubatan dengan sendirinya terutamanya antibiotic dan
lain-lain ubat-ubatan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Tanda-tanda G6PD
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tandatanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad
untuk pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi
dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis
perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam
darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)

kelihatan pucat

tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)

pening

degupan jantung yang laju

sukar bernafas

sakit dada

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang
boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak
menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?


Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah
merah seperti:

Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.

Ubat gegat

Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh

Minyak gosok

Kacang parang.

You might also like