You are on page 1of 3

:: KBSR: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Author: Manifesto
Date: 2010/10/25
Edit..
KBSR
singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH.
KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu pada tahun
1993.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya
merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan
yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui
kokurikulum.
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
Prinsip-Prinsip KBSR
1. Perkembangan menyeluruh.
2. Penguasaan kemahiran asas.
3. Pemupukan nilai-nilai murni.
4. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5. Prinsip mudah ubah.
6. Pendidikan umum untuk semua murid.
7. Pendidikan seumur hidup.
8. Bahasa merentas kurikulum.
9. Penilaian berterusan.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
a. Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis).
b. Kemahiran berfikir.
c. Nilai merentas kurikulum.
d. Bahasa merentas kurikulum.

e.
f.
g.
h.

Patriotisme merentas kurikulum.


Strategi P & P yang berpusatkan murid.
Penilaian berterusan.
Pemulihan dan pengayaan.

* Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis


dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah
kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan
dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab
dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh
melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam,
pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
* Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya
merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan
yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui
kokurikulum.
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
1. Menguasai kemahiran asas.
2. Menguasai kemahiran berfikir.
3. Memperoleh ilmu pengetahuan.
4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni.
5. Membentuk sahsiah yang positif.
6. Membina kemahiran sosial.
7. Memeupuk semangat kewarganegaraan.
8. Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9. Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10. Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.
11. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan
murid:
1. Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2. Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.
4. Menguasai kemahiran belajar.
5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha

menambahkannya.
7. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni
dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
8. Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
9. Mempunyai semangat patriotisme.
10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar.
11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti.
16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami
pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.

http://edu1malaysia.blogspot.com/2010/10/kurikulum-bersepadu-sekolahrendah.html

You might also like