You are on page 1of 4

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR

Bentuk dan Format UPSR 2016 Bahasa Melayu. Perkongsian Kertas Soalan UPSR 2016
(KSSR) merujuk Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016 oleh Guru Sumber Bahasa Melayu dan
Pemeriksa Kertas Ujian Rintis UPSR (KSSR) 2016.

Perkongsian dapatan yang diperolehi, Bentuk dan Format Soalan KSSR (UPSR Baharu) bagi
Kertas Bahasa Malaysia adalah seperti berikut

Format dan Bentuk Soalan KSSR Bahasa Malaysia UPSR

4 Bahagian Wajib Dijawab oleh Calon Peperiksaan.

Tiada Soalan Pilihan.

Setiap soalan mempunyai pecahan aras.

Soalan berbentuk struktur dan berbentuk penulisan yang merujuk Bahan Grafik.

UPSR 2016 Format Baru. Soalan adalah Pelbagai Aras menjurus ke arah penyoalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ramalan awal dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) Bahasa
Melayu yang digambarkan adalah seperti berikut

Soalan Bahagian A
Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Pelbagai Aras

1. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.


2. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah
apa yang akan berlaku?

Soalan Bahagian B
Bentuk Situasi dan menjurus ke arah Nilai Murni.
Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah. Apakah yang sepatutnya
dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah? (10 markah)

Soalan Bahagian C
Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan

Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada
tercemar.

Soalan Bahagian D
Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Struktur atau Rumusan (Fokus Umum dan Pemilihan
jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan).

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR


Sekiranya Format Soalan KBSR Bahasa Melayu UPSR sebelum ini statik yang mana
mempunyai

Bahagian A (Bina Ayat)

Bahagian B (Karangan)

Bahagian C (Membina Ulasan-Nilai Murni)

Bentuk Soalan KSSR bagi UPSR 2016, format atau bentuk soalannya lebih dinamik dan
memiliki kepelbagaian aras. Perbezaan dan Perubahan yang berlaku memerlukan pendedahan
berperingkat kepada calan-calon yang bakal menduduki UPSR 2016 Format Baru yang akan
datang.
Ramalan Kertas UPSR 2016 Format Baru ini masih tertakluk pada sebarang perubahan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian ini merujuk sumber
dari warga pendidik yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai UPSR dalam KSSR
mengikut negeri masing-masing.

Senarai Pautan UPSR lain

Jadual Peperiksaan UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan

Senarai DSKP Tahun 6 Semua Mata Pelajaran

Pelaporan PBS Tahun 6 (OFFLINE) Lembaga Peperiksaan

Contoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSR


ContOh dan Ramalan UPSR 2016 ini sekadar pencerahan untuk gambaran bentuk soalan Bahasa
Malaysia UPSR 2016. Maka format ini bukan bentuk Rasmi yang ditetapkan, malah
Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan bentuk rasmi dan masih dalam
proses penambah baikan.
Menurut Sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan bukuContoh Bentuk
Soalan KSSR untuk UPSR lebih awal. Bookmark halaman ini dan ikuti perkembangan UPSR
Baharu dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) yang terkini.
PERHATIAN
Untuk pengetahuan para guru dan ibu bapa, format baharu UPSR #KSSR 2016 yang dikongsikan
ini adalah perkongsian awal dan merujuk perkongsian awal warga pendidik di laman sosial.
Namun informasi ini belum dapat dipastikan kesahihannya dan mungkin akan berubah. Format
Rasmi UPSR Tahun 2016 dan seterusnya masih belum diumumkan secara rasmi oleh #LPM
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya ada, pihak admin akan mengemaskini dan berkongsi
kenyataan rasmi dikeluarkan oleh LPM dengan sisipan surat siaran/pekeliling secara rasmi.
Salam dan Doa Kecemerlangan Calon UPSR 2015 yang akan tiba tidak lama lagi, merujuk
Jadual UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan Malaysia. In Sya Allah Kejayaan 5A UPSR milik
kita. Good Luck untuk semua.

You might also like