You are on page 1of 5

My dearest Teachers and students.

Greetings and Good Morning


We are grateful for this glorious morning that we can attend the "Award of Excellence ', SK
Teluk Ramunia in 2015. First and foremost I want to thank you for the willingness of the school
to invite me to attend this ceremonny. This event was very well become an annual event because
it gives recognition to those who have shown outstanding performance in academics. In addition
to recognition, this event was also to inspire other students to improve their performance.
Ladies and Gentlemen,
The 21st century has promised us many possibilities. The rapid growth of information and
communication technology (ICT) to produce the phenomenon of globalization, "World Without
Borders". In order to enjoy continued success in this challenging global environment, we need to
prepare and equip students with the knowledge, the skills that are innovative, have identity and
ethical continuously in order to enhance the ability of young people to deal with change and
challenges with sufficient and effective.
Ladies and Gentlemen,
Empowering knowledge, the ability to communicate mainly in English and the application of
various skills among students on the agenda for a school. However, the acquisition of knowledge
and skill alone is not enough if the values are not purely used as guidelines. Religious values and
moral will give instructions and guidance as it contained a good value for the younger generation
to take a life full of challenges.
Ladies and Gentlemen,
Human capital development should be carefully crafted to take an integrated and holistic
methods. All the talent and potential of the students can be developed effectively. With this, SK
Teluk Ramunia will be able to create a generation heir to the leadership of the country which has
the ideas, covering a wide range of routine life, skilled in various disciplines, critical and creative
at the same time constructive. It is directly proportional to the launch of the Education
Development Master Plan (PIPP) by the Prime Minister in January, 2007.
Ladies and Gentlemen,
We do not want to produce bookworms who only excel in academics alone, but the generation of
balanced development in terms of physical, emotional, spiritual and intellectual, have high selfdiscipline, competent, patriotic and not individualistic but also capable of playing a role in
society , This is in line with two of the six strategic thrusts EDMP, Nation Building and
Development of Human Capital. PIPP is the best platform for a paradigm shift in the country's
education system to a level of excellence at the local and global, as well as a catalyst for the
government's vision to achieve developed country status by 2020.

Ladies and Gentlemen,


With a strong partnership between the school and the parents will make SK Teluk Ramunia more
aspires to improve student academic achievement and extracurricular excellence and to continue
to improve the involvement and sense of belonging to the parents and the school community.
Close and friendly relations will improve a conducive learning environment that benefits will be
enjoyed by the students.
Ladies and Gentlemen,
Finally, I congratulate the schools that have hosted these awards with great success. I also want
to congratulate to all citizens SK Teluk Ramunia as have shown favorable results in the areas of
curriculum, co-curriculum and personality of the year 20015. I hope that this school will
continue to innovate and to excel in all areas that are and that will be involved. It is my pleasure
to officially 'Awards of Excellence' SK Teluk Ramunia for 2015.
Thank you.

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama
menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang, SK Teluk Ramunia bagi tahun 2015.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah
menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis seperti ini amat
baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pengiktirafan kepada
mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik.
Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat
kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Abad ke 21 ini telah menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, Dunia
Tanpa Sempadan. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran
globalisasi yang mencabar ini, kita perlu menyedia dan melengkapkan diri para
pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki
jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkatkan
keupayaan generasi muda untuk menangani perubahan dan cabaran dengan cekap
dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi


terutamanya dalam Bahasa Inggeris dan penerapan pelbagai kemahiran dalam
kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau
bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi
seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan
moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia terkandung nilai
yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembangunan modal insan ini perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah
menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat
dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, SK Teluk Ramunia akan dapat melahirkan
generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai
rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus
kontruktif. Hal ini berkadar langsung dengan Pelancaran Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) oleh Perdana Menteri pada bulan Januari, 2007.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik
semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi,
berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu
memainkan peranan dalam masyarakat. Usaha ini selaras dengan dua daripada
enam teras strategik PIPP iaitu, Membina Negara Bangsa dan Membangunkan Modal
Insan. PIPP merupakan wadah terbaik sebagai anjakan paradigma sistem
pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang pada peringkat tempatan dan
global, sekaligus sebagai pemangkin kepada wawasan kerajaan untuk mencapai
status negara maju menjelang 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa
akan menjadikan SKTeluk Ramunia lebih beraspirasi untuk meningkatkan
pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat
meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap
sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran
yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah
menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Teluk Ramunia kerana telah
menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2015. Harapan saya agar sekolah ini akan terus

mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan
diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SK
Teluk Ramunia bagi tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

You might also like